Saturday, October 30, 2010

Jangan Memandang Rendah Kepada Mereka

"Eleh... Setakat berniaga burger, pasar malam, berapa sangat diorang dapat.." Sesedap hati ja orang yang buat kenyataan ini. Kalaulah dia tahu berapa keuntungan bersih para peniaga kecil ini, alamat terkejut katak lah beliau. Jangan sesekali memandang hina pada mereka.

Uncle ada seorang kawan yang berniaga burger di Bagan Dalam. Itulah kerjayanya itulah mata pencariannya. Tiap malam di gerai bergerak itulah dia ber"station". Siang dia tak keja apa. Pendapatannya sebulan? Erm... korang rasa berapa?

Apa kata kalau kita buat matematik skit. Ok kita kira satu burger dia amik RM 2.00, kira ok lah tak yah komplikated sangat. Total burger yang dijual lak, kita anggarkan 80 biji. RM 2.00 x 80 =?

Korang kira la sendiri. Itu lum masuk hot dog, banjo, oblong dan segala kerabatnya lagi. Diorang kata, "ermm... burger memang la untung, tapi tengok orang yang jual air kat pasar malam tu, tak standard arr keja macam tu." Helo, at least dia mencari rezeki yang halal. Silap haribulan pendapatan dia sebulan lagi banyak dari kita yang makan gaji.

Segelas air yang dijual di pasar malam, harga standard RM 1.00, ni kira paling murah la korang akan dapat. Anggarkan yang beli kat pasar malam tu dalam 100 orang. Berapa ek? Tu baru semalam, esok lak kat pasar malam lain? Kalau dia sulam lak ngan nasi lemak sebungkus RM 1.20. Berapa ek?

Moral, jangan cepat memandang rendah akan keupayaan seseorang. Pernah dengar satu iklan kat radio tak? Iklan tu berbunyi macam ni:

Wanita: Anak lelaki saya suka menanam bunga...
Ramai Orang: (Ketawa)
Wanita: Anak lelaki saya suka tanam bunga orkid...
Ramai Orang: (Ketawa)
Wanita: Setiap tahun, dia mengeksport 2 Tan Orkid ke Jepun...
Ramai Orang: (Diam)
Wanita: (Ketawa)

Datang pula mamat ni kata "Eleh, tu kalau ada orang beli, kalau takde? Ada jaminan ka leh idup,". Jawapannya senang: Ko jamin ka ko keja makan gaji hidup ko akan senang. Kalau kena buang keja pasal ekonomi gawat? Bukan benda tak leh jadi. Samalah macam naik motor ngan naik kereta. Naik motor taraf keselamatan dia kureng skit dari kereta, tapi ko jamin ka naik kereta tak accident? Fikir secara rasional dan JANGAN MELATAH...

1 comment: