Sunday, October 17, 2010

Pintu Gerbang Utama

Tempur boleh dilihat sebagai perebutan kawalan ke atas ruang. Maknanya kalau kita dapat mengawal bagaimana musuh boleh menceroboh ruang kita dan pada masa yang sama bagaimana kita sendiri mengawal ruangnya, kita yang menang.

Berapa luas ruang yang kita perlu kawal kalau camtu? Ikutkan tubuh manusia nampak macam luas juga lah. Sebenarnya dalam tempur, ruang utama yang perlu dikawal adalah ruang yang terjangkau oleh tangan sahaja. Kecil sahaja ruangnya dan inilah yang disebut sebagai pintu gerbang utama.

Di mana pintu gerbang utama ini? Tengok balik petua Kota Piramid gambarajah Piramid Perlindungan. Bucu pertemuan segi tiga itulah dia. Kalau di tubuh, ia berada di antara ulu hati dan dagu. Kalau diamati, inilah ruang yang selalu dilindungi dengan segala mak nenek tangkisan oleh pelbagai jenis seni beladiri tak kiralah seni atau pukulan.

Kenapa ruang ini yang dilindungi? Kerana inilah ruang yang pertama terjangkau oleh tangan kita atau musuh. Cuba kita berdiri depan pasangan dan letak penumbuk di dadanya. Tanpa mengubah kaki, cuba sentuh hidung atau kemaluan(???!)  pasangan dengan penumbuk anda.  Hasilnya, tumbukan mengena dada tetapi tidak mengena hidung atau kemaluannya. Kawasan dadanya inilah yang paling berkemungkinan terkena pukulan dahulu dan sebab itulah kawasan ini yang paling dilindungi. Get the point?

Kadang2, musuh cuba cover jarak untuk menumbuk muka atau perut dengan mencondongkan badan ke depan. Ini boleh dilihat dalam point fighting. masing2 cuba menyentuh kepala lawan dengan penumbuk. kalau dalam tempur sebenar, bila musuh buat begitu bermakna kepalanya akan level dengan pintu gerbang utama kita. Dengan kata lain yang lebih sedap, lebih dekat dengan penumbuk kita.

Segala pergerakan anda dari luar pintu gerbang utama ini akan menyebabkan muka dan dada anda terdedah kepada serangan. Sebagai praktis, dapatkan pasangan yang menumbuk dari luar pintu gerbang utama contohnya tumbuk sauk kiri atau kanan, uppercut, cross ke perut atau kepala. Tugas anda adalah bila terdedah sahaja pintu gerbang utama pasangan, tumbuk lurus. Dengan cara ini anda akan lebih paham apa yang saya cuba sampaikan.

Tadi kita bercakap pasal pintu gerbang utama yang ruangnya di dada. Bagaimana pula tendangan? Kalau tadi disebut pintu gerbang utama, ruang yang berkenaan dengan tendangan ni saya sebut sebagai pintu kolong cukuplah. Ini overlap dengan petua garis tengah (centerline).

Kalau jarak jauh, pinggang adalah kawasan yang dilindungi. Alasannya seperti penumbuk tadi. kalau jarak sederhana, tentulah lututnya pula kerana tiada lagi jarak efektif untuk menendang bahagian pinggang musuh.

Sebagai praktis, biarkan pasangan menendang dari luar centerline; lutut tidak melindungi kemaluannya sebelum tendangan sempurna. tak kisahlah tendang lurus, juring (side kick), layang, back kick, reverse kick, axe kick, apa2 kick. Nampak jer kawasan kemaluannya terdedah, terus bagi tendangan lurus dari centerline.

Sebenarnya, mengawal pintu gerbang utama atau pintu kolong kita bukan semestinya menumbuk dada atau menendang kemaluannya. Ia bergantung kepada ketinggian kita dan juga sama ada kita bermain paras tinggi atau sederhana.

No comments:

Post a Comment