Pada satu ketika semasa Nabi Sulaiman A.S.
di atas singgahsana kerajaannya di hadapan
manusia, jin dan juga binatang, ia merasai
bahawa ia berkuasa memerintah semua
makhluk Allah di dunia ini. Dalam keadaan
demikian itu, tiba-tiba datang satu Lembaga
yang besar lagi dasyat rupanya. Nabi
Sulaiman merasa takut dan gementar
melihatnya. Lalu ia bertanya siapakah
sebenarnya Lembaga itu dan apakah tujuan
kedatangannya.
Lembaga itu menjawab, ia bernama " Rihul
Ahmar". Satu penyakit yang merbahaya
diantara lain-lain penyakit. Allah mencipta
dirinya sedemikian rupa dan diberi kuasa
mendatangkan kesakitan kepada anak-anak
Adam. Ia boleh meresap di tubuh manusia
seperti darah mengalir di dalam urat saraf.
Tatkala Allah hendak memberi azab kepada
sesiapa yang dikehendakiNya ia memberi
kuasa kepadanya supaya masuk ke dalam
badan. Jika ia masuk ke dalam otak hilanglah
akal seseorang itu. Kalau ia masuk menerusi
hidung maka akan lahir penyakit bengkak-
bengkak, sembam dan sehingga binasalah
keseluruhan anggotanya.
Mendengar itu Nabi Sulaiman
memerintahkan mereka yang berada di
sekelilingnya membunuh dan membakar
Lembaga itu. Rihul Ahmar menjawab bahawa
tidak ada seorangpun yang dapat
menghalangnya berbuat demikian kerana
Allah telah menjadikannya sedemikian rupa
dan melanjutkan umurnya.
Kemudian Lembaga itu pun ghaib hingga ke
zaman Rasulullah S. A.W. Telah diriwayatkan
bahawa cucu Rasulallah Al-Hassan Bin Ali
telah mengidap sakit rongga dan keluar darah
daripadanya. Apabila Rasulullah dan
sahabat-sahabatnya menerima khabar
tersebut Malaikat Jibrail pun datang dan
memberitahu bahawa cucu baginda itu
terkena sakit Rihul Ahmar.
Bila ditanya tentang ubatnya malaikat Jibrail
mengatakan ada, lalu ia ghaib sebentar
kemudian datang kepada Rasulullah. Jibrail
mengatakan bahawa Allah S.W
mengurniakan satu hadiah doa yang
mustajab kepada sesiapa yang membacanya
satu kali seumur hidupnya. Insyallah ia akan
selamat daripada penyakit Rihul Ahmar.
Rasulullah pun membacanya untuk cucunya.
Tiba-tiba ia sembuh ketika itu juga dan
bangun berdiri dalam keadaan yang cukup
sihat.
Rasulullah telah bersabda kepada sahabat-
sahabatnya supaya mempelajari doa tersebut
dan mengajarnya kepada umatnya yang lain
supaya mereka mendapat manfaat serta
terpelihara diri dari serangan penyakit Rihul
Ahmar (Angin Ahmar). Insyaallah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment