Saturday, May 19, 2012

Suami 'alim kucing' panas baran terajang isteri!


ALOR SETAR: "Saya tertarik dengan suami kerana dia seorang yang kuat agama dan memberi tunjuk ajar kepada saya.

"Namun, ia palsu kerana selepas kami berkahwin barulah saya tahu dia seorang yang panas baran dan sering memukul dan menendang saya tanpa belas kasihan," kata Rozita Said, 41, yang bersembunyi bersama dua anaknya, Muiz Abdul Majid, 19, dan Nasuha, 13, di sebuah lokasi rahsia di negeri ini kerana bimbangkan keselamatan mereka.

Rozita berkata, dia mengenali suaminya melalui laman sosial sejak 2010 tanpa pernah bertemu sekali pun sebelum berkahwin pada 28 April 2011.

Katanya, sebelum berkahwin suaminya duda beranak satu dan mereka bernikah di Hatyai, Thailand tetapi selepas bersama baru tahu suaminya mempunyai dua isteri dan seorang anak.

Dia yang berasal dari Pulau Pinang berkata, Februari lalu, dia mengikut suami ke kediaman sewanya di Kampung Pasir, Johor Bahru dan bekerja di sebuah kilang.

Kelmarin, Harian Metro melaporkan hasrat seorang suami menikmati makan malam romantik sempena ulang tahun perkahwinan pertama dengan isteri musnah selepas wanita itu bersama dua anaknya keluar dari rumah sehari sebelum sambutan itu, 27 April lalu.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, Syed Hassan Syed Abd Hamid, 42, berkata dia tidur ketika isteri dan dua anak tirinya keluar dari rumah di Kampung Pasir, Johor Bahru.

"Saat saya mula didera selepas suami menuduh saya menjalin hubungan cinta bersama rakan melalui laman sosial dan memaksa saya mengakuinya sedangkan tidak pernah berbuat demikian," katanya.

Menurutnya, akibat kejadian itu, setiap hari dia bukan saja dipukul di muka tetapi turut diterajang termasuk ketika memandu bersama suaminya.

"Selain dipukul, suami mengawal setiap pergerakan termasuk menghantar dan mengambil saya di tempat kerja, malah ketika di rumah, dia hanya mahu saya berada di sisinya tanpa membenarkan saya melakukan perkara lain termasuk tidak membenarkan bersolat.

"Suami bertambah baran hanya kerana saya tidak mahu mengaku menjalin hubungan melalui laman sosial. Dia juga pernah melafazkan talak satu kerana insiden berkenaan tetapi kembali memujuk saya dalam 24 jam tanpa merujuk mahkamah syariah," katanya.

Kelmarin, Harian Metro melaporkan hasrat seorang suami menikmati makan malam romantik sempena ulang tahun perkahwinan pertama dengan isterinya musnah selepas wanita itu bersama dua anak mereka keluar dari rumah sehari sebelum sambutan itu, 27 April lalu.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, Syed Hassan Syed Abd Hamid, 42, berkata dia tidur ketika isteri serta dua anak tirinya keluar dari rumah di Kampung Pasir, Johor Bahru



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment