Monday, December 31, 2012

TERTIB DALAM AMALAN: Syariat,Tarikat,Hakikat& Makrifat

Kalau Tuhan tidak 'wujud' di dalam ibadah, lama
kelamaan, Tuhan akan bertambah jauh dan
bertambah jauh. Lebih-lebih lagilah kalau tujuan
dan niat ibadah itu adalah untuk dipuji, untuk
disanjung, dan kerana sebab-sebab lain yang
berbentuk duniawi. Sudah tentulah ia tidak akan
ada nilai apa-apa. Malahan ibadah seperti ini akan
Allah lemparkan semula ke muka pengamalnya
beserta dengan laknat-Nya sekali. Lagi banyak dia
beribadah, lagi dia rasa sombong, angkuh, riyak,
ujub, rasa diri mulia, rasa diri baik dan
sebagainya. Lagi banyak dia beribadah, lagi dia
pandang orang lain hina, jahat dan tidak
berguna.
Beramal dalam Islam ada tertibnya. Ada
"progression"nya dari satu tahap ke tahap yang
lebih tinggi. Ia bermula dengan Syariat, kemudian
dengan Tariqat, diikuti pula dengan Hakikat dan
diakhiri dengan Makrifat.
1. Syariat.
Ini adalah ilmu. Ia melibatkan ilmu tentang
peraturan, hukum-hakam, halal haram, sah batal
dan sebagainya. Ilmu perlu dalam beramal. Tanpa
ilmu, kita tidak tahu macam mana hendak beramal
mengikut cara yang Tuhan mahu. Kalaupun kita
sudah cinta dan takut dengan Tuhan dan kita
terdorong untuk menyembah-Nya, kita tidak boleh
berbuat demikian ikut sesuka hati kita atau ikut
cara yang kita cipta sendiri. Tuhan tidak terima,
kita mesti ikut cara yang ditetapkan oleh Islam
dan kita mesti belajar. Amalan tanpa ilmu itu
tertolak. Ilmu atau syariat ini ibarat biji benih.
2. Tariqat.
Ini adalah peringkat menghidupkan ilmu menjadi
amalan secara istiqamah dan bersungguh-
sungguh, difahami, dihayati. Ilmu [syariat] yang
ada perlu dilaksanakan. Pengamalan ilmu ini
dinamakan juga tariqat wajib dan ia tidak sama
maksudnya dengan tariqat sunat yang
mengandungi wirid-wirid dan zikir-zikir yang
menjadi amalan setengah pengamal-pengamal
sufi. Tariqat ini ibarat kita menanam biji benih
tadi [syariat] hingga ia bercambah, tumbuh dan
menjadi sebatang pokok yang bercabang dan
berdaun.
3.Hakikat.
Hakikat adalah buah. Selepas kita ada syariat,
kemudian kita amalkan syariat itu hingga ia naik
ke peringkat tariqat, yakni ia menjadi sebatang
pokok yang bercabang dan berdaun, maka kalau
cukup syarat-syaratnya maka pokok itu akan
menghasilkan buah.
Buah tariqat adalah akhlak dan peningkatan
peringkat nafsu atau pencapaian maqam-maqam
mahmudah. Boleh jadi ia menghasilkan maqam
sabar, maqam redha, maqam tawakkal, maqam
tawadhuk, maqam syukur dan berbagai-bagai
maqam lagi. Boleh jadi hanya terhasil satu maqam
sahaja [sebiji buah sahaja] atau boleh jadi akan
terhasil beberapa maqam berbeza dari satu pokok
yang sama.
Hakikat juga adalah satu perubahan jiwa atau
perubahan peringkat nafsu hasil dari syariat dan
tariqat yang dibuat dengan bersungguh-sungguh,
istiqamah, faham dan dihayati.
4. Makrifat.
Ini adalah hasil dari hakikat, iaitu hal-hal hakikat
yang dapat dirasai secara istiqamah. Ia adalah
satu tahap kemajuan rohaniah yang tertinggi
hingga dapat benar-benar mengenal Allah dan
rahsia-rahsia-Nya. Orang yang sudah sampai ke
tahap ini digelar Al Arifbillah.
Kalau kita lihat dengan teliti, tertib dalam amalan
ini bermula dari yang lahir dan berakhir dengan
yang batin.
Syariat dan tariqat itu terletak dalam kawasan
lahir.
Hakikat dan makrifat pula menjangkau ke alam
batin iaitu ke dalam hati dan rohani.
Kita juga dapat lihat bahawa peringkat syariat
dan tariqat adalah peringkat-peringkat yang agak
mudah untuk dicapai kerana ia hanya melibatkan
usaha lahir. Tetapi untuk mencapai peringkat
hakikat dan makrifat, ia agak lebih sukar dan lebih
rumit.
Kesukaran ini ialah kerana pertama, ia
memerlukan istiqamah dalam beramal dan kedua
kerana ia memerlukan juga amalan batin atau
amalan hati atau apa yang dinamakan hikmah.
Amalan yang berhikmah ialah amalan yang
dihayati dan dijiwai, yang mempunyai roh dan
rasa-rasa. Tanpa kedua-dua perkara ini iaitu
istiqamah dan hikmah, tariqat tidak akan dapat
melonjak ke peringkat hakikat dan seterusnya ke
peringkat makrifat.
Itu sebabnya ramai orang yang berjaya sampai ke
peringkat tariqat iaitu boleh berilmu dan beramal
tetapi tersekat di situ sampai ke tua tanpa dapat
meningkat ke peringkat hakikat. Sudah beramal
selama 50 hingga 60 tahun tetapi tidak juga lahir
akhlak dan tidak juga dapat mencapai maqam-
maqam mahmudah. Dalam ertikata yang lain,
mereka sudah beribadah berpuluh-puluh tahun
tetapi ibadah mereka belum menghasilkan buah
iaitu akhlak.
Istiqamah.
Ini adalah salah satu syarat atau tuntutan untuk
mencapai hakikat. Istiqamah ialah tetap dalam
beramal. Amalan pula adalah amalan lahir dan ada
amalan batin atau hati. Istiqamah itu perlu dalam
amalan lahir mahupun amalan batin. Malahan
istiqamah dalam amalan batin lebih dituntut.
Istiqamah dalam amalan lahir agak mudah. Ramai
orang yang istiqamah dalam sembahyang, dalam
berpuasa, dalam berzakat dan sebagainya. Ramai
yang tak tinggal sembahyang, tak tinggal puasa.
Tetapi istiqamah dalam amalan batin adalah lebih
sukar dan rumit. Istiqamah dalam amalan batin ini
ramai yang tidak mampu melakukannya walaupun
sudah istiqamah dalam amalan lahir.
Ramai orang cuba sabar tapi tidak istiqamah
dalam sabar. Duit hilang boleh sabar. Sakit dan
demam boleh sabar. Tapi bila orang kata nista dan
menghina, tidak sabar. Bila isteri buat hal, tidak
sabar.
Ramai orang boleh bersyukur. Dapat duit
bersyukur, dapat pangkat bersyukur, dapat anak
pun bersyukur tapi tidak mampu bersyukur bila
dapat berbuat ibadah dan kebaikan, dan bila
terhindar dari berbuat maksiat dan kejahatan.
Ramai orang boleh jadi pemaaf kalau yang
meminta maaf itu kawannya, isterinya atau
anaknya. Tapi kalau yang meminta maaf itu musuh
atau seterunya, susah dia hendak maafkan.
Ramai orang boleh berbuat baik kepada
kawannya, sanak-saudaranya, ibu dan ayahnya
yang selalu berbuat baik padanya tetapi tidak
sanggup berbuat baik kepada orang yang berbuat
jahat padanya.
Ramai orang boleh bertegur sapa dan bermesra
dengan kawan-kawannya tetapi tidak boleh
bertegur sapa dan bermesra dengan orang yang
dibencinya. Begitulah seterusnya.
Sangat susah dan payah untuk kita beristiqamah
dalam amalan hati. Justeru itu ia tidak dapat
dijadikan pakaian atau ia tidak dapat mendarah
mendaging. Itu sebab istiqamah itu, terutamanya
istiqamah batiniah sangat dipandang besar. Ia
dianggap satu keramat.
Ada hadis yang maksudnya lebih kurang ;
"janganlah kamu meminta jadi wali, tapi mintalah
istiqamah"
Amalan yang tidak istiqamah tidak akan ada kesan
apa-apa pada hati. Amalan yang istiqamah,
walaupun sedikit akan tetap ada kesan pada hati.
Ibarat air yang menitik ke atas batu, lama
kelamaan batu itu akan terlekuk jua. Tetapi air
banjir yang besar yang melanda batu sekali sekala
tidak akan memberi apa-apa kesan kepada batu.
Istiqamah adalah tanda ikhlas. Kalau sesuatu
amalan itu tidak ikhlas, ia sukar untuk
diistiqamahkan.
Seperti kata para hukama [ahli hikmah] ;
"Hidupnya [kekalnya] amal kerana ikhlas."
Dalam pada itu, istiqamah batiniah lebih memberi
kesan kepada hati daripada istiqamah lahiriah. Itu
sebabnya istiqamah batiniah lebih dituntut dan
lebih utama. Ia adalah amalan hati dan kerana itu
ia mempunyai kesan yang langsung dan terus
kepada hati.
Hikmah.
Ia adalah syarat atau tuntutan kedua untuk
mencapai hakikat. Hikmah di sini bukan
bermaksud bijaksana. Kalau bijaksana, orang
Arab akan sebut "Abqoriah". Hikmah di sini bukan
bermaksud ilmu atau setakat faham ilmu sahaja.
Hikmah ialah ilmu dalam ilmu. Hikmah adalah rasa
dan penghayatan. Ia adalah rasa yang Allah
campakkan ke dalam hati.
Untuk mendapat ilmu, kita boleh belajar. Tetapi
untuk mendapat hikmah, ilmu mesti diamal. Baru
ilmu itu bukan setakat di akal tetapi jatuh ke hati.
Ilmu hati ini sahaja yang boleh mengubah dan
menginsafkan orang.
Kalau ilmu lahir itu dikendalikan oleh akal,
hikmah pula ialah ilmu yang dikendalikan oleh roh
atau hati.
Seperti yang disebutkan dalam sebuah hadis ;
Maksudnya ; "Kalau kamu amal ilmu yang kamu
tahu, Allah akan ajar kamu ilmu [hikmah] yang
kamu tidak tahu."
Untuk menjadi ulama itu senang. Tetapi untuk
menjadi ahli hikmah sangat susah. Ilmu adalah
apa yang kita belajar tetapi hikmah adalah apa
yang Tuhan ajar kita
seperti dalam firman Allah ;
Maksudnya ; "Hendaklah kamu bertaqwa kepada
Allah, Allah akan ajar kamu ilmu [hikmah].
Sesungguhnya Allah Mengetahui segala
sesuatu." [Al Baqarah : Ayat 282]
Orang yang mendapat ilmu hikmah, dia mendekati
nabi. Inilah dua perkara yang perlu dititik
beratkan kalau sekiranya amalan hendak
ditingkatkan dari peringkat tariqat kepada hakikat
dan seterusnya kepada makrifat.
Ia memerlukan penglibatan hati dan rohani dalam
ibadah dalam bentuk penjiwaan dan istiqamah
terutamanya istiqamah batiniah di samping
amalan lahiriah yang baik dan rapi.
Kalau hati dan rohani tidak turut sama beribadah,
agak mustahil perkara ini boleh tercapai.
Untuk mendapat buah dari ibadah iaitu akhlak
dan untuk mencapai maqam-maqam mahmudah,
ibadah mesti ada roh, mesti ada rasa-rasa, mesti
ada penjiwaan dan mesti ada penghayatan.
Salahlah orang yang menafikan amalan hati dan
amalan rohani dalam ibadah.
Kalau amalan lahir sahaja dititikberatkan maka ia
mungkin memadai di peringkat syariat dan tariqat
iaitu pada peringkat ilmu dan amal. Memang itu
kerja lahir. Tetapi untuk mendapat hasil dari ilmu
dan amal tersebut dan supaya ibadah boleh
mendidik hati, amalan lahir semata-mata tidak
memadai. Dalam ertikata yang lain, untuk
mencapai maqam hakikat dalam ibadah dan
amalan, itu bukan lagi kerja lahir. Itu adalah
kerja hati.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, December 13, 2012

Orang2 Bangang

`Siapakah orang-orang yang bangang?` Tanyo Lobai sahak pado soghang pendito di kathmandu.




`Oghang bangang iolah seseorang yang cubo memboghi paham bondo yang mudah kepado oghang lain dongan cagho yang susah dan bebolit-bolit sampai oghang yang betanyo itu tidak dapek memahami apo yang di kobaannyo...Paham tak?`



`Tak` jawap Lobai Sahak.

Lalu pendeto tu alau dio balik dan menyambung pertapaan ey limo puluh limo taun laie.

Saturday, December 1, 2012

Tandas KLCC

Satu hari ketika dalam perjalanan balik dari Ipoh,
abu singgah sekejap di KLCC. Ada sesuatu dia
nak beli. Ketika abu sedang mencari barang
tersebut, tiba-tiba perutnya terasa memulas. Apa
lagi abu pun terus bergegas ke tandas yang
terdekat.
Masuk saja ke tandas, abu tengok ada 3 bilik air.
Bilik air yang di tengah bertutup, jadi abu pegi
yang di sebelahnya. Baru saja abu duduk, abu
terdengar orang dari sebelah bersuara,
"Haa, camna sekarang ?"
Abu sebenarnya bukan suka nak berbual dengan
orang yang dia tak kenal. Tapi entah macamana
akhirnya abu terbalas juga, "Ok gak ler".
Kemudian suara tu bertanya lagi,
"Kau nak gi mana ni??"
Iskk... Abu mula rasa musykil, kenapa orang tu
nak tahu tujuannya... tapi dalam kebingungan tu
Abu balas jugak,
"Aku nak balik, singgah sini nak beli barang sikit"
Lepas tu suara tu bertanya lagi,
"Bila kau nak gerak ni??".
Abu selamba jer kata,
"Lepas aku sudah ni, habis beli aku chow la".
Kemudian Abu terdengar lagi suara orang sebelah
tu berkata
"Hei, aku call kau balik lepas ni, tiap kali aku
tanya soalan kat kau, mamat bodoh sebelah aku ni
asyik jawab jer!!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kanak-kanak bawah 18 tahun dilarang kerasuntuk membaca...

Pada satu hari seorang lelaki tua berumur 75
tahun telah datang berjumpa dengan seorang
doktor untuk membuat analisis kandungan jumlah
sperma yang ada di dalam air maninya. Kemudian
doktor itu pun memberikan botol sambil berkata
"Pakcik ambil botol ini dan esok datang balik
jumpa saya bersama dengan contoh air mani
pakcik di dalam botol ini ye."
Pada keesokan harinya, lelaki tua itu datang
kembali bersama botol yang diberikan oleh doktor
semalam. Namun begitu doktor itu tengok di
dalam botol itu kosong saja dan tidak ada lansung
air mani orang tua itu. Lalu doktor pun bertanya
kepada orang tua tersebut, mengapa tak diisi
contoh air mani ke dalam botol tersebut.
Lalu lelaki tua itu pun menjawap.
"Tuan doktor, ceritanya begini, memula tu saya
gunakan tangan kanan saya tapi tak dapat jugak.
Kemudian saya cuba guna pula tangan kiri saya
pun tak dapat jugak. Kemudian saya suruh isteri
saya tolong pula. Isteri saya memula guna tangan
kanan tapi tak dapat jugak, kemudian guna
tangan kiri pun tak dapat jugak. Kemudian isteri
saya cuba menggunakan mulut pula, memula dia
pakai gigi dalam tapi tak dapat jugak, kemudian
guna gigi di luar pun dapat jugak. Sungguh
susah, akhirnya kami panggil anak perempuan
jiran di sebelah rumah kami, dan dia juga telah
mencuba gunakan mulut dan tangan tapi tak
dapat-dapat jugak." Terang lelaki tua itu.
Doktor amat terperanjat. "Apa..! Awak mintak
tolong dari anak perempuan jiran awak..??!!!!"
Lelaki tua itu menjawap lagi. "Ya betul tuan
doktor, bagaimana kuatnya kami berusaha, tapi
masih tak dapat-dapat juga nak bukak......penutup
botol nih... !"
Moral: Bersihkan minda anda yang kuning
tu...kih3..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, November 26, 2012

Doa Mencegah Angin Ahmar

Pada satu ketika semasa Nabi Sulaiman A.S.
di atas singgahsana kerajaannya di hadapan
manusia, jin dan juga binatang, ia merasai
bahawa ia berkuasa memerintah semua
makhluk Allah di dunia ini. Dalam keadaan
demikian itu, tiba-tiba datang satu Lembaga
yang besar lagi dasyat rupanya. Nabi
Sulaiman merasa takut dan gementar
melihatnya. Lalu ia bertanya siapakah
sebenarnya Lembaga itu dan apakah tujuan
kedatangannya.
Lembaga itu menjawab, ia bernama " Rihul
Ahmar". Satu penyakit yang merbahaya
diantara lain-lain penyakit. Allah mencipta
dirinya sedemikian rupa dan diberi kuasa
mendatangkan kesakitan kepada anak-anak
Adam. Ia boleh meresap di tubuh manusia
seperti darah mengalir di dalam urat saraf.
Tatkala Allah hendak memberi azab kepada
sesiapa yang dikehendakiNya ia memberi
kuasa kepadanya supaya masuk ke dalam
badan. Jika ia masuk ke dalam otak hilanglah
akal seseorang itu. Kalau ia masuk menerusi
hidung maka akan lahir penyakit bengkak-
bengkak, sembam dan sehingga binasalah
keseluruhan anggotanya.
Mendengar itu Nabi Sulaiman
memerintahkan mereka yang berada di
sekelilingnya membunuh dan membakar
Lembaga itu. Rihul Ahmar menjawab bahawa
tidak ada seorangpun yang dapat
menghalangnya berbuat demikian kerana
Allah telah menjadikannya sedemikian rupa
dan melanjutkan umurnya.
Kemudian Lembaga itu pun ghaib hingga ke
zaman Rasulullah S. A.W. Telah diriwayatkan
bahawa cucu Rasulallah Al-Hassan Bin Ali
telah mengidap sakit rongga dan keluar darah
daripadanya. Apabila Rasulullah dan
sahabat-sahabatnya menerima khabar
tersebut Malaikat Jibrail pun datang dan
memberitahu bahawa cucu baginda itu
terkena sakit Rihul Ahmar.
Bila ditanya tentang ubatnya malaikat Jibrail
mengatakan ada, lalu ia ghaib sebentar
kemudian datang kepada Rasulullah. Jibrail
mengatakan bahawa Allah S.W
mengurniakan satu hadiah doa yang
mustajab kepada sesiapa yang membacanya
satu kali seumur hidupnya. Insyallah ia akan
selamat daripada penyakit Rihul Ahmar.
Rasulullah pun membacanya untuk cucunya.
Tiba-tiba ia sembuh ketika itu juga dan
bangun berdiri dalam keadaan yang cukup
sihat.
Rasulullah telah bersabda kepada sahabat-
sahabatnya supaya mempelajari doa tersebut
dan mengajarnya kepada umatnya yang lain
supaya mereka mendapat manfaat serta
terpelihara diri dari serangan penyakit Rihul
Ahmar (Angin Ahmar). Insyaallah.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, November 17, 2012

Pengalaman Syaikh Maulana Tariq Jamil

Seohrang ulama besar Pakistan, Syaikh Maulana
Tariq Jamil mnyampaikan pengalaman dakwahnya
ketika pergi dakwah di Jordan. Ketika di Jordan
beliau pergi ke daerah perbatasan Jordan-Israel.
Sampai di daerah perbatasan, ketika rombongan
tabligh Syaikh Maulana Tariq Jamil selesai
menunaikan solat subuh di salah satu masjid di
dekat perbatasan, tiba-tiba seorang tentara Israel
dari luar melihat ke arah dalam masjid. Setelah
melihat sebentar lalu tentara Israel itu langsung
pergi. Maka Syaikh Maulana Tariq Jamil
menghampiri tentera Israel itu dan bertanya apa
yg dia lakukan tadi. "Saya hanya ingin melihat
berapa jumlah orang Islam yg hadir solat subuh di
masjid," kata tentera Israel itu. Syaikh Maulana
Tariq Jamil sambil kehairanan bertanya "Kenapa?"
Dia pun menjawab "Di dalam kitab kami ada
tertulis "Jika diseluruh dunia jumlah orang Islam
yg hadir untuk solat subuh berjemaah di masjid
sama banyak dgn jumlah jemaah solat jumaat,
maka saat itu Israel akan hancur." Tetapi ketika
tadi saya lihat di masjid jumlah orang Islam yg
datang untuk solat subuh berjemaah masih sedikit,
maka hati saya tenang, kerana umat Islam pasti
tidak boleh kalahkan kami."


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, November 3, 2012

Jalak Tua VS Jalak Muda

Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan
ayam yang terletak di Gunung Semanggul.tentang
sebuah peternakan ayam. Disana ada 5 Ayam
betina dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan
macholah) yang umurnya sudah lanjut dimamah
masa (cewah-cewah cam lam novel percintaan lak).
Karena merasa bahwa ayam jalak yang sudah tua
tadi sudah melewati masa suburnya, si pemilik
ladang tersebut memutuskan untuk membeli
seekor ayam jalak lagi yang masih muda, tampan,
segak, macho dan yang sewaktu nganya. Dengan
secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam
jalak tua
menjadi merasa tersaing. Lalu bibit2 cemburu dan
hasat dengki menguasai dirinya, mulalah diyer
mengatur srategi. Lalu terjadi percakapan seperti
ini :
Si ayam jalak tua : Eh, kamu jangan serakah sgt kat
sini. Ayam betinanya kan ada 25. Kamu boleh
ambil yang 15, bakinya bagi aku.
Si ayam jalak muda: Banyak hensem ko punya
muka,tua tak sedarkan diri.Hang tu dah tua dah
tak larat dah so semua untuk aku sahaja.
Si ayam jalak tua : Eh a...berlagak tul mamat
seekor ni (jalak tua bercakap lam ati yer). Seper
kata aku tua tak larat lagi, ko jgn pandang rendah
pada aku, kang aku sekeh kang... O.klah, aku
maleh nak gaduh ngan budak hingusan cam ko ni
(jalak tua, menunjukkan eksennyer) so apa kata
kalau kita pertontonkan kemanchoan kita ngan
mengadakan satu pertandingan. Siapa yang
menang boleh ambil semua ayam betina yang ada
kat sini ayam ini. Yang kalah kirim salam.
Si ayam jalak muda: Aku.. aku boleh sahaja,
pantang dicabar ni. Kita nak buat pertandingan apa
ni... cabut bulu ayam ker (jalak muda membuat
lawak loya beruk yer)
Si ayam jalak tua : Dak'ah! Senang jer pertandingan
lumba lari. Sambil tersenyum kambing,
Si ayam jalak muda:Set
Si ayam jalak tua : Lumbanya 400M. tapi karena
aku sudah tua, aku minta untuk lari dulu di
depanmu 50 meter.
Si ayam jalak muda: Boleh (dengan penuh
keyakinan).
Maka pertandingan pun dimulai. Ayam jalak tua
lari dulu 50 meter baru ayam jalak yang muda lari
menyusul dengan kecepatan kuasa extra gaban
yang mengkagumkan. Eh, baru kurang 1 meter
menyusul, si ayam jalak muda ditembak langsung
oleh pemilik peternakan.
Kenapa?????

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, November 2, 2012

Lawak hari Jumaat...

Samad : hello mcD
-mcD : iye.. nak pesan ape?
Samad : ayam ade ?
-mcD : ade
Samad : boleh beradu dengan ayam
laga saye tak ?
-mcD : (tutup telefon)
Samad: hello mcD
-mcD : iye betul .. ini yang telefon
tadi ye ?!!!
Samad : nak tanye makanan ni..
ayam ade lagi ?
-mcD : ade !
Samad : nasi dengan ais-krim ade ?
-mcD : masih ade lagi
Samad : kesian .. tak laku erk ?
-mcD : dasar orang gilaaa !!! (tutup telefon)
Samad : hello mcD
-mcD : weyh gile ! kau jangan nak
main2 boleh tak?
Samad : yeeee .. maaf nak tanye ,
bukak 24 jam ke ?
-mcD : yee .. kenape ? nak pesan
pape ?
Samad : takk .. cume kesian .. tak
boleh tidur la kn...
-mcD : (baling telefon)
Samad : hello ini mcD ?
mcD : kau jangan lebih2 .. saye cari
belasah baru tau ! (mula marah)
Samad : maaf .. serius .. sekarang
saye nak pesan makanan niii..
mcD : haaa .. camtu laa .. jangan
main2 lagi k .. nak pesan ape ?
Samad : bubur kacang hijau ade
tak???
mcD : (sawan , mulut berbuih dan
pengsan seketika)

Dicatat depan casher mydin mitc
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Cerita2 Utk Peringatan

Baru lepas suruh kawanku Adam mesin rumput
keliling rumah. Tinggal sikit lagi mesin rumput dia
rosak. Dia pun mintak sepuluh ringgit jer, selalu
kalau habis bayar 35 ringgit. Aku pun bayar 20
ringgit, kesian kat dia. Adam (memang nama
sebenar) adalah OKU, mulutnya sumbing dan
cakapnya sengau, kalau dia cakap 20 peratus jer
aku faham, tu pun kena ulang banyak kali. Bujang
dan belum kahwin, kesian kat dia takde siapa yang
hendak, kerja pun tukang kebun sekolah sahaja.
Kasihan…..
Masa pergi pasar tadi nampak seorang pakcik atas
kerusi roda, memang selalu nampak dia disitu.
Sudah tua dah mungkin lumpuh separuh badan.
Selalu juga aku nampak orang tolak dia lintas jalan
sebab nak seberang jalan pergi kemasjid. Dia pun
nak solat berjemaah juga walaupun keuzurannya
tidak mewajibkan dia pergi solat dimasjid. Kasihan
aku bila melihatnya…sampai nak menitis airmata
pula bila lihat kesabaran dan kesungguhannya
mahu pergi kerumah Allah.
Ada seorang lelaki, adik kepada seorang ustaz
dipondok. Orangnya lembam, tetapi baik dan
selalu angkat tangan bila nampak aku dan panggil
aku ustaz. Kalau jumpa aku dimarket selalu dia
minta seringgit kat aku nak minum teh atau makan
kuih dan aku pun bagi seringgit dua. Pernah sekali
dia hilang, jenuh keluarga dia cari merata. Tidak
lama lepas itu orang jumpa dia di KL, dia naik bas
sampai sesat di KL dan polis jumpa. Selalu dia
bagitahu orang dia nak kahwin tetapi siapa yang
mahu kat dia. Sekarang ni aku tengok dia pun dah
tak larat, jalan pun dan pakai alat untuk berjalan,
macam tongkat tetapi ada 4 kaki. Kasihan aku
tengok dia, dah nasib dia kat dunia macam ni.
Ada seorang makcik aku jumpa dimasjid, berjalan
macam orang yang kehilangan sesuatu. Pakaian dia
comot dan tidak terurus. Dia duduk ditangga
masjid, lepas tu orang masjis pakat halau dia suruh
balik rumah. Rupanya dia tidak begitu waras,
orang masjid takut dia buat yang bukan-bukan,
nanti malu pulak Jemaah masjid itu. Kesian betul
aku tengok makcik ini, mana ahli keluarganya?
Mana anak-anaknya kalau ada mengapa biar ibu
mereka yang tidak berapa waras ini berjalan
mundar-mandir kesini-sana. Nanti kalau apa-apa
jadi susah pulak….kasihan kasihan…
Dipasar aku memang kenal baik dengan seorang
lelaki penjual sayur. Orangnya rajin dan gigih
mencari rezeki. Aku amat menghormatinya dan
dia kalau jumpa aku mesti nak salam dengan aku.
Aku pun salam dengan dia macam lama tak jumpa
padahal hampir setiap hari beli sayur dekat dia.
Orangnya juga OKU, pendek dan belakang
badannya ada bonggol besar, bila dia jalan
badannya bongkok dan terhenjut-henjut. Sedih
bila lihat keadaanya. Isteriku selalu mengusiknya
tanya bila nak kahwin, sebab isteriku pun baik
dengannya. Dia pun kata orang perempuan zaman
sekarang suka memilih lelaki yang kaya dan
kacak…dia banyak kekurangannya.
Sedih hati bila melihat orang yang kurang dari segi
fizikal dan kurang pula mendapat kasih sayang.
Namun begitu mereka ini begitu tabah dan
bersabar diatas ketentuan Allah SWT kepada
mereka. Mereka langsung tidak mengeluh dan
sentiasa mesra dengan masyarakat walaupun jauh
disudut hati mereka hanya Tuhan yang tahu. Kita
yang cukup sempurna sifat fizikal, ada rumah,
kereta serta keluarga tempat bermanja sedangkan
kita masih kurang mensyukuri nikmat Allah SWT.
Dunia hanya sementara, Allah SWT uji hamba-
hambaNya dengan berbagai cara dan keadaan.
Hanya Dia yang Maha Mengetahui apakah hikmah
disebalik ujian hidup ini. Allah Maha Adil dan Dia
tidak akan membiarkan hamba-hambaNya susah
didunia ini tanpa membalas segala ujian dan
kesusahan hidup dengan ganjaran yang besar
diakhirat nanti. Hanya syaratnya seorang itu
mestilah membawa iman dan amal yang
secukupnya disana nanti.
Yang lebih kasihan adalah seorang yang cukup
segala-galanya semasa hidup didunia ini tetapi jauh
daripada agama dan tidak mentaati perintah Allah
SWT. Mereka mungkin senang didunia ini selama
60-70 tahun dan jika mereka tidak membawa iman
bersama mereka bila mereka mati maka mereka
akan dihumban kedalam api neraka buat selama-
lamanya. Itu yang patut kita kasihan dengan
sesungguhnya dan cuba membawa mereka kepada
Allah SWT agar mereka berjaya didunia sementara
dan berjaya diakhirat apabila hidup kekal disyurga
Allah buat selama-lamanya.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, October 11, 2012

Kisah di UiTM

Ada satu kisah yang berlaku di Kolej
Kediaman Jasmine, UiTM Kampus Puncak
Perdana.. yg saya nak kongsi bersama.
Lebih setahun lepas, adalah seorang pelajar
baru, orangnya rendang, agak kurus dan
kelihatan agak pucat juga asyik lepak disurau
selepas tamat MDS, entah mcmana teragaklah
pelajar ini disapa pak Imam kita. Bila ditanya
dah makan? Dia jawab "belum". "Kenapa tak
makan", sapa Pak Imam lagi..."Saya tak ada
duit Ustaz" jawab pelajar itu lagi. "Dah berapa
hari tak makan?" tanya Pak Imam yg inginkan
kepastian, " masuk hari ni dah 3 hari ustaz!".
"Astaghfirullahhhhhhhhhh....." hela Pak Imam
lantas menghulurkan sedikit wang zohor itu.
Selepas solat maghrib Ayah Aji (Tuan
Pengetua) diperkenalkan dengan pelajar
tersebut oleh Pak Imam dan Ustaz Azlan,
ketua warden kita.
Maka berceritalah pelajar tersebut tentang
latarbelakangnya, berasal dari suku Kadazan-
dusun, ibunya mati kerana meninggal semasa
beliau masih kecil dan bapanya yang bunuh
diri akibat kemurungan selepas itu sambil
menunjukkan surat serta bukti-bukti yang
ada. Beliau kemudiannya diambil dan
dibesarkan oleh bapa saudaranya yang telah
Islam seadanya. Selepas mendapat tawaran
UiTM, bapa saudara hanya mampu
mengadakan tambang kapalterbang
sahaja..."Hidup kau disana, aku serahkan
pada Allah, insyaAllah kau akan punya rezeki
jika Allah izinkan, pasti ada yg akan tolong!",
kata pakciknya itu sebelum beliau
meninggalkan Sabah.
Kami juga membantu serba sedikit wangsaku,
Ustaz Azlan membantu wang zakat dan Ayah
Aji merujuk beliau untuk mendapat Tabung
Kebajikan UiTM. Alhamdulillah kedua-duanya
beliau dapat, cukup untuk meringankan
bebannya. Selang beberapa minggu beliau
meminta izin untuk bekerja pada hujung
minggu dan ayah Aji telah izinkan....kami
agak jarang bertemu selepas itu dan cuma
berjumpa disurau sekali-sekala.
Apabila semester baru dibuka, beliau datang
berjumpa Ayah Aji. "Apa masalah kamu
nak?"tanya saya sambil bersalam tangan,
"Ndak ada Ayah Aji, saya nak tunjuk result
saya..." sambil menghulurkan sekeping
kertas. Sebak juga dada Ayah Aji bercampur
bangga bila melihat catatan keputusan
ANUGERAH DEKAN dia atas keputusan
peperiksaannya.
Sekarang pelajar itu berada di semester 3,
saban semester dibuka, beliau akan terus
berjumpa Ayah Aji pada hari pendaftaran
kolej untuk menunjukkan keputusan
peperiksaannya yg terus cemerlang itu...dan
sepanjang pengajiannya di sini, tak pernah
Ayah Aji terserempak dia melepak termasuk
di kedai-kedai makan, di gazebo, dia seolah
tak wujud!. Pernah Ayah Aji tanya padanya,
"Apa kamu selalu buat kerana jarang Ayah Aji
nampak?", jawabnya, "Kalau tak ada kelas
saya di library Ayah Aji, kalau ada assignment
saya di makmal komputer kerana saya tak ada
laptop, kalau tak ada apa-apa saya tidur, takut
ngantuk masa kelas nanti lagipun kalau tidur
saya tak rasa lapar". Beliau juga tak pernah
komplen atau mengadu apa-apa masalah
kecuali pada hujung semester nak minta
tinggal di kolej kerana tiada wang nak balik
Sabah.
Cuti semester lepas beliau dapat kerja di KFC
di Shah Alam. Badannya pun tambah berisi.
"Gemuk awak!", gurau Ayah Aji. "Hari-hari
dapat makan ayam Ayah Aji, mana tak
gemuk!, dulu sebulan sekali pun ndak pernah
saya dapat makan ayam!"...membuat Ayah Aji
selalu terfikir - "Dulu aku ingat aku susah,
rupanya ada orang lagi susah dari aku", ...dan
beliau mengajar Ayah Aji erti sabar, syukur,
berusaha dan tawakkal. "Aku janji satu hari
nanti aku akan kaya dan tolong orang macam
aku Ayah Aji!", katanya dengan muka serius
sambil menampakkan giginya yg kuning dan
berceragah itu. ""Aminnnn...", sambut Ayah
Aji.......

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, October 7, 2012

Cinta abadi sebenarnya milik siapa?

Berikut adalah lirik lagu Teman Pengganti nyanyian Black & Malique, ungkapan liriknya ada beberapa lapis pengertian, terpulanglah paham takat mana. Seni tidak memilih, tapi utk terpilih..

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama
Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka
Beberapa purnama dulu cinta bertakhta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah
Rahsia ini
Telah lama aku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Kuceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami
Setia mendengar, sentiasa hadiir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus kusingkap
Kusorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang kupuja
Kau terisitmewa tapi dia yang sempurna
Rahsia ini
Telah lama aku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Kuceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi
kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman susuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri
Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah kukemas, katil dah kurapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis tu nanti
Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dicatat depan casher mydin subang.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, September 21, 2012

Kampung Baru

Lalu di Kampung Baru terasa aura yg sangat kuat.. Sapolah yg tinggal kat sini.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, September 18, 2012

10 Tips Membentuk Kepribadian Islami




Hasan Al Banna merumuskan 10 karakteristik muslim yang dibentuk didalam madrasah tarbawi. Karakteristik ini seharusnya yang menjadi ciri khas dalam diri seseorang yang mengaku sebagai muslim, yang dapat menjadi furqon (pembeda) yang merupakan sifat-sifat khususnya (muwashofat).



1. Salimul Aqidah - Good Faith - Akidah yang Bersih

a. Tidak berhubungan dengan jin

b. Tidak meminta tolong kepada orang yang berlindung kepada jin

c. Tidak meramal nasib dengan melihat telapak tangan

d. Tidak menghadiri majlis dukun dan peramal

e. Tidak meminta berkah dengan mengusap-usap kuburan

f. Tidak meminta tolong kepada orang yang telah dikubur (mati)

g. Tidak bersumpah dengan selain Allah swt

h. Tidak tasya'um (merasa sial karena melihat atau mendengar sesuatu)

i. Mengikhlaskan amal untuk Allah swt

j. Mengimani rukun iman

k. Beriman kepada nikmat dan siksa kubur

l. Mensyukuri nikmat Allah swt saat mendapatkan nikmat

m. Menjadikan syetan sebagai musuh

n. Tidak mengikuti langkah-langkah syetan

o. Menerima dan tunduk secara penuh kepada Allah swt dan tidak bertahkim kepada selain yang diturunkan-Nya





2. Shahihul Ibadah - Right Devotion - Ibadah yang benar

a. Ihsan dalam Thaharah

b. Ihsan dalam shalat

c. Membayar zakat

d. Berpuasa fardhu

e. Niat melaksanakan haji

f. Komitmen dengan adab tilawah

g. Menjauhi dosa besar

h. Memenuhi nadzar

i. Menyebar luaskan salam

j. Menahan anggota tubuh dari segala yang haram

k. Tidak sungkan adzan

l. Bersemangat untuk shalat berjamaah

m. Bersemangat untuk berjamaah di masjid

n. Qiyamul-Lail minimal sekali sepekan

o. Berpuasa sunnah minimal sehari dalam sebulan

p. Khusyu dalam membaca Alquran

q. Hafal satu juz Alquran

r. Komitmen dengan wirid tilawah harian

s. Berdoa pada waktu-waktu utama

t. Menutup hari-harinya dengan bertaubat dan beristighfar

u. Berniat pada setiap melakukan perbuatan

v. Merutinkan dzikir pagi hari

w. Merutinkan dzikir sore hari

x. Dzikir kepada Allah swt dalam setiap keadaan

y. Beriktikaf pada bulan Ramadhan, jika mungkin

z. Mempergunakan siwak

aa. Senantiasa menjaga kondisi Thaharah, jika mungkin





3. Matinul Khuluq - Strong Caharacter - Akhlak yang kokoh

a. Tidak takabbur

b. Tidak Imma'ah (asal ikut, tidak punya prinsip)

c. Tidak dusta

d. Tidak mencaci maki

e. Tidak mengadu domba

f. Tidak Ghibah

g. Tidak menjadikan orang buruk sebagai teman / sahabat

h. Memenuhi janji

i. Birrul Walidain

j. Memiliki ghirah (rasa cemburu) pada keluarganya

k. Memiliki ghirah (rasa cemburu) pada agamanya

l. Tidak memotong pembicaraan orang lain

m. Tidak mencibir dengan isyarat apapun

n. Tidak menghina dan meremehkan orang lain

o. Menyayangi yang kecil

p. Menghormati yang besar

q. Menundukkan pandangan

r. Menyimpan rahasia

s. Menutupi dosa orang lain





4. Qawiyul Jismi - Physical Power - Fisik yang kuat

a. Bersih badan

b. Bersih pakaian

c. Bersih tempat tinggal

d. Komitmen dengan olah raga 2 jam setiap pekan

e. Bangun sebelum fajar

f. Memperhatikan tata cara baca yang sehat

g. Mencabut diri dari merokok

h. Komitmen dengan adab makan dan minum sesuai dengan sunnah

i. Tidak berlebihan dalam begadang

j. Menghindari tempat-tempat kotor dan polusi

k. Menghindari tempat-tempat bencana (bila masih di luar area)





5. Mutsaqaful Fikri - Thingking Briliantly - Intelek dalam berpikir

a. Baik dalam membaca dan menulis

b. Memperhatikan hukum-hukum tilawah

c. Mengkaji marhalah Makkiyah dan menguasai karakteristinya

d. Mengenal 10 sahabat yang dijamin masuk surga

e. Mengetahui hukum Thaharah

f. Mengetahui hukum Shalat

g. Mengetahui hukum Puasa

h. Menyadari adanya peperangan zionisme terhadap Islam

i. Mengetahui ghazwul fikri

j. Mengetahui organisasi-organisasi terselubung

k. Mengetahui bahaya pembatasan kelahiran

l. Berpartisipasi dalam kerja-kerja jama'i

m. Tidak menerima suara-suara miring tentang kita

n. Membaca satu juz tafsir Alquran (juz 30)

o. Menghafalkan separuh Arba'in (1-20)

p. Menghafalkan 20 hadits pilihan dari Riyadhush-Shalihin

q. Membaca sesuatu yang di luar spesialisasinya 4 jam setiap pekan

r. Memperluasa wawasan diri dengan sarana-sarana baru

s. Menjadi pendengar yang baik

t. Mengemukakan pendapatnya





6. Mujahidun Linafsihi - Continence - Berjuang melawan hawa nafsu

a. Menjauhi segala yang haram

b. Menjauhi tempat-tempat maksiat

c. Menjauhi tempat-tempat bermain yang haram





7. Haritsun 'Ala Waqtihi - Good Time Managemenet - Pandai Menjaga Waktu

a. Bangun pagi

b. Menghabiskan waktu untuk belajar





8. Munazham fi Syu'unihi - Well Organized - Teratur dalam segala urusan

a. Tidak menjalin hubungan dengan lembaga-lembaga yang menentang Islam

b. Memperbaiki penampilannya





9. Qadirun Alal Kasbi - Independent - Mandiri dari segi ekonomi

a. Menjauhi sumber penghasilan haram

b. Menjauhi riba

c. Menjauhi judi dengan segala macamnya

d. Menjauhi tindak penipuan

e. Membayar zakat

f. Tidak menunda dalam melaksanakan hak orang lain

g. Menabung, meskipun sedikit

h. Menjaga fasilitas umum

i. Menjaga fasilitas khusus





10. NAfi'un Lighairihi - Giving Contribution - Bermanfaat untuk orang lain

a. Melaksanakan hak kedua orang tua

b. Membantu yang membutuhkan

c. Memberi petunjuk orang tersesat

d. Ikut berpartisipasi dalam kegembiraan

e. Menikah dengan pasangan yang sesuai



Cinta dan kepribadian adalah dua kata yg tmbuh bersama dan sejajar. Makin kuat kepribadian kita, makin mampu kita mencintai dengan kuat. Mengandalkan perasaan saja dalam mencintai hanya akan mlahirkan para pembual yang mnguasai hnya satu keterampilan: menebar janji

Friday, July 27, 2012

10 SAHABAT (R.A) YANG DIJAMIN OLIH NABI MUHAMMAD S.A.W.

1. ABU BAKAR SIDDIQ R.A.
 Beliau adalah khalifah pertama sesudah wafatnya Rasulullah S.A.W. Selain itu Abu bakar juga merupakan laki-laki pertama yang masuk Islam, pengorbanan dan keberanian beliau tercatat dalam sejarah, bahkan juga didalam Quran (Surah At-Taubah ayat ke-40) sebagaimana berikut : “Jikalau tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seseorang dari dua orang (Rasulullah dan Abu Bakar) ketika keduanya berada dalam gua, diwaktu dia berkata kepada temannya:” janganlah berduka cita, sesungguhya Allah bersama kita”. maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

2. UMAR BIN KHATAB R.A. Beliau adalah khalifah ke-dua sesudah Abu Bakar, dan termasuk salah seorang yang sangat dikasihi oleh Nabi Muhammad S.A.W semasa hidupnya. Sebelum memeluk Islam, Beliau merupakan musuh yang paling ditakuti oleh kaum Muslimin. Namun semenjak ia bersyahadah dihadapan Rasulullah S.A.W. (tahun keenam sesudah Muhammad diangkat sebagai Nabi dan Rasulullah), ia menjadi salah satu benteng Islam yang mampu menyurutkan perlawanan kaum Quraish terhadap diri Nabi dan sahabat. Di zaman kekhalifahannya, Islam berkembang seluas-luasnya dari Timur hingga ke Barat, kerajaan Persia dan Rom Timur dapat ditaklukkannya dalam waktu hanya satu tahun.

 3. USMAN BIN AFFAN R.A. Khalifah ketiga setelah wafatnya Umar, pada pemerintahannya lah seluruh tulisan-tulisan wahyu yang pernah dicatat oleh sahabat semasa Rasulullah S.A.W. hidup dikumpulkan, kemudian disusun menurut susunan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah S.A.W sehingga menjadi sebuah kitab (Al-Quran) sebagaimana yang kita dapati sekarang.

4. ALI BIN ABI THALIB R.A. Merupakan khalifah keempat, beliau terkenal dengan siasah perang dan ilmu pengetahuan yang tinggi. Selain Umar bin Khatab, Ali bin Abi Thalib juga terkenal keberaniannya didalam peperangan. Beliau sudah mengikuti Rasulullah S.A.W. sejak kecil dan hidup bersama, sehingga Rasulullah S.A.W. diangkat menjadi Nabi dan Rasullullah dan sehingga Rasullullah S.A.W. wafat.

 5. THALHAH BIN ABDULLAH R.A. Masuk Islam dengan perantaraan Abu Bakar Siddiq, selalu aktif disetiap peperangan selain Perang Badar. Didalam perang Uhud, beliaulah yang mempertahankan Rasulullah S.A.W. sehingga terhindar dari mata pedang musuh, sehingga putus jari-jari beliau. Thalhah Bin Abdullah gugur dalam Perang Jamal dimasa pemerintahan Ali Bin Abi Thalib.

 6. ZUBAIR BIN AWAAM R.A. Memeluk Islam juga karena Abu Bakar Siddiq, ikut berhijrah sebanyak dua kali ke Habsyah dan mengikuti semua peperangan. Beliau pun gugur dalam Perang Jamal dimasa pemerintahan Ali Bin Abi Thalib.

7. SA’AD BIN ABI WAQQAS R.A. Mengikuti Islam sejak umur 17 tahun dan mengikuti seluruh peperangan, pernah ditawan musuh lalu ditebus oleh Rasulullah S.A.W. dengan ke-2 ibu bapaknya sendiri sewaktu perang Uhud.

8. SA’ID BIN ZAID R.A. Sudah Islam sejak kecilnya, mengikuti semua peperangan kecuali Perang Badar. Beliau bersama Thalhah Bin Abdullah pernah diperintahkan oleh rasulullah S.A.W. untuk menjadi mata-mata gerakan musuh (Quraish).

9. ABDULRAHMAN BIN AUF R.A. Memeluk Islam sejak kecilnya melalui Abu Bakar Siddiq dan mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah S.A.W. Turut berhijrah ke Habsyah sebanyak 2 kali.

10. ABU UBAIDILLAH BIN JARRAH R.A. Masuk Islam bersama Usman bin Math’uun, turut berhijrah ke Habsyah pada musim kedua dan mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah S.A.W.

Thursday, July 19, 2012

Ucapan Sheikh Mutawalli Sya’rawi dihadapan Presiden Hosni Mubarak

Dan sesungguhnya aku (Sheikh Mutawalli
Sya'rawi).. Wahai Tuan Presiden, aku berdiri di
sudut ini untuk menerima pahala dari Allah.
Aku tidak menghabiskan sisa-sisa hidup aku
menjadi munafiq.
Aku tidak akan mempamerkan diri aku ini
dengan perkara-perkara yang menipu. Tetapi
aku ingin memberitahu satu perkara kepada
umat semuanya. Sama ada daripada pihak
kerajaan atau parti pembangkang ataupun
penyokong dan bangsa.
Aku meminta maaf jika aku ucapkan sesuatu
yang kamu semua tidak suka. Aku ingin
semuanya tahu bahawa kekuasaan itu di tangan
Allah. Allah memberi kekuasaan kepada sesiapa
yang Dia suka. Maka janganlah ada komplot
untuk mendapatkan kekuasaan itu.
Dan janganlah ada tipu helah (penipuan) untuk
sampai kepadanya (kekuasaan). Allah Taala
telah menceritakan dialog antara Namrud dan
Nabi Ibrahim. Apa yang Allah Taala kata?
"..Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai
Muhammad) tentang orang berhujah
membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya)
mengenai Tuhannya (sedangkan dia dalam
kekafiran), kerana Allah memberikan orang itu
kuasa pemerintahan (Namrud)…" (Surah al-
Baqarah:258)
Maka kekuasaan itu Allah diberi kepada sesiapa
yang dia mahu. Maka jangan kamu melakukan
tipu helah terhadap Allah. Dan jangan kamu
membuat komplot (penipuan) terhadap Allah.
Kerana seseorang tidak akan mendapat
kekuasaan di dalam kerajaan Allah kecuali
dengan kehendak Allah. Kalau dia seorang yang
adil, maka manusia akan mendapat manfaat
dengan keadilannya. Dan sekiranya dia seorang
yang zalim, maka dia menjadi hodoh dengan
kezalimannya dan Allah akan menjadikannya
buruk di dada-dada manusia.
Maka disebabkan Allah menjadikan dia buruk di
dada manusia, rakyat akan membenci setiap
orang yang zalim walaupun dia tidak terlintas
membenci pemerintah itu.
Aku berkata kepada kamu sekalian,
Alhamdulillah, telah jelas kebenaran pada kata-
kata Tuhan berdasarkan dengan peristiwa-
peristiwa yang telah terjadi.
Bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata
Allah : "Wayamkuruuna wayamkurullah.." (dan
mereka merancang perkara yang jahat dan
Allah juga turut merancang). Dan bagaimana
kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah :
"Innahum yakiidunakaidan
wanakiiuunakaida.." (Sesungguhnya mereka
membuat tipu daya dan Allah membuat tipu
daya juga).
Siapa yang terlintas di dalam kepalanya untuk
menjadi pemerintah, aku nasihatkan supaya dia
jangan meminta-minta. Akan tetapi menjadi
kewajipannya menjadi pemerintah ketika mana
dia dilantik. Sabda Rasulullah salallahualaihi
wasalam:
"..Siapa yang dilantik untuk sesuatu perkara,
maka dia akan ditolong oleh Allah. Dan sesiapa
yang meminta-minta sesuatu perkara, maka
perkara itu akan menjadi beban kepadanya..".
Wahai Tuan Presiden, aku ingin katakan satu
perkara kepada engkau, mungkin ini adalah
pertemuan terakhir kita! (Sheikh Mutawalli
Sya'rawi memegang bahu presiden Mesir dan
berkata) "Jika nasib kami bergantung kepada
engkau, moga-moga Allah memberi taufiq
(menunjukkan kepada kamu jalan yang benar).
Dan jika nasib kamu bergantung kepada kami,
moga-moga Allah menolong kamu untuk
menanggung beban (untuk menghadapi kami)
..".

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, July 7, 2012

Pesan Guru 1

Pesan guru Pak Lang:

SOLAT, SILAT, SELAWAT

Tafsiran Pak Lang:
Pandai mana pun kita bersilat, solat & selawat lebih utama. Hidup berlantai tanah berbumbungkan langit, jangan terasa hebat atau pandai, pengakhiran yg baik tujuan sebenar kita.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, July 6, 2012

Pesanan Abul 'Ala Al-Maududi kepada Mahasiswa

Bismillahirrahmanirrahim.. “Wahai Pelajar! Kamu telah melabur sekian lama masa kamu di universiti ini untuk mendapat pendidikan. Kamu telah lama menunggu saat di mana kamu akan menuai hasil usaha kamu itu dalam bentuk segulung ijazah. Aku merasai betapa tersentuhnya jiwa kamu dalam majlis sebegini, maka menjadi satu kesukaran buat aku berterus-terang kepada kamu pada saat ini. Walaubagaimanapun aku perlu berlaku jujur, bahawa dalam menilai tempat kau dididik ini, malah kesemua tempat pendidikan yang bernama universiti ini tidak ubah seperti tempat penyembelihan berbanding tempat pendidikan. Ijazah yang dihulurkan tidak ubah seperti sijil kematian,diberikan apabila si pembunuh sudah berpuas hati kerana telah berjaya menyempurnakan penyembelihannya; alangkah bertuahnya kepada mereka yang telah berjaya melarikan diri daripada penyembelihan terancang ini dengan sedikit cahaya kehidupan. Aku tidak hadir ke sini untuk mengucapkan tahniah kepada kamu kerana telah menerima sijil kematian tersebut. Malah sebaliknya, aku berasa teramat sedih melihat kamu semua dalam keadaan yang teruk. Aku seperti seseorang yang sedang mencari manusia yang masih hidup dalam timbunan mayat di sini.”

Perang Sungai Manik (1)

NOTA KEPALA: Cerita di bawah ini adalah terjemahan dari cerita asal bertajuk “Sungai Manik Bamandi Darah”. Darah Banjar yang mengalir pekat dalam tubuhku membuat aku rasa terpanggil untuk menterjemah (tanpa kebenaran) cerita tersebut dengan harapan supaya anak-anak Banjar hari ini – dan juga orang Melayu – dapat mengerti betapa suatu masa dahulu suku kaum Banjar pernah bangkit menentang komunis dengan hanya bersenjatakan parang (parang bungkol) tanpa perlu terpekik terlolong di khalayak ramai menghunus dan mencium keris macam poli-tikus Melayu hari ini. Walaupun terdapat banyak blog yang memetik cerita hasil nukilan saudara Nilasakunta, tapi masih belum ada (atau aku tak terjumpa) blog yang menterjemah keseluruhan cerita tersebut. Oleh itu, berbekalkan pengetahuan Bahasa Banjar yang masih dikira OK, aku cuba terjemahkan secara berperenggan (paragraph by paragraph). Badan Ismail Rudo yang sudah tidak berkaki dan bertangan menggelupur di atas titi dan sedang menunggu masa untuk nyawa berpisah dengan badan – kedua belah kaki dan tangan Mail Rudo putus ditetak parang ‘bungkol’ Utoh Putih. Air jernih yang mengalir deras di bawah titi bertukar merah disirami darah. Maka tertawa besarlah ‘sangkala’ mendapat habuan petang – darah dalam jantung adalah makanannya. Begitulah adat orang berkelahi, salah seorang pasti kecundang. Selepas Asar, Mail Rudo pergi seorang diri – menghembuskan nafas terakhir tanpa seorang pun yang sudi mendekatinya. Sepucuk pistol .38 tanpa peluru masih berada di sisi jasad yang sudah tidak bernyawa lagi. Ramai penduduk Bendang DO, parit 6, Sungai Manik terdiri dari keluarga Banjar. Kehidupan mereka begitu daif, terhimpit dan dihimpit oleh gerombolan komunis yang bermarkas di Sungai Tungko, dan diketuai oleh Ah Pau, Ah Boon dan Ah Jang. Pembunuh Mail Rudo, orang kuat Parti Komunis Malaya (PKM) mesti ditangkap segera. Utoh Putih, Banjar ‘Alai’ jati beranak dua – anak bungsunya seorang bayi perempuan dan baru pandai berdiri-jatuh. Dia menetap di Pekan Rabu, Parit 6, Sungai Manik. Oleh kerana warna kulitnya yang tersangat cerah maka lekatlah gelaran Utuh Putih. Arwah datuk (pencerita) dan Utuh Putih adalah rakan karib yang sama hebat ilmu zahir dan batin. Mail Rudo, Banjar Sungai Tungko, Sungai Manik sudah lama menyertai PKM dalam bahagian risik. Selepas tentera Jepun menyerah kalah, Mail Rudo ditugaskan mencari ahli baru dalam daerah Sungai Manik. Disebabkan tidak ramai keluarga Banjar yang sudi menyertai perjuangan komunis, maka akhirnya Mail Rudo terpaksa menggunakan kekerasan. Mereka yang enggan akan menerima padah. Saban hari ada saja penduduk kampung yang ditangakap, tak kira muda ataupun tua. Disiksa, disembelih, disumbat dalam guni hidup-hidup dan dibuang ke Sungai Perak, ditembak, disula, dan bermacam lagi hukuman. Begitulah gerangan bila manusia (Mail Rudo) sudah ada kedudukan – mudah lupa diri hingga hilang rasa kemanusiaan. Pada masa itu bukan sedikit orang Banjar dan orang Melayu yang menyokong perjuangan komunis. Malah ada juga orang Banjar yang hebat ilmunya turut menjadi talibarut. Orang seperti itulah yang menjadi duri dalam daging penduduk setempat. Oleh kerana terlau mengejar pangkat mereka sanggup membunuh, membakar rumah dan memusnahkan harta benda bangsa sendiri. Penduduk kampung yang takut menyertai perjuangan komunis secara aktif dipaksa pula membayar yuran sebagai ahli PKM. Kehidupan keluarga Banjar di Sungai Manik semakin terhimpit. Ramai yang terpaksa berpindah ke penempatan Banjar di seberang Sungai Kinta – ke Kampung Balun Bidai dan Kampung Gajah. Waktu Zohor baru saja masuk. Alun air bendang dihembus bayu membuat hati terasa rawan. Sambil memikul guni berisi ubi, Utoh Putih melangkah cermat menuju titi untuk kembali ke rumah di Pekan Rabu. Sebaik sampai di pangkal titi… “Dari mana gerangan ni ‘Toh, akhirnya bertemu juga kita di sini ye?” entah dari mana munculnya si Mail Rudo, tiba-tiba saja tercegat di tengah titi berpakaian seragam komunis, pistol dan bayonet terselit di pinggang. Di wajahnya terpancar rasa kepuasan kerana dapat bertemu dengan Utoh Putih yang sudah sekian lama dipujuknya supaya menyertai PKM. “Baru balik dari Cikus mencari ubi, maafkan saya tuan, tumpang lalu” Utoh Putih menyahut penuh hormat. “Kalau ia pun letaklah dulu guni ubi tu, tak usah bergegas, apa yang nak dikejar, tak ke mana perginya rumah tu” garau bunyi suara Mail Rudo. Antara rela dan terpaksa, Utoh Putih mematuhi perintah ‘tuan besar’ dan meletakkan guni ubi di atas titi. Begitu gah susuk tubuh dua orang anak Banjar yang berdiri di atas titi menghadap satu sama lain, cumanya seorang berkulit cerah manakala seorang lagi kelihatan gelap. “Mungkin petang ini pertemuan kita yang terakhir, agaknya” si Mail Rudo menyambung bicara. “Apa hajat, kenapa lain benar kata-kata tuan besar?” si Utoh Putih yang menyambut bicara merasakan ada sesuatu yang tak kena. “Tak usah pura-pura tak tau, bagaimana dengan janji kau dulu? Sampai hari ini aku masih menunggu kata putus” rungut orang kuat PKM menempelak. “Taklah Mail, aku tak nak ikut perjuangan yang membinasakan bangsa, sedangkan perjuangan untuk mengisi perut sendiri dan anak bini rasa dah tak tertanggung. Tidak…tidak sekali-kali” si Utoh Putih menjawab tegas. “Mak oi, keras benar hati kau ni ‘Toh…apa nak buat…kalau itulah pendirian kau, bersiap sedialah” merah padam muka Mail Rudo kerana marah. Spontan tangan kanannya mencapai pistol di pinggang dan mengacukan ke dada si Utoh Putih. “Jangan, senjata jangan dibuat main Mail ai…kita kan serumpun, tak kanlah kau tak ada belas kasihan. Ditakdirkan aku tak ada, siapa yang nak menyara anak isteriku nanti…ampun tuan besar” si Utoh Putih merayu minta simpati. “Dam…” bunyi pistol memuntahkan peluru sulung. Berasap baju buruk si Utoh Putih dihinggapi peluru, namun dia masih tak berganjak, masih tegak berdiri. Keluarga Banjar berhampiran yang terkejut melihat kejadian tak berani mendekati, masing-masing masuk ke rumah. “Dam…dammmm…” sudah tiga das tembakan dilepaskan oleh Mail Rudo namun peluru masih tak mampu menembusi kulit si Utoh Putih. “Bangsat betul, kebal rupanya kau ye…tahani lagi nah” tengking orang kuat PKM. Tanpa disedari sudah enam das tembakan dilepaskan dan pistolnya sudah kehabisan peluru. Sedang dia terkial-kial… “Labukkk…” ayunan parang bungkol yang bergelar si Kandal Larap hinggap dipergelangan tangan kanan Mail Rudo yang membuatkan tangan itu putus serta merta. “Labukkk…” giliran tangan kiri si Mail Rudo untuk jatuh ke tanah. Utoh Putih meneruskan ayunan. Kali ini lutut kanan Mail Rudo pula jadi mangsa parang bungkol Kandal Larap. Setelah putus kaki kanan, maka terdamparlah Mail Rudo di atas titi. Si Utoh Putih semakin geram. Tetakan terakhirnya membuat kaki kiri Mail Rudo bercerai dengan badan. Guni yang berisi ubi diletakkan semual ke bahu, dan Utoh Putih terus balik ke rumah meninggalkan Mail Rudo mengerang kesakitan.

Thursday, June 21, 2012

Rasulullah SAW Menangis Ketika Di Padang Mahsyar

Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra, bapa saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud: “Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata: “Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Taala serta dibenarkan oleh para rasul.” Ibnu Abbas ra berkata: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril as akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga.” Jibril as akan menyeru: “Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad SAW?” Bumi akan berkata: “Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu dimana kubur Muhammad SAW.” Rasulullah SAW bersabda: “Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad SAW ke awan langit. Maka, empat malaikat berada di atas kubur.” Israfil bersuara: “Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!” Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah SAW berdiri, baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW. Baginda SAW melihat kanan dan kiri. Baginda SAW dapati, tiada lagi bangunan. Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi. Jibril as berkata kepadanya: “Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah Taala di tempat yang luas.” Baginda SAW bertanya, “Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?” Jibril as menjawab: “Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah Taala.” Baginda SAW bersabda: “Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!” Jibril as berkata: “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?” Baginda SAW bersabda: “Bukan seperti itu pertanyaanku.” Jibril as berkata: “Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?” Baginda SAW bersabda: “Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?” Jibril as berkata: “Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu?” Baginda SAW bersabda: “Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.” Jibril as berkata kepada baginda SAW: “Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad SAW dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!” Jibril as datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad SAW. Buraq cuba meronta-ronta. Jibril as berkata kepadanya: “Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah Taala? Sudahkah Allah Taala perintahkan kepadamu agar mentaatinya?” Buraq berkata: “Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku ingin dia mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku. Sesungguhnya, Allah Taala akan datang pada hari ini di dalam keadaan marah. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini.” Baginda SAW bersabda kepada Buraq: “Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, nescaya aku memberi syafaat kepadamu.” Setelah berpuas hati, Buraq membenarkan baginda SAW menunggangnya lalu dia melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata. Apabila Nabi Muhammad SAW berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang putih, malaikat Israfil as menyeru: “Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa. Roh-roh telah diletakkan di dalam tanduk atau sangkakala. Di dalamnya ada beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk. Setiap roh, akan didudukkan berada di dalam tingkat. Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang sangat pekat seperti air mani lelaki. Daripadanya, terbinalah tulang-tulang. Urat-urat memanjang. Daging kulit dan bulu akan tumbuh. Sebahagian mereka akan kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh. Allah Taala berfirman: “Wahai Israfil! Tiup tanduk atau sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu akan penghuni kubur. Sebahagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka. Sebahagian dari mereka adalah golongan yang celaka dan derita.” Malaikat Israfil as menjerit: “Wahai roh-roh yang telah hancur! Kembalilah kamu kepada tubuh-tubuh mu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Tuhan semesta alam.” Allah Taala berfirman: “Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya!” Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah Taala, roh-roh pun keluar untuk mencari jasad mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya sedia, masing-masing melihat. Nabi SAW duduk di padang pasir Baitul Maqdis, melihat makhluk-makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Nabi Muhammad SAW merupakan satu umat (kumpulan). Nabi SAW berhenti memperhatikan ke arah mereka. Mereka seperti gelombang lautan. Jibril as menyeru: “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala.” Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya: “Di mana umatku?” Jibril as berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.” Apabila nabi Isa as datang, Jibril as menyeru: Tempatmu!” Maka nabi Isa as dan Jibril as menangis. Nabi Muhammad SAW berkata: “Mengapa kamu berdua menangis.” Jibril as berkata: “Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?” Nabi Muhammad bertanya: “Di mana umatku?” Jibril as berkata: “Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.” Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya: “Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?” Jibril as berkata: “Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!” Apabila Nabi Muhammad SAW melihat mereka, mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada baginda SAW dengan apa yang telah Allah Taala muliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan baginda SAW. Baginda SAW juga gembira terhadap mereka. Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: “Wahai Muhammad!” Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai umatku.” Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis. Ketika mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah Allah Taala seruan yang menyeru: “Di mana Jibril?” Jibril as berkata: “Jibril di hadapan Allah, Tuhan semesta alam.” Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: “Di mana umat Muhammad SAW?” Jibril as berkata: “Mereka adalah sebaik umat.” Allah Taala berfirman: “Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu.” Jibril as kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala.” Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.” Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah Taala. Nabi Muhammad SAW memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah Taala. Allah Taala berfirman: “Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu baik-baik kepadaKu tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan dosa!” Hamba-hamba Allah Taala terdiam. Allah Taala berfirman: “Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!” Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata: “Wahai Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.” Malik bertanya: “Apakah hari ini?” Jibril menjawab: “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.” Malik berkata: “Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan makhluk?” Jibril menjawab: “Ya!” Malik bertanya: “Di mana Muhammad dan umatnya?” Jibril berkata: “Di hadapan Allah Taala!” Malik bertanya lagi: “Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?” Jibril berkata: “Aku tidak tahu!” Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan. Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang yang keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis). Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Kanak-kanak mula beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk. Rasulullah SAW Membela Umatnya Di padang mahsyar orang yang mula-mula berusaha ialah nabi Ibrahim as. Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru: “TuhanKu dan Penguasaku! Aku adalah khalilMu Ibrahim. Kasihanilah kedudukanku pada hari ini! Aku tidak meminta kejayaan Ishak dan anakku pada hari ini.” Allah Taala berfirman: “Wahai Ibrahim! Adakah kamu melihat Kekasih mengazab kekasihnya.” Nabi Musa as datang. Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru: “KalamMu. Aku tidak meminta kepadaMu melainkan diriku. Aku tidak meminta saudaraku Harun. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!” Isa as datang di dalam keadaan menangis. Baginda bergantung dengan Arsy lalu menyeru: “Tuhanku. Penguasaku. Penciptaku! Isa roh Allah. Aku tidak meminta melainkan diriku. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!” Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. Nabi Muhammad SAW menyeru: “Tuhanku. Penguasaku Penghuluku. !Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dariMu!” Ketika itu juga, neraka Jahanam berseru: “Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?” Neraka pula berseru: “Wahai Tuhanku. Penguasaku dan Penghuluku! Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaannya! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan.” Malaikat Zabaniah menolaknya sehingga terdampar di kiri Arsy. Neraka sujud di hadapan Tuhannya. Allah Taala berfirman: “Di mana matahari?” Maka, matahari dibawa mengadap Allah Taala. Ia berhenti di hadapan Allah Taala. Allah Taala berfirman kepadanya: “Kamu! Kamu telah memerintahkan hambaKu untuk sujud kepada kamu?” Matahari menjawab. “Tuhanku! Maha Suci diriMu! Bagaimana aku harus memerintahkan mereka berbuat demikian sedangkan aku adalah hamba yang halus?” Allah Taala berfirman: “Aku percaya!” Allah Taala telah menambahkan cahaya dan kepanasannya sebanyak 70 kali ganda. Ia telah dihampirkan dengan kepala makhluk.” I bnu Abbas r.h. berkata: “Peluh manusia bertiti dan sehingga mereka berenang di dalamnya. Otak-otak kepala mereka menggeleggak seperti periuk yang sedang panas. Perut mereka menjadi seperti jalan yang sempit. Air mata mengalir seperti air mengalir. Suara ratap umat-umat manusia semakin kuat. Nabi Muhammad SAW lebih-lebih lagi sedih. Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya. Sekali, baginda SAW sujud di hadapan Arsy dan sekali lagi, baginda SAW rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya. Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya. Mereka berkata: “Maha Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah Taala ini begitu mengambil berat, hal keadaan umatnya. Daripada Thabit Al-Bani, daripada Usman Am Nahari berkata: “Pada suatu hari Nabi SAW menemui Fatimah Az-Zahara’ r.h. Baginda SAW dapati, dia sedang menangis.” Baginda SAW bersabda: “Permata hatiku! Apa yang menyebabkan dirimu menangis?” Fatimah menjawab: “Aku teringat akan firman Allah Taala.” “Dan, kami akan mehimpunkan, maka Kami tidak akan mengkhianati walau seorang daripada mereka.” L alu Nabi SAW pun menangis. Baginda SAW bersabda: “Wahai permata hatiku! Sesungguhnya, aku teringat akan hari yang terlalu dahsyat. Umatku telah dikumpulkan pada hari kiamat dikelilingi dengan perasaan dahaga dan telanjang. Mereka memikul dosa mereka di atas belakang mereka. Air mata mereka mengalir di pipi.” Fatimah r.h. berkata: “Wahai bapaku! Apakah wanita tidak merasa malu terhadap lelaki?” Baginda SAW menjawab: “Wahai Fatimah! Sesungguhnya, hari itu, setiap orang akan sibuk dengan untung nasib dirinya. Adapun aku telah mendengar Firman Allah Taala:” Bagi setiap orang dari mereka, di hari itu atau satu utusan yang melalaikan dia.” ( Abasa: 37) Fatimah ra. bertanya: “Di mana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai bapaku?” Baginda SAW menjawab: “Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku.” Fatimah r.h. bertanya lagi: “Sekiranya aku dapati kamu tiada di telaga?” Baginda SAW bersabda: “Kamu akan menjumpaiku di atas Sirat sambil dikelilingi para Nabi. Aku akan menyeru: “Tuhan Kesejahteraan! Tuhan Kesejahteraan! Para malaikat akan menyambut: “Aamiin.” Ketika itu juga, terdengar seruan dari arah Allah Taala lalu berfirman: “Nescaya akan mengikuti kata-katanya pada apa yang kamu sembah.” Setiap umat akan berkumpul dengan sesuatu yang mereka sembah. Ketika itu juga, neraka Jahanam melebarkan tengkuknya lalu menangkap mereka sebagaimana burung mematuk kacang. Apabila seruan dari tengah Arsy kedengaran, maka manusia yang menyembahNya datang beriring. Sebahagian daripada orang yang berdiri di situ berkata: “Kami adalah umat Muhammad SAW!” Allah Taala berfirman kepada mereka: “Mengapa kamu tidak mengikuti orang yang kamu sembah?” Mereka berkata: “Kami tidak menyembah melainkan Tuhan Kami. Dan, kami tidak menyembah selainNya.” Mereka ditanya lagi: “Kami mengenali Tuhan kamu?” Mereka menjawab: “Maha Suci diriNya! Tiada yang kami kenali selainNya.” Apabila ahli neraka dimasukkan ke dalamnya untuk diazab, umat Muhammad SAW mendengar bunyi pukulan dan jeritan penghuni neraka. Lalu malaikat Zabaniah mencela mereka. Mereka berkata: “Marilah kita pergi meminta syafaat kepada Muhammad SAW!” Manusia berpecah kepada tiga kumpulan. 1. Kumpulan orang tua yang menjerit-jerit. 2. Kumpulan pemuda. 3. Wanita yang bersendirian mengelilingi mimbar-mimbar. Mimbar para Nabi didirikan di atas kawasan lapang ketika kiamat. Mereka semua berminat terhadap mimbar Nabi Muhammad SAW. Mimbar Nabi Muhammad SAW terletak berhampiran dengan tempat berlaku kiamat. Ia juga merupakan mimbar yang paling baik, besar dan cantik. Nabi adam as dan isterinya Hawa berada di bawah mimbar Nabi SAW. Hawa melihat ke arah mereka lalu berkata: “Wahai Adam! Ramai dari zuriatmu dari umat Muhammad SAW serta cantik wajah mereka. Mereka menyeru: “Di mana Muhammad?” Mereka berkata: “Kami adalah umat Muhammad SAW. Semua umat telah mengiringi apa yang mereka sembah. Hanya tinggal kami sahaja. Matahari di atas kepala kami. Ia telah membakar kami. Neraka pula, cahaya juga telah membakar kami. Timbangan semakin berat. Oleh itu tolonglah kami agar memohon kepada Allah Taala untuk menghisab kami dengan segera! Sama ada kami akan pergi ke syurga atau neraka.” Nabi Adam as berkata: “Pergilah kamu dariku! Sesungguhnya aku sibuk dengan dosa-dosaku. Aku mendengar firman Allah Taala: Dan dosa Adam terhadap Tuhannya kerana lalai. Mereka pergi berjumpa nabi Nuh as yang telah berumur, umur yang panjang dan sangat sabar. Mereka menghampirinya. Apabila nabi Nuh as melihat mereka, dia berdiri. Pengikut (umat Nabi Muhammad SAW) berkata: “Wahai datuk kami, Nuh! Tolonglah kami terhadap Tuhan kami agar Dia dapat memisahkan di antara kami dan mengutuskan kami dari ahli syurga ke syurga dan ahli neraka ke neraka.” Nabi Nuh as berkata: “Sesungguhnya, aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah mendoakan agar kaumku dimusnahkan. Aku malu dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Ibrahim kekasih Allah Taala! Mintalah kepadanya agar menolong kamu!” Nabi Ibrahim as berkata: “Sesungguhnya aku pernah berbohong di dalam usiaku sebanyak tiga pembohongan di dalam Islam. Aku takut dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Musa as! Mintalah pertolongan darinya!” Nabi Musa as berkata: “Aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah membunuh seorang jiwa tanpa hak. Aku membunuhnya bukan dari kemahuanku sendiri. Aku dapati dia melampaui batas terhadap seorang lelaki Islam. Aku ingin memukulnya. Aku terperanjat kerana menyakitinya lalu menumbuk lelaki tersebut. Ia jatuh lalu mati. Aku takut terhadap tuntutan dosaku. Pergilah kamu berjumpa Isa as!” Mereka pergi berjumpa nabi Isa a.s. Nabi Isa a.s. berkata: “Sesungguhnya Allah Taala telah melaknat orang-orang Kristian. Mereka telah mengambil aku, ibuku sebagai dua Tuhan selain Allah Taala. Hari ini, aku malu untuk bertanya kepadaNya mengenai ibuku Mariam.” Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra’ sedang duduk. Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad SAW dia berkata: “Ini umat Nabi Muhammad SAW. Mereka telah sesat dari Nabi mereka.” Suara Mariam, telah didengari oleh Nabi Muhammad SAW Nabi Adam a.s. berkata kepada nabi Muhammad SAW. “Ini umatmu, wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah Taala.” Nabi Muhammad SAW menjerit dari atas mimbar lalu bersabda: “Marilah kepadaku, wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah Taala untukmu!” Umat Nabi Muhammad SAW berkumpul di sisinya. T erdengar suara seruan: “Wahai Adam! Ke marilah kepada Tuhanmu!” Nabi Adam as berkata: “Wahai Muhammad! Tuhanku telah memanggilku. Moga-moga Dia akan meminta kepadaku.” Nabi Adam as pergi menemui Allah Taala. Allah Taala berfirman kepadanya: “Wahai Adam! Bangunlah dan hantarkan anak-anakmu ke neraka!” Nabi Adam as bertanya: “Berapa ramai untukku kirimkan?” Allah Taala berfirman: “Setiap seribu lelaki kamu hantarkan seorang ke syurga, 999 orang ke neraka.” Allah Taala berfirman lagi: “Wahai Adam! Sekiranya Aku tidak melaknat orang yang berdusta dan Aku haramkan pembohongan, nescaya Aku akan mengasihi anakmu keseluruhannya. Akan, tetapi, Aku telah janjikan syurga bagi orang yang mentaatiKu Neraka pula bagi orang yang menderhakaiKu Aku tidak akan memungkiri janji Wahai Adam! Berhentilah di sisi Mizan (timbangan). Sesiapa yang mempunyai berat pada kebaikannya daripada dosanya walaupun seberat biji sawi, bawalah dia untuk memasuki syurga tanpa perlu berunding denganKu! Sesungguhnya Aku telah menjadikan bagi mereka, satu kejahatan dengan satu dosa. Manakala satu kebaikan dengan sepuluh pahala agar memberitahu mereka bahawa, sesungguhnya Aku tidak akan memasukkan mereka ke dalam neraka melainkan setiap yang kembali akan dikembalikan dengan dosa bagi orang yang melampaui batas.” Nabi Adam as berkata: “Tuhanku! Penguasaku! Engkau lebih utama bagi menghisab berbanding aku. Hamba itu adalah hambaMu dan Engkau Maha Mengetahui sesuatu yang ghaib!” Umat Muhammad SAW Diseru Meniti Sirat Allah Taala menyeru: “Wahai Muhammad! Bawalah umatmu untuk dihisab dan lintaskan mereka di atas Sirat yang dilebarkan. Panjangnya sejauh 500 tahun perjalanan.” Malaikat Malik berdiri di pintunya (neraka). Dia menyeru: “Wahai Muhammad! Sesiapa yang datang dari umatmu dan bersamanya ada perlepasan dari Allah Taala, maka dia akan terselamat. Sekiranya sebaliknya maka, dia akan terjatuh di dalam neraka. Wahai Muhammad! Katakan kepada orang yang diringankan agar berlari! Katakan kepada orang yang diberatkan agar berjalan!” Nabi Muhammad SAW bersabda kepada malaikat Malik: “Wahai Malik! Dengan kebenaran Allah Taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar apabila melihatmu.” Malaikat Malik memalingkan mukanya dari umat Nabi Muhammad SAW. Umat Nabi Muhammad SAW telah di pecahkan kepada sepuluh kumpulan. Nabi Muhammad SAW mendahului mereka lalu bersabda kepada umatnya: “Ikutlah aku wahai umatku di atas Sirat ini!” Kumpulan pertama berjaya melintasi seperti kilat yang memancar. Kumpulan kedua melintasi seperti angin yang kencang. Kumpulan ketiga melintasi seperti kuda yang baik. Kumpulan yang keempat seperti burung yang pantas. Kumpulan yang kelima berlari. Kumpulan keenam berjalan. Kumpulan ketujuh berdiri dan duduk kerana mereka dahaga dan penat. Dosa-dosa terpikul di atas belakang mereka. Nabi Muhammad SAW berhenti di atas Sirat. Setiap kali, baginda SAW melihat seorang dari umatnya bergayut di atas Sirat, baginda SAW akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali. Kumpulan kelapan menarik muka-muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak kesalahan dan dosa mereka. Bagi yang buruk, mereka akan menyeru: “Wahai Muhammad SAW!” Nabi Muhammad SAW berkata: “Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka”! Kumpulan ke sembilan dan ke sepuluh tertinggal di atas Sirat. Mereka tidak diizinkan untuk menyeberang. Dikatakan bahawa, di pintu syurga, ada pokok yang mempunyai banyak dahan. Bilangan dahannya tidak terkira melainkan Allah Taala sahaja yang mengetahui. Di atasnya ada kanak-kanak yang telah mati semasa di dunia ketika umur mereka dua bulan, kurang dan lebih sebelum mereka baligh. Apabila mereka melihat ibu dan bapa mereka, mereka menyambutnya dan mengiringi mereka memasuki syurga. Mereka memberikan gelas-gelas dan cerek serta tuala dari sutera. Mereka memberi ibu dan bapa mereka minum kerana kehausan kiamat. Mereka memasuki syurga bersama-sama. Hanya tinggal, kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka. Suara tangisan mereka semakin nyaring. Mereka berkata: “Aku mengharamkan syurga bagi diriku sehingga aku melihat bapa dan ibuku.” Kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka telah berkumpul. Mereka berkata: “Kami masih di dalam keadaan yatim di sini dan di dunia.” Malaikat berkata kepada mereka: “Bapa-bapa dan ibu-ibu kamu terlalu berat dosa mereka. Mereka tidak diterima oleh syurga akibat dosa mereka.” Mereka terus menangis malah lebih kuat dari sebelumnya lalu berkata: “Kami akan duduk di pintu syurga moga-moga Allah Taala mengampuninya dan menyatukan kami dengan mereka.” Demikianlah! Orang yang melakukan dosa besar akan dikurung di tempat pembalasan yang pertama oleh mereka iaitu Sirat. Ia dipanggil “Tempat Teropong.” Kaki-kaki mereka akan tergantung di Sirat. Nabi Muhammad SAW melintasi Sirat bersama orang-orang yang soleh di kalangan yang terdahulu dan orang yang taat selepasnya. Di hadapannya, ada bendera-bendera yang berkibaran. Bendera Kepujian berada di atas kepalanya. Apabila bendera baginda menghampiri pintu syurga, kanak-kanak akan meninggikan tangisan mereka. Rasulullah SAW bersabda: “Apa yang berlaku pada kanak-kanak ini?” Malaikat menjawab: “Mereka menangis kerana berpisah dengan bapa dan ibu mereka. “Nabi SAW bersabda: “Aku akan menyelidiki khabar mereka dan aku akan memberi syafaat kepada mereka, Insya Allah.” Nabi Muhammad SAW memasuki syurga bersama umatnya yang berada di belakang. Setiap kaum akan kekal didalam rumah-rumah mereka. Kita memohon kepada Allah Taala agar memasukkan kita di dalam keutamaan ini dan menjadikan kita sebahagian daripada mereka.

Pesanan Abul 'Ala Al-Maududi kepada Mahasiswa

Bismillahirrahmanirrahim.. “Wahai Pelajar! Kamu telah melabur sekian lama masa kamu di universiti ini untuk mendapat pendidikan. Kamu telah lama menunggu saat di mana kamu akan menuai hasil usaha kamu itu dalam bentuk segulung ijazah. Aku merasai betapa tersentuhnya jiwa kamu dalam majlis sebegini, maka menjadi satu kesukaran buat aku berterus-terang kepada kamu pada saat ini. Walaubagaimanapun aku perlu berlaku jujur, bahawa dalam menilai tempat kau dididik ini, malah kesemua tempat pendidikan yang bernama universiti ini tidak ubah seperti tempat penyembelihan berbanding tempat pendidikan. Ijazah yang dihulurkan tidak ubah seperti sijil kematian,diberikan apabila si pembunuh sudah berpuas hati kerana telah berjaya menyempurnakan penyembelihannya; alangkah bertuahnya kepada mereka yang telah berjaya melarikan diri daripada penyembelihan terancang ini dengan sedikit cahaya kehidupan. Aku tidak hadir ke sini untuk mengucapkan tahniah kepada kamu kerana telah menerima sijil kematian tersebut. Malah sebaliknya, aku berasa teramat sedih melihat kamu semua dalam keadaan yang teruk. Aku seperti seseorang yang sedang mencari manusia yang masih hidup dalam timbunan mayat di sini.”

Monday, June 18, 2012

Selamat Hari Bapa

Selamat hari bapa, lindungi masa depan anak2 kita daripada kekejaman rosmah. Dekat sini aku tulis rosmah saje, sbb aku ada kenal ramai individu dalam UMNO yg terbukti amanah dan jujur, sekiranya orang2 seperti mereka yg naik sebagai pemimpin, pastinya masa depan parti lebih baik.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, June 14, 2012

Senarai lian yg belajar minggu lepas

Lian Tekan Pukul Kebas Pendek
Lian Tumbuk O
Lian Beralih Tapak
Lian Polek Tangkap Tembong
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, May 28, 2012

50 AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP

1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan ? Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk. 2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya. 3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya. 4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran. 5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu. 6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan. 7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu. 8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad. 9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain. 10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi 11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain. 12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan 13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi 14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh 15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud. 16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah 17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum 18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu 19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman 20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana 21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung 22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalazii m) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari 23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah 24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan ? Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah 25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA 26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al- Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) 27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH 28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur 29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan 30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) 31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW 32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) ? Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh 33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari 34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalazi im) tiga kali ? Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari 35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) 36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang 37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) 38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya 39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya 40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya 41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya 42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya ? Muttafaq Alaih 43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) – Muttafaq Alaih 44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain 45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH ? Abu dawud 46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya 47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali ? Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar 48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib 49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami 50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.

Wednesday, May 23, 2012

Cara-cara nak cover malu

1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...

4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....

6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....

7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?...



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, May 19, 2012

Suami 'alim kucing' panas baran terajang isteri!


ALOR SETAR: "Saya tertarik dengan suami kerana dia seorang yang kuat agama dan memberi tunjuk ajar kepada saya.

"Namun, ia palsu kerana selepas kami berkahwin barulah saya tahu dia seorang yang panas baran dan sering memukul dan menendang saya tanpa belas kasihan," kata Rozita Said, 41, yang bersembunyi bersama dua anaknya, Muiz Abdul Majid, 19, dan Nasuha, 13, di sebuah lokasi rahsia di negeri ini kerana bimbangkan keselamatan mereka.

Rozita berkata, dia mengenali suaminya melalui laman sosial sejak 2010 tanpa pernah bertemu sekali pun sebelum berkahwin pada 28 April 2011.

Katanya, sebelum berkahwin suaminya duda beranak satu dan mereka bernikah di Hatyai, Thailand tetapi selepas bersama baru tahu suaminya mempunyai dua isteri dan seorang anak.

Dia yang berasal dari Pulau Pinang berkata, Februari lalu, dia mengikut suami ke kediaman sewanya di Kampung Pasir, Johor Bahru dan bekerja di sebuah kilang.

Kelmarin, Harian Metro melaporkan hasrat seorang suami menikmati makan malam romantik sempena ulang tahun perkahwinan pertama dengan isteri musnah selepas wanita itu bersama dua anaknya keluar dari rumah sehari sebelum sambutan itu, 27 April lalu.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, Syed Hassan Syed Abd Hamid, 42, berkata dia tidur ketika isteri dan dua anak tirinya keluar dari rumah di Kampung Pasir, Johor Bahru.

"Saat saya mula didera selepas suami menuduh saya menjalin hubungan cinta bersama rakan melalui laman sosial dan memaksa saya mengakuinya sedangkan tidak pernah berbuat demikian," katanya.

Menurutnya, akibat kejadian itu, setiap hari dia bukan saja dipukul di muka tetapi turut diterajang termasuk ketika memandu bersama suaminya.

"Selain dipukul, suami mengawal setiap pergerakan termasuk menghantar dan mengambil saya di tempat kerja, malah ketika di rumah, dia hanya mahu saya berada di sisinya tanpa membenarkan saya melakukan perkara lain termasuk tidak membenarkan bersolat.

"Suami bertambah baran hanya kerana saya tidak mahu mengaku menjalin hubungan melalui laman sosial. Dia juga pernah melafazkan talak satu kerana insiden berkenaan tetapi kembali memujuk saya dalam 24 jam tanpa merujuk mahkamah syariah," katanya.

Kelmarin, Harian Metro melaporkan hasrat seorang suami menikmati makan malam romantik sempena ulang tahun perkahwinan pertama dengan isterinya musnah selepas wanita itu bersama dua anak mereka keluar dari rumah sehari sebelum sambutan itu, 27 April lalu.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, Syed Hassan Syed Abd Hamid, 42, berkata dia tidur ketika isteri serta dua anak tirinya keluar dari rumah di Kampung Pasir, Johor Bahru



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kenapa ramai orang tukar DP di Facebook kpd coklat

Mesti yang belum tahu tu mesti tertanya-tanya kenapa ramai orang buat Default Picture (DP) di Facebook gambar berwarna coklat dengan mata tertutup bukan? Ok, sebenarnya itu menunjukkan gambar seseorang tahanan atau banduan rakyat Palestin. Baju berwarna coklat itu merupakan pakaian yang dikuatkuasakan ke atas rakyat Palestin yang ditahan. Logo kecil di sebelah kanan baju itu pulak bermaksud "Shabas" dan ia adalah singkatan bagi Perkhidmatan Penjara Israel..

Pak lang pun dah buat..anda bila lagi :p

Tujuan sebenar penggunaan DP gambar ini adalah untuk memberi kesedaran tentang mereka yang berada dalam tahanan yang sedang mengadakan Mogok Lapar yang terbesar dalam sejarah dunia.

Adakah dengan menukar DP di Facebook dapat membantu mereka? Tidak sebenarnya, tetapi kita boleh bersama-sama meningkatkan kesedaran kepada orang ramai untuk mereka mengetahui apa yang sedang berlaku di Palestin dan pastinya kita boleh berdoa untuk mereka di sana. Doa adalah senjata bagi orang mukmin.

Selain itu, Hari ni, 15 Mei, Hari Nakbah. Sudah 64 tahun Palestin dirampas. Ia diperingati oleh rakyat Palestin, orang Arab dan pejuang Islam seluruhnya, sejak 1948, sebagai memperingati hari rakyat Palestin dihalau dan dibantai beramai-ramai dari negara mereka sendiri. Yaumunnakbah ini kalau diterjemahkan maknanya: Day of The Catastrophe, menggambarkan betapa dasyatnya peristiwa tersebut.

Alhamdulillah, setakat ini ramai dah menggunakan DP ini di profile facebook masing-masing.. tak terkecuali juga pada admin-admin fanpage yang sama-sama tukar Dp untuk page mereka. Kalau yang belum tukar tu boleh la berbuat demikian.

P/s: Jangan pakai je tapi tak tahu apa yang tersurat di sebalik gambar tersebut ya.. Sama-samalah kita berdoa buat saudara-saudara kita di sana, semoga usaha kita yang tak seberapa ni diterima oleh Allah Swt. InsyaAllah..



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lelaki Misteri Berjubah Putih

Kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid.

Thursday, May 10, 2012

Diet Rasulallah SAW

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.