Saturday, June 26, 2010

Thursday, June 24, 2010

Petikan dari Majalah Rampai

Difahamkan seni persilatan Tuah dan Jebat adalah berbeza dari segi langkah dan bunga, Tuah itu liut dan waspada namun langkah Jebat agak kasar dan binasa, walaupun kedua-duanya hebat.
Hanya terdapat satu persamaan dalam gerak silat mereka iaitu dari segi langkah kaki. Mereka banyak menggunakan hujung kaki untuk melangkah sehingga dikatakan tidak berpijak di bumi yang nyata sewaktu bersilat.
- majalah Rampai, Februari, 2001

P/S- pasal bergerak dgn hujung kaki tu, pada yg faham, baguslah..
ada cerita yg sy dapat secara lisan, silat yang digunakan Jebat, adalah 'Silat Tarah', sekarang dikenali sebagai Silat Lincah... silat Tuah pula... 'liut dan waspada'... juga dikenali 'Ibu Segala Silat' iaitu Silat Gayong.
Tapi ia ibu kepada semua silat melayu yg biasa2 sahaja... terdapat pula satu group silat lain yg boleh digelar 'Silat Yg Bukan Silat'.Dinamakan silat hanya kerana ia digunakan oleh kita bangsa melayu, tetapi teknik dan applikasi jauh berbeza daripada silat2 yg lain. Contoh2 silat ini adalah Kalimah, Cekak, Lian Padukan, Gayang 5 serta Sendeng (ada lagi yg lain, tapi aku x hingat).

Thursday, June 3, 2010

Antara Raja dan Guru

Menceritakan kisah raja, pasti akan dikaitkan dengan daulat dan juga ketulahan..kata orang, raja/sultan yang kuat daulatnya..yang pernah aku dengar kisah tulah ni adalah sultan mahmud, berkaitan dengan kisah penglima bentan a.k.a megat seri rama..kisah lain adalah sultan abu bakar..sultan johor yangtersohor tu..kata orangbaginda berguru denganwali..wali dandiar namanya..tukang kebun istana padamasa tu..kununnya wali dandiar memang berada disitu sebagai tukang kebun demi menjaga sultan abu bakar..wali dandiar pernah dilihat orang mengangkut air menggunakan raga berlubang, tapi air tidakbocor..menyapu daunan kayu dengan hanya kipasan tangan..daun kayu ditolak oleh angin dan berkumpul setempat..dengar kata, pewaris ilmu wali dandiar ni masih ada di johor..mengikut kisah, sebelum berguru, sultan abubakar pernah memarahi beliau tapi suaranya tersekat, tak dapat keluar..diceritakan kehebatan sultan abu bakar, memanggil harimau yang makan penduduk ketika itu dan dilempangnya harimau tersebut..mati..menghentak jambatan yang dikatakan kuat oleh orang putih yang berlagak dengan sebelah kaki sahaja..senget jambatan..terkejut beruk dan keraorang putih tersebut..

kalau disebelah kedah, sultan yang dikaitkan dengan daulat dan ketulahan adalah sultan abdul hamid..sepanjang pengalamanku dikedah, kebanyakan kedai ada meletakkangambar sultan abdul hamid, terutama kedai2 mamak..pernah ditanya oleh guruku pada seorang pekedai cina..ni sapa? apsal letak gambar ni?..jawab dia, ini gambar ada ong oooo..sultan abdul hamid adalah seorang wali Allah..kalo tak silap (maaf la kalo tersilap orang pulak), guru pernah bercerita kisah beliau berguru (lupa nama guru beliau)..datang kerumah guru dengan bergajah dan diiringi pengawal..sampai dirumah, dihalaunya oleh tok guru..kata tok guru, kalau nak belajar, datang sebagai murid, bukan sebagai raja..beliau akur..balik...datang lagi berjalan kaki dan mengelek kitab..sampai depan rumah tok guru..diberi salam..guru keluar menjengah..'haa mid naik lah' kat tok guru..ituje..tak perlu susah2 mengangkat sembah..panggill pun 'mid' (hamid) jer..tapi tak pula dia terasa walaupun dia putera raja..itulah kuasa guru dan itulah kaedah berguru..lupakan pangkat dan kuasa..mengadap guru dengan penuh rendah hati..adab berguru, murid datang mencari guru..guru dimuliakan..kalau sekarang belum tentu..