Friday, July 27, 2012

10 SAHABAT (R.A) YANG DIJAMIN OLIH NABI MUHAMMAD S.A.W.

1. ABU BAKAR SIDDIQ R.A.
 Beliau adalah khalifah pertama sesudah wafatnya Rasulullah S.A.W. Selain itu Abu bakar juga merupakan laki-laki pertama yang masuk Islam, pengorbanan dan keberanian beliau tercatat dalam sejarah, bahkan juga didalam Quran (Surah At-Taubah ayat ke-40) sebagaimana berikut : “Jikalau tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seseorang dari dua orang (Rasulullah dan Abu Bakar) ketika keduanya berada dalam gua, diwaktu dia berkata kepada temannya:” janganlah berduka cita, sesungguhya Allah bersama kita”. maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

2. UMAR BIN KHATAB R.A. Beliau adalah khalifah ke-dua sesudah Abu Bakar, dan termasuk salah seorang yang sangat dikasihi oleh Nabi Muhammad S.A.W semasa hidupnya. Sebelum memeluk Islam, Beliau merupakan musuh yang paling ditakuti oleh kaum Muslimin. Namun semenjak ia bersyahadah dihadapan Rasulullah S.A.W. (tahun keenam sesudah Muhammad diangkat sebagai Nabi dan Rasulullah), ia menjadi salah satu benteng Islam yang mampu menyurutkan perlawanan kaum Quraish terhadap diri Nabi dan sahabat. Di zaman kekhalifahannya, Islam berkembang seluas-luasnya dari Timur hingga ke Barat, kerajaan Persia dan Rom Timur dapat ditaklukkannya dalam waktu hanya satu tahun.

 3. USMAN BIN AFFAN R.A. Khalifah ketiga setelah wafatnya Umar, pada pemerintahannya lah seluruh tulisan-tulisan wahyu yang pernah dicatat oleh sahabat semasa Rasulullah S.A.W. hidup dikumpulkan, kemudian disusun menurut susunan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah S.A.W sehingga menjadi sebuah kitab (Al-Quran) sebagaimana yang kita dapati sekarang.

4. ALI BIN ABI THALIB R.A. Merupakan khalifah keempat, beliau terkenal dengan siasah perang dan ilmu pengetahuan yang tinggi. Selain Umar bin Khatab, Ali bin Abi Thalib juga terkenal keberaniannya didalam peperangan. Beliau sudah mengikuti Rasulullah S.A.W. sejak kecil dan hidup bersama, sehingga Rasulullah S.A.W. diangkat menjadi Nabi dan Rasullullah dan sehingga Rasullullah S.A.W. wafat.

 5. THALHAH BIN ABDULLAH R.A. Masuk Islam dengan perantaraan Abu Bakar Siddiq, selalu aktif disetiap peperangan selain Perang Badar. Didalam perang Uhud, beliaulah yang mempertahankan Rasulullah S.A.W. sehingga terhindar dari mata pedang musuh, sehingga putus jari-jari beliau. Thalhah Bin Abdullah gugur dalam Perang Jamal dimasa pemerintahan Ali Bin Abi Thalib.

 6. ZUBAIR BIN AWAAM R.A. Memeluk Islam juga karena Abu Bakar Siddiq, ikut berhijrah sebanyak dua kali ke Habsyah dan mengikuti semua peperangan. Beliau pun gugur dalam Perang Jamal dimasa pemerintahan Ali Bin Abi Thalib.

7. SA’AD BIN ABI WAQQAS R.A. Mengikuti Islam sejak umur 17 tahun dan mengikuti seluruh peperangan, pernah ditawan musuh lalu ditebus oleh Rasulullah S.A.W. dengan ke-2 ibu bapaknya sendiri sewaktu perang Uhud.

8. SA’ID BIN ZAID R.A. Sudah Islam sejak kecilnya, mengikuti semua peperangan kecuali Perang Badar. Beliau bersama Thalhah Bin Abdullah pernah diperintahkan oleh rasulullah S.A.W. untuk menjadi mata-mata gerakan musuh (Quraish).

9. ABDULRAHMAN BIN AUF R.A. Memeluk Islam sejak kecilnya melalui Abu Bakar Siddiq dan mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah S.A.W. Turut berhijrah ke Habsyah sebanyak 2 kali.

10. ABU UBAIDILLAH BIN JARRAH R.A. Masuk Islam bersama Usman bin Math’uun, turut berhijrah ke Habsyah pada musim kedua dan mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah S.A.W.

Thursday, July 19, 2012

Ucapan Sheikh Mutawalli Sya’rawi dihadapan Presiden Hosni Mubarak

Dan sesungguhnya aku (Sheikh Mutawalli
Sya'rawi).. Wahai Tuan Presiden, aku berdiri di
sudut ini untuk menerima pahala dari Allah.
Aku tidak menghabiskan sisa-sisa hidup aku
menjadi munafiq.
Aku tidak akan mempamerkan diri aku ini
dengan perkara-perkara yang menipu. Tetapi
aku ingin memberitahu satu perkara kepada
umat semuanya. Sama ada daripada pihak
kerajaan atau parti pembangkang ataupun
penyokong dan bangsa.
Aku meminta maaf jika aku ucapkan sesuatu
yang kamu semua tidak suka. Aku ingin
semuanya tahu bahawa kekuasaan itu di tangan
Allah. Allah memberi kekuasaan kepada sesiapa
yang Dia suka. Maka janganlah ada komplot
untuk mendapatkan kekuasaan itu.
Dan janganlah ada tipu helah (penipuan) untuk
sampai kepadanya (kekuasaan). Allah Taala
telah menceritakan dialog antara Namrud dan
Nabi Ibrahim. Apa yang Allah Taala kata?
"..Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai
Muhammad) tentang orang berhujah
membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya)
mengenai Tuhannya (sedangkan dia dalam
kekafiran), kerana Allah memberikan orang itu
kuasa pemerintahan (Namrud)…" (Surah al-
Baqarah:258)
Maka kekuasaan itu Allah diberi kepada sesiapa
yang dia mahu. Maka jangan kamu melakukan
tipu helah terhadap Allah. Dan jangan kamu
membuat komplot (penipuan) terhadap Allah.
Kerana seseorang tidak akan mendapat
kekuasaan di dalam kerajaan Allah kecuali
dengan kehendak Allah. Kalau dia seorang yang
adil, maka manusia akan mendapat manfaat
dengan keadilannya. Dan sekiranya dia seorang
yang zalim, maka dia menjadi hodoh dengan
kezalimannya dan Allah akan menjadikannya
buruk di dada-dada manusia.
Maka disebabkan Allah menjadikan dia buruk di
dada manusia, rakyat akan membenci setiap
orang yang zalim walaupun dia tidak terlintas
membenci pemerintah itu.
Aku berkata kepada kamu sekalian,
Alhamdulillah, telah jelas kebenaran pada kata-
kata Tuhan berdasarkan dengan peristiwa-
peristiwa yang telah terjadi.
Bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata
Allah : "Wayamkuruuna wayamkurullah.." (dan
mereka merancang perkara yang jahat dan
Allah juga turut merancang). Dan bagaimana
kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah :
"Innahum yakiidunakaidan
wanakiiuunakaida.." (Sesungguhnya mereka
membuat tipu daya dan Allah membuat tipu
daya juga).
Siapa yang terlintas di dalam kepalanya untuk
menjadi pemerintah, aku nasihatkan supaya dia
jangan meminta-minta. Akan tetapi menjadi
kewajipannya menjadi pemerintah ketika mana
dia dilantik. Sabda Rasulullah salallahualaihi
wasalam:
"..Siapa yang dilantik untuk sesuatu perkara,
maka dia akan ditolong oleh Allah. Dan sesiapa
yang meminta-minta sesuatu perkara, maka
perkara itu akan menjadi beban kepadanya..".
Wahai Tuan Presiden, aku ingin katakan satu
perkara kepada engkau, mungkin ini adalah
pertemuan terakhir kita! (Sheikh Mutawalli
Sya'rawi memegang bahu presiden Mesir dan
berkata) "Jika nasib kami bergantung kepada
engkau, moga-moga Allah memberi taufiq
(menunjukkan kepada kamu jalan yang benar).
Dan jika nasib kamu bergantung kepada kami,
moga-moga Allah menolong kamu untuk
menanggung beban (untuk menghadapi kami)
..".

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, July 7, 2012

Pesan Guru 1

Pesan guru Pak Lang:

SOLAT, SILAT, SELAWAT

Tafsiran Pak Lang:
Pandai mana pun kita bersilat, solat & selawat lebih utama. Hidup berlantai tanah berbumbungkan langit, jangan terasa hebat atau pandai, pengakhiran yg baik tujuan sebenar kita.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, July 6, 2012

Pesanan Abul 'Ala Al-Maududi kepada Mahasiswa

Bismillahirrahmanirrahim.. “Wahai Pelajar! Kamu telah melabur sekian lama masa kamu di universiti ini untuk mendapat pendidikan. Kamu telah lama menunggu saat di mana kamu akan menuai hasil usaha kamu itu dalam bentuk segulung ijazah. Aku merasai betapa tersentuhnya jiwa kamu dalam majlis sebegini, maka menjadi satu kesukaran buat aku berterus-terang kepada kamu pada saat ini. Walaubagaimanapun aku perlu berlaku jujur, bahawa dalam menilai tempat kau dididik ini, malah kesemua tempat pendidikan yang bernama universiti ini tidak ubah seperti tempat penyembelihan berbanding tempat pendidikan. Ijazah yang dihulurkan tidak ubah seperti sijil kematian,diberikan apabila si pembunuh sudah berpuas hati kerana telah berjaya menyempurnakan penyembelihannya; alangkah bertuahnya kepada mereka yang telah berjaya melarikan diri daripada penyembelihan terancang ini dengan sedikit cahaya kehidupan. Aku tidak hadir ke sini untuk mengucapkan tahniah kepada kamu kerana telah menerima sijil kematian tersebut. Malah sebaliknya, aku berasa teramat sedih melihat kamu semua dalam keadaan yang teruk. Aku seperti seseorang yang sedang mencari manusia yang masih hidup dalam timbunan mayat di sini.”

Perang Sungai Manik (1)

NOTA KEPALA: Cerita di bawah ini adalah terjemahan dari cerita asal bertajuk “Sungai Manik Bamandi Darah”. Darah Banjar yang mengalir pekat dalam tubuhku membuat aku rasa terpanggil untuk menterjemah (tanpa kebenaran) cerita tersebut dengan harapan supaya anak-anak Banjar hari ini – dan juga orang Melayu – dapat mengerti betapa suatu masa dahulu suku kaum Banjar pernah bangkit menentang komunis dengan hanya bersenjatakan parang (parang bungkol) tanpa perlu terpekik terlolong di khalayak ramai menghunus dan mencium keris macam poli-tikus Melayu hari ini. Walaupun terdapat banyak blog yang memetik cerita hasil nukilan saudara Nilasakunta, tapi masih belum ada (atau aku tak terjumpa) blog yang menterjemah keseluruhan cerita tersebut. Oleh itu, berbekalkan pengetahuan Bahasa Banjar yang masih dikira OK, aku cuba terjemahkan secara berperenggan (paragraph by paragraph). Badan Ismail Rudo yang sudah tidak berkaki dan bertangan menggelupur di atas titi dan sedang menunggu masa untuk nyawa berpisah dengan badan – kedua belah kaki dan tangan Mail Rudo putus ditetak parang ‘bungkol’ Utoh Putih. Air jernih yang mengalir deras di bawah titi bertukar merah disirami darah. Maka tertawa besarlah ‘sangkala’ mendapat habuan petang – darah dalam jantung adalah makanannya. Begitulah adat orang berkelahi, salah seorang pasti kecundang. Selepas Asar, Mail Rudo pergi seorang diri – menghembuskan nafas terakhir tanpa seorang pun yang sudi mendekatinya. Sepucuk pistol .38 tanpa peluru masih berada di sisi jasad yang sudah tidak bernyawa lagi. Ramai penduduk Bendang DO, parit 6, Sungai Manik terdiri dari keluarga Banjar. Kehidupan mereka begitu daif, terhimpit dan dihimpit oleh gerombolan komunis yang bermarkas di Sungai Tungko, dan diketuai oleh Ah Pau, Ah Boon dan Ah Jang. Pembunuh Mail Rudo, orang kuat Parti Komunis Malaya (PKM) mesti ditangkap segera. Utoh Putih, Banjar ‘Alai’ jati beranak dua – anak bungsunya seorang bayi perempuan dan baru pandai berdiri-jatuh. Dia menetap di Pekan Rabu, Parit 6, Sungai Manik. Oleh kerana warna kulitnya yang tersangat cerah maka lekatlah gelaran Utuh Putih. Arwah datuk (pencerita) dan Utuh Putih adalah rakan karib yang sama hebat ilmu zahir dan batin. Mail Rudo, Banjar Sungai Tungko, Sungai Manik sudah lama menyertai PKM dalam bahagian risik. Selepas tentera Jepun menyerah kalah, Mail Rudo ditugaskan mencari ahli baru dalam daerah Sungai Manik. Disebabkan tidak ramai keluarga Banjar yang sudi menyertai perjuangan komunis, maka akhirnya Mail Rudo terpaksa menggunakan kekerasan. Mereka yang enggan akan menerima padah. Saban hari ada saja penduduk kampung yang ditangakap, tak kira muda ataupun tua. Disiksa, disembelih, disumbat dalam guni hidup-hidup dan dibuang ke Sungai Perak, ditembak, disula, dan bermacam lagi hukuman. Begitulah gerangan bila manusia (Mail Rudo) sudah ada kedudukan – mudah lupa diri hingga hilang rasa kemanusiaan. Pada masa itu bukan sedikit orang Banjar dan orang Melayu yang menyokong perjuangan komunis. Malah ada juga orang Banjar yang hebat ilmunya turut menjadi talibarut. Orang seperti itulah yang menjadi duri dalam daging penduduk setempat. Oleh kerana terlau mengejar pangkat mereka sanggup membunuh, membakar rumah dan memusnahkan harta benda bangsa sendiri. Penduduk kampung yang takut menyertai perjuangan komunis secara aktif dipaksa pula membayar yuran sebagai ahli PKM. Kehidupan keluarga Banjar di Sungai Manik semakin terhimpit. Ramai yang terpaksa berpindah ke penempatan Banjar di seberang Sungai Kinta – ke Kampung Balun Bidai dan Kampung Gajah. Waktu Zohor baru saja masuk. Alun air bendang dihembus bayu membuat hati terasa rawan. Sambil memikul guni berisi ubi, Utoh Putih melangkah cermat menuju titi untuk kembali ke rumah di Pekan Rabu. Sebaik sampai di pangkal titi… “Dari mana gerangan ni ‘Toh, akhirnya bertemu juga kita di sini ye?” entah dari mana munculnya si Mail Rudo, tiba-tiba saja tercegat di tengah titi berpakaian seragam komunis, pistol dan bayonet terselit di pinggang. Di wajahnya terpancar rasa kepuasan kerana dapat bertemu dengan Utoh Putih yang sudah sekian lama dipujuknya supaya menyertai PKM. “Baru balik dari Cikus mencari ubi, maafkan saya tuan, tumpang lalu” Utoh Putih menyahut penuh hormat. “Kalau ia pun letaklah dulu guni ubi tu, tak usah bergegas, apa yang nak dikejar, tak ke mana perginya rumah tu” garau bunyi suara Mail Rudo. Antara rela dan terpaksa, Utoh Putih mematuhi perintah ‘tuan besar’ dan meletakkan guni ubi di atas titi. Begitu gah susuk tubuh dua orang anak Banjar yang berdiri di atas titi menghadap satu sama lain, cumanya seorang berkulit cerah manakala seorang lagi kelihatan gelap. “Mungkin petang ini pertemuan kita yang terakhir, agaknya” si Mail Rudo menyambung bicara. “Apa hajat, kenapa lain benar kata-kata tuan besar?” si Utoh Putih yang menyambut bicara merasakan ada sesuatu yang tak kena. “Tak usah pura-pura tak tau, bagaimana dengan janji kau dulu? Sampai hari ini aku masih menunggu kata putus” rungut orang kuat PKM menempelak. “Taklah Mail, aku tak nak ikut perjuangan yang membinasakan bangsa, sedangkan perjuangan untuk mengisi perut sendiri dan anak bini rasa dah tak tertanggung. Tidak…tidak sekali-kali” si Utoh Putih menjawab tegas. “Mak oi, keras benar hati kau ni ‘Toh…apa nak buat…kalau itulah pendirian kau, bersiap sedialah” merah padam muka Mail Rudo kerana marah. Spontan tangan kanannya mencapai pistol di pinggang dan mengacukan ke dada si Utoh Putih. “Jangan, senjata jangan dibuat main Mail ai…kita kan serumpun, tak kanlah kau tak ada belas kasihan. Ditakdirkan aku tak ada, siapa yang nak menyara anak isteriku nanti…ampun tuan besar” si Utoh Putih merayu minta simpati. “Dam…” bunyi pistol memuntahkan peluru sulung. Berasap baju buruk si Utoh Putih dihinggapi peluru, namun dia masih tak berganjak, masih tegak berdiri. Keluarga Banjar berhampiran yang terkejut melihat kejadian tak berani mendekati, masing-masing masuk ke rumah. “Dam…dammmm…” sudah tiga das tembakan dilepaskan oleh Mail Rudo namun peluru masih tak mampu menembusi kulit si Utoh Putih. “Bangsat betul, kebal rupanya kau ye…tahani lagi nah” tengking orang kuat PKM. Tanpa disedari sudah enam das tembakan dilepaskan dan pistolnya sudah kehabisan peluru. Sedang dia terkial-kial… “Labukkk…” ayunan parang bungkol yang bergelar si Kandal Larap hinggap dipergelangan tangan kanan Mail Rudo yang membuatkan tangan itu putus serta merta. “Labukkk…” giliran tangan kiri si Mail Rudo untuk jatuh ke tanah. Utoh Putih meneruskan ayunan. Kali ini lutut kanan Mail Rudo pula jadi mangsa parang bungkol Kandal Larap. Setelah putus kaki kanan, maka terdamparlah Mail Rudo di atas titi. Si Utoh Putih semakin geram. Tetakan terakhirnya membuat kaki kiri Mail Rudo bercerai dengan badan. Guni yang berisi ubi diletakkan semual ke bahu, dan Utoh Putih terus balik ke rumah meninggalkan Mail Rudo mengerang kesakitan.