Kelaut mencari siput,
Mari dibawah ke tanah seberang,
Orang tasawuf takkan takut,
Dia takkan menjaga tepi kain orang.
Turun ke laut memungut batu,
Lalulah naik ke pengkalan,
Orang tasawuf takkan tertipu,
Dia aman damai dengan Tuhan.
Ke laut mencari siput,
Dapat siput berjalan pulang,
Orang tasawuf takkan takut,
Yang ia takut Tuhan tak memandang.
Ke laut jua mencari siput,
Siput diletak di dalam loyang,
Orang tasawuf takkan takut,
Dia tidak mencaci orang.
Ke laut mencari siput,
Siput banyak di batu karang,
Orang tasawuf takkan takut,
Dia tidak menipu orang.
Ke laut mengail ikan serkup,
Dia mengail di pagi hari,
Orang tasawuf takkan takut,
Dia memikirkan Diri sendiri.
Ke laut berjalan mencari siput,
Dapat siput dijual di pekan,
Orang tasawuf takkan takut,
Dia tak takutkan hantu dan syaitan.
Ada orang memikat dekut,
Dia memikat di tepi paya,
Orang tasawuf takkan takut,
Malaikat ada memandang dia.
Ke laut jua mencari siput,
Tempat orang mengail ikan,
Orang tasawuf takkan takut,
Dia nampak hantu dan syaitan.
Banyak orang mencari siput,
Dapat siput letak di pinggan,
Orang tasawuf takkan takut,
Dia takut dengan Tuhan.
Ke laut pula mencari siput,
Lalu pula mencari kerang,
Orang tasawuf takkan takut,
Dia tidak bencikan orang.
Berjalan kaki pergi ke laut,
Membeli siput dan asam paya,
Sekali lagi tasawuf berkata,
Yang dia takut Allah tidak memandang dia !
Kain batik banyak di pekan,
Berlonggok-longgok di tepi jalan,
Barang siapa asyik memandang Tuhan,
Macam pungguk rindukan bulan.
Wahai tuan-tuan sekelian,
Ada satu saya nak khabarkan,
Apabila hati Allah hiburkan,
Hati kita susah Dia tinggalkan.
Wahai tuan-tuan, kawan dan rakan,
Satu lagi saya berpesan,
Kepada Tuhan hendaklah kita harapkan,
Kepada Nya tujuan perjalanan.
Ada satu perkara lagi,
Saya nak ingatkan pada saudara saudari,
Kepada Tuhan kita kembali,
Kepada Dialah kita berserah diri.
Ada tersebut dalam Kitabullah,
Yang diwajibkan kepada Nabi kita,
Barang ingat kepada Allah,
Nescaya Allah ingat pada nya.
Ramai orang pergi berkelah,
Lalu berlari berkumpul di sana,
Barang siapa lupa kepada ALlah,
Ulama' berkata dia sendiri mengufurkannya.
Wahai saudara, rakan sekalian,
Ada satu saya nak khabarkan,
Bukannya senang hendak mengenal Allah,
Berzikir dan bertaubat siang dan malam.
Burung puyuh banyak berterbangan,
Dia terbang berbahagi dua,
Roh sebagai tetamu yang tidak diundang,
Dia datang bila-bila masa sahaja.
Ramai orang berjalan ke kota,
Di sekeliling padang ada berparit,
Kita hendaklah bersiap sedia,
Menyediakan hidangan yang baik.
Bertanam temu di hujung tanjung,
Orang berkelah ramai di sana,
Apabila kamu datang mengunjung,
Barang siapa yang disukainya.
Ambil kelapa diseberang sana,
Hendak dibeli di Tanjung Selamat,
Barang siapa tetamu datang mengunjunginya,
Dialah dari orang yang rahmat.
Berzikirlah kita pagi dan petang,
Walau di pekan atau di padang,
Bersiap sedialah dengan hidangan,
Kita tak sedar tetamu datang.
Pergi ke pasar membeli kopi,
Dekat pasar pokok rambutan,
Itulah pasal anak disuruh mengaji,
Ditakuti kaca dikatakan intan ..
No comments:
Post a Comment