Friday, September 24, 2010

Guru ku yang pertama; Allahyarham Bapak Baharom

Berikut adalah riwayat hidup guru ku yang pertama;
Allahyarham Bapak Baharom Hathir.
Aku mempelajari Silat Serimau Hitam ketika bersekolah di SEMESTI(1993-1997)


Pada suatu petang keluarga Allahyarham En. Hathir bin Haji Kecil iaitu ayah Pak Baharum sedang beristirehat di rumahnya di kampung Kemunting, Taiping perak. Tiba-tiba datang segerombongan Bintang Tiga kerumahnya untuk menangkap Pak Hathir. Ayahnya telah dituduh sebagai tali barut Jepun (Jitsu).
Ayahnya telah ditangkap dan telah diheret untuk dihukum pancung. Pada ketika itu seorang anak teruna yang berusia 13 tahun iaitu Pak Baharum bin Nin Hathir bersama keluarganya hanya mampu menangis sahaja. Tetapi di sebalik tangisan itu tersemat perasaan dendam membara terhadap Bintang Tiga yang telah menculik ayahnya dan di hukum pancung.
Pada waktu senja, tanpa diketahui oleh ibunya, Allahyarham Pak Bharum dan abangnya iaitu Daud telah menyelamatkan bapanya daripada pusat tahanan Bintang Tiga. Dengan berbekalkan ilmu persilatan yang telah dipelajari daripada datuknya, maka dengan izin Allah S.W.T. mereka berjaya melepaskan bapanya dan melarikan diri sekeluarga ke Kuala Kangsar untuk mendapatkan perlindungan.
Bermula dari situlah allahyarham Pak Baharum mulai sedar bahawa pentingnya ilmu persilatan. Maka beliau mulalah menjelajahi seluruh semenanjung Malaysia termasuk Singapura untuk mempelajari dan mendalami ilmu persilatan sehinggalah beliau diijazahkan sebagai seorang guru dalam ilmu persilatan.

Penubuhan Seni Silat Serimau Hitam

Persatuan Seni Silat Serimau Hitam Perak telah ditubuhkan pada awal tahun 1971 oleh Pak Guru Baharum bin Hathir. Pada ketika itu persatuan ini lebih dikenali dengan nama Persatuan Seni Silat Selima Hitam iaitu hasil daripada gabungan dari lima jenis silat yang telah dipelajari olek allahyarham Pak Guru Baharum. Antaranya ialah beliau telah menuntut Silat Gayung, Silat jawa, Silat Cekak, Silat Sambarani dan Silat Wali Suci.
Oleh kerana nama Selima itu tidak begitu popular pada masa itu, maka pada penghujung tahun 1971, Persatuan Seni Silat Selima Hitam yang no pendaftaran -1920/pk telah ditukarkan kepada seni silat Serimau Hitam Perak yang no pendaftarannya ialah – 2526/86. Pada sekitar awal tahun 1980-an persatuan ini hanya bergerak secara kecil-kecilan iaitu dari sekitar Kampar dan Malim Nawar, Perak sahaja. Tetapi pada akhir tahun 80-an silat ini mula berkembang di daerah-daerah lain termasuk sekolah dan pusat pengajian tinggi. Sehingga kini jumlah keahlian adalah melebihi 5000 oarang yang telah menyertai seni silat Serimau Hitam Perak di sekitar Perak.

Sejarah Gabungan Lima Jenis Perguruan Persatuan Seni Silat Serimau Hitam

Selepas kejadian peristiwa oleh Bintang tiga keatas allahyarham Pak Baharum, beliau mula mendalami ilmu persilatan dengan lebih serius dan bersunguh-sungguh. Persilatan pertama Pak Baharum ialah dengan Pak Lek Juwono bin Rawi Klang di negeri Johor. Beliau mempelajari dan memdalami seni Silat Jawa sehinggalah diijazahkan sebagai guru.
Oleh kerana beliau merasakan dirinya tidak cukup berilmu maka beliau menuntut dengan guru lain. Selepas itu beliau mempelajari ilmu Seni
Silat Cekak dan berguru dengan Tuan Hj Yahya. Menurut cerita Seni Silat cekak berasal dari negeri Kedah iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin.
Pada ketika itu Silat Cekak ini adalah hanya dipelajari oleh kaum kerabat diraja sahaja. Tetapi oleh kerana tiada waris yang boleh lagi diperturunkan maka barulah ilmu tersebut diajar kepada rakyat jelata pada ketika itu. Selepas beliau berguru dengan Tn.Hj. Yahya dan mendalami ilmu silat Cekak, beliau pula berguru dengan Mahaguru asal seni Silat Gayung, iaitu Tuan Syed Al-Atass di Pulau Selulung, Singapura. Pak Baharum berguru sehinggalah diiktiraf sebagai guru kanan dan diiktiraf sebagai gelaran khalifah tertinggi dalam persilatan tersebut. Semasa diperguruan inilah ilmu kebatinan seperti mandi tapak, potong tangan, mandi minyak, mandi hujung pedang dan sebagainya telah diperolehi dari Tuan Syed. Oleh kerana pada ketika itu Haji Baharum merasakan lagi kekurangan tentang ilmu persilatan, maka beliau memperhambakan diri dengan guru Pendekar Amin yang berasal dari negeri Perak. Beliau mempelajari ilmu Silat Sambarani (Helang)
Corak latihan dan pengajaran yang dipelajari bersama Pendekar Amin adalah sangat lasak dan tangkas. Ia memerlukan kekuatan fizikal untuk bersilat secara layang dan terbang serta main bawahan kekuda rendah. Setelah khatam berguru dengan pendekar Amin, beliau mendalami ilmu Seni silat Wali suci di negeri kedah, dengan seorang guru yang bernama Pak Bidin. Dalam ilmu persilatan inilah pak Baharum mendalami ilmu agama dan pelbagai ilmu seperti perubatan ilmu kebatinan dan tradisional dan sebagainya lagi.Oleh kerana Pak Bidin semakin uzur maka Pak Baharum telah dilantik dam ijazahkan sebagai guru sekali lagi.
Pak Baharum juga mendalami ilmu Silat Wali Suci dengan Pak Karim di Perak.
Pak Baharum telah mendalami dan mempelajari ilmu persilatan selama lebih 15 tahun. Setiap perguruan beliau dianugerahkan sebagai guru. Beliau mempunyai azam , matlamat dan daya usaha yang gigih bagi mencapai cita-citanya. Kini beliau telah diiktiraf sebagai guru dan pengasas PERSATUAN SENI SILAT SERIMAU HITAM PERAK.

5 comments:

  1. Al-Fatihah untuk Allahyarham.
    Banyak sumbangan beliau dalam ilmu persilatan...

    ReplyDelete
  2. salam ms maslina,
    dulu belajar cawangan mana?

    ReplyDelete
  3. al-fatihah pada arwah bapak..

    ReplyDelete
  4. bertemu kenalan lama semasa pergelanggangan? sila ke FBook.persatuan seni silat serimau hitam perak(pssshp):)

    ReplyDelete
  5. sempat berguru dengan Pak Baharom selama 2 tahun sahaja di SEMESTI Teluk Intan (1993-1995)..seorang guru yang sangat hebat ilmu dan budi pekertinya..semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat..Amin..

    ReplyDelete