keliling rumah. Tinggal sikit lagi mesin rumput dia
rosak. Dia pun mintak sepuluh ringgit jer, selalu
kalau habis bayar 35 ringgit. Aku pun bayar 20
ringgit, kesian kat dia. Adam (memang nama
sebenar) adalah OKU, mulutnya sumbing dan
cakapnya sengau, kalau dia cakap 20 peratus jer
aku faham, tu pun kena ulang banyak kali. Bujang
dan belum kahwin, kesian kat dia takde siapa yang
hendak, kerja pun tukang kebun sekolah sahaja.
Kasihan…..
Masa pergi pasar tadi nampak seorang pakcik atas
kerusi roda, memang selalu nampak dia disitu.
Sudah tua dah mungkin lumpuh separuh badan.
Selalu juga aku nampak orang tolak dia lintas jalan
sebab nak seberang jalan pergi kemasjid. Dia pun
nak solat berjemaah juga walaupun keuzurannya
tidak mewajibkan dia pergi solat dimasjid. Kasihan
aku bila melihatnya…sampai nak menitis airmata
pula bila lihat kesabaran dan kesungguhannya
mahu pergi kerumah Allah.
Ada seorang lelaki, adik kepada seorang ustaz
dipondok. Orangnya lembam, tetapi baik dan
selalu angkat tangan bila nampak aku dan panggil
aku ustaz. Kalau jumpa aku dimarket selalu dia
minta seringgit kat aku nak minum teh atau makan
kuih dan aku pun bagi seringgit dua. Pernah sekali
dia hilang, jenuh keluarga dia cari merata. Tidak
lama lepas itu orang jumpa dia di KL, dia naik bas
sampai sesat di KL dan polis jumpa. Selalu dia
bagitahu orang dia nak kahwin tetapi siapa yang
mahu kat dia. Sekarang ni aku tengok dia pun dah
tak larat, jalan pun dan pakai alat untuk berjalan,
macam tongkat tetapi ada 4 kaki. Kasihan aku
tengok dia, dah nasib dia kat dunia macam ni.
Ada seorang makcik aku jumpa dimasjid, berjalan
macam orang yang kehilangan sesuatu. Pakaian dia
comot dan tidak terurus. Dia duduk ditangga
masjid, lepas tu orang masjis pakat halau dia suruh
balik rumah. Rupanya dia tidak begitu waras,
orang masjid takut dia buat yang bukan-bukan,
nanti malu pulak Jemaah masjid itu. Kesian betul
aku tengok makcik ini, mana ahli keluarganya?
Mana anak-anaknya kalau ada mengapa biar ibu
mereka yang tidak berapa waras ini berjalan
mundar-mandir kesini-sana. Nanti kalau apa-apa
jadi susah pulak….kasihan kasihan…
Dipasar aku memang kenal baik dengan seorang
lelaki penjual sayur. Orangnya rajin dan gigih
mencari rezeki. Aku amat menghormatinya dan
dia kalau jumpa aku mesti nak salam dengan aku.
Aku pun salam dengan dia macam lama tak jumpa
padahal hampir setiap hari beli sayur dekat dia.
Orangnya juga OKU, pendek dan belakang
badannya ada bonggol besar, bila dia jalan
badannya bongkok dan terhenjut-henjut. Sedih
bila lihat keadaanya. Isteriku selalu mengusiknya
tanya bila nak kahwin, sebab isteriku pun baik
dengannya. Dia pun kata orang perempuan zaman
sekarang suka memilih lelaki yang kaya dan
kacak…dia banyak kekurangannya.
Sedih hati bila melihat orang yang kurang dari segi
fizikal dan kurang pula mendapat kasih sayang.
Namun begitu mereka ini begitu tabah dan
bersabar diatas ketentuan Allah SWT kepada
mereka. Mereka langsung tidak mengeluh dan
sentiasa mesra dengan masyarakat walaupun jauh
disudut hati mereka hanya Tuhan yang tahu. Kita
yang cukup sempurna sifat fizikal, ada rumah,
kereta serta keluarga tempat bermanja sedangkan
kita masih kurang mensyukuri nikmat Allah SWT.
Dunia hanya sementara, Allah SWT uji hamba-
hambaNya dengan berbagai cara dan keadaan.
Hanya Dia yang Maha Mengetahui apakah hikmah
disebalik ujian hidup ini. Allah Maha Adil dan Dia
tidak akan membiarkan hamba-hambaNya susah
didunia ini tanpa membalas segala ujian dan
kesusahan hidup dengan ganjaran yang besar
diakhirat nanti. Hanya syaratnya seorang itu
mestilah membawa iman dan amal yang
secukupnya disana nanti.
Yang lebih kasihan adalah seorang yang cukup
segala-galanya semasa hidup didunia ini tetapi jauh
daripada agama dan tidak mentaati perintah Allah
SWT. Mereka mungkin senang didunia ini selama
60-70 tahun dan jika mereka tidak membawa iman
bersama mereka bila mereka mati maka mereka
akan dihumban kedalam api neraka buat selama-
lamanya. Itu yang patut kita kasihan dengan
sesungguhnya dan cuba membawa mereka kepada
Allah SWT agar mereka berjaya didunia sementara
dan berjaya diakhirat apabila hidup kekal disyurga
Allah buat selama-lamanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment