Dan sesungguhnya aku (Sheikh Mutawalli
Sya'rawi).. Wahai Tuan Presiden, aku berdiri di
sudut ini untuk menerima pahala dari Allah.
Aku tidak menghabiskan sisa-sisa hidup aku
menjadi munafiq.
Aku tidak akan mempamerkan diri aku ini
dengan perkara-perkara yang menipu. Tetapi
aku ingin memberitahu satu perkara kepada
umat semuanya. Sama ada daripada pihak
kerajaan atau parti pembangkang ataupun
penyokong dan bangsa.
Aku meminta maaf jika aku ucapkan sesuatu
yang kamu semua tidak suka. Aku ingin
semuanya tahu bahawa kekuasaan itu di tangan
Allah. Allah memberi kekuasaan kepada sesiapa
yang Dia suka. Maka janganlah ada komplot
untuk mendapatkan kekuasaan itu.
Dan janganlah ada tipu helah (penipuan) untuk
sampai kepadanya (kekuasaan). Allah Taala
telah menceritakan dialog antara Namrud dan
Nabi Ibrahim. Apa yang Allah Taala kata?
"..Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai
Muhammad) tentang orang berhujah
membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya)
mengenai Tuhannya (sedangkan dia dalam
kekafiran), kerana Allah memberikan orang itu
kuasa pemerintahan (Namrud)…" (Surah al-
Baqarah:258)
Maka kekuasaan itu Allah diberi kepada sesiapa
yang dia mahu. Maka jangan kamu melakukan
tipu helah terhadap Allah. Dan jangan kamu
membuat komplot (penipuan) terhadap Allah.
Kerana seseorang tidak akan mendapat
kekuasaan di dalam kerajaan Allah kecuali
dengan kehendak Allah. Kalau dia seorang yang
adil, maka manusia akan mendapat manfaat
dengan keadilannya. Dan sekiranya dia seorang
yang zalim, maka dia menjadi hodoh dengan
kezalimannya dan Allah akan menjadikannya
buruk di dada-dada manusia.
Maka disebabkan Allah menjadikan dia buruk di
dada manusia, rakyat akan membenci setiap
orang yang zalim walaupun dia tidak terlintas
membenci pemerintah itu.
Aku berkata kepada kamu sekalian,
Alhamdulillah, telah jelas kebenaran pada kata-
kata Tuhan berdasarkan dengan peristiwa-
peristiwa yang telah terjadi.
Bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata
Allah : "Wayamkuruuna wayamkurullah.." (dan
mereka merancang perkara yang jahat dan
Allah juga turut merancang). Dan bagaimana
kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah :
"Innahum yakiidunakaidan
wanakiiuunakaida.." (Sesungguhnya mereka
membuat tipu daya dan Allah membuat tipu
daya juga).
Siapa yang terlintas di dalam kepalanya untuk
menjadi pemerintah, aku nasihatkan supaya dia
jangan meminta-minta. Akan tetapi menjadi
kewajipannya menjadi pemerintah ketika mana
dia dilantik. Sabda Rasulullah salallahualaihi
wasalam:
"..Siapa yang dilantik untuk sesuatu perkara,
maka dia akan ditolong oleh Allah. Dan sesiapa
yang meminta-minta sesuatu perkara, maka
perkara itu akan menjadi beban kepadanya..".
Wahai Tuan Presiden, aku ingin katakan satu
perkara kepada engkau, mungkin ini adalah
pertemuan terakhir kita! (Sheikh Mutawalli
Sya'rawi memegang bahu presiden Mesir dan
berkata) "Jika nasib kami bergantung kepada
engkau, moga-moga Allah memberi taufiq
(menunjukkan kepada kamu jalan yang benar).
Dan jika nasib kamu bergantung kepada kami,
moga-moga Allah menolong kamu untuk
menanggung beban (untuk menghadapi kami)
..".
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Saya baru saja mengikuti siaran TV Al-Hijrah tentang tokoh ini....alhamdulillah ilmunya luas mengangkat kebesaran Allah.
ReplyDelete