Friday, July 27, 2012

10 SAHABAT (R.A) YANG DIJAMIN OLIH NABI MUHAMMAD S.A.W.

1. ABU BAKAR SIDDIQ R.A.
 Beliau adalah khalifah pertama sesudah wafatnya Rasulullah S.A.W. Selain itu Abu bakar juga merupakan laki-laki pertama yang masuk Islam, pengorbanan dan keberanian beliau tercatat dalam sejarah, bahkan juga didalam Quran (Surah At-Taubah ayat ke-40) sebagaimana berikut : “Jikalau tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seseorang dari dua orang (Rasulullah dan Abu Bakar) ketika keduanya berada dalam gua, diwaktu dia berkata kepada temannya:” janganlah berduka cita, sesungguhya Allah bersama kita”. maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

2. UMAR BIN KHATAB R.A. Beliau adalah khalifah ke-dua sesudah Abu Bakar, dan termasuk salah seorang yang sangat dikasihi oleh Nabi Muhammad S.A.W semasa hidupnya. Sebelum memeluk Islam, Beliau merupakan musuh yang paling ditakuti oleh kaum Muslimin. Namun semenjak ia bersyahadah dihadapan Rasulullah S.A.W. (tahun keenam sesudah Muhammad diangkat sebagai Nabi dan Rasulullah), ia menjadi salah satu benteng Islam yang mampu menyurutkan perlawanan kaum Quraish terhadap diri Nabi dan sahabat. Di zaman kekhalifahannya, Islam berkembang seluas-luasnya dari Timur hingga ke Barat, kerajaan Persia dan Rom Timur dapat ditaklukkannya dalam waktu hanya satu tahun.

 3. USMAN BIN AFFAN R.A. Khalifah ketiga setelah wafatnya Umar, pada pemerintahannya lah seluruh tulisan-tulisan wahyu yang pernah dicatat oleh sahabat semasa Rasulullah S.A.W. hidup dikumpulkan, kemudian disusun menurut susunan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah S.A.W sehingga menjadi sebuah kitab (Al-Quran) sebagaimana yang kita dapati sekarang.

4. ALI BIN ABI THALIB R.A. Merupakan khalifah keempat, beliau terkenal dengan siasah perang dan ilmu pengetahuan yang tinggi. Selain Umar bin Khatab, Ali bin Abi Thalib juga terkenal keberaniannya didalam peperangan. Beliau sudah mengikuti Rasulullah S.A.W. sejak kecil dan hidup bersama, sehingga Rasulullah S.A.W. diangkat menjadi Nabi dan Rasullullah dan sehingga Rasullullah S.A.W. wafat.

 5. THALHAH BIN ABDULLAH R.A. Masuk Islam dengan perantaraan Abu Bakar Siddiq, selalu aktif disetiap peperangan selain Perang Badar. Didalam perang Uhud, beliaulah yang mempertahankan Rasulullah S.A.W. sehingga terhindar dari mata pedang musuh, sehingga putus jari-jari beliau. Thalhah Bin Abdullah gugur dalam Perang Jamal dimasa pemerintahan Ali Bin Abi Thalib.

 6. ZUBAIR BIN AWAAM R.A. Memeluk Islam juga karena Abu Bakar Siddiq, ikut berhijrah sebanyak dua kali ke Habsyah dan mengikuti semua peperangan. Beliau pun gugur dalam Perang Jamal dimasa pemerintahan Ali Bin Abi Thalib.

7. SA’AD BIN ABI WAQQAS R.A. Mengikuti Islam sejak umur 17 tahun dan mengikuti seluruh peperangan, pernah ditawan musuh lalu ditebus oleh Rasulullah S.A.W. dengan ke-2 ibu bapaknya sendiri sewaktu perang Uhud.

8. SA’ID BIN ZAID R.A. Sudah Islam sejak kecilnya, mengikuti semua peperangan kecuali Perang Badar. Beliau bersama Thalhah Bin Abdullah pernah diperintahkan oleh rasulullah S.A.W. untuk menjadi mata-mata gerakan musuh (Quraish).

9. ABDULRAHMAN BIN AUF R.A. Memeluk Islam sejak kecilnya melalui Abu Bakar Siddiq dan mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah S.A.W. Turut berhijrah ke Habsyah sebanyak 2 kali.

10. ABU UBAIDILLAH BIN JARRAH R.A. Masuk Islam bersama Usman bin Math’uun, turut berhijrah ke Habsyah pada musim kedua dan mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah S.A.W.

1 comment: