Thursday, December 22, 2011
Tuesday, November 15, 2011
Saturday, November 12, 2011
Friday, November 4, 2011
Thursday, November 3, 2011
Thursday, October 13, 2011
Saturday, October 8, 2011
Kedai Emas
Dalam satu kedai emas, ada seorang perempuan terkentut ketika menonggeng melihat cincin...dia tersipu-sipu malu dan melihat sekeliling untuk melihat sesiapa ada berdekatana dengannya dan perasan ada promoter kat belakangnya..
Promoter : Boleh saya bantu?
Perempuan tu anggap promoter tu tak dengar la yang dia kentut jadi dia pon bertanyakan soalan sambil buat seperti tiada apa yang berlaku..
Perempuan : Berapa harga cincin ini?
Promoter: Kalau tengok cincin ni pun boleh buat puan terkentut, saya pasti puan akan terberak bila tahu harganya..
Sunday, September 11, 2011
Jadual Out-Station 12/9/2011 until 15/9/2011
13/9 - Penjara Taiping, Kem Tahanan Kamunting, PLPP Taiping
14/9 - JKN Ipoh, Parol Ipoh, SUK Ipoh
15/9 - AADK Manjung, APMM Lumut
Tuesday, September 6, 2011
SAJAK SIPUT MENYIPUT
Mari dibawah ke tanah seberang,
Orang tasawuf takkan takut,
Dia takkan menjaga tepi kain orang.
Turun ke laut memungut batu,
Lalulah naik ke pengkalan,
Orang tasawuf takkan tertipu,
Dia aman damai dengan Tuhan.
Ke laut mencari siput,
Dapat siput berjalan pulang,
Orang tasawuf takkan takut,
Yang ia takut Tuhan tak memandang.
Ke laut jua mencari siput,
Siput diletak di dalam loyang,
Orang tasawuf takkan takut,
Dia tidak mencaci orang.
Ke laut mencari siput,
Siput banyak di batu karang,
Orang tasawuf takkan takut,
Dia tidak menipu orang.
Ke laut mengail ikan serkup,
Dia mengail di pagi hari,
Orang tasawuf takkan takut,
Dia memikirkan Diri sendiri.
Ke laut berjalan mencari siput,
Dapat siput dijual di pekan,
Orang tasawuf takkan takut,
Dia tak takutkan hantu dan syaitan.
Ada orang memikat dekut,
Dia memikat di tepi paya,
Orang tasawuf takkan takut,
Malaikat ada memandang dia.
Ke laut jua mencari siput,
Tempat orang mengail ikan,
Orang tasawuf takkan takut,
Dia nampak hantu dan syaitan.
Banyak orang mencari siput,
Dapat siput letak di pinggan,
Orang tasawuf takkan takut,
Dia takut dengan Tuhan.
Ke laut pula mencari siput,
Lalu pula mencari kerang,
Orang tasawuf takkan takut,
Dia tidak bencikan orang.
Berjalan kaki pergi ke laut,
Membeli siput dan asam paya,
Sekali lagi tasawuf berkata,
Yang dia takut Allah tidak memandang dia !
Kain batik banyak di pekan,
Berlonggok-longgok di tepi jalan,
Barang siapa asyik memandang Tuhan,
Macam pungguk rindukan bulan.
Wahai tuan-tuan sekelian,
Ada satu saya nak khabarkan,
Apabila hati Allah hiburkan,
Hati kita susah Dia tinggalkan.
Wahai tuan-tuan, kawan dan rakan,
Satu lagi saya berpesan,
Kepada Tuhan hendaklah kita harapkan,
Kepada Nya tujuan perjalanan.
Ada satu perkara lagi,
Saya nak ingatkan pada saudara saudari,
Kepada Tuhan kita kembali,
Kepada Dialah kita berserah diri.
Ada tersebut dalam Kitabullah,
Yang diwajibkan kepada Nabi kita,
Barang ingat kepada Allah,
Nescaya Allah ingat pada nya.
Ramai orang pergi berkelah,
Lalu berlari berkumpul di sana,
Barang siapa lupa kepada ALlah,
Ulama' berkata dia sendiri mengufurkannya.
Wahai saudara, rakan sekalian,
Ada satu saya nak khabarkan,
Bukannya senang hendak mengenal Allah,
Berzikir dan bertaubat siang dan malam.
Burung puyuh banyak berterbangan,
Dia terbang berbahagi dua,
Roh sebagai tetamu yang tidak diundang,
Dia datang bila-bila masa sahaja.
Ramai orang berjalan ke kota,
Di sekeliling padang ada berparit,
Kita hendaklah bersiap sedia,
Menyediakan hidangan yang baik.
Bertanam temu di hujung tanjung,
Orang berkelah ramai di sana,
Apabila kamu datang mengunjung,
Barang siapa yang disukainya.
Ambil kelapa diseberang sana,
Hendak dibeli di Tanjung Selamat,
Barang siapa tetamu datang mengunjunginya,
Dialah dari orang yang rahmat.
Berzikirlah kita pagi dan petang,
Walau di pekan atau di padang,
Bersiap sedialah dengan hidangan,
Kita tak sedar tetamu datang.
Pergi ke pasar membeli kopi,
Dekat pasar pokok rambutan,
Itulah pasal anak disuruh mengaji,
Ditakuti kaca dikatakan intan ..
Monday, September 5, 2011
Kisah 3 Raja
Raja A memberitahu yang negaranya miskin, dan tujuannya menaiki helicopter tu adalah untuk membaling sejumlah wang kepada semua rakyatnya. Lalu Raja A pun membaling la sejumlah duit kertas kepada rakyatnya dari atas. Kelihatan semua rakyatnya gembira apabila mendapat duit dari langit.
Cerita Raja B pulak. Menurut kata Raja B, dia cukup kesian kepada rakyatnya terutama para petani yang sengsara akibat kemarau yang berpanjangan. Lalu Raja B ini berhasrat untuk menggunakan helicopter ini untuk menyiram seluruh tanaman-tanaman para petani tersebut. Apabila baginda Raja B menyiram air ke seluruh tanaman-tanaman para petani, kelihatan semua para petani amat gembira dan bersorak, "HIDUP RAJA B!!! HIDUP RAJA B!!!!!"
Cerita Raja C pulak. Menurut raja C, dia cukup benci dengan rakyat negaranya yang rata-ratanya kurang produktif dan suka bergaduh antara satu sama lain. Tujuannya naik helicopter itu adalah untuk membaling bom ke negaranya, lalu Raja C pun membaling la bom ke bawah yakni negaranya sendiri. KABOOOOOMMMMMM!!!!!!! Semua rakyat Raja C menjerit..
Raja A pulang ke istananya, ramai rakyat yang mengucapkan terima kasih kepadnya. Ramai juga yang melompat kegembiraan.
Raja B pulang ke istananya, semua petani berhimpun dan mengucapkan terima kasih kepada baginda.
Raja C pulang ke istananya. Baginda melihat istananya terbakar manakala anaknya pula sedang tegelak terbahak-bahak Lalu ditanya Raja C kepada anaknya
"Kenapa anakanda gelak sakan ni?"
"Hahahahahaha . Ada kejadian lawak tadi ayahanda. Tadi masa anakanda dan bonda sedang lepak di taman istana sambil membuat sandwich, bonda kentut, tiba-tiba istana kita meletup!!! HAHAHAHAHAHAHAHHA!!!!"
*gurau aje.. Kasih lah akn raja kita.
Tuesday, August 23, 2011
Bermadah Puasa
buliknya singgah wadah acil inur
wayoo lakasi kita bangun
biar kada talambat kita ba-sahur
...Sambal mangga bakawan kalangkala
Dimakan sahur maulah salira
banyaki sadakah dibulan puasa
tadarus Alquran banyaki juwa
warna indah kambang malati
harum baunya pabila purnama.
Jagalah lidah jagalah hati,
biar pahala balipat ganda.
Thursday, August 18, 2011
Anak mak
mak : adik hang laa
anak : mak benci adik ke?
mak : ehhh , mak tak pernah benci anak mak.
anak : dah tu , kenapa mak telan dia?...
...mak : kalau aku tampaq hang jangan tanya pasai pa nohh
Wednesday, August 17, 2011
Oh kuih
Kuih paling sexy= Puteri Mandi
Kuih paling keji= Taik Itik
Kuih bajet cute= Cek Mek Molek
Kuih untuk awet muda= Seri Muka
Kuih paling alim= Kuih Ketayap
Kuih penyakit lelaki kronik= Batang Buruk
Kuih suka pukul= Kuih Lompang
Kuih dalam zoo= Badak Berendam
Kuih untuk Sam Polis Trafik= Kuih Sampreeeeettttt
Kuih yg bangun sendiri= Kuih Bangkit
Kuih org x mandi= Kuih Bau-lu
Kuih paling tenteram= Kuih Makmur
Kuih paling lembap= Kuih Siput
Monday, August 15, 2011
Law Kan Baynana (Andai Rasulullah bersama Kita) dengan Lirik
Seluruh alam tunduk kepadanya, tetapi beliau tetap menggelar dirinya seorang 'hamba'.
Saturday, July 30, 2011
Bertindak sebelum terlambat
Dalam bersedia menghadapi ancaman tersebut, negara anak didik Yahudi ini membelanjakan RM35.5 bilion untuk pertahanan pada tahun lalu, tertinggi di Asia Tenggara dan mungkin juga di Asia. Berbanding negara sebesar kita, sejak lebih 23 tahun yang lalu, perbelanjaan pertahanan negara membabitkan RM180 bilion sahaja. Purata perbelanjaan pertahanan setiap tahun hampir 2.5 peratus daripada KDNK negara antara 1987 hingga 2004. Bermaksud lebih lima tahun, belanja pertahanan Singapura bersamaan lebih 23 tahun belanja pertahanan kita. Lihatlah betapa jauhnya kita ketinggalan dalam aspek pertahanan negara.
Perbelanjaan pertahanan merupakan yang kedua terbesar dalam bajet negara sehinggalah krisis kewangan global melanda Malaysia pada 2008, menyebabkan ia diatasi oleh perkara lain dalam bajet 2009. Namun begitu, perbelanjaan pertahanan kita telah meningkat lebih lima kali ganda dari RM2.09 bilion pada 1987 kepada RM11.013 bilion pada 2010 (enam peratus belanjawan negara).
Jumlah ini masih kecil berbanding dengan negara jiran yang sebenarnya itulah ancaman kita. Apakah kita tidak takut dengan ancaman baru hari ini. Tidakkah terlepasnya Pulau Batu Putih menjadi pengajaran kepada kita? Saya yakin, pulau tersebut masih menjadi milik kita, jika pertahanan kita mengatasi negara Singapura. Malangnya, kita terus bersangka baik dan memberikan 'khidmat percuma' seperti isu air kepada negara 'sejahat' itu. Pernahkah mereka mengenang budi?
Menurut Kuan Yew, tanpa pertahanan yang kuat, tidak akan wujud Singapura. Negara ini akan 'dimakan' oleh negara-negara jirannya, dirujuk Malaysia dan Indonesia.
Dari segi perancangan strategi dan keselamatan, saya tidak nafikan jawapan tersebut. Tetapi dari sudut lain, jawapan ini amat bongkak dan sombong. Beliau tidak sedar, tanpa pertolongan Malaysia, tidak wujud Singapura. Namun, sifat ultra kiasu telah mengatasi segalanya. Negara ini telah berjaya keluar daripada kemelut ketakutan.
Hari ini, kita pula takut kepada negara sekecil itu yang begitu bergantung air kepada kita. Itupun mereka masih menang. Kita kelihatan masih kalah, walaupun harta itu kepunyaan kita.
Singapura adalah sebuah pulau Melayu yang terletak di kepulauan Melayu. Jika ditakdirkan Tunku Abdul Rahman bertindak menangkap Kuan Yew dan mengadakan perintah berkurung sebelum berpisahnya Singapura dari Malaysia pada 1965, sudah tentu pulau tersebut hari ini milik kita.
Tetapi adakah Tunku bertindak sedemikian? Walaupun pada ketika itu, kita mampu untuk bertindak, kerana kuasa polis dan tentera masih berpihak di tangan Melayu?
Saya fikir Tunku berfikir panjang sebelum bertindak. Inilah sifat dan toleransi Islam yang perlu dihargai. Saya yakin, jika tidak ada pertimbangan ini atau jika pemimpin kita ketika itu tidak Islam, mempraktikkan sistem komunis, sudah lama Kuan Yew dihumban ke dalam penjara.
Hari ini beliau berlagak sombong dengan kenyataan yang langsung tidak mengenang budi. Apakah kita masih terus mahu berlembut ibarat menarik rambut dalam tepung? Zaman berlembut sudah berakhir. Saya tidak pasti apa pandangan Tuan Guru Nik Aziz yang begitu ghairah menyambut Kuan Yew sebelum ini.
Kita sepatutnya bertindak sezalim Kuan Yew, yang menghumban golongan yang menentangnya ke dalam penjara kerana kewujudan mereka dikatakan mengganggu ketenteraman dan perancangan Singapura. Maka tidak hairanlah orang Melayu Singapura seperti Dr. Lili Zubaidah yang cerdik tidak mendapat tempat di Singapura, hanya kerana tidak sekapal dengan Kuan Yew.
Jika Malaysia bertindak sedemikian kepada pembangkang hari ini, apakah perkara ini dapat diterima? Tetapi perkara sebegini adalah biasa di Singapura. Kenapa kumpulan hak asasi manusia ini tidak bangun menentang tindakan Kuan Yew?
Malah ramai ultra kiasu di negara ini yang begitu memuji Singapura. Hanya kerana mereka sekapal. Bayangkan jika kita bertindak seperti mana Singapura bertindak, akan hebohlah satu dunia bahawa Malaysia mengamalkan sistem regim komunis dan mengabaikan hak asasi manusia.
Kuan Yew bertindak mematikan orang yang diistilahkan 'tidak berguna' (duds) walaupun mereka dipilih oleh rakyat. Golongan ini, pada beliau tidak perlu berada dalam Parlimen dan kerajaan. Tindakan Kuan Yew langsung tidak dipertikaikan oleh ultra kiasu di Malaysia.
Kuan Yew begitu disanjung dan mendapat pujian ultra kiasu saban hari kerana dikatakan berjaya memajukan Singapura. Mereka sanggup lupakan 'kekejaman' beliau hanya kerana sekapal. Justeru, kita perlu berhati-hati dengan kelicikan golongan ini sebelum terlambat.
Terlalu bertoleransi juga tidak sepatutnya berlaku. Dengan sebab itu, dalam pemerintahan Islam, ada unsur demokrasi dan ada unsur autokrasi. Jika tindakan seseorang boleh menjahanamkan agama dan negara, maka tindakan nekad perlu dilakukan untuk menjaga kepentingan awam.
Saya fikir sudah sampai masanya negara kita mengambil pendekatan berhati-hati sebelum terlambat. Memang kita memerlukan Singapura. Johor Bahru akan bankrap tanpa Singapura.
Tetapi kita perlu fikirkan pelan jangka panjang supaya tidak terlalu bergantung kepada Singapura, walaupun tidak dinafikan pulau itu juga terlalu bergantung kepada kita. Kita mesti ingat, bahawa pulau itu mendapat sokongan Yahudi, sedangkan kita tidak.
Jika ditakdirkan kita putuskan Tambak Johor, negara kecil itu masih lagi boleh survive sebab sekutu mereka masih ramai yang akan membantu. Negara kita bagaimana?
Justeru, projek Koridor Iskandar hendaklah dirancang dengan betul supaya jangan terlalu berharap kepada Singapura. Jangan biarkan mereka membeli tanah dan harta negara kita sewenang-wenangnya. Saya amat bimbang Johor akan menjadi Singapura kedua kerana pimpinan mereka amat licik. Lihat sahaja apa yang berlaku di Pulau Pinang.
Saya masih teringat kata-kata isteri Kuan Yew, mendiang Kwa sebelum meninggal baru-baru ini. Pesannya kepada Kuan Yew supaya jangan mempercayai orang Melayu dan Malaysia. Dalam kata lain, sampai mati pun, mereka masih tidak mempercayai kita. Apakah kita masih terus mahu bersangka baik?
Masa bersangka baik dan bermain dengan mereka sudah habis. Kini adalah masa untuk kita bekerja untuk berhadapan dengan mereka. Jika mereka boleh menyediakan RM35.5 bilion untuk pertahanan negara sekecil itu, sudah tentu kita perlu berbelanja lebih daripada itu. Jika tidak, kita akan 'dimakan' satu masa nanti, percayalah.
Saya pernah membuat kajian mengenai republik itu ketika membuat program ijazah sarjana pengajian strategi dan keselamatan. Ternyata memang sukar untuk kita menyainginya. Ketua Pengarang Kumpulan akhbar ini, Datuk Aziz Ishak pasti bersetuju dengan saya sebab kami mengambil kursus yang sama.
Justeru, Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, pakar strategi dan semua panglima angkatan tentera, sepatutnya memikirkan dan bertindak untuk merangka strategi, apakah langkah terbaik yang perlu dilakukan untuk berhadapan dengan Yahudi kecil ini sebelum nasi menjadi bubur?
Kita perlu ingat, pemimpin Pulau Pinang difahamkan selalu ke sana untuk mencari idea. Apakah mungkin nanti akan wujud Singapura kedua, ketiga dan sebagainya?
Bertindaklah sebelum terlambat kerana masa tidak menunggu kita. Jangan terlalu banyak berpolitik, sehingga wang habis, akhirnya bidang pertahanan terabai. Musuh sedang melihat kita. Mereka sedang menunggu peluang untuk 'masuk' pada ketika waktu yang sesuai.
Ketika itu, jika mahu berjihad sudah terlambat. Apakah mungkin senjata batu boleh berhadapan dengan jet-jet pejuang dan kereta kebal seperti yang berlaku di Palestin? Sedangkan Allah SWT mahukan kita mengambil iktibar daripada kejadian lampau yang ditunjukkan.
Keruntuhan empayar Islam Othmaniyyah sudah cukup menyayat hati kita semua. Begitu juga keadaan di Iraq, Afghanistan dan Palestin hari ini. Apakah wajar kita hanya memerhati tanpa membuat apa-apa tindakan. Ya, kita wajar membantu tetapi pada masa sama, jangan abai kepentingan kita.
Perbelanjaan yang kurang memberikan impak kepada keselamatan hendaklah dikurangkan seperti perkara yang bersifat ceremonial, supaya kita dapat berjimat dan wang tersebut boleh disalurkan untuk pertahanan.
Jika tidak, saya bimbang, bila sampai masanya Allah SWT tarik semua nikmat yang dianugerahkan kepada kita seperti minyak dan gas. Kita akan menyesal seumur hidup. Hari ini seolah-olah kita terlalu bergantung kepada hasil minyak, sedangkan negara kita masih kaya dengan hasil lain.
Saya ingin cadangkan supaya kita ambil semua hasil keuntungan minyak ini setiap tahun untuk membangunkan pertahanan. Jika keuntungan Petronas lebih kurang RM50 bilion digunakan untuk pertahanan, saya yakin dalam jangka masa lima tahun, Malaysia muncul menjadi negara hebat di Asia dan mungkin di dunia.
Apapun, kita tidak boleh terlalu bergantung kepada minyak dan gas sebagai sumber pendapatan utama negara. Sampai masanya minyak dan gas akan habis. Apakah ketika itu negara kita akan menjadi papa kedana?
Jadi, fikirkan sumber lain untuk menjana pendapatan negara kerana sumber minyak pasti akan habis. Sementara minyak masih ada, tumpukan usaha membangunkan pertahanan negara. Sebagai persiapan awal, kurangkan berbelanja ketika pilihan raya kecil DUN Tenang. Fikirkan masa depan negara. Kita tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang begitu besar untuk pilihan raya sekecil ini
Friday, July 29, 2011
Wednesday, July 20, 2011
Hijab Kekasih
Aku telah ke Johor Bharu baru-baru ini atas tugasan yang agak mencabar juga. Tugasan aku kali ini adalah untuk memberikan latihan softskills kepada pelajar yang baru menamatkan pelajaran peringkat universiti tetapi masih belum berjaya meningkatkan jatidiri untuk mendapatkan perkerjaan yang sesuai. Program ini di taja khusus oleh Iskandar Development sebagai salah satu dari program Human Capital Management untuk membangunkan wilayah Iskandar dengan tenaga kerja yang berkualiti dan berwibawa.
Kebetulan pula aku menginap dengan seorang pelatih lain yang aku belum kenali sebelum ini. Inilah pertama kali aku berjumpa dengan Khalil. Khalil sangat membantu untuk menghidupkan hari-hari latihan selama dua minggu itu menjadi ceria dan bersemangat. Sebenarnya ada sebab kenapa Khalil ditempatkan bersama-sama dengan aku. Tidak ada yang berlaku secara kebetulan. Katanya kami sama-sama tidak merokok dan ditempatkan bersama-sama supaya boleh bernafas dengan udara yang lebih segar ketika balik kebilik masing-masing.
Rupa-rupanya masih banyak orang yang belum mengenali Khalil. Khalil mempunyai minat yang agak unik dari yang lain. Khalil adalah seorang yang bersifat "eccentric". Apabila dia berjalan jauh atau keluar kawasan, beliau suka berjalan sendiri dan tidak mahu berjalan dengan teman-teman lain. Maka banyaklah mulut-mulut mengatakan Khalil menghidapi sejenis penyakit yang pelik dimana dia terpaksa berhenti disetiap tempat rehat rawat disepanjang hiway utara-selatan untuk menyelesaikan masalah yang dihidapinya.
Khalil juga suka meniru pelat bahasa India walaupun dia bukan dari keturunan India. Kadang-kadang dia terbawa-bawa pelat India ini semasa melakukan latihan. Yang paling menyeronokkan apabila kami berbincang dan keadaan menjadi agak gawat dan tegang maka dengan tidak semena-mena keluarlah pelat India Khalil dan semua akan terikut-ikut berbahasa Indianya dan perbincangan diakhiri dengan hilaian ketawa yang tak berkesudahan.
Satu lagi minat Khalil yang tidak boleh dihadapi oleh teman-teman pelatih yang lain adalah beliau suka bercakap-cakap serta menyanyi-nyanyi seorang diri. Bangun tidur dia menyanyi, masuk toilet dia menyanyi, masa berfikir dia menyanyi, masa makan dia menyanyi, masa nak tidur dia menyanyi dan masa aku telah tidur agaknya dia masih menyanyi lagi. Inilah juga agaknya tidak ramai yang sanggup berkongsi bilik dengan Khalil dan aku sudah mula bertanya-tanya apakah sebab sebenarnya aku ditempatkan satu bilik dengan Khalil.
Aku akhirnya terpaksa bertanya kepada Khalil apakah lagu yang sentiasa dinyanyikannya itu. Apakah yang menyebabkan dia selalu menyanyi walaupun dia seorang akauntan dan tambahlagi lagunya semua sumbang-sumbang belaka. Maka Khalil pun menceritakan bahawa dia sebenarnya peminat M. Nasir dan semua lagu-lagu yang dinyanyikan adalah lagu-lagu dari album M. Nasir. Khalil tidak pernah tertinggal untuk menghadiri mana-mana konsert M. Nasir dan hafal serta menyimpan semua lagu-lagu album M. Nasir.
Sebenarnya menurut Khalil, dia suka menyanyikan lagu-lagu M. Nasir tersebut bukan semata-mata kerana puisi dan lagu. Dia sangat mendalami senikata lagu-lagu tersebut dan katanya lagi, senikata lagu-lagu M. Nasir adalah berunsur ketuhanan. Album-albumnya juga akan memberikan gambaran tentang tahap serta proses pencarian M. Nasir sendiri dalam mendekatkan diri untuk bertemu dengan kekasihnya iaitu Allah. Khalil adalah didalam proses memahami maksud-maksud ketuhanan didalam lagu-lagu tersebut dan oleh sebab itulah dia menyanyi. Katanya lagi, inilah salah satu sebab kenapa dia suka berjalan jauh seorang diri kerana didalam kereta Kancilnya dia akan dapat menyanyi dan manghayati lagu-lagu tersebut tanpa gangguan.
Namun begitu, Khalil masih mencari-cari dan banyak maksud lagu-lagu tersebut yang dia belum fahami hakikatnya. Pernah beberapa kali dia berhajat untuk bertandang kerumah M. Nasir di Sg Buloh untuk bertanyakan maksud lagu-lagu tersebut tetapi hajatnya masih belum sampai.
Tidak ada yang berlaku secara kebetulan. Apabila bercerita bab ketuhanan, maka akupun meminta Khalil memainkan satu lagu M. Nasir supaya aku fahami maksud sebenarnya dengan lebih mendalam. Apabila selesai mendengar lagu Hijab Kekasih, maka air mata akupun berlinangan kerana maknanya memang menusuk kalbu serta dapat aku rasai ketika aku sendiri mengembara kelangit terdekat didalam perjalanan mencari Tuhan. Khalil pun terpinga-pinga kenapa boleh terjadi sampai begitu.
Maka akupun terus menerangkan makna-makna hakikat akan senikata tersebut. Secara tidak langsung, maka beberapa persoalan bab hakikat ketuhanan yang Khalil masih tercari-cari sudah mendapat sedikit cahaya pencerahan. Akhirnya disepanjang tempoh latihan tersebut aku menjadi jurubahasa yang tidak resmi bagi Khalil setiap kali dia menyanyi bagi menerangkan kepadanya makna-makna ketuhanan didalam lagu-lagu tersebut.
Sampai sekarang aku masih dapat bayangkan Khalil masih menyanyi.
HIJAB KEKASIH
Malai rinduku merintih kecintaan
Duduk termenung hanya bingung kerinduan
Walaupun jauh dari nyata kasih dan sayang
Kasih dan sayang telah lama kusatukan
Semua kasihku dalam gemala
Ke laut jawi 'kan kukirimkan sana
Duhai kasih hijabmu di sini
Masyur rupamu di mata kalbi ini
Berbaringan diusik rindu azali
Di manakah kekasih yang jauh dariku
Memakan debu... rindumu
Segenap nafasku melihat renunganmu
Wangi dan harum kau kekasih
Antara lamunan segala kalimahku ini
Siapa yang mengerti
Menghilang tahun kutahan dahaga
Setelah habis madah untuk sang puteri
Pautan kasih kukenal sendiri
Teringin ku melihat sebalik hijabmu
Wajah yang kupuja
Kekasih... lama sudah aku merindu
Larut nan denai larat nan damai
Haram kelamin untuk kita bercerai
Rasa kasih dan sayang dalam keredaanmu
Notakaki
Khalil apabila tidur dia akan memasukkan bajunya kedalam seluar seperti hendak kepejabat. Khalil juga sangat pantang dengan bau bedak dan dia akan bangun berdiri apabila kita memakai bedak semasa dia sedang tidur. Aku telah melakukan ujian dimana dengan sengaja memakai bedak ketika dia sedang solat dan adakah anda dapat bayangkan apakah yang akan terjadi ? Diantara ujian lain adalah cuba memakai bedak ketika Khalil sedang menyanyi apabila kita sudah pening kepala dengan nyanyiannya. Cuba bayangkan bagaimana Khalil menari apabila dia menyanyi lagu Bila Rumi Menari !
Monday, July 18, 2011
Perwatakan Ustaz Hanafi
Hanafi telah mendirikan rumahtangga dengan Maimunah Binti Osman pada akhir tahun 1947, berasal dari Bukit Mertajam, Seberang Perai, Kedah. Hasil dari perkongsian hidup mereka telah dikurniakan enam orang anak, lima lelaki seorang perempuan.
Menurut ibunya Hajjah Zainab, sejak kecil Hanafi mempunyai peribadi berlainan dari adik beradiknya dan kawan-kawan saingannya. Kebijaksanaannya berfikir, melaksanakan sesuatu pekerjaan jauh lebih baik dari rakan-rakannya yang lain. Ibunya ada mengikut petua orang tua-tua, diwaktu Hanafi dilahirkan urinya telah dibuangkan kelaut kerana mengikut petua orang tua-tua akal bayi itu kelak akan luas seperti laut itu juga.
Hanafi sejak kecil lagi berminat untuk belajar. Segala pelajaran yang di pelajari mudah difahami.
Hanafi juga mempunyai sifat berani. Timbul sifat berani mungkin kerana mungkin ia merupakan anak yang tertua. Juga merupakan orang yang berani diketika itu. Hanafi pernah melihat ayahnya menerajang orang kerana tujuan mempertahankan diri jadi sifat
Hanafi juga tidak mudah percaya kepada orang. Setiap kenyataan perlu dibuktikan kenyataannya samada benar atau tidak. Pernah suatu keberanian telah menjadi satu perkara semula jadi kepadanya berani kerana benar. Ketika dirumah neneknya bernama Tok Esah, oleh kerana khuatir jambu kelingnya dicuri orang beliau mendakwa sesiapa yang memakannya akan sakit perut. Hanafi tidak percaya atas dakwaan orang tua itu. Suatu malam dicurinya buah jambu tersebut dan dimakannya, tidak pula memudaratkannya. Dari pengalaman ini tahulah ia yang Tok Esah berbuat demikian kerana muslihat lain.
Hanafi juga seorang kanak-kanak yang degil kerana tidak mahu mengikut nasihat orang. Bila dewasa sifat-sifat ini masih kekal. Kebijaksanaannya membolehkan Hanafi berfikir, merancang dan membuat keputusannya tanpa meminta pandangan orang lain.
Menurut Dr. Mohd Zain Haji Osman yang tinggal sekampung dengan Hanafi berpendapat:
"Hanafi itu memang seorang yang pandai berhujah, agresif, berjiwa Melayu tulin, bijak, hanya menerima nasihat jika kena pada tempatnya. Tidak suka menunjulkan diri, tidak suka diampu dan menganpu, pendiriannya tegas dan pandai menyesuaikan diri, pakaiannya mengikut aliran zaman."
Beliau menambah lagi :
"Dia juga seorang yang cergas, rajin membaca, cenderung kepada keagamaan dan mempunyai jiwa dakwah yang kuat; oleh itu Hanafi memang lebih layak untuk menjadi seorang pemimpin"
Abdul Rahman Mahadi seorang sahabatnya, berpendapat, " Hanafi seorang yang berani, luas pandangan, dan lebih suka menggunakan fikiran sendiri ".
"Hanafi itu seorang yang keras hati, tidak suka mendengar pendapat orang lain walaupun gurunya sendiri jika didapati tidak bersesuaian dengan jiwanya. Suka menolong orang susah, tidak hairan dengan orang hartawan dan berpangkat. Fikirannya maju kehadapan dan dapat mengatasi pendapat orang lain dalam segala bidang sama ada, politik dan silat ".
beliau menambah lagi:
"Memang sejak kecil lagi ia merupakan seorang yang berani pada jalan yang benar, berani bertikam lidah dengan sesiapa sahaja dan berani mengeluarkan pendapat ".
Shahnon Ahmad, yang pernah mengenali Hanafi berpendapat :
"Hanafi banyak mempelajari dari pengalamannya sendiri melalui bacaan-bacaan yang luas dan tidak mahu bertolak ansur dengan orang lain kerana teguh dengan pendiriannya yang tegas. Bukan seorang yang konservatif, statik dalam segala bidang. Liberal dalam hal-hal yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam".
Beliau menambah lagi:
"Hanafi mempunyai fahaman yang luas di bidang agama. Mengkaji sampai keinti-intinya dan ajaran mengenai Islam mudah difahami. Tetapi ia tidak mempunyai ramai kawan kerana peribadinya yang tidak mahu bertolak ansur. Orang yang tidak mengenalinya akan mengatakannya seorang yang sombong dan cakap besar".
Menurut keterangan sahabatnya Husin Ahmad:
"Hanafi seorang yang berani dalam perjuangan. Fahaman kebatinannya kepada Allah Taala sangat dalam. Suka mencari benda-benda yang ajaib yang berlandaskan ugama Islam".
Disini dapat disimpulkan bahawa Hanafi seorang yang layak untuk menjadi pemimpin sebuah Persatuan Silat yang menghadapi berbagai-bagai tentangan untuk mencapai matlamatnya.
Friday, July 15, 2011
99 JALAN KE SYURGA
2. Sabar apabila mendapat sebarang kesulitan;
3. Tawakkal apabila mempunyai sebarang rancangan;
4. Ikhlaskan diri dalam segala amal perbuatan;
5. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
6. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
7. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
8. Jangan hasad dengan kekayaan orang;
9. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang lain;
10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu mengejar sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur kerana kezaliman;
14. Jangan rasa tergugat kerana fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri;
16. Jangan menambahkan harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu';
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;
25. Biasakan solat malam;
26. Perbanyakkan zikir dan do'a kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah secara berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah;
33. Berlatihlah menumpukan fikiran;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabbur dan besar kepala;
41. Berlakulah adil dalam segala urusan;
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
43. Sentiasa perhatikan kebesaran Allah pada alam persekitaran;
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
45. Hubungkanlah silaturrahim;
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
47. Berbicaralah secukupnya;
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin;
52. Sediakan waktu untuk bersama keluarga;
53. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
54. Hormatilah kepada guru dan ulama;
55. Sering-sering bersalawat kepada Nabi SAW;
56. Cintai keluarga (Ahlul Bait) Nabi SAW;
57. Jangan terlalu banyak berhutang;
58. Jangan terlampau mudah berjanji;
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti kata-kata yang sia-sia;
61. Bergaullah dengan orang-orang soleh;
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah berkemampuan;
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan;
66. Jangan membenci seseorang kerana fahaman dan pendiriannya;
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan;
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang kesulitan;
70. Jangan melukai hati orang lain;
71. Jangan membiasakan berdusta;
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan kerugian;
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggungjawab;
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita;
76. Jangan membuka aib orang lain;
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berjaya dari kita;
78. Ambillah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
79. Sediakan waktu untuk menilai semula apa-apa yang sudah dilakukan;
80. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya;
81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara;
82. Kenalpasti kekurangan diri dan kenalpasti pula kelebihan orang lain;
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
85. Hargai prestasi dan pemberian orang;
86. Jangan habiskan waktu untuk sekadar hiburan dan kesenangan;
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun kadangkala tidak menyenangkan;
88. Sediakan waktu untuk riadah yang sesuai dengan norma-norma agama dan keadaan diri kita;
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizikal atau mental kita terganggu;
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
91. Lupakanlah kesalahan orang dan lupakanlah jasa kita;
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang menyebabkan orang lain merasa terhina;
93. Jangan cepat percaya kepada berita tidak baik tentang sahabat kita sebelum dipastikan kebenarannya;
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dengan tidak berlebihan;
96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu di luar kemampuan diri;
97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan merosakkan;
99. Jangan berjaya di atas penderitaan orang lain dan jangan kaya dengan memiskinkan orang lain.
Tuesday, July 12, 2011
Monday, July 11, 2011
Sifat 20 Bagi ALLAH
BIL : 1
SIFAT WAJIB : WUJUD
MAKNA : Ada
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu ada. Mustahil Allah itu tiada.
BIL : 2
SIFAT WAJIB :QIDAM
MAKNA : Sedia
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu sedia ada. Mustahil didahului oleh Adam (tiada)
BIL : 3
SIFAT WAJIB : BAQA
MAKNA : Kekal
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu bersifat kekal. Mustahil ia dikatakan fana (binasa)
BIL : 4
SIFAT WAJIB : MUKHALAFATUHU LILHAWADIS
MAKNA : Tidak sama dengan yang baharu
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu tidak mempunyai sifat-sifat yang baharu yakni dijadikan dan dihancurkan. Mustahil bersamaan dengan yang baharu.
BIL : 5
SIFAT WAJIB : QIYAMUHUU BINAFSIH
MAKNA : Berdiri dengan dirinya sendiri
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu bersendiri. Mustahil tidak berdiri dengan dirinya sendiri atau berdiri pada lainnya.
BIL : 6
SIFAT WAJIB : WAHADAANIYAT
MAKNA : Esa
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Maha Esa Dzat-Nya, Esa sifat-Nya dan esa juga perangai-Nya. Mustahil ia mempunyai Dzat, sifat dan perangai yang berbilang-bilang.
BIL : 7
SIFAT WAJIB : QUDRAT
MAKNA : Kuasa
SIFAT MUSTAHIL : Alah Taala itu Maha Berkuasa. Mustahil Allah itu lemah atau tidak berkuasa.
BIL : 8
SIFAT WAJIB : IRADAT
MAKNA : Menentukan
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Menentukan segala-galanya. Mustahil Allah Taala itu terpaksa dan dipaksa.
BIL : 9
SIFAT WAJIB : ILMU
MAKNA : Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat mengetahui segala-galanya. Mustahil Allah tidak mengetahui.
BIL : 10
SIFAT WAJIB : HAYAT
MAKNA : Hidup
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa hidup yakni sentiasa ada. Mustahil Allah Taala itu tiada atau mati.
BIL : 11
SIFAT WAJIB : SAMA
MAKNA : Mendengar
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu tidak tuli (pekak). Mustahil Allah tuli atau tidak mendengar.
BIL : 12
SIFAT WAJIB : BASAR
MAKNA : Melihat
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa melihat. Mustahil Allah Taala itu buta.
BIL : 13
SIFAT WAJIB : KALAM
MAKNA : Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil Allah Taala itu tidak bercakap atau bisu.
BIL : 14
SIFAT WAJIB : QOODIRUN
MAKNA : Maha Kuasa
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat berkuasa sifatnya. Mustahil bagi Allah memiliki sifat lemah atau tidak berkuasa.
BIL : 15
SIFAT WAJIB : MURIIDUN
MAKNA : Menentukan
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkuasa menentukan apa yang dikehendakinya. Mustahil sifatnya terpaksa atau dipaksa.
BIL : 16
SIFAT WAJIB : AALIMUN
MAKNA : Maha Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mengetahui. Mustahil Allah Taala itu jahil atau tidak mengetahui.
BIL : 17
SIFAT WAJIB : HAYUUN
MAKNA : Hidup
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu Maha Hidup dan menghidupkan alam ini. Mustahil pula Allah itu mati.
BIL : 18
SIFAT WAJIB : SAMI'UN
MAKNA : Mendengar
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mendengar. Mustahil jika Allah Taala tidak mendengar atau tuli.
BIL : 19
SIFAT WAJIB : BASIIRUN
MAKNA : Melihat
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu melihat semua kejadian di muka bumi. Mustahil jika sifat Allah itu tidak melihat atau buta.
BIL : 20
SIFAT WAJIB : MUTAKALLIMUN
MAKNA : Maha Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil jika Allah Taala bisu atau tidak boleh berkata-kata.
Monday, June 20, 2011
JS8 - Jurus Tumbuk 4
Setakat ni yg dh dapat:
1. Jurus Tumbuk 1 hingga 4
2. Buah Tunggal 1 hingga 8
3. Buah2 Aplikasi daripada Jurus Tumbuk 1 hingga 4
Wednesday, May 18, 2011
lmu Kebal kepada yang Bebal
Ilmu kebal digunapakai oleh sesetengah idividu dalam masyarakat melayu dahulu kala. Terdapat beberapa Ilmu Kebal antaranya ialah kebal tahi,Kebal ini tidak baik dituntut kerana ianya menyalahi fitrah kejadian manusia itu sendiri. Kebal jenis ini diperolehi dengan memakan kepala najis sendiri yang telah diletak didalam sebiji pisang dan diamalkan setiap malam jumaat selama tiga malam berturut-turut dengan syarat-syarat dan mentara tertentu. Mendengarnya pun kiter naik geli geman.
Setengahnya kebal dengan menanam taring babi tunggal didalam kulit mereka. Biasanya dilakukan oleh orang bukan Islam. Rambut dan kuku lama-lama jadi panjang dan tak boleh dipotong. Kadang-kadang sampai kelutut. Buat apa saja mereka tahan. Tikam ke, tembak ke mereka tak takut. Kebal begini menjadi satu cabaran kepada kita dek kerana benda tu najis. Pakai ayat Quraan pun kadang-kadang memantul dan tak jalan. Hanya yang betul-betul handal jer dapat menumbangkan mereka.
Sesetengah kebal mengunakan jin. Nama-nama Jin diseru dengan mentera tertentu dan disuruh masuk dalam tubuh sendiri. Ader Jin-Jin yang kedudukannya senentiasa menelangkup kebumi dan ader yang kedudukkannya menelentang ke langit. Setelah diseru masuk ketubuh manusia, mulalah biji mata menjadi merah terbelalak dan terbelolok. Membengis mencari lawan dengan tempikan yang membelah bumi. Kalau ditest kulit mereka dengan plyer pun mereka tak rasa sakit. Puaslah kita sepit dan tarik kulit mereka dengan plyer mereka selamber jer. Kulit jadi liat macam kulit gajah. Tahan palu dan tahan tikam. Kadang-kadang mereka diseru ketika bermain silat.
Setengah pula memakai kebal syitan yang datangnya dari keris, tangkal, azimat tok sami, tok siam, tok batin atau dari benda-benda lain. Benda-benda begini akan memakan tuannya bila dah tua, bila dah nak mati kelak. Ader yang akhirnya nak mengucap dua kalimah syahadah pun dah tak boleh lagi. Kebal begini tidaklah susah ditewaskan bagi mereka yang mahir dan sanggup berdepan menghadapi cabaran. Kalah mereka dengan cara-cara tertentu.
Kebal sesunguhnya bukan untuk masyarakat Melayu sahaja, orang kafir pun boleh kebal dan kita harus berwaspada.
Monday, May 16, 2011
Bagaimana Menguatkan Tumbukan ?
"Bagaimana jika kita hendak menguatkan kekuatan tumbukan kita?"
Soalan ini lazim ditanya oleh para pelatih seni bela diri yang tentunya ingin tumbukan mereka menjadi lebih kuat dan padu, lebih dari biasa.
Dalam seni Jepun, ada diberikan latihan khusus iaitu Makiwara, makiwara adalah seni mengeraskan penumbuk serta menguatkan stamina dan tenaga dalam menggerakkan kekuatan tumbukan.
Bagaimanapun, untuk menjalani latihan makiwara, ada risiko yang perlu ditanggung oleh pelatih, iaitu kesakitan!
Latihan makiwara merupakan latihan menumbuk atas permukaan rata seperti batu, simen atau papan, manakala di peringkat advance pula, makiwara dijalankan menggunakan methos pasir kerikil yang agak tajam.
Peringkat awal menjalani latihan makiwara akan menyebabkan penumbuk anda mengelupas dan bonjolan tulang anda sedikit luka, bagaimanapun minggu demi minggu, anda akan mendapati tangan dan penumbuk anda menjadi semakin kuat.
Keghairahan untuk berjaya dalam latihan ini adalah impian setiap orang, kerana setelah menjalani latihan ini, mungkin selepas setahun hingga lima tahun lamanya, anda akan memiliki the death chudan iaitu cudan maut, kerana penumbuk anda akan menjadi berat serta berbisa jika dipukulkan pada badan lawan anda, malah dengan hanya tangan anda, anda mampu mematahkan besi waja.
Walau pun begitu, latihan jitu, berterusan, bersemangat dan berdisiplin adalah kunci kejayaan melatih makiwara. Sekirnya anda membuatnya dengan betul secara rutin, dalam masa lima tahun, tumbukan anda pasti menjadi antara salah satu sebab mengapa anda digeruni di gelanggang seni bela diri.
Wednesday, May 11, 2011
Kelebihan Rasulullah SAW
2. Allah telah menetapkan bahawa semua nabi bermula dari Nabi Adam hinggalah Nabi Isa a.s terikat dengan janji bahawa mereka akan beriman dan seterusnya membela atau membantu Rasulullah s. a. w. Firman Allah yang bermaksud: Dan (ingatlah), ketika Allah mengambil perjanjian dari para nabi: “Sungguh, apa saja yang Aku berikan kepadamu berupa kitab dan hikmah, kemudian datang kepadamu seorang rasul yang membenarkan apa yang ada padamu, niscaya kamu akan sungguh-sungguh beriman kepadanya dan menolongnya”. ( Surah Ibrahim : 81).
3. Silsilah atau asal-usul keturunan baginda s.a.w. bermula dari Nabi Adam a.s hinggalah Abdullah bin Abdul Mutalib tidak terdapat seorang pun di antara mereka yang pernah melakukan perbuatan yang tidak senonoh. (dari hadith yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dan lain-lain).
4. Pada saat kelahiran baginda s. a. w., bondanya melihat cahaya memancar menerangi istana-istana megah di Syam (diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal).
5. Pada saat baginda SAW sedang berjalan di tengah terik panas matahari, terdapat gumpalan awan memayunginya. (diriwayatkan oleh Abu Naim dan lain-lain).
6. Pernah terjadi ketika mana baginda s.a.w. sedang berjalan dan hendak berteduh di bawah sepohon pokok, pokok itulah yang bergerak mendekati baginda. (diriwayatkan oleh Al-Baihaqi )
7. Ketika baginda SAW masih kanak-kanak, ketika baginda sedang bermain-main datanglah Malaikat membelah dadanya dan mensucikan hatinya. ( diriwayatkan oleh Muslim dan lain-lain)
8. Pada waktu Baginda menerima wahyu pertama di Gua Hira’, Jibril a.s memeluk Baginda sebanyak 3 kali. ( diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).
9. Allah s. w. t. memberi nama ‘Muhammad’ kepada baginda yang berasal dari perkataan ‘hamada’ (puji). Ianya merupakan kata akar bagi salah satu sifat Allah iaitu ‘Mahmud’ (Maha Terpuji). Sebelum itu tidak ada seorang pun yang bernama seperti baginda s. a. w. ( diriwayatkan oleh Muslim )
10. Baginda s. a. w. sering lapar di malam hari kerana tidak mempunyai makanan , namun keesokan harinya baginda akan berasa kenyang. Allah swt jua yang dengan kekuasaan ghaibnya memberi ‘makan-minum’ kepada baginda s.a. w. hinggakan baginda tidak berasa lapar atau haus ( diriwayatkan oleh Muslim).
11. Baginda s. a. w. dapat melihat sesuatu yang dibelakangnya dengan jelas seolah-olah baginda melihat dari arah hadapannya. ( diriwayatkan oleh Muslim).
12. Di waktu malam yang gelap-gelita, baginda s. a. w. dapat melihat sesuatu dengan jelas dan terang seolah-olah seperti baginda sedang melihatnya di waktu siang (diriwayatkan oleh Al-Baihaqi ).
13. Ludah baginda s. a. w. dapat menjadikan air laut yang masin menjadi tawar (diriwayatkan oleh Abu Naim).
14. Suara baginda s. a. w. dapat didengari oleh orang yang berada pada jarak yang kebiasaannya susah untuk mendengar. ( diriwayatkan oleh Bukhari).
15. Baginda s. a. w. hanya tidur dengan mata, sedangkan hatinya tetap tidak tidur. ( diriwayatkan oleh Bukhari ).
16. Baginda s. a. w. tidak pernah menguap. (diriwayatkan oleh Abu Syaibah dan lain-lain. Dikemukakan juga oleh Al-Khatabiy ).
17. Selama hidup baginda s. a. w. tidak pernah ihtilam (mimpi syahwat) sama seperti para Nabi dan Rasul sebelumnya. ( diriwayatkan oleh Tabrani).
18. Peluh (Keringat) baginda sama-sekali tidak berbau. ( diriwayatkan oleh Abu Naim dan lain-lain ).
19. Apabila Baginda s. a. w. berjalan di samping orang bertubuh tinggi, baginda nampak lebih tinggi. (diriwayatkan oleh Al-Baihaqi).
20. Allah s. w. t. telah memperjalankan Baginda pada malam hari dari Masjidul Haram di Mekah ke Masjidul Aqsa di Palestin. Firman allah di dalam al-Quran: “Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat”. (Surah Al-Israa’ : 1)
21. Allah s. w. t. telah menurunkan Malaikat bagi membantu baginda semasa peperangan Badar dan peperangan Hunain. Firman Allah: ‘Sungguh Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu adalah (ketika itu) orang-orang yang lemah. Kerana itu bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu mensyukuri-Nya. (Ingatlah), ketika kamu mengatakan kepada orang mu’min: “Apakah tidak cukup bagi kamu Allah membantu kamu dengan tiga ribu malaikat yang diturunkan (dari langit)?” (Surah Al-Imran : 123-124 )
Sebagai umat Muhammad s.a.w. kita perlu mengingati dan mencintai Rasul kita s.a.w. dengan suatu penghayatan yang sebenarnya, atau dengan kata lain wajib dihayati oleh setiap orang yang beriman sepanjang masa, tidak hanya pada waktu-waktu tertentu atau musim-musim tertentu seperti mengingati Baginda s.a.w. hanya di bulan Rabiul Awal ini saja. Cuma yang lebihnya memperingati Baginda s.a.w. di bulan Maulid ini adalah lebih khusus kerana Baginda mengikut riwayat yang paling mashyur dilahirkan pada hari Isnin 12 Rabiul Awal tahun gajah. Rasulullah s.a.w. bersabda di dalam hadis yang diambil dari Qatadah yang bermaksud;”Bahasanya Rasulullah s.a.w., apabila ditanya mengenai puasa pada hari isnin, maka Baginda bersabda : itulah hari dimana aku dilahirkan dan hari mula turun wahyu kepada ku” H.R.Muslim
Di dalam keadaan dan suasana manusia yang sedang hanyut dan tenggelam di dalam arus jahiliyah, manusia yang sedang berada di julang api neraka, di saat manusia membunuh sesama sendiri, di kala manusia lupa Tuhan yang sebenarnya dengan menyembah berhala, tidak mengenali hakikat agama yang dibawa oleh nabi-nabi terdahulu dan menyeleweng daripada ajaran yang sebenarnya.
Di tengah-tengah keadaan inilah, maka lahirlah sinaran dan cahaya islam yang dibawa oleh seorang pesuruh Allah iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Ajaran yang suci ini telah dibawa oleh seorang pesuruh Allah yang terpilih ini, semuanya bersumberkan kepada wahyunya daripada Allah s.w.t. yang bertujuan untuk menyelamatkan manusia dengan mengajak mereka beribadat kepada Allah semata-mata dan menjauhi diri dari ajaran yang salah dan sesat.
Jelas sekali, sumbangan Baginda dalam mengangkat dan meningkatkan peradaban manusia cukup besar dan bermakna. Oleh itu, kedatangan bulan ini perlu disambut setiap umat Islam dengan penuh kesyukuran kerana dalam bulan inilah lahir seorang pemimpin unggul, agung dan berwibawa yang mengubah suasana dan keadaan hidup manusia ke arah kehidupan lebih cemerlang, bahagia dan berjaya. Allah berfirman yang berbunyi:
Maksud: “Tidak Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk mendatangkan kerahmatan kepada seluruh alam.” (Surah al-Anbia, ayat 107).
Perjuangan Baginda s. a. w. dalam usaha menegakkan Islam di muka bumi ini, dipenuhi peristiwa pahit dan getir. Baginda terpaksa menempuh pelbagai ancaman dan halangan, menghadapi pelbagai kesengsaraan, penderitaan, penindasan dan sebagainya. Baginda diutus Allah menjadi Rasul ketika berumur 40 tahun. Pelantikan Baginda sebagai Rasul membolehkan Baginda menyebarkan dakwah dan mengajak umatnya ke jalan lurus. Kesungguhan Baginda akhirnya berjaya membawa masyarakat Arab ke jalan benar dan diridloi Allah.
Justru itu, pada hari ini, marilah kita umat Islam bergandeng bahu dan merapatkan jurang untuk sama-sama meningkatkan ketakwaan kepada Allah dengan menghayati ajaran dan sunah Rasulullah. Sesungguhnya, kedatangan Rabiulawal tahun ini, diharap dapat menyelesaikan kemelut yang menimpa umat Islam ketika ini, sekaligus membawa semangat baru kepada perjuangan menegakkan Islam.
Friday, May 6, 2011
Aspek pukulan dlm Cekak 1
Ambil asas kuntau kiri (tgn kanan jgn memegang tgn lawan, cukup sekadar rasa), dengan segera tgn kiri jab ke muka lawan.
Contoh 2.
Ambil kaedah C, dgn tgn yg sama terus sanggah siku kanan lawan keatas+kedepan sambil mara setapak dgn kaki kanan (kaki kanan lawan perlu dipijak)
Contoh 3.
Dengan serentak ambil kaedah B,tampar belakang kepala lawan,pijak kaki kanan lawan, diikuti siku kanan kemuka (tangan kiri masih di blkg kepala lawan)
Contoh2 berikut bukanlah idea penulis tetapi ditunjukkan oleh seorang jurulatih yg aktif di zaman ustaz.
Tuesday, April 26, 2011
Seni Silat Sendeng Malaysia
Seni Silat Sendeng Malaysia atau dahulunya dikenali sebagai Seni Silat Sendeng Muar telah diasaskan oleh Allahyarham Haji Abd Hamid Hj Hamzah di Sungai Mati, Muar, Johor. Beliau telah mewarisi pembelajaran Seni Silat Sendeng ini dari ninda-ninda beliau yang terkenal dengan kehebatan ilmu kependekaran dan persilatan mereka sejak awal abad ke-20 yang silam.
Perguruan ini merangkumi persilatan dari 3 aliran yang terkenal dizaman silam iaitu Kuntau Telok Mas, Pukulan Sendeng dan Pukulan Sendeng 7 Hari. Ketiga-tiga jenis aliran persilatan ini diajar secara berperingkat yang dinamakan Kuntau 3 bulan, Sendeng dan Sendeng 7 Hari. Setiap satu diperturunkan sama seperti aliran persilatan yang asal tanpa mengubah atau mencampur aduk permainan.
Bagi Kuntau 3 Bulan pelajarannya terdiri dari tari dan langkah silat melayu yang asli seperti lela sembah, lompat tiong , lebah mengurap, lipat pandan dll, permainan senjata seperti keris, tumbuk lada , tekpi ,pedang , pedang perisai dan tembong. Juga terdapat belebat kuntau , pecah(kata) ,pernafasan lian dan pukul selain dari tangkapan dan kuncian. Dalam permainan Sendeng terdapat belebat, langkah dan pukul termasuk cara menyerang tangan kosong dan sparing. Permainan sendeng 7 hari lebih menumpukan kepada membaca gerak dan melapis pukul sendeng serta mengenali sasaran lemah pada lawan. Dalam peringkat ini cara bertahan atau menyerang tidak bergantung kepada lawan.
Salasilah dan Pengasas Seni Silat Sendeng
Long Mamat
Long Mamat ialah seorang pendekar keturunan Bugis yang berasal dari Pontian, Johor. Beliau bertanggungjawab mengembangkan ilmu Pukulan Sendeng di Muar pada penghujung kurun ke19 (1885-1910an). Long Mamat juga dikatakan pernah merantau ke Negara Brunei Darussalam dan Kalimantan. Dipercayai beliau menggunakan nama dan gelaran yang berlainan pada tempat-tempat yang disinggahinya.
Dari mana asal Pukulan Sendeng yang dibawa oleh beliau tidak jelas tetapi terdapat 2 cerita bagaimana beliau mempelajari aliran persilatan ini;
Long Mamat mempelajari pukulan sendeng dari empat orang saudaranya diatas kapal. Kisah ini disampaikan oleh cicit Long Mamat kepada Allahyahyarham Hj Ismail Hj Hamzah.
Beliau mempelajarinya dari seorang bapa saudaranya di Parit Raja, Muar setelah ditewaskan sewaktu mencuba bapa saudaranya itu. Pada waktu itu beliau telah tamat berguru dengan 39 orang guru silat. Kisah ini diceritakan oleh seorang tua di Parit Bakar, Muar kepada Allahyarham Hj Ismail Hj Hamzah.
Menurut Bapak Aidinal Alrashid, seorang guru Pencak Silat Bugis-Makassar, Sendeng adalah sejenis aliran silat yang berasal dari Tanah Ugi atau tanah Bugis yang terletak di Sulawesi Selatan, Indonesia. Sendeng telah tersebar ke merata tempat di Indonesia dan juga Malaysia bersama-sama dengan penghijrahan orang-orang Bugis dan Makassar sejak ratusan tahun dahulu. Menurutnya lagi, Long Mamat mempunyai seorang anak yang dikenali sebagai Mat Koleng yang meneruskan usaha mengembangkan Pukulan Sendeng.
Pada awal abad ke 19 ( 1885-1910) Long Mamat yang pada ketika itu bermastautin di Padang, Muar, telah dijemput oleh penghulu mukim Serom, Muar, ketika itu iaitu Penghulu Hj Abdulah (ninda kepada YAB Menteri Besar Johor kini, Datuk Abdul Ghani Othman) untuk mengajar pukulan sendeng di Serom. Seramai 5 orang pendekar telah dipilih setelah diadakan satu pertandingan di Serom.
Kelima-lima orang itu ialah Hj Taman bin Dagang, Pak Unggal Khalil (adik Taman Dagang), Hj Mohd Arif Shamsu, Pak Habib dan Naib Nalang. Selain di Serom , Long Mamat juga mempunyai ramai murid terutama dikawasan Parit Bakar hingga ke Parit Raja, Muar. Salah seorang murid beliau yang dapat dikesan di Parit Samsu, Muar, ialah Haji Baba Bin Makruf (1901-1984). Anak cucu beliau di Pontian, Johor pula mengembangkan silat kuntau sendeng yang diterajui oleh cucunya iaitu Penghulu Zakaria Kasim.
Hj Hassan Hj Mahat(1838 - 1958)
Hj Hassan Hj Mahat ialah ninda kepada almarhum Hj Hamid Hamzah iaitu bapa kepada Hj Hamzah. Beliau diberi gelaran 'pendekar' oleh Almarhum Sultan Ibrahim (1895 1959) kerana kemasyuran dan ketokohannya dalam dunia persilatan.
Semasa remaja Hj Hassan Pendekar dan ayahnya berniaga ternakan ayam itik dari Kesang ke Singapura dan Kelang. Beliau adalah berketurunan Bugis dan berpindah ke Sungai Mati dari Kesang, Melaka, setelah Almarhum Sultan Muhamad Ali Iskandar Shah (1835-1855) menyerahkan Kesang kepada Almarhum Sultan Abu Bakar (1862-1895) pada tahun 1877.
Hj Hassan Pendekar yang bertubuh kecil mula mendalami ilmu persilatan dari bapanya Hj Mahat pada usia remaja. Kemudian beliau telah berguru pula dengan Hj Dollah Telok Mas yang terkenal kehandalannya di Telok Mas, Melaka. Hj Dollah juga masyhur dengan gelaran Hj Dollah Polong kerana kepantasan pukulannya. Silat yang dibawa oleh Hj Dollah sering dirujuk sebagai Kuntau Telok Mas kerana pada zaman itu nama silat diambil dari nama guru atau tempat asal guru yang membawanya. Dari Hj Dollah , Hj Hassan Pendekar juga telah mempelajari permainan senjata seperti keris, pedang, tumbuk lada, tekpi, pedang-perisai dan tembong. Beliau kemudiannya telah mengajar ilmu persilatan ini di Sungai Mati, Muar.
Semasa hayatnya Hj Hassan Pendekar sering menerima cabaran dari pendekar-pendekar yang lain dan termasuk juga ahli kuntau Cina dan India. Lantai serambi rumahnya dipenuhi kesan darah kering pendekar yang mencubanya. Beliau juga pernah dicuba oleh guru kuntau dan penjual ubat bangsa cina yang tahan digilis oleh lori beberapa minggu sebelum meninggal. Malah seminggu sebelum Hj Hassan Pendekar meninggal Allahyarham Hj Ismail dan Allahyarham Aziz Bai juga pernah menyerang beliau didalam gelap untuk menguji tetapi dapat ditewaskan oleh beliau.
Sebelum meninggal dunia Hj Hassan Pendekar telah mengijazahkan segala perkakas persilatan miliknya yang termasuk gendang, senjata dan buku catatan yang mengandungi petua dan mentera kepada Hj Abd Hamid dan adiknya Hj Ismail. Hj Hassan telah meninggal dunia pada 1958 pada usia sekitar 120 tahun. Anak beliau Hj Hamzah yang juga seorang pendekar telah meninggal pada 1942. Hj Hamzah tidak mengajar silat kerana menghormati guru dan bapanya Hj Hassan Pendekar.
Antara keistimewaan Hj Hassan Pendekar yang terkenal ialah bisa pukulan dan kepantasan kakinya. Sewaktu dicuba orang, 3 teknik yang sering digunakan ialah buang dalam dan luar serta petik. Beliau juga turut mengajar titik sasaran lemah pada badan(vital point). Sebagai seorang yang terkenal dengan ilmu pendekar dan masak dengan asam garam hidup, tabiat biasa beliau bila membuat pertunjukan atau bertanding samada didalam daerah atau diluar ialah naik ke pentas memperkenalkan diri dan mempelawa sesiapa sahaja yang tidak berpuas hati dan berhajat untuk mencubanya. Jika tidak berani dengan beliau mereka boleh mencuba dengan cucu-cucunya yang ketika itu berusia 10- 12tahun. Menurut Allahyarham Hj Ismail, perwatakan Hj Hassan Pendekar sebenarnya ialah periang dan ceria serta tidak pandai berbohong walau pun akalnya panjang. Ramai juga pencabar yang terkena dengan tipu helahnya.
Antara pesanan beliau untuk anak cucunya ialah; - raja jangan dilawan nanti kita dihalau, jangan dirapik(rapat) nanti kita dikuda - masak-masak pecah empat - tak semua kayu boleh dibuat batang tajak
Hj Taman bin Dagang
Taman Dagang terkenal dengan kebal dan gagah. Semasa hayatnya beliau telah berguru dengan ramai guru silat antaranya Long Mamat, Cikgu Kumudin dan Pendekar Putih. Sebelum berguru dengan ketiga-tiga guru ini beliau telah pun terkenal dengan kehandalannya. Bapa beliau, Tok Dagang ialah seorang pemburu gajah dan juga terkenal dengan kebal dan gagah. Taman Dagang pernah diuji oleh bapanya dengan direjam dengan lembing ketika tidur diserambi rumah setelah pulang dari merantau. Lembing itu dapat ditangkap dengan jari kakinya sahaja. Sewaktu berguru dengan Long Mamat beliau dikasihi oleh gurunya dan selalu dilatih secara rahsia selepas tengah malam apabila rakan rakan yang lain telah tidur.
Taman Dagang juga sering berpasangan dengan Hj Hamzah dalam permainan pedang kerana kedua-duanya dikatakan tidak lut senjata. Selepas berguru dengan Long Mamat, Taman Dagang telah berguru pula dengan Cikgu Kumudin yang berasal dari Alai, Melaka. Cikgu Kumudin dijemput oleh Penghulu Hj Abdulah untuk mengajar di Serom. Pelajaran yang diajar ialah silat cekak iaitu permainan tangkap menangkap. Sebelum mengajar Cikgu Kumudin telah dicuba dahulu oleh Pak Ungal Khalil. Guru terakhir Taman Dagang ialah Pendekar Putih yang berasal dari Aceh. Pendekar Putih telah menjadi buruan raja Acheh dan melarikan diri ke Serom . Di Serom, Pendekar Putih telah memohon perlindungan Penghulu Hj Abdulah dan tinggal di rumah Taman Dagang. Beliau telah menurunkan pukulan dan lapis sendeng kepada Taman Dagang. Walau pun pukulan yang dibawa sama dengan Long Mamat tidak pula diketahui kaitan antara Pendekar Putih dan Long Mamat.
Raja Acheh kemudiannya telah menghantar 7 orang pendekar yang tahan dipahat biji mata untuk membawa Pendekar Putih pulang ke Acheh. Pendekar Putih dapat ditawan setelah lehernya dicekak dengan kayu berbentuk 'Y' dan dibawa ke Acheh. Kayu itu dan tekpi peninggalan Pendekar Putih masih ada dalam simpanan waris Taman Dagang. Apa yang terjadi kepada Pendekar Putih kemudian tidak diketahui walaupun beliau akhirnya mashyur di Jambi. Almarhum Hj Ismail pernah bertemu dengan anak murid Pendekar Putih bernama Hj Yusof Wilem di Festival Silat Nusantara di Johor Baharu sekitar tahun 1990an.
Antara keistimewaan Hj Taman Dagang selain dari kebal dan gagah ialah memiliki tendangan kaki yang pantas serta menewaskan serangan dari belakang dan didalam gelap.
Hj Mohd Arif Shamsu
Hj Mohd Arif bin Shamsu berasal daripada Sungai Mati, Muar, Johor. Beliau merupakan rakan sepeguruan Hj Taman semasa mendalami Pukulan Sendeng dan Sendeng 7 Hari daripada Long Mamat. Beliau juga telah menghalusi permainan sendeng dari Hj Taman setelah tewas sewaktu mencubanya.
Hj Mohd Arif terkenal dengan kemahiranya di dalam permainan 'Sendeng 7 Hari'. Pukulan Tujuh Hari ini dianggap 'Ilmu Pukul' atau 'Ibu Pukul' yang tertinggi di dalam pelajaran Seni Silat Sendeng. Ia berbeza dengan pukulan yang lain. Pukulanya lebih deras, pantas dan tangkas.
Beliau pernah merantau sehingga ke Patani dan Pulau Pinang untuk mencuba pukulan sendeng 7 harinya. Dikatakan ketika beliau mengajar di Pulau Pinang pada tahun 1939, Hj Hassan Pendekar telah ikut serta didalam rombongan beliau. Sebelum itu beliau telah mencuba Hj Hassan Pendekar. Walaupun pukulan tangan Hj Mohd Arif tidak dapat ditandingi oleh Hj Hassan Pendekar, kepantasan kaki Hj Hassan pula tidak dapat ditepis oleh Hj Mohd Arif.
Diantara murid beliau yang lain ialah Pak Teh Hassan. Pak Teh Hassan kemudiannya telah berguru pula dengan Hj Taman bin Dagang. Kemudiannya beliau telah menurunkan permainan Sendeng 7 Hari dan Melapis yang dipelajari dari Hj Mohd Arif dan Taman Dagang kepada Ibrahim Bin Kassim yang juga dikenali sebagai Ibrahim sidang. Ibrahim Kassim ini pula telah mengajar cucunya Abd Aziz Bin Abd Latif (Aziz Bai). Anak murid pertama khatam dengan Aziz Bai ini pula ialah almarhum Hj Ismail Hamzah. Almarhum Hj Ismail telah mengambil Pukulan Sendeng 7 hari dari Aziz sebelum berguru pula dengan kekandanya Hj Hamid dalam usia 22 tahun.
Hj Mohd Arif meninggal dunia pada penghujung tahun 1940an.
Hj Salleh Abd Karim
Hj Salleh Abd Karim lebih dikenali dengan gelaran kiyai dan Panglima Salleh , Batu Pahat. Beliau mengetuai orang-orang melayu menentang bintang tiga di Batu Pahat, Johor. Panglima Salleh telah dilahirkan pada tahun 1916 di Jorak , Muar. Semasa hayatnya telah berguru dengan ramai guru agama dan pendekar silat. Antara guru beliau yang diketahui ialah Kiyai Mustahir ,Pagoh dan Kiyai Arshad al Banjari. Dari kedua-dua guru ini beliau telah menuntut ilmu agama dan amalan perang yang berasaskan amalan Ayat 4.
Beliau mula memimpin orang melayu Batu Pahat pada usia 29 tahun iaitu sekitar tahun 1945. Serangan pertama keatas kubu pengganas komunis di Bukit Simpor dibuat selepas subuh19 April 1945 yang disertai oleh 38 orang penduduk kampung. Itulah pertama kali penduduk kampung menyaksikan kehebatan panglima Salleh dalam pertempuran. Pada tahun 1949, Panglima Salleh bersama-sama dengan Hj Abd Hamid telah mengetuai dua pasukan penduduk kampung untuk memburu Mat Indera.
Panglima Salleh juga diketahui amat benci kepada amalan-amalan khurafat seperti bertapa di gunung ganang dsb. Panglima Salleh telah meninggal dunia pada 21April 1959 di hospital besar Johor Bahru kerana penyakit bengkak paru-paru.
Tuan Haji Abdul Hamid bin Haji Hamzah
Haji Abdul Hamid telah dilahirkan pada tahun 1927 di Sungai Mati sebuah pekan kecil yang terletak lebih kurang 10 km daripada Bandar Maharani, Muar, Johor. Beliau mula mengembangkan ilmu persilatan sendeng ini secara individu di peringkat awalnya sekitar tahun 1950-an dan kemudian menamakannya sebagai 'Silat Sendeng Muar' seterusnya berkembang serta diterima ramai di Negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Haji Abdul Hamid telah mula berjinak-jinak dengan ilmu kependekaran pada tahun 1932, semasa berusia 5 tahun, dibawah asuhan dan bimbingan nindanya Haji Hassan Pendekar. Selama lebih kurang 10 tahun beliau telah mempelajari bukan sahaja sepak terajang silat malah seni dan tari silat serta cara menggunakan alat silat seperti pedang, keris, tumbuk lada, tek-pi, tembong, tongkat, tuas dan kerambit. Selain itu beliau juga turut mempelajari beberapa silat termasuk Silat Cekak, Belebat, Kuntau dan Silat Sembah.
7 tahun kemudiannya, lebih kurang pada tahun 1942, Haji Abdul Hamid berguru pula dengan nindanya Haji Mohd Arif bin Shamsu. Beliau mengajar Sendeng 7 hari kepada Hj Abdul Hamid bersama beberapa orang dewasa seperti PakNgah Hassan dll. Hj Abdul Hamid telah diuji dengan dipanggil naik ke rumah dan diserang dari belakang pintu. Serangan itu dapat dielak. Beliau mengakui Hj Abdul Hamid boleh menjadi guru. Seterusnya, pada tahun 1944, Hj Abdul Hamid menuntut pula dengan nindanya Hj. Taman. Dari Hj Taman, Hj Hamid telah mempelajari Pukul dan Lapis Sendeng. Hj Taman sangat tegas dalam menurunkan ilmu. Setiap satu belebat yang diajar mengambil masa 6 bulan. Waktu itu Hj Taman mengajar Hj Abdul Hamid secara bersendirian.
Bagi memantapkan ilmu keagamaan dan kerohanian pula, lebih kurang pada tahun 1945, Haji Abdul Hamid telah berguru dengan Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim yang lebih dikenali dengan panggilan Kiai Salleh atau Panglima Salleh di Batu Pahat. Sebelum Panglima Salleh menerima Hj Abdul Hamid untuk menjadi murid, beliau telah diuji terlebih dahulu dengan disuruh mengerjakan kebun selama 6 bulan. Hanya selepas 6 bulan barulah beliau bertanya nama Hj Hamid dan dipanggil untuk diperturunkan ilmu-ilmu keagamaan dan kebatinan. Hj Hamid telah berguru dan tinggal bersama Panglima Salleh selama 3 tahun iaitu dari tahun 1946 hingga 1949.
Sebelum dikhatamkan , Hj Abdul Hamid telah diuji kefahaman tauhid oleh gurunya dengan disuruh beramal didalam gua disebuah Bukit di Parit Sulong untuk mendapat ilmu dari harimau jadian. Hj Hamid yang faham dengan tujuan gurunya itu menolak dengan baik dan menyatakan lebih baik beliau beramal dimasjid. Panglima Salleh yang gembira dengan jawaban itu terus menyatakan bahawa Hj Abdul Hamid telah layak untuk dikhatamkan. Menurut Allahyarham Hj Ismail, Hj Abdul Hamid telah dikhatamkan didalam kelambu oleh panglima Salleh untuk mengelak dari dilihat oleh murid-murid yang lain. Dari Panglima Salleh, Hj Abdul Hamid telah menerima amalan ayat empat yang terus dikembangkan kepada ahli-ahli PSSSM.
Selain daripada, guru-guru yang tersebut Allahyarham Hj Hamid juga dikatakan telah berguru kepada guru-guru berikut yang diketahui:
Kiyai Mustahir, Pagoh
Panglima Lias, Pagoh
Hj Mohd Lip Bedu (Ilmu Tauhid)
Hj Abd Ghani, Jalan Daud, Muar
Dato Mohd Bakar (Kadi Besar, Johor)
Ustaz Sulaiman Sujak
Ustaz Ahmad Tunggal, Parit Sakai, Muar.
Disamping mengembagkan Seni Silat Sendeng, Haji Abdul Hamid juga cenderung dan terkenal di bidang masa memasak. Selain daripada itu beliau pernah diamanahkan untuk menjadi Imam Masjid Jamik Bukit Kangkar, Muar serta Ketua Kampung, Bukit Kangkar, Muar. Setelah hampir 58 tahun, beliau mengharungi liku-liku dan pahit manis belajar dan menggembangkan ilmu persilatan ini, demi mengekalkan kesinambungan warisan pusaka bangsa yang diwarisinyanya, pada tanggal 19 Mei 1990 bersamaan 23 Syawal ,1410 Hijrah , Haji Abdul Hamid bin Haji Hamzah telah kembali ke rahmatullah dalam usia 63 tahun. Al - Fatihah.
Haji Ismail bin Haji Hamzah
Pemergian Haji Abdul Hamid merupakan satu kehilangan besar bagi keluarga sendeng seluruhnya. Namun berkat asuhan beliau usaha untuk mengembankan Seni Silat Sendeng ini tetap diteruskan oleh anak-anak murid beliau dibawah pimpinan adinda beliau iaitu Haji Ismail bin Haji Hamzah yang dilantik sebagai Guru Utama. Beliau adalah anak ke-9 manakala Haji Abd Hamid adalah anak ke-3 daripada 13 orang adik beradik. Sebagai adik kepada Haji Abdul Hamid dan dibesarkan di kalangan keluarga pendekar, Haji Ismail turut menerima pendidikan Seni Silat Sendeng sejak awal lagi. Semasa berusia lima tahun beliau telah mula mempelajari selok belok persilatan dari nindanya Haji Hassan. Setelah berguru dengan nindanya itu, beliau telah mendalami ilmu persilatan dengan kekandanya ketika berusia dua puluh tahun.
Kepimpinan Haji Ismail telah menyaksikan Seni Silat Sendeng Muar didaftarkan secara rasmi dan dikenali sebagai Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia (PSSSM). Bertujuan memperkembangkan Seni Silat Sendeng secara bersistematik dan dapat bergerak berlandaskan undang-undang negara, di samping berusaha menyatupadukan ahli-ahli di bawah satu naungan, suatu perjumpaan bagi menubuhkan sebuah pertubuhan telah diadakan pada 24 Disember 1990, bertempat di Hotel Kuala Lumpur International, Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur. Perjumpaan yang dihadiri seramai 84 orang wakil daripada Johor, Melaka, Pahang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur, telah dirasmikan oleh wakil YB Datuk Abdul Ghani Osman (pada ketika itu Timbalan Menteri Kewangan) iaitu Tuan Haji Abdullah Mohd Ali, setiausaha sulit kanan beliau. Majlis turut dihadiri oleh Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan ketika itu, Encik Abdul Rahman Hassan.
Haji Ismail telah sebagai Presiden Jawatankuasa Penaja bagi menguruskan penubuhan Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia. Diatas usaha Jawatankusa Penaja di bawah kepimpinan Hj Ismail dan sokongan ahli-ahli, Seni Silat Sendeng telah berjaya didaftarkan secara rasmi pada 11 Julai 1992. Setelah tertubuh secara rasmi Seni Silat Sendeng telah terus bekembang maju dan pada tahun 1995 telah dijemput untuk turut serta sebagai salah satu displin seni beladiri yang bergerak dibawah program Rakan Muda -Rakan Wajadiri anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Ini membolehkan Seni Silat Sendeng bergerak dengan lebih cergas dan meluas sehingga bertapak di Malaysia Timur. Setelah hampir 10 tahun beliau memikul amanah menyebarkan Seni Silat Sendeng ini sehingga tersebar ke beberapa buah negeri lagi iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Kelantan, Labuan dan Sabah, Haji Ismail telah dipanggil kembali ke Rahmatullah pada 22hb Mac 2002.
Sent from HTC Artemis
Monday, April 25, 2011
PruCash
Apa itu prucash plan?
Contoh pelan.
Female Next Bithday 28 years old
Non Smoker
Term 30 years
Payment Method : Auto Debit Monthly
Dengan menyimpan 210 sebulan :-
1) Bonus every 2 years 1,800 ( fixed mmg dpt tau) ---> boleh digunakan utk ambil policy baru, gi holiday, simpan dalam ASB pun boleh atau ape-ape lah.
2) Kalau mmg nak ambil bonus di atas savings after 30 years lebih kurang 81k (based on 7% projected return)
3) Kalau taknak bonus 1,800 (simpan semula dlm prucash), savings lebih kurang 142k.
Menarik bukan? bukan itu sahaja...
Sekiranya berlaku kematian, waris akan dapat 60k + savings setakat simpan
Sekiranya terkena salah satu dari 36 penyakit kritikal, akaun prucash free selama 30 tahun (selagi policyholder hidup). Contoh, selepas 6 bulan simpan RM210 dalam plan prucash, miss A terkena heart attack, RM210 tak perlu bayar lagi sampai la tempoh policy tamat, savings kita jalan seperti biasa.. hu hu
Menyimpan la dengan prucash untuk hari tua kita. Plan prucash ni sebagai alternatif untuk kita simpan duit selain mempunyai EPF akaun yang belum tentu cukup utk tampung hari tua kita.
Berminat?
sila email nama & no ic to najib.ccni@gmail.com utk quotation.
Friday, April 22, 2011
Saturday, April 16, 2011
Peninggalan Nenek
Nenek : "Fazrun, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."
Fazrun : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).
Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."
Fazrun : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"
Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE,nanti nenek bagi tau passwordnya."
Fazrun : "?????"
Sent from HTC Artemis
Friday, April 15, 2011
JS8 - Jurus Tumbuk 2
Berikut adalah Jurus Lian Tumbuk 2 yang aku belajar minggu lepas.
Selain itu turut diajar Buah Tunggal 2 (Buah Tekan) & Buah Tunggal 3 (Buah Pelecet).
Monday, April 11, 2011
Gurka tewaskan 40 perompak
While in the train, Maurya Express from Ranchi to Gorakhpur on September 2, 2010, 35 year-old Bishnu saved a girl about to be raped by train robbers, in front of her helpless parents. After looting the train, when the robbers started stripping the 18 year old girl in front of him, he couldn't contain his calmness. He took out his khukari and attacked the group of 40 robbers, alone. In the fight, he killed three of dacoits and injured eight others. Remaining looters ran for their lives.
The police arrested the eight injured dacoits and recovered Rs. 400,000 in cash, 40 gold necklaces, 200 cell phones, 40 laptops and other items left by the robber while fleeing the train.
In recognition of his bravery, his regiment has already awarded Bishnu with a cash reward of Rs. 50,000 and has terminated his voluntary retirement so that, he could get the customary promotion after he receives the medals. In addition to that, he will also receive a cash rewards from the government, special discounts in international air tickets, and discounts in Indian railways train tickets.
Monday, March 21, 2011
DATO' MOYANG SALLEH MEMUTUS TALI KE JOHOR
Datok Uban iaitu Penghulu Rembau mempunyai seorang anak gadis yang cantik bernama Seri Banun. Bila Sultan Johor mendapat tahu kecantikan gadis itu maka baginda menghantar utusan tapi pinangan baginda ditolak sebab Seri Banun sudah bertunang dengan seorang pemuda bernama Si Amat.
Sultan JOhor murka lalu memerintahkan Datok Penghulu Rembau datang mengadap tetapi beliau enggan sebaliknya menyuruh Si Amat iaitu tunang Seri Banun ke Johor sebagai pengganti. Baginda Sultan merasa terhina lalu bertanya kepada Si Amat kenapa hasrat baginda hendak mengahwini Seri Banun di tolak.
" Ampun, Tuanku. Seri Banun itu tunang patik," sembah Si Ahmad.
" Putuskan pertunangan kamu!" titah sultan.
" Ampun Tuanku," sembah Si Amat. " Patik tidak sanggup mungkir janji sebab sekali kita mungkir janji seumur hidup orang tidak akan percaya."
Baginda bertambah murka lalu memerintahkan Si Amat di bunuh. Pengawal istana segera menghayunkan pedangnya ke leher Si Amat tetapi senjata itu tidak melukainya kerana Si Amat memiliki ilmu kebal.
" Tuanku," kata Si Amat." Patik ini anak pembesar. Mengikut adat anak pembesar tidak boleh dibunuh. Tetapi kalau tuanku nak bunuh juga maka gunakan keris patik dan tikamkan ke rusuk sebelah kiri patik."
Mendengar itu lalu Sultan mencabut keris Si Amat lalu menikam rusuknya dan dengan sekali tikaman saja maka Si Amat pun mati. Datok Penghulu Rembau merasa amat sedih dengan kematian Si Amat akibat di bunuh oleh Sultan JOhor. Maka beliau pun mengadukan hal tersebut kepada Moyang Salleh Datok Penghulu Jelebu.
Moyang Salleh turut merasa simpati dengan kematian Si Amat dan beliau bersetuju mengadap sultan Johor untuk bertanya kenapa pembunuhan itu dilakukan oleh baginda.
Maka Moyang Salleh pun bertolak ke JOhor dengan membawa empat orang pengiringnya iaitu Tok Gagah Lela Perkasa, Tok Laut Api, Tok Beruang Hitam, dan Tok Bauk. Dan mereka mempunyai kegagahan dan kesaktian masing-masing.
Apabila sampai di Johor baginda Sultan tidak menerima mereka mengadap malah disuruh berdiri di halaman istana sahaja. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati Moyang Salleh dan pengiringnya tambahan pula beliau pembesar tanah jajahan sultan.
Tiba-tiba langit gelap menandakan hujan lebat akan turun. Sultan yang duduk di anjung istana bersama pengiring hanya memerhatikan sahaja tanpa mempelawa naik ke istana. Baginda seolah sengaja hendak membiarkan utusan dari tanah jajahan itu basah kuyup di halaman istana.
Apabila hujan turun maka Moyang Salleh membuka destarnya lalu melambungkan ke atas dan tiba-tiba destar itu bertukar menjadi payung. Dengan ini mereka berlima tidak basah.
Kemudian pengiring-pengiring Datok MOyang Salleh pula menunjukkan kehebatan masing-masing. Datok Gagah Lela Perkasa menggarukan belakangnya pada batang kelapa yang tumbuh di halaman istana menyebabkan buah- buah kelapa yang masak berguguran jatuh ke tanah.
Tok Beruang Hitam pula menunjukkan kekuatan tangannya dengan mencakar dinding istana hingga tercabut. Manakala Tok Laut Api pula bila menghembuskan nafasnya keluar api hampir membakar langsir istana.
Sultan Johor merasa hairan melihat kejadian itu sekaligus merasa tercabar seolah Moyang Salleh dan para pengiringnya sengaja hendak menunjuk kehandalan di depan baginda.
" Beta mahu kamu tunjukkan pula kehandalan kamu kepada mereka," titah Sultan kepada pembesar istana.
" Ampun Tuanku," sembah Datok Bendahara. " Setahu patik tidak ada sesiapa di negeri Johor ini mempunyai ilmu setanding dengan mereka."
Sultan terdiam sambil berfikir. " Kalau bagitu benarkan meraka mengadap." titah baginda.
Datok Bendahara menjemput Moyang Salleh dan para pengiringnya naik ke istana mengadap Sultan tetapi mereka mengenakan syarat mesti disediakan jamuan kerana mereka merasa amat lapar.
" Sediakan nasi lima puluh gantang dan lauknya seekor kerbau," kata Moyang Salleh.
" Makanan sebanyak itu biasanya untuk seratus orang," kata Datok Bendahara hairan.
" Jika baginda setuju kami akan naik ke istana tapi jika tidak setuju biarkan kami di sini sahaja," kata Moyang Salleh pula.
Mahu tidak mahu Sultan terpaksa menerima syarat itu kerana bimbang utusan dari Jelebu itu bertindak liar. Dan apabila jamuan sudah disediakan makan Moyang Salleh dan para pengiringnya naik ke istana.
Sekali lagi Sultan Johor dan pembesar-pembesar istana hairan bila mendapati makanan yang mereka hidangkan habis di makan oleh Moyang Salleh dan para pengiringnya.
" Benarkan mereka mengadap beta kemudian suruh balik segera ke Jelebu," tutah Sultan Johor.
" Beginikah cara tuanku melayan pembesar tanah jajahan?" tanya Moyang Salleh sebaik sahaja mengadap Sultan.
" Apa maksud kalian datang ke Johor tanpa diundang?" tanya Sultan pula.
Oleh kerana terlalu marah dan merasa terhina dengan sikap Sultan maka Moyang Salleh lupa tujuan asalnya datang ke Johor. Apa yang terlintas dalam fikirannya ialah tidak mahu bertuankan Sultan yang tidak betimbang rasa.
" Patik datang untuk memutuskan tali dengan Johor. Mulai hari ini Jelebu merdeka dari pemerintahan tuanku," kata Moyang Salleh.
" Beta tak setuju!" titah Sultan.
" Alamat negeri Johor akan huru hara kami kerjakan. Akan berlaku pertumpahan darah di bumi Johor ini," kata Moyang Salleh pula.
Kerana bimbang dengan tindak balas Moyang Salleh dan para pengiringnya akhirnya Sultan Johor bersetuju walaupun berat hati baginda melepaskan Jelebu keluar dari tanah jajahan baginda.
Baginda menganugerahkan Moyang Salleh cap mohor sebagai pemerintah " Bergajah Tunggal" dengan membawa gelaran Datuk Mendalika Akhir Zaman Sultan Jelebu.
Kemudian baginda Sultan menyuruh Datok Moyang Salleh dan para pengiringnya meninggalkan Johor dengan segera. Semasa turun dari istana Datok Moyang Salleh mencabut pedangnya lalu dicantasnya tempayan yang terletak di tepi tangga balairong. Kerana tajamnya mata pedang Datok MOyang Salleh dan tetakannya yang kuat maka tempayan itu putus dua, tetapi masih tegak seperti biasa seolah tidak nampak bekas cantasan mata pedang pada tempayan itu.
" Selagi tempayan ini putus maka selagi itulah hubungan antara Jelebu dengan Johor akan putus," kata Datok Moyang Salleh lalu meninggalkan istana Sultan JOhor.
dipetik dari blog http://psbjelebu.blogspot.com/2005/01/kisah-dato-moyang-salleh.html
Wednesday, March 16, 2011
Bertemu kulaan
Borak2 dgn tukang gunting tu rupa2nya 'kulaan'.Namanya Pak Usop Gunting.
Sihat orangnya walaupun dah berusia 75 tahun.
Banyak perkara yg dibualkan diantaranya pasal 13 Mei, pati sendeng dan sebagainya..
Sebelum aku beredar pakcik tu bagi aku dua hadiah sebagai tanda silaturrahim; yg pertama ialah 'buah kereta'. Bila aku tanya kenapa dipanggil buah kereta, penjelasan beliau; asalnya buah ini tidak bernama, dipanggil buah kereta kerana pergerakan tgn seperti memusing stereng kereta & kaki spring mcm tekan pedal minyak. Layan je lah.. ;p
Hadiah kedua adalah sebuah uncang. Didalamnya ada 5 jenis kayu; tas jantan, tas betina, suluh bertam, buloh tumpat & raja kayu..
Bila aku tanya kayu ni untuk apa, dia cakap "kau carilah kat google, aku yg sekolah pondok ni pun tau guna internet". Sabar je.. nasib baik kulaan.
Wassalam
Sent from HTC Artemis
Wednesday, February 23, 2011
Check saman terkini
POLIS: 800509085023 Saman 1 25/01/2010 01:10:00 PM PETALING JAYA HALANGAN LALULINTAS RM 30 1-DE932994
POLIS: 800509085023 Saman 2 03/02/2010 03:07:00 PM PETALING JAYA HALANGAN LALULINTAS RM 30 1-DE933088
POLIS: 800509085023 Saman 3 06/02/2010 02:17:00 PM PETALING JAYA HALANGAN LALULINTAS RM 30 1-DE933543
POLIS: 800509085023 Saman 4 11/02/2010 09:49:00 AM PETALING JAYA HALANGAN LALULINTAS RM 30 1-DF165744
POLIS: 800509085023 Saman 5 11/02/2010 09:48:00 AM PETALING JAYA HALANGAN LALULINTAS RM 30 1-DF165743
POLIS: 800509085023 Saman 6 23/02/2010 10:24:00 AM PETALING JAYA HALANGAN LALULINTAS RM 30 1-DE936882
POLIS: 800509085023 Saman 7 10/09/2009 04:50:00 PM PETALING JAYA HALANGAN LALULINTAS RM 30 1-DE420921
POLIS: 800509085023 Saman 8 08/10/2009 11:45:00 AM PETALING JAYA HALANGAN LALULINTAS RM 30 1-DE430384
POLIS: 800509085023 Saman 9 20/10/2009 11:08:00 AM PETALING JAYA HALANGAN LALULINTAS RM 30 1-DE426419
POLIS: 800509085023 Saman 10 26/10/2009 11:07:00 AM PETALING JAYA HALANGAN LALULINTAS RM 30 1-DE204013
*kena settle segera, tp kawan aku kt GI kata saman parking ni boleh diabaikan, sbb still boleh renew road tax.
Wednesday, February 9, 2011
Silat Minangkabau Part1
Walaupun aku bercita2 nak mempelajari Seni Buah Pukul (Pukulan Mat Kelang khususnya), tapi masih belum ada rezeki nampaknya. Yang aku belajar akhirnya ialah Silat Minangkabau.
Minggu lepas pada malam tahun baru cina secara rasmilah aku menjadi murid kepada Pak Lang Kotey, guru tua silat minangkabau di Kampung Chepor Hilir, Kota Tampan.
Pada malam itu aku diajar 7 buah perdu didalam silat minang. Buahnya sangat ringkas tetapi merbahaya kerana ia fokus kepada teknik mematahkan sendi lawan. Buah yang pertama sebijik sama dengan Kuntau Kiri dalam Cekak.
Apa yang menarik adalah teknik melapis apabila serangan kita ditangkis, penuh dengan muslihat & gerakan yang tak disangka. Pada aku silat minangkabau ini sangat mirip dengan Silat Sendeng.
Juga diajar teknik 'Sepak Minang', satu istilah yang popular selama aku belajar Cekak. Sepak Minang yang diajar Pak Lang Kotey sangat pantas, ia dilancarkan secara spring, tidak kira mengena atau tidak ia akan ditarik semula.
Insyaallah akan diupdate lagi..
*terkasima membaca cerita 'Raja Buah Pukul dr Selatan'.. biasanya orang nak mengaku pakar pun tak berani.
Monday, February 7, 2011
Aminah
Aminah sambung tido balik. Ustazah tanya lagi soalan. "Sape pencipta alam dan segalanya?" Budak tu cocok lagi ngan jarum,Aminah pun menjerit "YA ALLAH!!" Sekali lagi ustazah puji dia sebab bagi jawapan yang betol. Aminah sambung tido balik. Pastu ustazah pun tanya lagi soalan. "Apa yang patut sorang isteri ucapkan pada suami setiap kali sebelum tidur?" Budak tu cocok lagi. Tapi kali ni Aminah bengang dan dia kata "Ko cocok bontot aku pakai benda tu lagi siap ko!!" Ustazah tu terus pengsan.
Saturday, February 5, 2011
7 kalimah yg lebih bernilai daripada segalanya
1.Bismillahirrahmanirrahim d stiap kali hendak mlakukn ssuatu.
2.Alhamdulillah Tiap kali habis mlakukn ssuatu.
3.Astaghfirullah Jika trsilap mengatakn ssuatu yg buruk.
4.InsyaAllah Jika ingin mlakukn ssuatu pd masa akan dtg.
5.Lahaulawala quwwata illabillah Bila x dpt mlakukn ssuatu yg agak berat @ melihat ssuatu yg buruk.
6.Innalillah Jika mghadapi musibah @ melihat kematian.
7.Laailaahaillallah bacalah spanjang siang & mlm sbyk-byknya..amalkan lah slalu smoga kita trgolong d kalangan org yg trpilih oleh Allah swt.
Monday, January 24, 2011
Minyak Kelapa Dara, Khasiat Dan Cara Membuatnya.
Memandangkan ia kaya dengan zat-zat semulajadi, tidak keterlaluan ia mempunyai pelbagai khasiat antaranya;
Meningkat dan memperbaiki sistem pertahanan badan.
meningkat kadar metabolisme badan.
antivirus, bakteria, kulat dan parasit yang semula jadi.
anti oxida semula jadi.
meningkat fungsi kelenjar tiroid.
melindungi kesan sinaran ultra violet dalam cahaya matahari.
tidak meningkatkan kepekatan atau platelet darah.
meningkat penghadaman dan penyerapan khasiat makanan.
berupaya menurunkan berat badan.
meningkat pertumbuhan sel kulit, rambut dan badan manusia.
membekal sumber tenaga dengan cepat.
melembap dan melembutkan kulit.
mengurangkan kesan penuaan dan kedutan pada kulit.
mengurangkan kesan keracunan makanan.
membakar dan mengurangkan kolesterol dalam badan.
menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat.
mengurangkan risiko dan kesan penyakit jantung.
mengurangkan risiko dan kesan darah tinggi.
mengurangkan risiko dan kesan kencing manis.
mengurangkan risiko dan kesan demam.
mengurangkan risiko dan kesan batuk biasa.
mengurangkan risiko dan kesan batuk kering.
mengurangkan risiko dan kesan selesema dan resdung.
mengurangkan risiko dan kesan demam campak dan cacar air.
(Rujuk kepada http://juskismis.com/vco.htm)
Tanpa kepakaran dan suasana dan alatan yang bersih bebas daripada kuman kebarangkalian untuk berjaya adalah 50-50. Adalah lebih anda membelinya di kedai ataupun secara online dengan harga sekitar RM19.00 se botol. Namun sekiranya anda ingin mencubanya sila ikut langkah-langkah berikut;
Ambil sebiji kelapa yang masih belum mempunyai tunas pada matanya.
Semasa memecahkannya tadah airnya
Parut kelapa tersebut
Timbang air kelapa yang ditadah tadi dan juga timbang kelapa parut tersebut, Syarat utama dalam memproses minyak kelapa dara ialah jumlah air kelapa dan kelapa parut adalah sama kuantitinya. Oleh demikian samakan berat mengikut jumlah yang tersedikit antara air kelapa dan kelapa parut
Campurkan kedua-dua bahan tersebut dan perah santannya. Jangan sekali-kali menambah air lain.
Simpan santan di dalam bekas yang berbentuk silinder atau yang mempunyai permukaan atas yang terbuka luas dan tutup dengan kain bersih
Letakkan/peram dengan suhu semasa memadai tempat pemeraman tersebut hanya sekadar panas terik matahari tengah hari selama 21 hingga 24 jam (ideal dengan menggunakan kepanasan belakang peti sejuk.
Sekiranya berjaya ia akan membentuk 3 lapisan, minyak kelapa dara berada pada bahagian tengah di atas air. Selepas 24 jam tiada pembentukan 3 lapisan bererti ia tidak menjadi, buang sahaja.
Langkah seterusnya buang lapisan atas dengan sudu (kerana itulah anda perlu meletakan perahan santan tersebut di dalam bekas yang berbentuk silinder bagi memudahkan anda membuang lapisan ini.
Seterusnya ambil Minyak kelapa Dara pada bahagian tengah dan simpan.
Syukur anda telah berjaya melakukan minyak kelapa dara anda sendiri.(Kaedah ini adalah seperti mana saya pelajari daripada jabatan pertanian)
Selamat mencuba.