Saturday, October 30, 2010

Jangan Memandang Rendah Kepada Mereka

"Eleh... Setakat berniaga burger, pasar malam, berapa sangat diorang dapat.." Sesedap hati ja orang yang buat kenyataan ini. Kalaulah dia tahu berapa keuntungan bersih para peniaga kecil ini, alamat terkejut katak lah beliau. Jangan sesekali memandang hina pada mereka.

Uncle ada seorang kawan yang berniaga burger di Bagan Dalam. Itulah kerjayanya itulah mata pencariannya. Tiap malam di gerai bergerak itulah dia ber"station". Siang dia tak keja apa. Pendapatannya sebulan? Erm... korang rasa berapa?

Apa kata kalau kita buat matematik skit. Ok kita kira satu burger dia amik RM 2.00, kira ok lah tak yah komplikated sangat. Total burger yang dijual lak, kita anggarkan 80 biji. RM 2.00 x 80 =?

Korang kira la sendiri. Itu lum masuk hot dog, banjo, oblong dan segala kerabatnya lagi. Diorang kata, "ermm... burger memang la untung, tapi tengok orang yang jual air kat pasar malam tu, tak standard arr keja macam tu." Helo, at least dia mencari rezeki yang halal. Silap haribulan pendapatan dia sebulan lagi banyak dari kita yang makan gaji.

Segelas air yang dijual di pasar malam, harga standard RM 1.00, ni kira paling murah la korang akan dapat. Anggarkan yang beli kat pasar malam tu dalam 100 orang. Berapa ek? Tu baru semalam, esok lak kat pasar malam lain? Kalau dia sulam lak ngan nasi lemak sebungkus RM 1.20. Berapa ek?

Moral, jangan cepat memandang rendah akan keupayaan seseorang. Pernah dengar satu iklan kat radio tak? Iklan tu berbunyi macam ni:

Wanita: Anak lelaki saya suka menanam bunga...
Ramai Orang: (Ketawa)
Wanita: Anak lelaki saya suka tanam bunga orkid...
Ramai Orang: (Ketawa)
Wanita: Setiap tahun, dia mengeksport 2 Tan Orkid ke Jepun...
Ramai Orang: (Diam)
Wanita: (Ketawa)

Datang pula mamat ni kata "Eleh, tu kalau ada orang beli, kalau takde? Ada jaminan ka leh idup,". Jawapannya senang: Ko jamin ka ko keja makan gaji hidup ko akan senang. Kalau kena buang keja pasal ekonomi gawat? Bukan benda tak leh jadi. Samalah macam naik motor ngan naik kereta. Naik motor taraf keselamatan dia kureng skit dari kereta, tapi ko jamin ka naik kereta tak accident? Fikir secara rasional dan JANGAN MELATAH...

Tuesday, October 26, 2010

Melampaui guru

Apabila beberapa orang murid bertanya kepada guru kepada Al Junaid, "Bolehkah murid melampaui guru dalam bidang keruhanian ini? Guru Al Junaid berkata "Muridku, Al Junaid telah mencapai ketinggian dalam bidang keruhanian, lebih dari aku."

Kisah al-Junaid al-Baghdadi,
Tazkiratul Auliya, karya Fariduddin Attar.

Monday, October 25, 2010

HAKIKAT DIRI

Alam semesta tunduk dibawah kaki Muhammad. Meski pun begitu,ia menyebut dirinya 'hamba Allah'.
Menjadi hamba Allah melampaui diri sendiri. Kerana pada saat yang sama,bererti ujud yang mengalami mati,namun juga hakikat yang mengandungi unsur abadi.
Hakikat Muhammad bukan Arab atau Parsi. Dia manusia,lebih tua dari Adam. Kita ini beraneka warna,sedangkan 'hamba Allah' tanpa warna dan aroma.Hamba Allah! Dia berawal namun tanpa akhir. Dimanakah pagi dan petang bagi nya?
Tiada seorang pun tahu rahsia 'hamba Allah'. Dia tidak lain adalah rahsia daripada 'tiada tuhan selain Allah'. Kalimat ini pedang,matanya ialah 'hamba Allah'. 'Hamba Allah' adalah 'mengapa' dan 'betapa' daripada semua penciptaan. 'Hamba Allah',rahsia tersembunyi dilubuk terdalam setiap ciptaan.

Kau tidak akan mengerti makna kalimat-kalimat itu jika tidak kau fahami ayat "bukankah kau yang meluncurkan anak panah"(AlQuran 8:17).

Saturday, October 23, 2010

Fikir2 dulu

Minggu lepas ada 2 company call offer kerja:

1.Sebuah company pharmaceutical international, ditubuhkan sejak 1951. Website pun gempak, ada 35 cawangan diseluruh dunia. So far cuma ada seorang melayu level manager dlm company ni, kalu aku join jadilah aku org kedua.

2.Company bumiputra sepenuhnya, ditubuhkn 2004. Staff cuma 11 orang aje.Gaji yg dioffer pun x tinggi sgt (RM3500 termasuk allowance). Tapi ape yg aku nampak masih byk peluang utk expand, kalu kn caranya mungkin boleh jadi market leader dlm 5 thn lagi.

Kena fikir2 dulu

Kisah Main Dam

Samat baru sahaja berkahwin. Kerana tidak mempunyai rumah, terpaksa dia menumpang di rumah bapa mertuanya...

Malangnya, ada sesuatu yang tidak kena. Samat ni kuat sangat makan. Bapa mertuanya selalu merungut. Beras 20kg, tak sampai seminggu dah habis. Selalu tak macam ini. Sejak Samat duduk di rumahnya... cepat sangat barang-barang dapur habis. Samat betul-betul 'menghabiskan borehhh...'

Kebaikan Samat pula ialah, dia ni alim sikit. Tak pernah tinggal sembahyang. Malangnya bapa mertuanya tak pulak begitu... Waktu maghrib seronok depan tv tengok Naruto... lepas tu sambung tengok berita... lepas tu makan... lepas tu tidur.. esok bangun pukul 8... pergi kedai kopi... bersembang, sampai tengahari.

Balik makan, kemudian tidur... petang pergi kedai kopi lagi... main dam, berborak mengalahkan orang politik. Kerana sama-sama ada kekurangan ni lah yang menyebabkan si menantu tak berani menasihati bapa mertua, dan bapa mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan. Tetapi dia terus mencari idea... macam mana nak kenakan si Samat ni.. Bengang betul dia... dah lah tak kerja...melantak kuat pulak tu...
Suatu hari dia dapat idea... nak kenakan Samat.. "Samat, mari kita main dam haji..." katanya kepada Samat... "Boleh juga..." kata Samat tanpa mengesyaki sesuatu.
Bila sahaja bermain, dia sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh Samat.. Dia hulur, Samat makan, hulur lagi... Samat makan lagi... hulur lagi makan lagi, dan lagi... dan lagi...

"Eh ko ni Samat... kuat betul makan laa... agak-agak laa..." katanya tersenyum..
"Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni... mentang-mentang aku kuat makan.." fikirnya dalam hati... tapi tak apa...
Mereka bermain set kedua... bapa mertuanya hulur... dia tak makan... hulur lagi, tak makan juga... kena tangkap... tak macam set pertama... dia dah bijak sikit...
Bila tak makan, mestilah kena tangkap...(sesiapa tak tahu main dam haji tentu tak faham cerita ini...) kemudian bapa mertuanya dapat melangkah hingga ke haji...
Apa lagi....

"Ehh orang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji ke...?" perli Samat

Merah padam muka bapa mertuanya... dia nak perli anak menantunya, tetapi dia yang terkena....

Selepas dari itu, Samat tak lagi kuat makan dan bapa mertuanya dah jadi alim... tak tinggal sembahyang lagi... sekarang ni ada kat Mekah kerjakan umrah... Nak pergi haji belum sampai seru... katanya laa...

Full bar coverage

Handphone ataupun telefon bimbit secanggih mana pun tidak berguna         
sekiranya coverage tak ada kan . Di dalam lif dan basement tempat parking 
kereta merupakan antara kawasan 'pantang' bagi handphone (hp). Ini
kerana di tempat-tempat tersebut coverage hp amat rendah sehingga 1 bar dan      
kadang-kadang tiada langsung!                                             
                                                                           
Bayangkan sekiranya anda berada dalam situasi yang yang cemas dan amat    
memerlukan pertolongan. Tetapi hp mahal anda itu tidak dapat melaksanakan 
tugasnya dengan cemerlang. Tentu anda mempunyai sebab munasabah untuk     
berasa kecewa dan menyesal bukan???                                       
                                                                           
Ini satu informasi untuk anda dan sesiapa sahaja yang menggunakan hp 1G,  
2G ataupun 3G. Dengan menggunakan wang kertas RM2 sahaja anda boleh       
mendapatkan full bar untuk hp walaupun di mana sahaja anda berada.        
                                                                           
Ini kerana wang kertas RM2 mempunyai satu elemen untuk 'boost up'
coverage hp anda. Mungkin anda berasa sedikit hairan. Tetapi percayalah ini        
merupakan satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan!!!                    
                                                                           
Kaedah ini sesuai untuk semua pengguna 013, 016, 019, 012, 017 dan        
sebagainya.                                                               
                                                                           
                                                                           
Caranya ( Perhatian sila baca dan ikuti langkah-langkah ini dengan teliti)
:                                                                         
                                                                           
Langkah 1 : Off atau matikan hp anda.                                     
                                                                           
Langkah 2 : Lipatkan wang kertas RM2 menjadi sama saiz dengan bateri hp   
anda.                                                                     
Kemudian selitkan duit yang telah dilipat tadi bersama bateri hp anda.    
                                                                           
Langkah 3 : On atau hidupkankan semula hp. Periksa bar pada hp anda.      
Semasa hp anda on, pastikan kod 'ID. 10T' tertera pada skrin hp anda.
   
                                                                           
Sekiranya kod 'ID. 10T' tertera di skrin, hp anda tidak akan mengalami
   
masalah coverage lagi!                                                    
                                                                           
                                                                           
*Sila ambil perhatian;                                                    
                                                                           
Sekiranya kod 'ID.10T' tidak tertera pada skrin, sila periksa sebuah 
   
satelit yang besar di belakang wang kertas RM2 tersebut.                  
                                                                           
Pastikan sama ada satelit tersebut berfungsi dengan baik atau tidak.       
                                                                           
Sekiranya masih tidak berjaya, sila ketuk-ketuk sikit hp anda dengan duit 
RM2 tu sekali. Sila periksa samada tengkolok Agong jatuh ataupun tidak... 
Kedudukan tengkolok yang tidak stabil mungkin penyebab mengapa kod        
'ID.10T' tidak muncul di skrin hp anda.                              
   
                                                                           
Kalau masih tidak berjaya hentakkan hp di dahi anda 10 kali.              
                                                                           
Mungkin kod 'ID.10T' dah bertukar menjadi 'IDIOT' ! Sape tahu
yer tak??   
                                                                           
Jgn marah kalau dah terkena......                                          
                                                                            
                                                                            
Nasib baik duit RM2 tak dicetak lagi. Kalau tidak, lagi ramai yg fikir    
benda ni betul-betul...tapi cobaan......                                   

Sunday, October 17, 2010

Garis Tengah

Petua ni dikesohorkan oleh Wing Chun melalui Bruce Lee,  Walaupun sebenarnya juga diamalkan oleh perguruan2 lain terlebih2 lagi yg bermain pepat. Yg bermain tapak/gelek pun ada juga tapi tak jelas kepada mata orang biasa.

 

Ada 2-3 perkara yang saya nak cerita pasal petua ni.

Pertama, kebanyakan sasaran lemah badan berada di garisan tengah badan iaitu mata, hidung, dagu, leher, solar plexus(ulu hati) dan kemaluan. Jadi, inilah sasaran yg kita cari dan pada masa yg sama inilah juga sasaran yg kita cuba lindungi pada badan kita. Macam mana nak capai dua2 ni sekaligus? Itulah guna Kota Piramid yg saya cerita sebelum ni. Anda kena pastikan tangan musuh itu itu berada di luar bahu anda dan anda pula maintain penguasaan dari dalam.

Kedua, kadang2 ada musuh juga guna Kota Piramid. Nak buat macam mana? Centerline bukan terhad kepada bermain dalam tapi juga menjajarkan (aligning) serangan/serangan balas kepada teras badan musuh. Bayangkan ada satu tali menengang dari ubun2 musuh sampai ke bawah. Itulah teras badan (bukan cerita core bahagian perut, itu cerita lain pulak. Kalau pasal teras kemuning, tanya Prof Ramli). Mensasarkan teras badan juga boleh dilakukan dari luar apabila musuh terleka atau musuh steady. Hasilnya seluruh kekuatan kita diterima oleh musuh, tak bocor ke mana2. Ini overlap dengan petua # 5 nanti.

Centerline juga boleh diguna untuk tendangan, kuncian dan gelut juga. Bila cerita pasal tendangan maknanya cara kita menendang biarlah dari centerline. Kalau bila angkat lutut untuk menendang, bahagian kemaluan terdedah dari arah depan, bukanlah tendangan itu dari centerline. Sepatutnya lutut itu melindungi bahagian kemaluan. Tendangan pun jadi pantas dan kuat. Terasa kuat tak semestinya kuat. Nanti di petua lain saya cerita.

Kuncian juga main centerline. Bila mengunci, tak boleh semata2 menggunakan kekuatan tangan sebab tangan musuh mungkin sama besar dengan betis kita, lagi kuat. Tapi bila kita merapatkan tangan musuh itu kepada centerline kita dalam mengunci, tangan musuh yg sebesar betis kita pun tak dapat mengatasi kekuatan seluruh badan kita. Kena baca petua2 lain lagi baru dapat faham.

Gelut pun begitu juga, Kalau tengok UFC, mesti orang tu nak tackle lawan dia pastu nak duduk atas perut lawan dia. Sebab di situ dia boleh merasa apa2 pergerakan yg lawan cuba buat dan senang nak buat apa2 teknik berikutnya. Kalau mereka lawan pakai baju, lagi jelas penggunaan centerline. Mereka tak paut tepi2 baju tapi mereka paut bahagian tengah baju. Ini lebih kepada tactile sensitivity, orang putih kata.

Pintu Gerbang Utama

Tempur boleh dilihat sebagai perebutan kawalan ke atas ruang. Maknanya kalau kita dapat mengawal bagaimana musuh boleh menceroboh ruang kita dan pada masa yang sama bagaimana kita sendiri mengawal ruangnya, kita yang menang.

Berapa luas ruang yang kita perlu kawal kalau camtu? Ikutkan tubuh manusia nampak macam luas juga lah. Sebenarnya dalam tempur, ruang utama yang perlu dikawal adalah ruang yang terjangkau oleh tangan sahaja. Kecil sahaja ruangnya dan inilah yang disebut sebagai pintu gerbang utama.

Di mana pintu gerbang utama ini? Tengok balik petua Kota Piramid gambarajah Piramid Perlindungan. Bucu pertemuan segi tiga itulah dia. Kalau di tubuh, ia berada di antara ulu hati dan dagu. Kalau diamati, inilah ruang yang selalu dilindungi dengan segala mak nenek tangkisan oleh pelbagai jenis seni beladiri tak kiralah seni atau pukulan.

Kenapa ruang ini yang dilindungi? Kerana inilah ruang yang pertama terjangkau oleh tangan kita atau musuh. Cuba kita berdiri depan pasangan dan letak penumbuk di dadanya. Tanpa mengubah kaki, cuba sentuh hidung atau kemaluan(???!)  pasangan dengan penumbuk anda.  Hasilnya, tumbukan mengena dada tetapi tidak mengena hidung atau kemaluannya. Kawasan dadanya inilah yang paling berkemungkinan terkena pukulan dahulu dan sebab itulah kawasan ini yang paling dilindungi. Get the point?

Kadang2, musuh cuba cover jarak untuk menumbuk muka atau perut dengan mencondongkan badan ke depan. Ini boleh dilihat dalam point fighting. masing2 cuba menyentuh kepala lawan dengan penumbuk. kalau dalam tempur sebenar, bila musuh buat begitu bermakna kepalanya akan level dengan pintu gerbang utama kita. Dengan kata lain yang lebih sedap, lebih dekat dengan penumbuk kita.

Segala pergerakan anda dari luar pintu gerbang utama ini akan menyebabkan muka dan dada anda terdedah kepada serangan. Sebagai praktis, dapatkan pasangan yang menumbuk dari luar pintu gerbang utama contohnya tumbuk sauk kiri atau kanan, uppercut, cross ke perut atau kepala. Tugas anda adalah bila terdedah sahaja pintu gerbang utama pasangan, tumbuk lurus. Dengan cara ini anda akan lebih paham apa yang saya cuba sampaikan.

Tadi kita bercakap pasal pintu gerbang utama yang ruangnya di dada. Bagaimana pula tendangan? Kalau tadi disebut pintu gerbang utama, ruang yang berkenaan dengan tendangan ni saya sebut sebagai pintu kolong cukuplah. Ini overlap dengan petua garis tengah (centerline).

Kalau jarak jauh, pinggang adalah kawasan yang dilindungi. Alasannya seperti penumbuk tadi. kalau jarak sederhana, tentulah lututnya pula kerana tiada lagi jarak efektif untuk menendang bahagian pinggang musuh.

Sebagai praktis, biarkan pasangan menendang dari luar centerline; lutut tidak melindungi kemaluannya sebelum tendangan sempurna. tak kisahlah tendang lurus, juring (side kick), layang, back kick, reverse kick, axe kick, apa2 kick. Nampak jer kawasan kemaluannya terdedah, terus bagi tendangan lurus dari centerline.

Sebenarnya, mengawal pintu gerbang utama atau pintu kolong kita bukan semestinya menumbuk dada atau menendang kemaluannya. Ia bergantung kepada ketinggian kita dan juga sama ada kita bermain paras tinggi atau sederhana.

Kota Piramid

Piramid di Mesir dikatakan orang sebagai struktur paling kukuh buatan manusia. Bentuk piramid juga boleh dizahirkan pada kedudukan badan kita untuk mengambil manfaat kekukuhannya. Ini berkait dengan Newton's Third Law "For every action, there is an equal and opposite reaction."

Cuba temukan kedua2 tangan anda di depan, siku sedikit bengkok dan mengarah ke bawah, genggam. Di kedudukan ini, anda dapat lihat segi tiga di depan anda dan orang lain dapat lihat segi tiga dari sisi kiri, kanan dan depan anda. Saya dah cuba upload gambar tapi tak dapat. Pandai2lah imagine.

 

So, apa manfaatnya kedudukan tangan begini?

1. Kalau siku mengadap ke luar, bila terima impak dari depan, siku tidak dapat sokongan dari badan dan akan terpeleot ke arah badan sendiri. Kalau siku ke bawah, impak dari depan akan pergi ke siku, pastu ke bahu, ke tulang belakang, ke pinggang, ke kaki (kaki berkuda-kuda seadanya) dan akhirnya ke lantai. Dari lantai itu, impak kembali naik ke atas melalui bahagian2 tubuh tadi. Ingat Newton's Third Law tadi. Jadi, kedudukan tangan ini disokong sepenuhnya oleh badan.

2. Sasaran yang terdedah pada badan kita juga berkurangan dan musuh juga akan pikir dua kali untuk mendekati kita kerana ia bermakna mendekatkan mukanya dengan penumbuk kita.

3. Kalau kedudukan tangan musuh sikunya keluar, mudahlah kita rempuh masuk dengan kedudukan tangan kita yang bersegi tiga kerana segitiga strukturnya lebih kukuh berbanding struktur heksagon tangan musuh.

4. Musuh kena serang dari luar iaitu ikut jalan jauh, kita serang ikut dalam iaitu jalan dekat. Kita yang sampai dulu.

COUNTERS FOR KICKS

Wing Chun by design is only effective when you are close to your opponent. Now before you all rush off and start to learn Taekwondo allow me to elaborate this a little.

The principle of Wing Chun is to get close to your opponent so that you can maintain contact for defensive practicalities (think Chi Sao) as well as creating openings (think trapping) that enables you to strike your opponent at will (think chain punching, elbows, finger strikes, open hand strikes, leg stamps, etc, etc.).

What that means is that in order to be effective you need to close the gap between you and your opponent without getting pummeled with kicks. There are a few things that I would suggest you concentrate on in order to achieve this. They are distance, footwork, blocks, intercepts and counters.

You must understand the different distances in a fight scenario, typically they can be broken down into the following:
Weapons range
Committed kicking range
Short kicking range
Committed hand striking range
Short hand striking range
Trapping/elbow/knee range
Grappling range

Okay, the first thing you will probably notice is that I do not use the usual standard of kicking range, punching range and grappling range and there is a reason for that. There is too much variance in each of these three ranges to effectively practice your movement, it is limiting to do so and we train to expand our knowledge and abilities. The seven ranges I have listed all can cross over one another and is dependant upon many factors the most obvious being the size and abilities of your opponent.

It is important to train against opponents of varying sizes as this will greatly change the way in which you will have to respond. For example if someone who is kicking you stands at 5'1" you may be able to get into trapping range with one step but against someone who is 6'4" you may need explode in differently or take an additional step.

OPTIONS FOR CLOSING THE DISTANCE
There are three initial options for you:
1. Close the gap before the kick is launched
2. Avoid the kick and close the distance
3. Block/Intercept the kick and close the distance

Again each of these options should be practiced at all of the different distances from which kicks are delivered.

The best option always is to get to the distance you want to fight at prior to any incoming kicks being delivered, this means quick, efficient and effective footwork.

Next preference is to avoid the kick and close the distance, again this is dependant upon quick, efficient and effective footwork.

Finally, if you cannot choose options 1 or 2 then you have to block or intercept the kick and close the distance. The reason I put this as your last choice is that you are more likely to get hit with this option than with the first two.

THINGS TO CONSIDER

What type of kick is it? You do not want to try and block a thai kick to your head with a tan sao for example (I know of two people who broke their arms trying to block thai round kicks with their arms so this comes from experience!). No matter how good you think you are at blocking and redirecting the oncoming force you can get caught out and your arm is no match for a well delivered thai round kick.

How early do you see the kick? The earlier you see the kick the better, what you want to try and do is stop the kick from being delivered at the earliest point from release. This typically means as soon as the foot is leaving the ground you want to block it with your foot or intercept it with your own kick.

How do I block the kick? Once a kick is on its way your block does not need to be powerful if you are quick as there will be little power built into your opponents kick at the beginning of their kicking motion. This is often referred to as the arc of power, the key thing to remember is block it early. Block kicks with your lead foot whenever possible, this is the most effective tool you can use to block the kicks as it is the closest to the start of your opponents kicking foot and so has a shorter distance to travel, from the first day of training in Wing Chun you learn about economy of motion and this is a prime example. You can jab your foot into the kick to stop it or you can deflect the incoming kick with your foot/leg.
If you are blocking with your hand/arm then deflect the kick and do not resist the kick.
Never try to meet a kick with force when blocking with your hand/arm as this can lead to the 'blocked' kick taking out one of your weapons and a long wait at the hospital to fix your arm. A good rule of thumb is to deflect the kicking leg at the sides of the leg (imagine two lines running down the insides and outsides of the thighs to the ankle) for example on a front kick you would deflect the power to either the left or right hand side and not try to deflect it by contacting the top of the kick as the power from the kick could pass through the block and make contact, the same principle for a side kick deflect the power at the side of the leg forcing the leg downwards and not meeting it at the front of the leg head on.

How do I intercept the kick? This is simply where your opponent launches a kick and you deploy a quicker more direct kick to strike your opponent before his kick can be completed. A favorite of the Wing Chun student is a kick to the standing leg for example if your opponent is launching a round kick with his rear leg then you would deliver a short direct stamp to his supporting knee. Another very effective intercept which is unique to the Wing Chun system is the targeting of the inside of the hips. This again is very effective against round kicks and can be delivered to either hip, this has the effect of not only damaging the hip joint but also dropping your opponents torso forward open for effective striking. Intercept kicks using the same principle as you do your Wing Chun hand intercepts, the shortest travel route between your striking tool and your opponent, this means a straight line.

A kick that is well delivered is a devastating weapon if it makes contact but it is also a lot easier to defend against than many of the hand strikes that you will be using once you do avoid, block or intercept their kicks however you must practice against them or you will get caught out especially against kicks to the knees. The Wing Chun stance is suited perfectly to defending all manner of kicks, it is up to you to use it wisely and train for that moment.

Kisah Seorang Tua

Pada suatu petang yang indah, seorang pemuda tampan bersua wajah dengan seorang tua, tenang di bawah redupan pepohon jambu batu.

"Wahai orang tua, aku melihat kau mengajar silat. Apakah dengan silat itu kau boleh menangkis sebutir peluru?" kata pemuda itu dengan nada sinis. Orang tua itu tersenyum.

"Adakah kau mempunyai peluru?" soal orang tua itu kembali. Pemuda itu terdiam kerana dia tidak mempunyai senjata api, sedangkan dia bercakap tentangnya.

Angin senja terus bertiup menyanyikan melodi malam yang hampir menjelma.

"Apakah gunanya kita belajar silat? Sedangkan kita akan mati jua akhirnya?" soal pemuda itu kembali.

"Berpantang mati sebelum ajal." jawab orang tua itu ringkas, tegas dan penuh mistik.

"Namun itu tidak dapat menjelaskan mengapa kau harus mengajar kaum hawa bersilat. Perempuan itu bersifat lemah dari segi fizikal dan perawakannya lembut. Sedangkan silat adalah kerja pendekar!" ujar pemuda itu penuh yakin.

"Kau telah menjawab soalanmu sendiri." sahut orang tua itu dengan tenang.

"Kepada orang lemah kita mengajar silat kerana mereka lebih memerlukannya untuk mempertahankan diri jika dibandingkan denga orang yang kuat. Bukankah yang selalu menjadi mangsa kejahatan adalah orang yang lemah? Sebenarnya, kejahatan itu suka kepada yang lemah dan takut kepada orang yang kuat." ujar orang tua itu lagi.

Kata-kata orang tua itu jatuh ke dalam kesedaran pemuda tersebut. Perlahan-lahan hatinya mula terbuka bagai bunga yang mekar pagi bagai gurun selepas hujan. Namun kesangsian masih melukis benang curiga di dalam cermin hatinya, lalu meledak menjadi bicara hangat.

"Aku tidak perlu belajar silat kerana aku tidak suka kepada pergaduhan. Aku seorang yang baik." kata pemuda itu kemudiannya.

"Tidak semua orang di dunia ini yang baik sepertimu.." sahut orang tua itu sambil melemparkan senyuman.

Tuesday, October 12, 2010

Pengenalan kepada kad perubatan

Anda tahu apa itu Kad Perubatan?

Kad perubatan adalah kad yang memberi kemudahan kepada anda untuk mendapatkan rawatan terbaik di hospital swasta secara cashless. Anda juga boleh menyimpan wang sendiri untuk perubatan dan kenapa perlu kad perubatan?

Jika anda simpan RM200 sebulan. Bila simpanan anda akan menjadi RM500,000? Anda perlukan 208 tahun!

Dengan medical card, anda simpan RM200 sebulan. Prudential akan bayar semua bi perubatan anda. Seperti yang saya katakan, anda menyimpan bukan membayar untuk kad perubatan.

Dengan simpanan RM200 sebulan bersama Prudential, anda kana mempunyai RM150K bersara nanti. Wang anda dilaburkan dengan keuntungan 9% setahun

Adakah wang anda akan berkurangan jika anda membuat tuntutan? Jawapannya TIDAK. Tidak kira berapa banyak anda tuntut RM1K, RM10K, RM50K, RM500K. Wang simpanan anda masih selamat dan tidak berkurangan.

Jika anda menyimpan secara sendiri tanpa Prudential, simpanan anda tidak selamat. Contohnya anda mempunyai RM30K. Bil perubatan RM50K. Anda keluarkan RM30K, dan masih perlukan RM20K.

Apa yang boleh lakukan adalah meminjam duit atau keluar KWSP jika layak.

Ini memberikan masalah kepada anda.

Kad Perubatan produk yang bagus?

YA! Anda mempunyai perlindungan perubatan, dan simpanan masa hadapan yang tidak akan berkurangan. Tidak perlu keluarka KWSP atau meminjam wang. Dengan kad perubatan Prudential anda mempunyai kewangan kukuh dan bahagia. Semua ini hanya RM100 sebulan.

Kenapa terlalu lewat apabila bersara nanti?

Premium (bayaran bulanan) akan mahal. Paling kurang RM500 sebulan.
Permohonan insurans anda akan ditolak kerana anda telah menghidap pelbagai jenis penyakit.
Anda mungkin bersara sebagai jutawan dari duit simpanan atau KWSP tetapi adalah lebih baik jika insurance membayar bill hospital anda dan duit simpanan anda tidak digunakan.

*Saya telah berjumpa dengan ramai rakyat Malaysia yang berumur 55 tahun ke atas yang berjumpa saya untuk memiliki insurans nyawa dan medical kad. Jika mereka sihat, tiada masalah. Tetapi jika mereka mempunyai penyakit seperti diabetes, permohonan mereka akan ditolak oleh Prudential. Mengapa mereka ingin memiliki medical kad? Kerana mereka sedang membayar sebanyak RM30K setahun untuk bil medikal mereka.

Saya bertanya, kenapa sebelum ini tidak ambil medikal kad? Mereka menjawab "Selama ini, klinikal, pembedahan dan hospital di bayar oleh syarikat saya bekerja. Rawatan diabetes saya RM70K semua dibayar oleh syarikat"

Tetapi apabila bersara, syarikat sudah tidak melindungi anda. Tetapi penyakit diabetes masih ada. Rawatan masih diperlukan. Sekarang anda mempunyai masalah besar.

Anda tahu berapa kos perubatan di hospital swasta?

1. H1N1 – 3 hari – RM3400
2. Dialisis buah pingang – RM130 per sesi (13 sesi diperlukan sebulan)
3. Pembedahan salur darah tersumbat (Kolestrol)- RM90K
4. Denggi – 7 hari – RM4100

Jika anda mempunyai medical kad dari Prudential. Semua di atas akan dibayar oleh Prudential dengan limit RM1.5 Juta seumur hidup.

Kenapa Prudential?

Prudential adalah syarikat insurans no. 1 di Malaysia. Prudential adalah syarikat gergasi dunia dari UK dan telah bertapak di Malaysia sejak 1924!

Kenapa Medical Kad Prudential ?

Perlindungan besar sehingga RM1.5 juta. Hanya tunjukkan medikal kad anda dan Prudential akan membayar bil anda
Tambahan anda akan menerima wang saku hospital sebanyak RM250 sehari. Jika 7 hari di hospital, maka anda akan menerima wang saku sebanyak RM1750. Wang ini dapat mengurangkan beban perbelanjaan harian semasa rawatan anda.

Pentingnya plan pendidikan anak

Pernah tak terfikir, kalau kita sakit atau meninggal dunia, siapa yang akan jaga dan membesarkan anak2 kita?

Siapa yang nak sediakan makanan, pakaian, kasih sayang dan pendidikan untuk mereka?

Takkan nak biarkan anak kita terbiar di badan2 kebajikan..

Untuk itu, kita kena sedar kepentingan Pelan Pendidikan Prudential, di mana melalui pelan ini, masa depan anak terjamin. Duit untuk pendidikan mereka dah tersedia. Kalau parents mengalami critical ilness pelan akan menjadi free. Begitu juga kalau ibu/bapa meninggal, pelan juga free. Maksudnya kita tak perlu lagi menyimpan setiap bulan, sebaliknya hanya tunggu tempoh matang untuk dikeluarkan bagi menampung yuran pendidikan.

Tanggungjawab anak ialah belajar. Tapi apa jadi kalau mereka cemerlang dan dapat offer masuk IPT, kita pula tak mampu nak membayar yuran pengajian mereka? Anak-anak dah menjalankan tugas mereka dengan baik, sebaliknya kita yang gagal menjalankan kewajipan kita.. Oleh itu, menyimpanlah dari sekarang. Hanya dengan menyimpan RM 80 sebulan, anda telah membuka satu akaun pendidikan beserta kad perubatan untuk anak anda. Fikir-fikirkanlah..


Najib Prudential
019-229 9647
najib.phileo@gmail.com

Monday, October 11, 2010

Satu lawan 8

Tok Garang IV ada banyakA pengalaman bertempur dan berentap.. Salah satunya yang sentiasa terpahat di hati sanubari ialah pada tahunA 1982 di Panggung Rex, Petaling Street.

Tok Garang IV tidak 'perfect'.. banyak dosa dengan diri sendiri dan manusia serta banyak dosa dengan tuhanA robbul alamin. Kalau anda hendak jadi manusia serba 'perfect', anda kena lantik diri anda jadi agent 007. DiA dunia ini hanya James Bond sajalah yang perfect..

Allahyarham Tok Garang Yusuf berentap, berbunuhan dah ratusan tahun dulu. Tok Garang IV hanya sekadar berentapA mematahkan tulang dan apa2 saja tulang yang dapat dicapai.

Jam 11.45 pagi (march 1982).. Masa tue Tok Garang IV masih lagi handsome dan muda. Tahun baru nie genaplah 51A tahun... banyak umur dah.. Tok Garang IV beli tiket di kaunter panggung rex.. Ramai manusia berpusu2 (ulatA tiket pun sibuk)... Tiba2 secara tidak sengaja Tok Garang IV berlaga bahu dengan CE.. maklum sajalah, movieA yang hendak di tayang adalah movie pasal kung-fu...

Itu CE menjerit sekuat hati.. "Oii melayu.. lu buta , talak nampak ka? Tok Garang IV membalas kata2 si CE..A 

"sapa buta..?? lu la buta.. kalau lu nampak lu tepi, jalan laaa..." Seperti kilat Si CE ini telah bagi satuA 'side kick' dan hinggap di kepala Tok Garang IV. Cermin mata Tok Garang Iv terpelanting dan berderai...A 

Walaupun mata Tok Garang IV kurang nampak (kelabu asap) tapi masih bernasib baik mata hati Tok Garang IVA terang (tuhan bagi nampak, DIA bagi pinjam sekejap).. lalu ternampaklah penyepak terbang dari Si CE ini.. TokA Garang Iv 'repeat' sendeng atas dan 'repeat' siku potong... dua das beb, Si CE terpelanting dan sujud takA mengadap kiblat..

Tok Garang Iv ingatkan seorang.. rupa2nya ada ramai CE.. datang seorang dan menjerit seperti saka puaka denganA memasang bunga kung-fu.. "WACAAAA......!!!". Orang ramai lari bertempeliaran..A 

Serangan ke-2 iaitu penumbuk terkena dada Tok Garang IV. Tok Garang IV 'repeat' dengan kidong kiri dan pukulanA siku kanan singgah di pipi kanan Si CE ini dan seterusnya mematahkan tangan kanannya... Si CE ini telahA jatuh...

Serangan ke-3 & ke-4, Tok Garang IV pakai buah hujung dan melempang kedua2nya.. lalu jatuh terduduk..

Si CE yang ke-5 menyerang Tok Garang IV dengan pisau seperti yang anda2 lihat dalam adengan kung-fu... mataA pisau itu memcecah perut.. lalu kidong kiri telah di 'apply' dan 'spring' & hentak CE di pinggang denganA lutut.. pisau itu telah di rampas tetapi Si CE bernasib baik pisau itu telah terjatuh.. Kesannya pelipat SiA CE telah terkulai.. Kalau anda nak sambut kidong kiri, anda kena tahu saat dan ketika (toma'ninah).. Lebih2A lagi si penyerang adalah bersenjata... Jangan salah sambut nanti bocor tapak tangan..

Serangan CE yang ke-6, penyepaknya kena di sebelah kanan bahu Tok Garang IV. lalu di blok pakai siku sambilA tangan kanan melempang mukanya dan kaki Tok Garang IV menujah lutut kiri Si CE ini hingga patah kakinya..

Si penyerang yg ke-4 dan ke-5 tadi bangun dari pening.. sekali lagi bukak dia punya kung-fu.. Tok Garang IVA tambah lagi pelempang 'kredit' percuma..A 

Setelah itu penyerang ke-7 dan ke-8 pula telah menumbuk muka... Tok Garang IV telah 'apply' kaedah B (tanganA kanan) dan secara serentak tangan kiri melempang belakang tengkuk (sambil menarik tengkuk).. seterusnya sikuA kanan sampai ke muka.. Si CE ini jatuh dengan sadis-nya..A penyerang ke-8 telah dihadiahkan buah kuntau jatuh dari serangan belakang... kesannya amat menyedihkan..A 

Pertempuran ini mengambil masa 1/2 minit untuk T.K.O dan K.O...

Saturday, October 9, 2010

Kepada yg faham..

Limau purut bersegi-segi,
Letakkan mari di dalam tangguk,
Rimau tua tidak ada bergigi,
Cobalah coba hulurkan tengkuk.

Ambil biola mari digesek,
Gesek mari di tengah rumah,
Harimau diam jangan diusik,
Kalau menerkam buruk padahnya.

Anak Cina menocok atap,
Duduk menocok waktu pagi,
Bila harimau mulai menangkap,
Rambut tuan pun tak tinggal lagi.

Limau lelang di tepi lobang,
Petik benihnya di hujung dahan,
Harimau garang duduk menyangkong,
Kalau kau berani lalu di depan.

7 petak 7 penjuru,
bakar kemenyan disudut laman,
dengan petua maha guru,
harimau garang ku buat teman.

Thursday, October 7, 2010

Asal Usul DENMARK

Pada zaman dahulu kira-kira pada kurun ke-16 yang lalu, tinggallah seorang ibu dengan empat belas orang anaknya yang berasal dari Negeri Sembilan di Benua Eropah. Mereka menyara hidup dengan bermain bola sepak menentang kelab-kelab bola sepak yang ada di sana.

Bapa mereka telah meninggal dunia semasa dalam perjalanan untuk pergi ke Benua Eropah beberapa tahun lepas. Jadi ibu merekalah yang menjadi pengurus bola sepak bagi anak-anaknya.

Pada satu hari mereka terdengar kabar angin mengatakan bahawa pertandingan bola sepak Benua Eropah akan berlangsung tidak lama lagi. Jadi pertandingan diadakan untuk memilih pasukan manakah yang akan mewakili negara tersebut.

Setelah berbincang dan mendapat kata sepakat, mereka bersetujulah untuk mencuba nasib. Maka berlatihlah mereka sekerap mungkin untuk mewakili negara tersebut.

Nak dijadikan cerita, sampailah mereka ke pertandingan akhir. Jika mereka menang, mereka akan mewakili negara itu. Seperti biasa, ibunya akan memastikan kesemua anaknya ada di situ dan dalam keadaan baik. Maka dipanggillah seorang demi seorang.
"Along.. ado tak?
"Den mak."
"Alang?"
"Den mak."
"Angah?"
"Den mak."
Kebetulan pada masa itu, urusetia pertandingan lalu dan terdengar mereka menyebut 'Den Mak' berkali-kali. Beliau yang tidak tahu langsung Bahasa Negeri Sembilan berminat benar dengan perkataan 'Den Mak' yang mereka sebutkan tadi lalu dipanggillah mereka dengan nama "Denmark". Setelah selesai perlawanan, pasukan "Denmark" menang dan mewakili negara itu. Memandangkan negara itu masih belum ada nama yang sesuai maka negara itu juga dinamakan "Denmark" sempena nama pasukan bola sepak yang berasal dari Negeri Sembilan itu.

Monday, October 4, 2010

DENGAN TENAGA KECIL MENGALAHKAN TENAGA BESAR

Di dalam tui shou taichi dipelajari cara-cara menangkis dengan menggunakan tenaga sekecil-kecilnya tetapi memberikan hasil yang sebesar-besarnya. Setiap tangkisan yang tidak menggunakan cara ini pasti memerlukan tenaga cukup besar, sebagai akibatnya akan menjadi cepat letih karena mengeluarkan tenaga yang tidak efisien.

 
Teori Tangkisan
Melakukan gerak dalam tui shou harus memperhatikan lima pokok cara menangkis yang berhubungan satu sama lain. Hanya oleh ilmu pengetahuan dipisahkan untuk membedakan cara yang satu dengan cara yang lain.
 
1. Meminjam tenaga lawan atau menambah tenaga sendiri pada tenaga serangan lawan yang sejurus.
Maksudnya diusahakan agar jurusan tangkisan sama dengan arah serangan lawan. Bila bertentangan berarti mengeluarkan tenaga besar. Menurut mekanika, tenaga ditambah tenaga yang sejurus memberi hasil yang maksimum. Jadi, tenaga tangkisan yang kita keluarkan ditambah tenaga serangan lawan akan menghasikan akibat yang besar.
2. Mengubah jurusan serangan lawan
Maksudnya setiap serangan lawan yang diarahkan ke badan kita, hendaknya diubah jurusannya misalnya dengan mendorong lengan lawan sehingga pukulannya berubah arah ke luar badan kita.
3. Menangkis pada saat yang benar
Maksudnya semakin terlambat melakukan tangkisan, makin besar tenaga yang diperlukan, maka cara menangkis yang benar adalah pada saat yang belum terlambat. Sebelum lawan mengeluarkan tenaga telah kita tangkis, sehingga tangkisan kita menjadi ringan.
4. Sistem menempel
Maksudnya jika salah satu bagian tubuh kita menempel pada tubuh lawan, maka kita dapat merasakan gerakan yang akan dila-kukan lawan. Dengan demikian kita dapat lebih cepat menyesuaikan diri dan mengikuti jurusan serangan lawan.
5. Mengubah posisi sendiri
Maksudnya jika pihak lawan terlampau kuat, maka ketentuan kedua yakni mengubah jurusan serangan lawan tidak mungkin kita lakukan, maka jalan yang dapat kita tempuh ialah mengubah posisi sendiri sehingga jurusan serangan lawan tidak lagi mengarah ke badan kita. Hal ini dapat dilakukan dengan mengubah kuda-kuda yang satu ke kuda-kuda lain atau lebih banyak terjadi memindahkan letak kaki yang berada di depan ke belakang.
 
Teori Jarak
Setelah memahami cara menangkis, maka teori jarak harus dipelajari dengan seksama agar tangkisan menjadi lebih sempurna, mengingat setelah menangkis kita harus siap untuk melakukan serangan.
Jika kita terkena pukulan lawan, berarti jarak antara kita dan lawan ditinjau dari sudut yang menangkis adalah salah. Sebab jika kita mundur sedikit saja maka serangan tadi tidak akan mengenai sasaran. Teori ini mempelajari jarak yang ideal dalam menghadapi lawan, baik ketika dalam posisi berhenti maupun ketika bergerak pada setiap saat.
Jika menyerang maka kita harus memperkecil jarak dan jika menangkis maka kita harus memperbesar jarak.
 
Teori Sebab dan Akibat
Teori inipun penting diperhatikan sebelum kita melaksanakan tujuan dari tangkisan. Teori ini mempelajari akibat apa yang dapat timbul karena suatu sebab, sedangkan akibat ini akan timbul pada kedua belah pihak, baik pihak penyerang maupun pihak penangkis.
Jika akibat pada pihak penyerang dipandang pula sebagai sebab, maka akan mengakibatkan lagi dua akibat kepada pihak penyerang dan pihak penangkis. Demikian pula bila akibat pada penangkis tadi dipandang sebagai sebab, maka akan terdapat dua akibat juga pada penyerang dan pada penangkis.
Makin banyak kita berlatih, maka kita dapat memperkirakan apa yang akan dilakukan oleh pihak lawan apabila kita melakukan suatu serangan yang menjadi suatu sebab.
Sebelum melaksanakan tujuan tangkisan maka kita harus mempertimbangkan dahulu teori sebab dan akibat ini agar kita waspada terhadap gerakan lawan berikutnya.

Friday, October 1, 2010

Peribahasa Lama

- Ke hilir kena kutuk sultan, ke mudik kena kutuk raja = Orang yang serba salah kerana melanggar perjanjian.
- Bagai mengepal pasir yang kering = Kesukaran menyatukan perbezaan pandangan tahu di angin turun naiknya, tahu tentang alamat tentang peristiwa yang bakal terjadi.
- Syak fasik, yakin salih; batulah yang jadi juadah = Yakin maksud tercapai.
- Ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencucuk dan duri yang akan mengait = Halangan dan rintangan dalam sesuatu usaha.
- Bulan terang paksa baik: payang ke laut, baluk pun ke laut juga = Dalam zaman kemakmuran semua orang berlumba-lumba mencari keuntungan.
- Sudah ada biduk, tetapi serempu pula = Berebut kuasa.
- Menuntut piutang lapuk = Melakukan sesuatu yang sia-sia.
- Itik bertaji = Sangat penakut tetapi sombong.
- Keris tersisip di dinding, pedang tajam dalam sarungnya = Perbuatan yang pandir.
- Biarlah luka di dada jangan luka di belakang = Biar alah kerana melawan jangan alah kerana melarikan diri.
- Peluru perak pemecah kubu yang kuat = Kerana duit semuanya dibongkarkan
- Sungguh kawat yang dibentuk, ikan ditebat yang diadang = Tipu muslihat yang tersembunyi demi mencari keuntungan diri.
- Perut tidak bertelinga = Nasihat yang tidak akan diturutkan
- Syarak yang mengata, adat yang memaksa = Syarak dan adat tidak dapat dipisahkan
- Pecahlah kapi, putuslah suai = Sesuatu yang tidak dapat dibaiki lagi (sejarah) dan menanggung malu teramat sangat.