Tuesday, August 31, 2010

KUNTAU KIRI

Perkataan 'kuntau' telah menarik perhatian saya. Sebelum ini kami telah diperkenalkan dengan kuntau jatuh. Kali ini ada kuntau kiri dan kuntau kanan. Ada yang bersuara buat lawak. "Ada pulak kuntau berdiri. Tak ada ke pulak kuntau bawah, depan dan kuntau belakang." Kami ramai-ramai ketawa. Saja seronok-seronok bagi menghilangkan stress belajar Silat Cekak yang bermula dari pukul tiga hingga lewat petang, setiap Sabtu dan Ahad.

Saya juga cuba membuka kamus untuk melihat makna perkataan kuntau. Maklumlah ketika itu saya menuntut sebagai siswazah fakulti bahasa Melayu dan Sejarah.

Masa kecil dulupun saya pernah dengar tentang istilah kuntau Cina. Bila buka kamus, sah istilah kuntau dirujuk pada silat atau pencak cara Cina. Kuntau juga dirujuk pada orang-orang Jawa yang terkenal dengan kuntau Jawa. Agaknya istilah kuntau adalah bermakna silat. Kalau kuntau Cina maka maknanya ialah silat Cina. Kalau kuntau Jawa maknanya silat Jawa. Namun begitu orang Jawa juga adalah rumpun bangsa Melayu.

Tak mahu susah-susah memikirkan istilah kuntau, saya rujuk pada Ustaz. Keseluruhan jawapannya menjurus kepada makna pergerakan tangan yang menggenggam penumbuk. Kalau pergerakan silat dilambangkan dengan tapak tangan yang terbuka maka gerak kuntau pula dilambangkan dengan genggaman tangan. Saya faham akan konsep tersebut dan dijadikan fahaman diri. Bila ada penuntut yang bertanya kepada saya akan istilah kuntau maka jawapan saya berbelit sedemikian rupa. Selalunya selepas diberikan jawapan, penuntut saya angguk dan diam sahaja. Tanda fahamlah maknanya. Agaknya.

Mengambil buah ini memerlukan perbuatan gelek. Sekali lagi penekanan pada gerak kaki sangat diutamakan. Jangan beralih tempat pada tapak kaki kanan. Penggunaan hujung kaki atau tumit kaki pada ketika ini sudah tidak menjadi persoalan.

Penggunaan Kaedah B dan D saling berpasangan. Gerak gelek menjadi sokongan. Tapi yang mana dulu dan yang mana kemudian. Seperti yang saya terangkan terdahulu, jika dua atau tiga gerak digunakan dalam satu ketika yang sama maka akan janggal jadinya. Saya tekankan kepada penuntut saya. Dulu dan kemudian amat sukar diukur dengan mata kepala. Tak boleh nampak perbezaannya kerana geraknya begitu pantas tanpa nampak dulu dan kemudiannya.

Walau bagaimanapun, penekanan utama yang saya berikan kepada penuntut ialah tangan kanan kita jangan memegang erat penumbuk musuh ketika asas buah ini bermula. Memadai dengan sentuhan sahaja. Kalau penekanan itu tidak dikuasai maka akan saya suruh mereka mengulang lagi tumbukan berkali-kali hingga gerak sebenar telah dapat mereka kuasai. Gerak sentuhan pada tangan secara automatik tersangat penting ketika membuat buah asas.

Kalau setakat tangan kiri bengkok, atau kaki kurang berada di posisinya dengan tepat di belakang pelipat maka saya buat teguran biasa sahaja. Tidaklah hingga menyebabkan mereka terpaksa menumbuk berkali-kali.

Ketika membuat jatuhan pada buah ini, kecepatan, kekemasan dan ketepatan perlu dikuasai. Kejutan hanya terhasil apabila ketiga-tiga prinsip itu terbukti. Kejutan amat penting kerana buah ini begitu 'selamba.' Saya tekankan juga, ketika membuat jatuhan, kaki kanan jangan sekali-kali langkah ke depan. Jatuhan perlu pada tempat asal. Peranan tangan tangan dan tangan kiri tetap ada bagi membuat kejutan. Tekan tangan hingga bahu pasangan kita hampir-hampir mencecah tanah. Berhati-hati pada mereka yang suka membuat jatuhan secara memulas dan hirisan tangan pasangan kita. Pada silat Melayu kealpaan di situ amat bermakna buat mereka membuat tindak balas. Ketika mengajar, saya akan perhatikan gerak penuntut. Penekanan saya pada mereka agar gerak jatuhan Kuntau Kiri tidak bermalam di mana-mana. Jika bermalam maka ulang lagi berkali-kali. Kadang kala saya sendiri akan membuat tumbukan.

Saya beri ingatan pada mereka betapa buah Kuntau Kiri tidak ada pukulan hakiki. Senang diambil tapi biarlah bererti dan benar-benar difahami akan kelebihan buah ini. Teringat saya pada satu ketika bersama Ustaz Hanafi. Ustaz bertanya tentang buah-buah silat kita yang tidak diiringi oleh pukulan. Saya senaraikan dengan lisan secara agakan. Sukar dijawab pada soalan spontan. Meraba-raba mencari jawapan. Ustaz menyebut tentang buah ini. Pukulannya tersembunyi. Ditunjukkan pada saya letak pukulan tersebut. Oleh sebab kami hanya berdua, setelah diturunkan buah maka perlulah saya mencuba. Ustaz menumbuk dan saya membuat buah. Ustaz tidak ada masalah. Ikhlas menurunkan ilmu kepada saya. Tapi diri saya terasa tak selesa. Tak ada pasangan untuk membuat buah yang diturunkannya.

Oleh sebab pelajaran tambahan pada buah tersebut tidak diturunkan dalam kelas maka saya juga tidak berbuat demikian pada penuntut saya. Saya hanya menyampaikan pengetahuan tentang SC berdasarkan apa yang diterima semasa saya menuntut SC dalam kelas sahaja. Walau bagaimanapun, dalam kelas kemahiran, pelajaran tambahan tetap saya sampaikan. Setelah menerima dan memahami pelajaran tambahan tersebut, maka dalam kelas kemahiran perlu dipraktikkan gerak pukulan yang diterima. Ketika membuat buah Kuntau Kiri dalam kelas kemahiran, semua penuntut mesti memasukkan pukulan. Ulang perbuatan hingga jadi amalan gerak. Sekian setakat ini.
Sambung lagi ketika terluang masa.

AS-SYAHID SYED QUTB

LATAR BELAKANG KELUARGA
Syed Qutb dilahirkan pada 9 Oktober 1906 di sebuah kampung di wilayah Assyut, Mesir. Beliau mendapat didikan awal di rumah daripada kedua ibu bapanya yang kuat beragama. Sewaktu berusia 6 tahun, beliau dihantar ke sekolah rendah di kampungnya. Sewaktu berusia 7 tahun, beliau mula menghafal al-Qur'an. Sewaktu usianya 10 tahun, beliau telah berjaya menghafalnya.

KEHIDUPAN AWAL DI QAHIRAH
Sewaktu berusia 15 tahun, Syed Qutb mulai berhijrah ke kota Qahirah. Di sini beliau telah memasuki Sekolah Perguruan Abdul Aziz. Setelah menamatkan pengajian, beliau segera bertugas mengajar di sebuah sekolah rendah. Walaupun hatinya memberontak untuk meneruskan pengajian, namun beliau terpaksa memendamkan hasrat hatinya kerana terpaksa menyara hidup keluarganya, lantaran bapanya telah meninggal dunia semasa Syed Qutb sedang menuntut di sekolah perguruan.
Pada tahun 1928, sewaktu berusia 22 tahun, Syed Qutb menyambung semula pengajiannya. Beliau memasuki sekolah persediaan untuk memasuki Darul Ulum, Universiti Qahirah. Pada tahun 1930 beliau diterima memasuki Darul Ulum mengikuti pengajian Bahasa Arab dan Ulum al-Syari'ah.
Setelah menamatkan pengajian di Darul Ulum, beliau bertugas sebagai Nazir di Kementerian Pendidikan Mesir. Sebagai seorang pegawai kerajaan, beliau serius dalam menjalankan tugasnya. Beliau merancang berbagai pembaharuan di Kementerian Pendidikan. Oleh itu beliau melakukan kajian demi kajian serta mengemukkaan cadangan tanpa menghiraukan risikonya. Selain daripada terlibat dalam bidang pendidikan, beliau juga berminat dengan politik dan dunia penulisan. Beberapa pandangan politiknya yang tidak selari dengan polisi kerajaan telah dimuatkan di dalam beberapa majalah. Ini menimbulkan kemarahan kepada Menteri Pelajaran, lantas mengarahkan agar Syed Qutb dihantar "berkursus" di Amerika Syarikat.
Sementara dalam bidang penulisan, pada peringkat awalnya beliau lebih berminat dengan bidang kesusasteraan sehingga menjadi salah seorang sasterawan Mesir yang terkenal.
Bagaimanapun, semenjak awal dekad 1940-an, satu era baru telah bermula dalam kehidupan Syed Qutb. Era ini boleh dikatakan sebagai era kesedarannya kembali kepada Islam. Namun pada peringkat ini beliau masih bergerak secara peribadi dalam usahanya menegakkan nilai-nilai Islam. Di dalam penulisan, beliau mula menulis suatu rencana bersiri, kemudian dibukukan dengan tajuk "At-Taswir Fanni Fil Qur'an" pada tahun 1939. Tulisan ini mengupas keindahan dan kesenian yang terdapat di dalam ayat-ayat al-Qur'an. Pada tahun 1945 beliau menulis sebuah buku bertajuk "Masyahidul Qiamah Fil Qur'an". Kedua-dua penulisan itu telah menemukan semula dirinya dengan didikan asas agama oleh kedua orang tuanya sewaktu kecil dahulu.
Seterusnya pada tahun 1948, Syed Qutb telah menghasilkan sebuah buku kemasyarakatan Islam berjudul "Al-Adalah Al-Ijtima'iyyah Fil Islam". Menerusi buku ini, Syed Qutb menyatakan dengan jelas bahawa keadilan masyarakat sejati hanya akan tercapai apabila melaksanakan sistem Islam.
SYED QUTB BERSAMA IKHWAN AL-MUSLIMIN
Peringkat terakhir daripada perjalanan hidup Syed Qutb bermula daripada tahun 1951, tahun penyertaannya ke dalam jama'ah Ikhwan al-Muslimin, sehingga ke tahun kesyahidannya tahun 1966. Bagi Syed Qutb, tempoh itu sangat penting baginya. Beliau sendiri menganggap tahun 1951 sebagai tahun kelahirannya semula.
Syed Qutb menyertai jamaah Ikhwan al-Muslimin, dua tahun sesudah kematian pengasasnya Imam al-Syahid Hassan al-Banna pada tahun 1949. Mereka berdua tidak pernah bertemu walaupun dilahirkan di tahun yang sama 1906, dan dididik di tempat yang sama, di Darul Ulum.
Namun di antara mereka mempunyai kesatuan jiwa dan wahdatul-fikr. Bagi Hassan al-Banna setelah membaca buku "Al-'Adalah Al-Ijtima'iyyah Fil Islam", karangan Syed Qutb, beliau menganggap pengarangnya (Syed Qutb ) adalah sebahagian daripada kita ( Al-Ikhwan ). Seterusnya Imam al-Banna telah menyakinkan para pemuda Ikhwan bahawa "orang ini" (Syed Qutb) akan menyertai al-Ikhwan tidak lama lagi.
Syed Qutb juga mempunyai perasaan yang sama terhadap Hassan al-Banna. Malah kematian al-Banna sangat terasa kepadanya walaupun beliau belum pernah bersama dengan al-Banna. Berita kematian al-Banna diterimanya dengan perasaan tragis sewaktu berada di sebuah hospital di Amerika Syarikat. Berbeza dengan sikap orang-orang Amerika yang bergembira dan bagaikan berpesta menyambut berita tersebut.
Sekembalinya dari Amerika Syarikat, Syed Qutb terus mengkaji kehidupan al-Banna dan membaca seluruh risalah karangannya. Beliau akhir menemui suatu "kebenaran" yang wajib diperjuangkan. Seterusnya beliau berjanji dengan Allah untuk memikul amanah perjuangan Hassan al-Banna.
Oleh itu, pada tahun 1951 Syed Qutb dengan rasminya menyertai Ikhwan al-Muslimin. Pada tahun 1952, beliau dipilih menganggotai Maktab Irsyad dan dilantik mengetuai Lujnah Dakwah. Selepas peninggalan al-Banna, Ikhwan masih bertenaga kerana memperolehi saf kepimpinan yang berwibawa untuk meneruskan kepimpinan. Mereka adalah Hasan Hudhaibi sebagai Mursyidul Am, Abdul Qadir Audah sebagai Setiausaha Agung dan Syed Qutb sendiri yang mengetuai Lujnah Dakwah, dianggap sebagai "ideolog" kepada Ikhwan al-Muslimin.
Sepanjang tempoh memimpin Lujnah Dakwah, Syed Qutb telah menghasilkan beberapa karya yang berasaskan dakwah dan pemikiran Aqidah Islam. Antaranya ;
1- Hadha al-Din.
2- Al-Mustaqbal li hadha al-Din.
2- Khasa'is al-Tasawwur al-Islamiyy.
3- Maalim fi al-Tariq.
5- Tafsir Fi Zilal al-Qur'an.
Mesej utama yang ditekankan oleh Syed Qutb di dalam penulisannya ini ialah konsep al-Tauhid dari sudut al-Uluhiyyah. Menurutnya kemuncak kepada Tauhid Uluhiyyah Allah swt. ialah hakNya dari sudut al-Hakimiyyah dan al-Tasyri'. Menurutnya lagi bahawa ikrar Lailaha ilalLah adalah pernyataan revolusi terhadap seluruh kedaulatan yang berkuasa di atas muka bumiNya. Maka seluruhnya itu mesti dikembalikan kepada hakNya.
Pada bulan Julai 1952, satu peristiwa bersejarah berlaku di Mesir iaitu "Revolusi Julai 1952". Revolusi ini menggulingkan pemerintahan beraja Mesir, dijayakan oleh gerakan "Dubbat al-Ahrar" pimpinan Kolonel Jamal Abdul Naser dengan kerjasama Ikhwan al-Muslimin.
Sesudah revolusi, Syed Qutb telah ditawarkan dengan jawatan Menteri Pelajaran Mesir. Syed Qutb terlebih dahulu meminta jaminan daripada pemimpin Majlis Revolusi yang diketuai oleh Jamal Abdul Naser dan Anwar Sadat, bahawa Kerajaan Revolusi Mesir akan melaksanakan pemerintahan berdasarkan syariat Islam. Bagaimanapun mereka menolaknya untuk melaksanakan pemerintahan Islam. Berdasarkan kepada penolakan tersebut, Syed Qutb merasakan perkara tidak baik akan berlaku.
Sejarah membuktikan apa yang dibimbangkan oleh Syed Qutb memang terjadi. Pada13 Januari 1954, Kerajaan Revolusi Mesir telah mengharamkan Ikhwan Muslimin dan para pimpinannya telah ditangkap di atas tuduhan gerakan Ikhwan sedang merancang hendak menggulingkan kerajaan revolusi, satu tuduhan yang tidak pernah dibuktikan di mahkamah. Ekoran daripada itu tujuh orang pimpinan tertingginya dijatuhi hukuman mati, termasuk Hasan Hudhaibi, Abdul Qadir Audah dan Syeikh Mohamad Farghali,ketua sukarelawan Mujahidin Ikhwan al-Muslimin di dalam Perang Suez 1948. Bagaimanapun hukuman terhadap Hasan Hudhaibi dipinda kepada penjara seumur hidup dan Syed Qutb pula dihukum penjara lima belas tahun dengan kerja berat.
Pada tahun 1964, Syed Qutb telah dibebaskan di atas permintaan peribadi Abdul Salam Arif, Presiden Iraq. Kerajaan Revolusi Mesir bagaimanapun tidak berpuas hati dengan pembebasan tersebut. Apabila Presiden Abdul Salam Arif terkorban dalam satu kemalangan udara, Syed Qutb ditangkap semula pada tahun berikutnya. Tangkapan kedua ini dibuat berdasarkan tuduhan beliau merancang satu rampasan kuasa baru untuk menggulingkan kerajaan.
Pertuduhan ke atas Syed Qutb di Mahkamah Revolusi dibuat berdasarkan buku-bukunya terutama Maalim Fi al-Tariq. Ia berdasarkan kenyataannya mengenai seruan revolusi terhadap seluruh kedaulatan yang tidak berdasarkan Syari'at Allah.
Bersama Syed Qutb kali ini, turut juga ditahan ialah seluruh anggota keluarganya. Syed Qutb seorang yang bermaruah. Sebelum hukuman gantung dilaksanakan ke atasnya, Presiden Naser menghantar utusan menemui Syed Qutb. Melalui utusan itu Presiden Naser meminta agar Syed Qutb menulis kenyataan meminta ampun daripadanya agar Syed Qutb dibebaskan. Namun Syed Qutb dengan tegas menjawab;
"Telunjuk yang bersyahadah setiap kali bersolat bahawa
Tiada Ilah yang disembah dengan sesungguhnya melainkan
Allah dan Muhamad Rasulullah, tidak akan aku menulis
satu perkataan yang hina. Jika aku dipenjara kerana benar
aku redha. Jika aku dipenjara secara batil, aku tidak akan
menuntut rahmat daripada kebatilan".
Pada pagi Isnin, 29 Ogos 1966, Syed Qutb telah digantung sampai mati bersama-sama sahabat seperjuangannya, Mohamad Yusuf Hawwash dan Abdul Fatah Ismail. Berita hukuman mati yang dilaksanakan ke atas Syed Qutb telah mengejutkan Dunia Islam. Kebanyakan tokoh dan pimpinan umat Islam sedih dan kecewa dengan peristiwa tersebut(1).
Wassalam

Sunday, August 29, 2010

Zun Nun 3

Api penyesalan membakar hatiku. Maka aku meneruskan pengembaraanku menuju ke arah pantai. Sesampainya di pantai, aku melihat orang ramai sedang naik ke atas sebuah kapal. Akupun mengikuti mereka. Beberapa lama berlalu, seorang saudagar yang menumpang kapal itu kehilangan permata kepunyaannya.

Seorang demi seorang para penumpang itu diperiksa. Akhirnya mereka membuat keputusan bahawa permata itu ada ditanganku. Berulangkali mereka menyeksa dan memperlakukanku dengan sekehendak hati mereka, tetapi aku tetap berdiam diri. Akhirnya aku tidak tertahan lagi lalu berdoa:
"Wahai Yang Maha Pencipta, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui!" Seketika itu juga beribu-ribu ekor ikan timbul ke atas permukaan air dan masing-masing membawa sebuah permata di mulutnya.

Aku mengambilnya sebiji dan memberikannya kepada saudagar itu. Menyaksikan keajaiban ini semua orang yang berada di atas kapal sedar dan meminta maaf padaku. Kerana peristiwa inilah aku digelar Zun Nun (manusia Ikan)

Zun Nun 2

Setelah beberapa lama berjalan, Zun Nun dan para sahabatnya sampai ke sebuah padang pasir. Di sana mereka menemui sebuah peti berisi kepingan-kepingan emas dan batu permata dan di atas tutupnya terdapat sebuah papan yang bertuliskan nama Allah. Sahabat-sahabatnya membahagikan emas dan permata tersebut diantara sesama mereka sedang Zun Nun hanya meminta papan yang bertulis nama Allah sahaja.

Papan itu diambil, siang malam diciuminya. Berkat papan itu, ia mendapat peningkatan yang begitu cepat sehingga pada suatu malam ia bermimpi. dalam mimpi itu dia mendengar suara yang berseru kepadanya: "Semua sahabatmu lebih suka memilih emas dan permata kerana benda-benda itu mahal harganya. Tetapi engkau telah memilih nama-Ku yang lebih berharga dari emas dan permata. Oleh kerana itu Aku bukakan untukmu pintu pengetahuan dan kebijaksanaan!"

Setelah itu Zun Nun kembali ke kota...

Hakikat Harta

Di bandar Madinah tinggal seorang hartawan yang kaya raya, kehidupan sehariannya dipenuhi dengan mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. Bersedekah adalah amalan tetap beliau, dengan harta kekayaan yang melimpah ruah dia tetap dengan kehidupan yang sederhana, setiap kali datangnya musim haji dialah orang yang paling banyak mengeluarkan sedekah. Beliau terkenal dengan baik hatinya dan disukai oleh semua penduduk disana. Hartawan tersebut mempunyai 5 orang anak yang kesemuanya sudah berkeluarga dan sibuk dengan urusan masing masing, yang merisaukan si hartawan ini ialah bagaimana nanti kalau dia sudah meninggal dunia, bagaimana nanti anaknya akan menguruskan harta nya yang banyak itu kerana anak anak beliau lebih cintakan dunia. Bagaimana nanti kalau hartanya tidak digunakan ke jalan yang benar.

Siang malam ia bermunajat kepada Allah meminta petunjuk dan apa yang harus dilakukan. Pada suatu subuh yang dingin, beliau telah mengumpulkan semua anak anaknya untuk memberitahu wasiatnya, "wahai anak anakku, tujuan abuya mengumpulkan kamu semua ini adalah untuk memberitahu wasiat kepada kamu semua sekiranya, abuya sudah tiada lagi didunia ini". Apalagi, berpandangan lah mereka kerana terbayangkan harta yang banyak, dan tak sabar lagi menunggu wasiat dari abuyanya. Begitulah kelakuan anak anaknya, yg membuatkan si hartawan itu sedih. Tetapi dengan satu syarat, sekiranya ia mangkat nanti, ia mahu salah seorang dari anaknya menemankan selama tiga hari semasa ia dikebumikan didalam kubur dan siapa yang sanggup dialah yang akan mewarisi hartanya, dan ia juga yang layak untuk membahagikan harta tersebut kepada adik beradik yang lain dan sekiranya tiada yang sanggup, hartanya akan diwakafkan kepada orang miskin.

Terkejut lah anak anaknya tentang wasiat Hartawan tersebut, lalu mereka meminta untuk berbincang adik beradik. Abang yang sulung mengesyorkan agar diupah orang kampong yang miskin hidupnya untuk menemankan abuyanya semasa didalam kubur, sebab abuyanya tidak akan tahu siapa yang menemankan nya nanti kerana sudah mangkat dan selepas itu kita berikannya upah yang banyak dan menjadi kaya raya. Kesemuanya bersetuju dengan cadangan tersebut dan segera memberitahu yang mereka bersetuju dengan syarat tersebut, Hartawan tersebut sungguh bangga dengan anaknya yang sulong kerana pada anggapannya anaknya itu akan menemankannya nanti, "Syukur" katanya dalam hati.

Keesokan hari nya maka kesemua anak anaknya pergilah keseluruh pelusok kampung untuk mencari sesiapa yang sanggup menemankan abuyanya, tetapi malang tiada siapa yang sanggup untuk tidur didalam kubor selama 3 hari dengan mayat, ini kerja gila kata orang kampong, setelah penat mencari si sulong sudah hampir putus asa dan berehat di padang rumput yang dipenuhi kambing biri biri dan ternampak seorang lelaki yang gagah dengan segulung tali di lengannya. "mungkin dia ini si pengembala kambing, baik aku cuba offer dia" fikir nya,

Dia pun menemui si pengembala kambing tersebut, bertanya akan kehidupannya, lalu sipengembala memberitahu keadaannya yg miskin kehidupannya kais pagi makan pagi kadang kadang ia tak makan sampai 3 hari, kesian kata sisulong kepada nya. Lalu sisulong berkata "mahukah kau menjadi kaya wahai si pengembala kambing?" "mestilah mahu" jawabnya dan bercerita lah tujuannya dan dengan syarat nya sekali. Si pengembala kambing tersebut bersetuju kerana dengan 3 malam sahaja dia akan menjadi seorang saudagar kaya! "yahoo, ana kayalah"! teriak si pengembala tu.
"ini kerja senang" katanya "kalau satu bulan pun ana boleh" kata si penegembala kambing.

Dipendekkan cerita, selepas sepurnama berlalu maka mangkatlah Hartawan tersebut. Maka bersedih bercampur gembiralah semua anak anaknya dan segeralah siabang sulong mencari sipengembala kambing tersebut agar menemankan arwah abuyanya seperti mana yang telah dipersetujui, untuk tinggal didalam kubor selama 3 hari 3 malam. Maka dengan segulung tali yg sentiasa berada ditangannya, ia dengan bangganya masuklah kedalam kubor dan tidur bersebelahan mayat abuya, cuma dipisahkan dengan papan penutup liang lahat.

Setelah arwah abuya selamat dikebumikan dan ditalkin, maka tinggallah sipengembala kambing bersama tali dan jenazah Hartawan, di dalam kubur yang gelap gulita itu membuatkan sipengembala kambing menjadi cemas dan bau yg amat wangi membuatkan ia berfikir siapakah orang yang meninggal ini, ini mesti orang yang beriman, sedang asyik berfikir terdengar suara garau memberi salam, maka terperanjatlah si pengembala tersebut, dalam fikirannya mungkin salam tersebut ditujukan pada jenazah disebelahnya, jadi ia mendiamkan diri sahaja, namun tiada jawapan. Sekali lagi salam diberikan dengan suara yang bertambah garau, bertambah kecut perutlah kawan tu tapi ia tetap mendiamkan diri, masih tiada jawapan, si pengembala tersebut terfikir mungkin salam itu ditujukan kepadanya. Terdengar salam yang ketiga dengan suara yang amat menakutkan, dengan terketar ketar ia menjawab salam tersebut, "waalaikumssssssalam, siapa kamu?"

"Wahai orang yg membawa tali, mengapa kau ada disini?" Lalu ia menceritakan perkara yg sebenarnya, kemudian suara itu bertanya lagi, "apa yg kau bawa itu, " tali 'jawabnya, "apa guna tali itu?" suara itu berta-nya lagi, "untuk memudahkan aku menjaga kambingku dan kerja yg bakal kulakukan". Suara itu bertanya lagi, "dari mana engkau dapat tali ini?", "bagaimana cara kau mendapatkan tali ini, dari sumber mana kau beli tali ini ?" suara itu terus bertanya mengenai tali tersebut sehinggalah sampai hari yang ketiga. Anak si Hartawan tadi pun menggali semula kubor tersebut dan mengeluarkan si pengembala tadi, dengan mukanya yang pucat lesi dan menggigil ketakutan, membuatkan anak Hartawan tersebut menjadi bingung.

Maka bertanyalah ia kepada gembala tersebut mengenai ganjaran yang ia mahu, "mintalah sebanyak mana pun, kami akan berikan padamu wahai pengembala!" katanya, lalu pengembala kambing tersebut memberitahu "aku tidak mahu satu sen pun harta dari kamu wahai orang muda?", "mengapa?" tanya si sulong, lalu dia menceritakannya apa yg berlaku semasa didalam kubor selama 3 hari itu. "sedangkan tali yang aku bawa ini pun, sampai 3 hari ini pun masih belum habis ditanya, inikan pula harta yang banyak! nasib baiklah kau dah keluarkan aku kalau tidak, tak taulah apa yang jadi dan macam mana aku nak jawab lagi, inikan pula dengan harta yang begitu banyak berapa lama pula aku nak jawap, jadi kau simpanlah harta kau tu, gunakanlah dengan sebaiknya!".
Maka si pengembala terus beredar dari situ dengan meninggalkan seribu keinsafan di hati anak anak Hartawan tersebut.

Saturday, August 28, 2010

Peringkat Wali

1. Al Aqtab berasal dari kata tunggal Al Qutub yang mempunyai erti penghulu. Dari sini dapat kita simpulkan bahwa Al Aqtab adalah darjat kewalian yang tertinggi. Jumlah wali yang mempunyai darjat tersebut hanya terbatas seorang saja untuk setiap masanya. Seperti Abu Yazid Al Busthami dan Ahmad Ibnu Harun Rasyid Assity. Di antara mereka ada yang mempunyai kedudukan di bidang pemerintahan, meskipun tingkatan taqarrubnya juga mencapai darjat tinggi, seperti para Khulafa?ur Rasyidin, Al Hasan Ibnu Ali, Muawiyah Ibnu Yazid, Umar Ibnu Abdul Aziz dan Al Mutawakkil.

2. Al Aimmah berasal dari kata tunggal imam yang mempunyai erti pemimpin. Setiap masanya hanya ada dua orang saja yang dapat mencapai darjat Al Aimmah. Keistimewaannya, ada di antara mereka yang pandangannya hanya tertumpu ke alam malakut saja, ada pula yang pandangannya hanya tertumpu di alam malaikat saja.

3. Al Autad berasal dari kata tunggal Al Watad yang mempunyai erti pasak. Yang memperoleh darjat Al Autad hanya ada empat orang saja setiap masanya. Kami menjumpai seorang di antara mereka dikota Fez di Morocco. Mereka tinggal di utara, di timur, di barat dan di selatan bumi, mereka bagaikan penjaga di setiap pelusuk bumi.

hanya dengan ilmu dapat mengenal.kalau tidak musuh yang nyata dapat menyamar.

4. Al Abdal berasal dari kata Badal yang mempunyai erti menggantikan. Yang memperoleh darjat Al Abdal itu hanya ada tujuh orang dalam setiap masanya. Setiap wali Abdal ditugaskan oleh Allah swt untuk menjaga suatu wilayah di bumi ini. Dikatakan di bumi ini mempunyai tujuh daerah. Setiap daerah dijaga oleh seorang wali Abdal. Jika wali Abdal itu meninggalkan tempatnya, maka ia akan digantikan oleh yang lain. Ada seorang yang bernama Abdul Majid Bin Salamah pernah bertanya pada seorang wali Abdal yang bernama Muaz Bin Asyrash, amalan apa yang dikerjakannya sampai ia menjadi wali Abdal? Jawab Muaz Bin Asyrash: "Para wali Abdal mendapatkan darjat tersebut dengan empat kebiasaan, yaitu sering lapar, gemar beribadah di malam hari, suka diam dan mengasingkan diri".

5. An Nuqaba? berasal dari kata tunggal Naqib yang mempunyai erti ketua suatu kaum. Jumlah wali Nuqaba? dalam setiap masanya hanya ada dua belas orang. Wali Nuqaba? itu diberi karamah mengerti sedalam-dalamnya tentang hukum-hukum syariat. Dan mereka juga diberi pengetahuan tentang rahsia yang tersembunyi di hati seseorang. Selanjutnya mereka pun mampu untuk meramal tentang watak dan nasib seorang melalui bekas jejak kaki seseorang yang ada di tanah. Sebenarnya hal ini tidaklah aneh. Kalau ahli jejak dari Mesir mampu mengungkap rahsia seorang setelah melihat bekas jejaknya. Apakah Allah tidak mampu membuka rahsia seseorang kepada seorang waliNya?

6. An Nujaba? berasal dari kata tunggal Najib yang mempunyai erti bangsa yang mulia. Wali Nujaba? pada umumnya selalu disukai orang. Dimana sahaja mereka mendapatkan sambutan orang ramai. Kebanyakan para wali tingkatan ini tidak merasakan diri mereka adalah para wali Allah. Yang dapat mengetahui bahawa mereka adalah wali Allah hanyalah seorang wali yang lebih tinggi darjatnya. Setiap zaman jumlah mereka hanya tidak lebih dari lapan orang.

7. Al Hawariyun berasal dari kata tunggal Hawariy yang mempunyai erti penolong. Jumlah wali Hawariy ini hanya ada satu orang sahaja di setiap zamannya. Jika seorang wali Hawariy meninggal, maka kedudukannya akan di-ganti orang lain. Di zaman Nabi hanya sahabat Zubair Bin Awwam saja yang mendapatkan darjat wali Hawariy seperti yang dikatakan oleh sabda Nabi:

"Setiap Nabi mempunyai Hawariy. Hawariyku adalah Zubair ibnul Awwam".

Walaupun pada waktu itu Nabi mempunyai cukup banyak sahabat yang setia dan selalu berjuang di sisi beliau. Tetapi beliau saw berkata demikian, kerana beliau tahu hanya Zubair sahaja yang meraih darjat wali Hawariy. Kelebihan seorang wali Hawariy biasanya seorang yang berani dan pandai berhujjah.

8. Ar Rajbiyun berasal dari kata tunggal Rajab. Wali Rajbiyun itu adanya hanya pada bulan Rajab saja. Mulai awal Rajab hingga akhir bulan mereka itu ada. Selanjutnya keadaan mereka kembali biasa seperti semula. Setiap masa, jumlah mereka hanya ada empat puluh orang sahaja. Para wali Rajbiyun ini berpecah di berbagai wilayah. Di antara mereka ada yang saling mengenal, tapi kebanyakannya tidak. Disebutkan bahawa ada sebahagian orang dari Wali Rajbiyun yang dapat melihat hati orang-orang Syiah melalui kasyaf. Ada dua orang Syiah yang mengaku sebagai Ahlu Sunnah dihadapan seorang wali Rajbiyun. Lalu keduanya diusir, kerana wali Rajbiyun itu melihat keduanya berupa dua ekor babi, sebab keduanya membenci Abu Bakar, Umar dan sahabat-sahabat lain. Ke-duanya hanya mencintai Ali dan sejumlah sahabatnya. Ketika keduanya bertanya padanya, maka si wali tersebut berkata: "Aku lihat kamu berdua berupa dua ekor babi, kerana kamu menganut mazhab Syiah dan membenci para sahabat Nabi". Ketika berita itu disedari kebenarannya oleh keduanya, maka keduanya mengaku benar dan segera memohon ampun kepada Allah. Demikianlah secebis kisah kasyaf seorang wali Rajbiyun.

Pada umumnya, di bulan Rajab, sejak awal harinya, para wali Rajbiyun menderita sakit, sehingga mereka tidak dapat menggerakkan anggota tubuhnya. Selama bulan Rajab, mereka senantiasa mendapat berbagai pengetahuan secara kasyaf, kemudian mereka memberitahukannya kepada orang lain. Anehnya penderitaan mereka hanya berlangsung di bulan Rajab. Setelah bulan Rajab berakhir, maka kesehatan mereka kembali seperti semula.

9. Al Khatamiyun berasal dari kata Khatam yang mempunyai erti penutup atau penghabisan. Maksudnya darjat Al Khatamiyun adalah sebagai penutup para wali. Jumlah mereka hanya seorang. Tidak ada darjat kewalian umat Muhammad yang lebih tinggi dari tingkatan ini. Jenis wali ini hanya akan ada di akhir masa, iaitu ketika Nabi Isa as.datang kembali.

Di antaranya, ada para Wali yang hatinya seperti Nabi Adam as. Jumlah mereka hanya tiga ratus orang. Sabda Nabi saw: "Mereka berhati seperti hati Adam as". Mereka diberi anugerah tersendiri oleh Allah swt. Syeikh Muhyidin berkata: "Jumlah wali jenis ini bukan hanya tiga ratus orang saja dikalangan

umatnya, tetapi ada juga dikalangan umat-umat lain. Tentang keberadaan mereka hanya dapat diketahui secara kasyaf. Setiap masanya dunia tidak pernah kosong dari keberadaan mereka. Mereka mempunyai budi pekerti Ilahi, mereka amat dekat disisi Allah. Doa mereka selalu diterima oleh Allah. Mereka senang dengan doa: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami suka menganiaya diri kami. Jika Engkau tidak berkenan memberi ampunan dan kasih sayang kepada kami, pasti kami akan termasuk orang-orang yang rugi".

Di antara mereka ada pula yang berhati seperti hati Nabi Nuh as. Jumlah mereka hanya empat puluh orang di setiap zamannya. Hati mereka seperti hatinya Nabi Nuh as. Beliau adalah Nabi dan Rasul pertama. Mereka suka berdoa, seperti doa Nabi Nuh as yang ertinya: "Tuhan, ampunilah aku dan kedua orang tuaku dan sesiapa sahaja dari orang beriman, lelaki ataupun wanita yang masuk ke dalam rumahku dan jangan Engkau tambahkan bagi orang-orang yang berbuat aniaya kecuali kebinasaan".

Tingkatan wali dari jenis ini sukar diraih orang, sebab ciri khas mereka sangat keras dalam menegakkan agama, seperti sifat Nabi Nuh as. Mereka selalu memperhatikan sabda Nabi saw yang ertinya: "Barangsiapa yang beribadah selama empat puluh hari dengan penuh ikhlas, maka akan terpancar ilmu hakikat dari lubuk hatinya ke lidahnya".

Di antaranya pula ada yang berhati seperti hati Nabi Ibrahim. Jumlah wali jenis ini hanya ada tujuh orang dalam setiap zamamnya. Rasulullah saw pernah menceritakan tentang mereka dalam salah satu sabdanya. Mereka suka dengan doa Nabi Ibrahim as yang ertinya: "Tuhanku, berikan kepadaku kebijaksanaan, dan ikutkan aku kepada orang-orang salih". Mereka diberi keistimewaan yang luar biasa, hati mereka dibersihkan dari rasa ragu, rasa dengki dan rasa buruk sangka terhadap Khalik maupun makhluk, mereka terlindung dari sebarang perbuatan buruk.

Syeikh Muhyiddin berkata: "Aku pernah menemui salah seorang dari jenis wali tersebut, aku kagum dengan kemuliaan budi pekertinya, luas pengetahuannya dan kesucian hatinya, sampai aku beranggapan bahwa kese-nangan syurga telah dipercepatkan baginya".

Di antaranya pula ada yang berhati seperti hati Malaikat Jibril. Jumlah wali jenis ini hanya ada lima orang sahaja dalam setiap zamannya. Rasulullah saw pernah menyebut tentang mereka dalam salah satu sabdanya. Mereka diberi kekuatan seperti yang diberikan kepada malaikat Jibril yang amat kuat. Di hari kiamat kelak, mereka akan dikumpulkan dengan malaikat Jibril. Dan malaikat Jibril senantiasa membantu rohani mereka, sehingga mereka selalu terpimpin.

Diantaranya pula ada yang berhati seperti hati Malaikat Mikail as. Jumlah mereka hanya ada tiga orang sahaja dalam setiap masanya. Keistimewaan

mereka suka berlemah-lembut terhadap semua orang, dan mereka diberi kekuatan seperti Malaikat Mikail.

Di antaranya pula ada yang berhati seperti hati Malaikat Israfil. Jumlah mereka hanya ada satu orang sahaja dalam setiap zamannnya. Nabi saw pernah menyebut tentang mereka dalam salah satu sabdanya. Menurut pengamatan kami, Syeikh Abu Yazid Al Bustami termasuk salah seorang dari jenis wali ini. Termasuk juga Nabi Isa as. Syeikh Al Muhyiddin berkata: "Diantara tokoh-tokoh sufi ada yang diberi hati seperti hati Nabi Isa, kedudukan mereka sangat tinggi di sisi Allah swt".

Di antaranya pula ada yang diberi hati seperti hati Nabi Daud as. Jumlah mereka di setiap masanya hanya terbatas beberapa orang saja. Mereka diberi berbagai keistimewaan, kedudukan tinggi di dunia dan ketebalan iman.

10. Di antaranya pula ada yang diberi pangkat Rijalul Ghaib atau manusia-manusia misteri. Jumlah wali jenis ini hanya sepuluh orang di setiap masanya. Mereka orang-orang yang selalu khusyu?, mereka tidak berbicara kecuali dengan perlahan atau berbisik, kerana mereka merasa bahwa Allah swt selalu mengawasi mereka. Mereka sangat misteri, sehingga keberadaan mereka tidak banyak dikenal kecuali oleh ahlinya. Mereka selalu rendah hati, malu dan mereka tidak banyak mementingkan kesenangan dunia. Boleh dikata segala tindak tanduk mereka selalu misteri.

Di antaranya pula ada yang selalu menegakkan agama Allah. Jumlah mereka hanya lapan belas orang di setiap masanya. Ciri khas mereka adalah selalu menegakkan hukum-hukum Allah. Dan mereka bersikap keras terhadap segala penyimpangan.

Syeikh Abu Madyan termasuk salah seorang di antara mereka. Beliau berkata kepada murid-muridnya: "Tampilkan kepada manusia tanda redha kamu sebagaimana kamu menampilkan rasa ketidaksenangan kamu, dan perlihatkan kepada manusia segala nikmat yang diberikan Allah, baik yang zahiriyah maupun batiniyah seperti yang dianjurkan Allah dalam firmanNya berikut:

"Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaknya engkau menyebut-nyebutnya sebagai tanda bersyukur"

11. Di antaranya pula ada wali yang dikenal dengan nama Rijalul Quwwatul Ilahiyah ertinya orang-orang yang diberi kekuatan oleh Tuhan. Jumlah mereka hanya lapan orang sahaja di setiap zamannya. Wali jenis ini mempunyai keistimewaan, iaitu sangat tegas terhadap orang-orang kafir dan terhadap orang-orang yang suka memperkecilkan agama. Sedikit pun mereka tidak takut oleh kritikan orang. Di kota Fez ada seorang yang bernama Abu Abdullah Ad Daqqaq. Beliau dikenal sebagai seorang wali dari jenis Rijalul Quwwatul Ilahiyah.

Di antaranya pula ada jenis wali yang sifatnya keras dan tegas. Jumlah mereka hanya ada 5 orang disetiap zamannya. Meskipun watak mereka tegas, tetapi sikap mereka lemah lembut terhadap orang-orang yang suka berbuat kebajikan

Friday, August 27, 2010

Zun Nun 1

Zun Nun menceritakan: "Ketika aku sedang berjalan di lereng gunung, kuterlihat sekumpulan manusia yang menderita sakit. Aku bertanya kepada mereka: "Apakah yang telah terjadi kepada kamu semua?"

Mereka menjawab: "Di dalam tempat suluk yang terletak di sini tinggal seorang yang soleh. Setahun sekali ia keluar dari tempat suluk mengubat dengan meniup orang-orang ini lalu semuanya sembuh. Setelah itu ia pun kembali ke tempat suluknya dan setahun kemudian barulah ia keluar lagi. "

Dengan sabar aku menantikan orang alim itu keluar dari tempat suluk. Ternyata yang kulihat adalah seorang lelaki berwajah pucat, berbadan kurus dan bermata cengkung. Aku merasa gementar kerana kagum memandang dirinya. Dengan penuh belas kasihan orang alim itu memandang orang yang berdoa di situ, kemudian memandang ke atas. Setelah itu semua orang-orang yang menderita sakit itu ditiupnya beberapa kali. Dan semuanya sembuh dari penyakitnya.

Ketika orang alim itu hendak kembali ke tempat suluknya, aku segera menarik pakaiannya dan berkata:

"Demi kasih Allah engkau telah menyembuhkan penyakit-penyakit yang nampak oleh mata kasar tetapi sekarang sembuhkanlah penyakit di dalam batinku ini."

Sambil memandang diriku orang alim itu berkata: "Zun Nun lepaskanlah tanganmu dariku. Dia Yang Maha Besar mengawasi dari pundak kebesaran dan keagungan. Jika Dia melihat ada seseorang bergantung kepada selain daripada-Nya, pasti Dia akan meninggalkan dirimu bersama orang itu maka malanglah engkau di tangan orang itu."

Setelah berkata demikian ia pun kembali ke tempat ia bersuluk.

Peringatan Bersama

Last weekend ada attend ceramah Dasyatnya Doa Seorang Ibu
oleh Ustaz Abdullah Mahmud. Dia ustaz untuk angkatan tentera malaysia last
time. So kat sini nak share laa info yang menarik kot2 kawan2, kakak2,
makcik2,adik2 boleh guna. Agak panjang kalau malas nak baca, baca laa yang
bertanda ****
*
Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu*
q Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita
adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi
takdak masa nak buat yang baik

q Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah

q *** Setitik air mata ibu jatuh, *10 kebajikan anak hilang* so ibu2
jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis
kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak

q Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu,
sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya

q Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka
Ø Melihat kaabah sehingga menitis air mata
Ø Membaca quran sehingga menitis air mata
Ø Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata


q 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok
masa tidor!
Ø Anak
Ø Ibu
Ø Suami
Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak
bercerai, tgk laa muka bila dia tidor kalau masih terbit perasan kasih,
saying, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa
tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah J

q Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di
hari kematian ibunya… kira tak menangis teruk laa..Bagi siapa yg masih ada
ibu, pandang laa selalu

q Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk
menujukkan sesuatu pada ibu

q Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan
takut

q Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak
mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai

q *** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik,
Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat *letakkan ibu
kita*di tempat yang terbaik

q Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, "ungkit" kebaikan
yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu
dipanggil *"wasilah
amal"*
Ø "Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu
kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini"
Ø *** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna
dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal hal
yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita
Ø Tapi geng kalau sedekah RM1 takkan nak tuntutkan J

q Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa
sakit/musibah

q Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,,
then cakap dengan Allah
Ø "Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini"
Ø "Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini"
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan
orang yang memerlukkan.

q *** Barang siapa yang *tidak mendoakan ibu* selepas sembahyang buat
*ibu yang sudah meninggal* maka dikira dia *anak derhaka* walaupun pada
waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih
hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

q Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup *dan mati.
*Jadi doakan ibu kita telah tiada!

q **** Doa orang yang mati makbul* untuk orang yang masih hidup
Ø Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke
pusara mak kita cakap.."Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu
mak bahagia engok cucu mak kawinkan" atau "bapa saya nak kawin esok, kalau
bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan.." Ustaz kata luahkan
kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh
mendoakan kita dari sana .

q Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan
kita "berkatilah si A ini" dan jika tak bagi salam, mereka akan kata
"celakahlah orang ini" Jadi, jangan lupa bagi salam next time

q Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta
sampai mati tak pernah keluarkan

q Sesiapa yang bersedekah selalu, *takkan miskin* orang itu
selamanya..

q Bila nak berbelanja @
shopping<http://mc/compose?to=berbelanja@shopping>always spare duit
untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah.
Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari
org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah
hantarkan org2 susah ini untuk *kita dapatkan pahala!*

q *** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada
*peruntukkan
wang *untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu
sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! "Ya Allah, aku sedekahkan
bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku". *Itu yang
yang buat ibu kita bahagia di sana .*

q Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita
ringan tangan nak bersedekah

q *** Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia *sakit dan nyanyuk
* untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik
insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit,
*berebutlah *menjaga
ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

q Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan
seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita
sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita *

Selalu Bergaduh Dengan Ibu*
q Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada
kemungkinan kita diganggu saka
Ø Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu
bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/
tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar
Ø Saka dipindahkan melalui Kasih saying/ Harta pusaka, walaupun sebiji
pinggan / Amalan / Sentuhan
Ø Symptom dah terkena saka
v Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena
v Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar
v Susah nak dapat anak, senang gugur
v Ada rasa kelibat orang lalu
v Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak
hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana
saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam
Ø Cara hilangkan saka, Zikir "Laillahaillalah" 700,000 sampai habis,
insyallah saka akan cair dan keluar dari badan

q Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer
tulang.

q 3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari
syaitan adalah cancer, aids and leukemia. Kalau dapat ni pi laa perawatan
cara islam jugak.

q Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong
zikirkan

q Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas..
"Qulhuwallahuahad…" 1000x sehari
*
Anak Lari Dari Rumah*
q Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan
dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari

q Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah
akan sampai panggilan kita kepadanya
*
Anak Degil*
q *** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil *ROH ANAK*
Ø Ni seram sket masa nak buat hehehe..mula2 je lepas tu ok..e.g. Wahai
roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa
pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia

You can ask anything! Nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.

So info dah disampaikan, marilah kita sama2 praktikkan mana yang bolehkan.
Kalau ada yg kurang atau tersilap sila betulkan untuk tatapan
pembaca. Sy type apa yang ingat je ni.

Sunday, August 22, 2010

Alkisahnya.. Selawat Nuril Anwar


Dikisahkan oleh seorang guru lama dahulu..mungkin ada yang kurang tepat kerna luput ingatan ditelan masa..sapa2 yang tahu mohon ditambah inputnya..
 
-The story begins-
 
Selawat nuril anwar datang dari seorang syeikh (lupa nama)..seorang yang tersohor dan amat ramai muridnya..syeikh ini memiliki suatu sifat yang pelik, yakni dia memakai hijab..tak pernah anak muridnya melihat akan rupa syeikh tersebut kerna mukanya senantiasa ditutupi hijab tersebut..
 
Sifat itu mengundang rasa ingin tahu murid..masing2 murid meminta sang guru menunjukkan wajahnya, tapi permintaan tersebut tidak pernah diendahkan oleh sang guru..hinggalah pada suatu masa, atas desakan, sang guru bersetuju membuka hijab yang menutupi mukanya..
 
Tapi sebelum itu, sang guru berpesan..lebih kurangnya 'aku tidak ingin menunjukkan mukaku, tapi atas desakan kamu, aku sudi memperlihatkannya..akan tetapi, kamu tanggunglah akan akibatnya'..maka sang guru pun membuka hijab yang menutupi mukanya..Tatkala itu, terpancarlah suatu cahaya yang 'maha' hebat dari wajahnya..murid2 yang menyaksikan wajahnya semuanya mati bergelimpangan..
 
-End of story-
 
Berikut adalah selawat nuril anwar dalam tulisan rumi..bolehlah di google untuk yang bertulisan arab
 
Allah humma Solli A'la Nuril Anwar....
Wasirril Asrar...
Watirya qil Aghyar...
Wamifta hi ba bil yasar...
Sayyidina Muhammadinil Mukhtar...
 Wa aa lihil Ath har....
Waas ha bihil akhyar....
A' dada ni a' millah hi waif dho lih.....
 
 
Ya Allah, limpahkan sholawat dan salam kesejahteraan
Atas nur (cahaya) segala nur
Sir (rahsia) segala sir
Ubat segala penyakit
Pembuka pintu kesenangan
Junjungan Mawlana Muhammad yang terpilih
Bersama ahli keluarga baginda yang suci bersih
Dan para sahabat baginda yang baik berbudi
Sholawat dan salam sebanyak bilangan
Ni'mat Allah dan kelebihanNya.
 
Selawat ini dikatakan amat banyak sekali kelebihannya (bole cari sendiri)..tapi mengikut guru aku, tertib mengamalkan selawat (apa2 selawat) adalah dengan meniatkan semata2 mahu memuliakan Nabi SAW..jangan diniatkan untuk mendapatkan kelebihan2 tertentu..

Bacaan santai

Titik merah pada 7-Up logo berasal dari penemunya yang bermata merah. Dia seorang albino.

Dalam poster film 'Pretty Woman' Julia Robets terlalu pendek untuk digandingkan dengan Richard Gere. Maka badan model Shelley Michelle digunakan sebagai mengganti tubuh Julia. (ohh..macamana aku boleh tak perasan sebelum ni??)

Semua ayam belanda menghidap penyakit jantung. (wakakakaka best nih kalo boleh sakat)

Manusia tidak boleh menjilat siku sendiri (ya,sila cuba)

Jika patung Barbie adalah manusia, ukuran badannya adalah 39-23-33. (whoo..)

Memakai headphone selama 1 jam dapat membantu pembiakan bakteria dalam cuping telinga 700 kali lebih cepat. (erkk..)

Kupu-kupu melihat dengan 12 000 mata

Lidah kucing tidak boleh kesan rasa manis (bagi kucing, gula adalah pasir)

Bawang putih yang kita gosok di tumit kaki akan meresap dan dapat tercium dalam nafas kita.

Lembu boleh naik tangga, tapi turun tangga tak reti.

Nama paling popular di dunia adalah Muhammad.

Terdapat beberapa ekor singa yang boleh mengawan lebih dari 50 kali sehari

Tiram boleh bertukar dari satu jantina ke jantina yang lain dan bertukar balik bergantung kepada jantina yang paling baik untuk mengawan. (woww..)

Kuda Nil kentut melalui mulut. (ngeeeee...)

Koala bukan beruang. Ianya tidak ada kaitan langsung dengan beruang tetapi berkaitan dengan kanggaru dan wombat. Alasan mereka dipanggil beruang kaola kerana rupanya seperti beruang teddy.

Setiap manusia dalam hidupnya rata-rata habis untuk menunggu di lampu merah selama 2 minggu. (wakakakaka..)

Saya sudah ada company coverage...

Alasan ini mmg dah biasa kita dengar tapi ape kah kesannye kepada anda & keluarga anda. Hayati lah cerita di bawah ini berkenaan pengalaman seorang rakan agent PruBsn Takaful (En Bojed) bersama prospek nyer. Diharap kita dapat bersama-sama mengambil ikhtibar.

Okay, ini cerita saya tentang orang yang taknak ambil personal insurance/medical card sebab terlalu selesa dengan coverage yang company bagi.

1. Hari Rabu baru ni, saya dapat satu phone call dari seorang prospect perempuan yang dapat flyers saya dari booth PruBSN di Jusco Alpha Angle.

2. Dia kata nak ambil medical card PruBSN untuk suami dan dia kata dia boleh bayar maximum RM4,000.00 setahun.

3. Saya kata boleh je nak ambilkan untuk suami. Kalau suami sihat dan takde masalah kesihatan, dalam 2 weeks policy boleh approve dan siap.

4. Lepas tu baru prospect tu gitau yang suami dia sebenarnya ada leukemia stage 3. Ramai yang taktau bahawa leukemia juga adalah cancer. Dia nak ambil medical card sebab treatment cost mahal sangat.

5. Prospect tu gitau dulu suami dia seorang electronic engineer di sebuah company selama 14 tahun. Suami dia taknak ambil personal insurance sebab company dia cover unlimited medical bill.

6. Pada tahun 2008, doctor diagnosed suami dia ada leukemia. Masa tu company cover semua medical bill.

7. Bila dah start sakit, badan belum dapat sesuaikan dengan keadaan kesihatan waktu tu. So boleh kata hampir tiap2 hari suami dia cuti. Medical bill tiap2 bulan company tanggung.

8. Pada November 2009, suami dia dapat surat diberhentikan kerja sebab tak cukup tempoh bekerja dalam setahun dan company terpaksa tanggung medical bill tinggi.

9. Prospect tu kata, company ada bagi pampasan gratitude RM20,000 kat suami dia, tapi dah habis untuk buat leukemia treatment.

10.Prospect tu gitau, sebulan sekali kena buat blood treatment (rawatan darah) RM2,500 dan sebulan 2 kali kena buat therapy RM600/session. Total treatment cost sebulan ialah RM3,700. Setahun RM44,400.

11.Prospect tu tambah lagi, dia kata sekarang ni dia mampu untuk buat blood treatment je untuk suami dia sebab kalau buat therapy sekali terlampau mahal. Suami dah tak kerja, so prospect tu yang tanggung belanja family 100%. Anak 4 orang, semua masih bersekolah.

12.Sepanjang phone call tu, prospect menangis dan merayu supaya saya tolong beliau. Saya kata saya kena contact PruBSN dulu untuk kepastian.

13.Saya call leader saya iaitu azizriadi dan consult tentang kes saya ni.

14.Azizriadi kata, dia ada experience tentang kes cancer. Ada prospect dia kena cancer stage 1, dah sembuh, verified by doctor's report, tapi still Prudential reject application prospect tu.

15.Prudential suruh client tu tunggu 2 tahun dulu baru re-apply medical card. Medical report je dah RM400 kena bayar, last2 kena reject juga.

16.Kalau orang yang pernah kena cancer stage 1, dah sembuh dan disahkan doctor pun kena reject dan kena tunggu 2 tahun, orang yang cancer stage 3 pula macam mana?

17.Ada satu je jawapannya: Confirm kena REJECT on the spot. As simple as that. No backdoor exploitation.

18.Saya pun call prospect tadi dan gitau perkara sebenar. Saya minta dia bersabar. Tapi dari suara dia, seolah-olah dia dah putus harapan dgn masa depan family dia.

19.Moral of the story - walaupun you mampu untuk bayar RM4,000 setahun untuk Takaful, tapi kalau you dah sakit, either Takaful you approve tapi bersyarat tak cover penyakit sedia ada atau kena REJECT terus.

20.You taknak ambil personal Takaful/medical card sebab company dah provide unlimited coverage? It's up to you.

21.Electronic engineer yang dah kerja 14 tahun dan dah senior di company tersebut pun boleh diberhentikan sebab tak productive dan merugikan company.

22.You rasa diri you macam mana? Renung-renungkan la...

Saturday, August 21, 2010

Kidung kiri - copy paste dr sepakminang

Mempelajari pelajaran Kidung Kiri telah mendatangkan dua persoalan besar kepada diri saya. Hendak bertanya kepada ustaz atau Jurulatih yang ada terasa berat. Takut-takut soalan yang ditanya akan ditertawakan atau dianggap tidak relevan.

Persoalan pertama yang berbangkit di benak saya ialah tentang istilah kidung. Istilah tersebut begitu asing buat diri saya. Masuk SC baru kenal istilah kidung. Saya buka Kamus Dewan. Istilah kidung dirujuk pada nyanyian atau syair yang dinyanyikan. Lagu itu pula dihubungkan dengan nyanyian oleh orang Kristian dalam gereja. Kalau nama terbitan mengidungkan maka maknanya ialah menyanyikan atau melagukan.

Saya cuba kait-kaitkan terjemahan istilah tersebut dengan bidang persilatan. Sukar juga kerana tak mengena. Saya rujuk cikgu bahasa Melayu. Jawapan yang diberi adalah sama maknanya. Lantas dijawabnya bahawa istilah sebenar kidung mungkin berbeza dalam pengertian bidang persilatan. Saya diam sahaja. Menurutnya lagi, pengertian istilah itu dalam silat hanya diketahui oleh mereka yang mencipta nama buah tersebut. Tentu ada rahsia di sebalik pengalaman penciptanya. "Kalau nak tahu maka tanyalah orang mahir dalam bidang silat itu dahulu." Mudah sungguh jawapannya.

Walau bagaimanapun, saya terima jawapan beliau. Istilah Kidung tak ada kena mengena dengan istilah hiburan. Istilah kidung mempunyai pengertian tersendiri dalam bidang persilatan dan merupakan nama khas. Asal usul istilah kena tanya pada perekanya. Itulah kesimpulan saya. Saya simpulkan buat ketetapan hati saya. Tak ada persoalan lagi. Tak tanya pada Ustaz pun.

Sepanjang pengalaman saya mengajar silat, amat jarang sekali penuntut silat yang bertanyakan istilah kidung. Kalau adapun yang bertanya maka jawapan saya istilah itu adalah nama khas. Umpama nama manusia bergelar Mamat. Tak ada bahasa lain seperti bahasa Arab yang boleh memberi makna. Hanya rekaan pada pemberi nama. Nampaknya jawapan saya dapat memuaskan hati penuntut yang bertanya.

Satu persoalan lagi adalah berkaitan dengan gerak dalam buah tersebut. Ketika mempelajari buah Kidung Kiri, terasa celaru juga dengan istilah kaedah. Dikatakan oleh Jurulatih bahawa Kidung Kiri menggunakan kaedah gelek. Terfikir pula. Bila masa gelek dijadikan kaedah. Nak bertanya, malas. Cuma buat kesimpulan sendiri bahawa buah Kidung Kiri menggunakan kaedah A bersepadu dengan menggelekkan badan untuk masuk gerak ke dalam. Gelek merupakan gerak sampingan yang bersepadu.

Bukan mudah membuat buah ini. Kita memerlukan keberanian tanpa ragu-ragu ketika gelek ke dalam. Kesepaduan kaedah dan gelek perlu ada. Jika tidak, maka birulah dada. Kecualilah jika penumbuk pasangan kita membuat lencongan. Tak tepis pun tak apa. Pasti tak kena. Maka rugilah pasangan tersebut. Mudah pembelajaran tapi kurang mendatangkan kesan. Pada pasangan yang benar-benar ikut peraturan maka latihan buah ini amat sukar. Walau bagaimanapun setelah menguasai kaedah mengambil buah ini maka hebatlah pasangan pesilat tersebut.

Saya rasa, ketika pembelajaran buah Kidung Kiri, isu dan persoalan tentang cara pergerakan kaki telah tidak timbul lagi. Para penuntut telah jelas sama ada menggunakan tumit kaki atau hujung kaki. Setakat ini saya difahamkan bahawa semua Jurulatih bersetuju dengan penggunaan hujung kaki. Agaknya. Tapi pasti juga ada yang guna tumit kaki. Dikatakan takut urat belakang kaki kanan bengkak. Lemah tenaga batin.

Ada tiga tempat atau situasi yang sangat saya tekankan ketika membuat buah Kidung Kiri. Pertamanya kita perlu memastikan ketika gelek masuk, tapak kaki kanan tidak berubah dari tempat asal melainkan pergerakan pusing. Hanya kaki kiri yang langkah masuk dalam keadaan berani, cekal dan tanpa ragu-ragu atau tanpa teragak-agak.

Penekanan kedua ialah perbuatan tetak tangan setelah rapat dengan musuh. Jangan tampar nyamuk. Selalu saya pastikan, setelah menetak maka proses menjatuhkan pasangan kita perlu ada kesinambungan. Tangan kanan secepat kilat memegang pergelangan tangan pasangan kita untuk membuat jatuhan. Jangan bermalam. Kalau tak kuasai maka ulang-ulang hingga berjaya. Ketika buat buah, janganlah hendaknya anggap siku kiri yang menepis kaedah A boleh mematahkan tulung rusuk lawan. Tak nampak logiknya. Gelak dek orang. Pendapat baru yang tak ada di zaman saya.

Penekanan ketiga yang saya beri ialah ketika membuat jatuhan. Saya akan pastikan jatuhan dibuat pada tempat yang sama tanpa ada sebarang usaha mengubah kedudukan kaki. Maksudnya orang yang membuat buah jangan sesekali mengubah tapak kaki kanannya ke depan bagi memudahkan jatuhan. Jangan ambil mudah. Saya buktikan betapa menjatuhkan pasangan di tempat yang tetap, lain sakitnya berbanding jika kaki kanan melangkah ke depan.

Mungkin ada persoalan lain. Kalau ada kiri mana kanannya. Kalau ada Kidung Kiri tentu ada Kidung Kanan. Jangan banyak melayan. Katakan. Cekap kiri dulu baru belajar kanan. Beri harapan. Tapi mesti tunaikan. Satu masa tetap kita tunjukkan kehebatan Kidung Kanan. Tapi tegaskan betapa tersisih pergerakan tersebut. Pelarasan sah di zaman Ustaz. Jangan persoalkan.

Cubaan 123

testing for mobile service