Saturday, September 25, 2010

Guru ku yg kedua; Allahyarham Ustaz Ishak Itam

*Pengalaman berhadapan pengguna '4 kaedah' ketika di IPT membawa aku kpd Silat Cekak juga dikenali Silat Papan Sekeping / Silat Kedah.

Berikut adalah kisah guru ku yg kedua; Ustaz Ishak Itam

Tenang dan damai raut wajahnya.
Terkeliru umum akan tingkahnya.
Marahnya mendidik, bukan menghina.
Senyumnya menawan penuh rahsia.

Tuan Haji Ishak bin Itam sejak dari kecil lagi telah meminati seni silat Melayu, iaitu bermula dari umur 9 tahun sehingga ke umur 18 tahun beliau telah mempelajari Silat Gayung Fatani melalui bapa saudaranya En. Bakar dan En. Shafie b. Din. Seterusnya beliau mempelajari Silat Kuntau Jawa dari En. Hassan Jawa selama 2 tahun dan kemudiannya telah mempelajari Silat Sendeng dan Silat Minangkabau.

Kemudian beliau mempelajari pula Tomoi Siam dari En. Osman b. Ahmad (Man Balak) sehingga beliau menjadi Guru Tomoi selama 2 tahun. Semasa menjadi Guru Tomoi, beliau begitu yakin bahawa tiada satu silat Melayu boleh mengalahkan Tomoi Siam.

Selain daripada ilmu persilatan, beliau telah mempelajari ilmu kebatinan melalui Ustaz Azizan (Izan). Di samping itu, beliau telah mempelajari cara-cara membuat ubat tradisional merawat penyakit kencing manis. Tuan Haji Ishak b. Itam juga pernah mendapat pendidikan agama secara formal di Pondok Tuan Haji Mat Salleh Mesir, Tanah Liat yang pada masa ini menempatkan Maktab Adabi. Kemudian belajar pula di Pondok Pokok Sena (tafsir) dengan Tuan Guru Haji Ahmad b. Tuan Haji Hussein.

Pada tahun 1969, YM Ustaz Haji Hanafi b. Haji Ahmad telah dapat membuka kelas di Bukit Mertajam bertempat di Kubang Semang iaitu terletak lebih kurang 2 batu dari Cawangan PSSCM Seberang Perai pada masa sekarang ini. Kelas ini adalah merupakan kelas pertama yang diwujudkan di Bukit Mertajam, dimana pada masa tersebut bergerak di bawah Perkumpolan Seni Sari Budaya Sri Kedah.

Kelas ini telah diasaskan oleh Encik Abdullah b. Mohamad Zain dengan penyertaan seramai 16 orang penuntut. Dalam masa yang sama seorang tukang gunting rambut Encik Wan Omar telah berjaya mengajak YM Tuan Haji Ishak b. Itam untuk mempelajari Silat Cekak ini.

YM Tuan Hj Ishak bin Itam telah berjaya belajar silat ini selama 30 hari latihan sahaja. Setiap kali latihan, beliau sering dipukul oleh YM Ustaz Haji Hanafi dengan pokok teh pagar yang bertujuan hendak mengajar beliau supaya bersabar dan menerima ilmu silat ini dengan ikhlas hati dari tangan gurunya sendiri disamping menerima berbagai ujian dari gurunya.

YM Ustaz Hanafi b. Haji Ahmad kemudiannya telah melantik beliau menjadi jurulatih. Sepanjang penglibatan beliau sebagai jurulatih, banyak tempat dan Cawangan serta Kelas Latihan telah disertainya termasuklah di TUDM Butterworth (1977), Kepala Batas (1978), Cheruk Tok Kun (1975) dan di Kulim (1982). Beliau seringkali berulang alik mengajar silat ini di S. Perai dan P. Pinang.

Apabila YM Ustaz Haji Hanafi kembali ke Rahmatullah pada 13 Ogos 1986, YM Tuan Haji Ishak bin Itam telah diisytiharkan sebagai YM Guru Utama pada 21 September 1986. Kelas pertama diijazahkan oleh beliau sebagai Guru Utama adalah di UPM pada 13 Oktober 1986 seramai 27 orang. YM Tuan Haji Ishak b. Itam terus menerajui PSSCM sehingga 3 Jun 2009.

Friday, September 24, 2010

Guru ku yang pertama; Allahyarham Bapak Baharom

Berikut adalah riwayat hidup guru ku yang pertama;
Allahyarham Bapak Baharom Hathir.
Aku mempelajari Silat Serimau Hitam ketika bersekolah di SEMESTI(1993-1997)


Pada suatu petang keluarga Allahyarham En. Hathir bin Haji Kecil iaitu ayah Pak Baharum sedang beristirehat di rumahnya di kampung Kemunting, Taiping perak. Tiba-tiba datang segerombongan Bintang Tiga kerumahnya untuk menangkap Pak Hathir. Ayahnya telah dituduh sebagai tali barut Jepun (Jitsu).
Ayahnya telah ditangkap dan telah diheret untuk dihukum pancung. Pada ketika itu seorang anak teruna yang berusia 13 tahun iaitu Pak Baharum bin Nin Hathir bersama keluarganya hanya mampu menangis sahaja. Tetapi di sebalik tangisan itu tersemat perasaan dendam membara terhadap Bintang Tiga yang telah menculik ayahnya dan di hukum pancung.
Pada waktu senja, tanpa diketahui oleh ibunya, Allahyarham Pak Bharum dan abangnya iaitu Daud telah menyelamatkan bapanya daripada pusat tahanan Bintang Tiga. Dengan berbekalkan ilmu persilatan yang telah dipelajari daripada datuknya, maka dengan izin Allah S.W.T. mereka berjaya melepaskan bapanya dan melarikan diri sekeluarga ke Kuala Kangsar untuk mendapatkan perlindungan.
Bermula dari situlah allahyarham Pak Baharum mulai sedar bahawa pentingnya ilmu persilatan. Maka beliau mulalah menjelajahi seluruh semenanjung Malaysia termasuk Singapura untuk mempelajari dan mendalami ilmu persilatan sehinggalah beliau diijazahkan sebagai seorang guru dalam ilmu persilatan.

Penubuhan Seni Silat Serimau Hitam

Persatuan Seni Silat Serimau Hitam Perak telah ditubuhkan pada awal tahun 1971 oleh Pak Guru Baharum bin Hathir. Pada ketika itu persatuan ini lebih dikenali dengan nama Persatuan Seni Silat Selima Hitam iaitu hasil daripada gabungan dari lima jenis silat yang telah dipelajari olek allahyarham Pak Guru Baharum. Antaranya ialah beliau telah menuntut Silat Gayung, Silat jawa, Silat Cekak, Silat Sambarani dan Silat Wali Suci.
Oleh kerana nama Selima itu tidak begitu popular pada masa itu, maka pada penghujung tahun 1971, Persatuan Seni Silat Selima Hitam yang no pendaftaran -1920/pk telah ditukarkan kepada seni silat Serimau Hitam Perak yang no pendaftarannya ialah – 2526/86. Pada sekitar awal tahun 1980-an persatuan ini hanya bergerak secara kecil-kecilan iaitu dari sekitar Kampar dan Malim Nawar, Perak sahaja. Tetapi pada akhir tahun 80-an silat ini mula berkembang di daerah-daerah lain termasuk sekolah dan pusat pengajian tinggi. Sehingga kini jumlah keahlian adalah melebihi 5000 oarang yang telah menyertai seni silat Serimau Hitam Perak di sekitar Perak.

Sejarah Gabungan Lima Jenis Perguruan Persatuan Seni Silat Serimau Hitam

Selepas kejadian peristiwa oleh Bintang tiga keatas allahyarham Pak Baharum, beliau mula mendalami ilmu persilatan dengan lebih serius dan bersunguh-sungguh. Persilatan pertama Pak Baharum ialah dengan Pak Lek Juwono bin Rawi Klang di negeri Johor. Beliau mempelajari dan memdalami seni Silat Jawa sehinggalah diijazahkan sebagai guru.
Oleh kerana beliau merasakan dirinya tidak cukup berilmu maka beliau menuntut dengan guru lain. Selepas itu beliau mempelajari ilmu Seni
Silat Cekak dan berguru dengan Tuan Hj Yahya. Menurut cerita Seni Silat cekak berasal dari negeri Kedah iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin.
Pada ketika itu Silat Cekak ini adalah hanya dipelajari oleh kaum kerabat diraja sahaja. Tetapi oleh kerana tiada waris yang boleh lagi diperturunkan maka barulah ilmu tersebut diajar kepada rakyat jelata pada ketika itu. Selepas beliau berguru dengan Tn.Hj. Yahya dan mendalami ilmu silat Cekak, beliau pula berguru dengan Mahaguru asal seni Silat Gayung, iaitu Tuan Syed Al-Atass di Pulau Selulung, Singapura. Pak Baharum berguru sehinggalah diiktiraf sebagai guru kanan dan diiktiraf sebagai gelaran khalifah tertinggi dalam persilatan tersebut. Semasa diperguruan inilah ilmu kebatinan seperti mandi tapak, potong tangan, mandi minyak, mandi hujung pedang dan sebagainya telah diperolehi dari Tuan Syed. Oleh kerana pada ketika itu Haji Baharum merasakan lagi kekurangan tentang ilmu persilatan, maka beliau memperhambakan diri dengan guru Pendekar Amin yang berasal dari negeri Perak. Beliau mempelajari ilmu Silat Sambarani (Helang)
Corak latihan dan pengajaran yang dipelajari bersama Pendekar Amin adalah sangat lasak dan tangkas. Ia memerlukan kekuatan fizikal untuk bersilat secara layang dan terbang serta main bawahan kekuda rendah. Setelah khatam berguru dengan pendekar Amin, beliau mendalami ilmu Seni silat Wali suci di negeri kedah, dengan seorang guru yang bernama Pak Bidin. Dalam ilmu persilatan inilah pak Baharum mendalami ilmu agama dan pelbagai ilmu seperti perubatan ilmu kebatinan dan tradisional dan sebagainya lagi.Oleh kerana Pak Bidin semakin uzur maka Pak Baharum telah dilantik dam ijazahkan sebagai guru sekali lagi.
Pak Baharum juga mendalami ilmu Silat Wali Suci dengan Pak Karim di Perak.
Pak Baharum telah mendalami dan mempelajari ilmu persilatan selama lebih 15 tahun. Setiap perguruan beliau dianugerahkan sebagai guru. Beliau mempunyai azam , matlamat dan daya usaha yang gigih bagi mencapai cita-citanya. Kini beliau telah diiktiraf sebagai guru dan pengasas PERSATUAN SENI SILAT SERIMAU HITAM PERAK.

Tuesday, September 21, 2010

ESTET.. abg mamat best!

Sedang negara kita digemparkan dgn kes pembunuhan dato' sosilawati, mamat khalid muncul dgn filem terbarunya 'ESTET'.
Harap2 takde babak bunuh & bakar dlm filem ni.
Anyway all the best.. Aku suka semua produk mamat khalid, kalu dia jadi ahli politik satu hari nanti pun konpem aku pangkah.. huhu

Tindak balas awal

Tindak balas di peringkat awal JIKA ADA
selepas meminum KH KOPI dan cara
mengatasinya.

1) Pening / Loya
Toksid / kekotoran berlebihan di bahagian tengkok dan
kepala serta usus perut. Banyakkan meminum air suam dan
kurangkan dos pengambilan Teruskan meminum
KH KOPI sehingga masalah selesai.

2) Sakit Sendi / Berbisa Badan
Toksid di dalam sendi  keluar dan diganti dengan
pengaliran darah. Teruskan meminum KH KOPI dan
 banyakkan minum air suam.

3) Gatal-gatal kulit/kemerahan
Kekotoran di dalam daging / tulang tidak dapat
disalurkan ke usus kerana ianya terlalu banyak dan
ianya keluarmelalui liang roma kulit).Kurangkan dos
untuk beberapa hari. Banyakkan minum air suam.

4) Muntah (Orang Lelah / Asma)
Kekotoran yang melekat pada paru-paru keluar (usus
perut tidak dapat memproses disebabkan kepingan toksid
menebal di paru-paru).Minum seperti biasa.

5) Keluar darah pekat/Lendir  dari alat kelamin wanita
Kekotoran di dalam rahim seperti senggugut dan keputihan
 dicuci keluar.Minum seperti biasa.

6) Keluar lendir dan kepingan berupa pasir/sampah
 dari kelopak mataglukos dan lendir dari saraf mata, otak
dan kulit kepala berlebihan.Minum seperti biasa.

7) Keluar benda tajam seperti tulang ikan/selumar
Benda-benda kotor yang menebal pada usus besar keluar
kerana tidak dapat diproses usus.Minum seperti biasa.

8) Kencing keluar cairan seperti darah dan berpasir kekuningan
Terdapat batu karang pelbagai peringkat.Tambahkan dos
pengambilan dan banyakkanmeminum air suam.

9) Sakit di sekeliling pinggang dan perut
Batu karang mulai pecah dan dalam proses keluar.Tambahkan
dos pengambilan dan banyakkan meminum air suam.

10) Kandungan gula bertambah di dalam darah
dan air kencing. Kandungan gula yang berada di bawah
daging bersedia untuk dibuang melaui kencing dan
 peluh. Kandungan gula akan berkurangan selepas  
beberapa hari. pembuangan kencing/peluh . Minum seperti
biasa atau tambah pengambilan sekiranya tidak pening.

11) Bengkak-bengkak sendi jari-jemari.
Asid uric pada sendi keluar dan akan dibuang dengan
proses pengaliran darah di dalam tubuh.
Minum seperti biasa.

12) Buang air besar keluar minyak / bau berlebihan
Terlalu banyak kolestrol di dalam tubuh.Minum s
eperti biasa.

13) Badan terasa letih /mengantuk
Toksid, kolestrol, glukos dan angin kotor terlalu banyak
dicairkan.Minum minuman manis. Jangan dikurangkan
garam dalam makanan. Teruskan meminum KH KOPI .

14)Sendawa berlebihan.
Angin kotor keluar kerana liang roma belum terangsang
dan usus perut mula mengepam keluar kekotoran
 badan.Minum seperti bias

Sunday, September 19, 2010

Terapi Ruqyah

Sila rujuk website http://mp3ruqyah.com/ untuk keterangan lebih lanjut berkenaan terapi Ruqyah.

Surah-surah dalam RUQYAH ini adalah :-
1 Al-Fatihah
2 Al-Baqarah 1-5
3 Al-Baqarah 102
4 Al-Baqarah 163-164
5 Al-Baqarah 255 (Ayatul Kursi)
6 Al-Baqarah 285-286
7 Ali-Imran 18-19
8 Al-'Araf 54-56
9 Al-'Araf 117-122
10 Yunus 81-82
11 Toha 69
12 Al-Mukminun 115-118
13 As-Soffaat 1-10
14 Al-Ahqaaf 29-32
15 Ar-Rahman 33-36
16 Al-Hasyr 21-24
17 Al-Jin 1-9
18 Al-Ikhlas
19 Al-Falaq 
20 An-Naas

Boleh download linked file ruqyah.mp3 dari http://ruqyah-online.blogspot.com/2008/01/all-download-islamic.html

Ke bukit raja

Besok akan ke bandar bukit raja, beraya kt umah client bini aku..
Kalu sempat nk singgah jusco skali

Saturday, September 18, 2010

Anak dara kuat makan

Medical Card Prudential

Anda tahu apa itu Kad Perubatan?

Kad perubatan adalah kad yang memberi kemudahan kepada anda untuk mendapatkan rawatan terbaik di hospital swasta secara cashless. Anda juga boleh menyimpan wang sendiri untuk perubatan dan kenapa perlu kad perubatan?

Jika anda simpan RM200 sebulan. Bila simpanan anda akan menjadi RM500,000? Anda perlukan 208 tahun!

Dengan medical card, anda simpan RM200 sebulan. Prudential akan bayar semua bill perubatan anda. Seperti yang saya katakan, anda menyimpan bukan membayar untuk kad perubatan.

Dengan simpanan RM200 sebulan bersama Prudential, anda kana mempunyai RM150K bersara nanti. Wang anda dilaburkan dengan keuntungan 9% setahun

Adakah wang anda akan berkurangan jika anda membuat tuntutan? Jawapannya TIDAK. Tidak kira berapa banyak anda tuntut RM1K, RM10K, RM50K, RM500K. Wang simpanan anda masih selamat dan tidak berkurangan.

Jika anda menyimpan secara sendiri tanpa Prudential, simpanan anda tidak selamat. Contohnya anda mempunyai RM30K. Bil perubatan RM50K. Anda keluarkan RM30K, dan masih perlukan RM20K.

Apa yang boleh lakukan adalah meminjam duit atau keluar KWSP jika layak.

Ini memberikan masalah kepada anda.

Kad Perubatan produk yang bagus?

YA! Anda mempunyai perlindungan perubatan, dan simpanan masa hadapan yang tidak akan berkurangan. Tidak perlu keluarka KWSP atau meminjam wang. Dengan kad perubatan Prudential anda mempunyai kewangan kukuh dan bahagia. Semua ini hanya RM100 sebulan.

Kenapa terlalu lewat apabila bersara nanti?

Premium (bayaran bulanan) akan mahal. Paling kurang RM500 sebulan.
Permohonan insurans anda akan ditolak kerana anda telah menghidap pelbagai jenis penyakit.
Anda mungkin bersara sebagai jutawan dari duit simpanan atau KWSP tetapi adalah lebih baik jika insurance membayar bill hospital anda dan duit simpanan anda tidak digunakan.

*Saya telah berjumpa dengan ramai rakyat Malaysia yang berumur 55 tahun ke atas yang berjumpa saya untuk memiliki insurans nyawa dan medical kad. Jika mereka sihat, tiada masalah. Tetapi jika mereka mempunyai penyakit seperti diabetes, permohonan mereka akan ditolak oleh Prudential. Mengapa mereka ingin memiliki medical kad? Kerana mereka sedang membayar sebanyak RM30K setahun untuk bil medikal mereka.

Saya bertanya, kenapa sebelum ini tidak ambil medikal kad? Mereka menjawab "Selama ini, klinikal, pembedahan dan hospital di bayar oleh syarikat saya bekerja. Rawatan diabetes saya RM70K semua dibayar oleh syarikat"

Tetapi apabila bersara, syarikat sudah tidak melindungi anda. Tetapi penyakit diabetes masih ada. Rawatan masih diperlukan. Sekarang anda mempunyai masalah besar.

Anda tahu berapa kos perubatan di hospital swasta?

1. H1N1 – 3 hari – RM3400
2. Dialisis buah pingang – RM130 per sesi (13 sesi diperlukan sebulan)
3. Pembedahan salur darah tersumbat (Kolestrol)- RM90K
4. Denggi – 7 hari – RM4100

Jika anda mempunyai medical kad dari Prudential. Semua di atas akan dibayar oleh Prudential dengan limit RM1.5 Juta seumur hidup.

Kenapa Prudential?

Prudential adalah syarikat insurans no. 1 di Malaysia. Prudential adalah syarikat gergasi dunia dari UK dan telah bertapak di Malaysia sejak 1924!

Kenapa Medical Kad Prudential ?

Perlindungan besar sehingga RM1.5 juta. Hanya tunjukkan medikal kad anda dan Prudential akan membayar bil anda
Tambahan anda akan menerima wang saku hospital sebanyak RM250 sehari. Jika 7 hari di hospital, maka anda akan menerima wang saku sebanyak RM1750. Wang ini dapat mengurangkan beban perbelanjaan harian semasa rawatan anda.

Untuk keterangan lanjut SMS nama & lokasi anda kepada saya.

Mohd Najib Yusof
019-229 9647 / 019-346 9647

Atau e-mail kepada

mdnajibmdyusof@prupartner.com.my
cc najib.phileo@gmail.com

BUAH HEMPUK

*sumber sepakminang.blogspot, one of buah favourite sbb byk applikasinya.

Buah hempuk adalah merupakan buah terakhir dalam senarai yang diajar kepada kami. Buah ini juga sangat popular dan mendapat tepukan dalam pertunjukan. Perbuatan menumbuk bahagian penyawa setelah jatuhan amat mencemaskan penonton. Pandai pulak pasangan silat yang kena tumbukan melakonkan diri. Nampak macam kena betul-betul.

Pada zaman saya, setiap kali pertunjukan pisau dan tongkat maka perlu dilibatkan buah Hempuk. Buah Hempuk sangat sesuai digunakan ketika musuh menyerang dari bahagian atas dengan menggunakan senjata pendek terutamanya pisau dan tongkat.

Berdasarkan istilah, hempuk dikaitkan dengan istilah menghempuk yang membawa makna membantingkan atau menghempaskan sesuatu. Kerap kali perkataan hempuk dikaitkan dengan perasaan panas baran. Hal yang demikian dapat digambarkan dengan kata-kata, " Jangan kacau aku. Nanti aku hempuk kepala kau, baru tahu."

Dalam konteks buah Hempuk, dalam silat kita masih boleh dikaitkan antara perbuatan melakukan buah ini dengan makna istilah. Buah yang bermula dari atas hingga berakhir ke bahagian bawah, boleh dikaitkan dengan kaedah 'hempuk'. Namun begitu, cubalah kait-kaitkan sendiri.

Buah Hempuk menggunakan Kaedah D. Buah inilah satu-satunya buah yang menggunakan kaedah D apabila kita diserang di bahagian atas. Ketika mengambil buah ini, tangan kiri dan tangan kanan serta kaki kiri kita akan bergerak secara serentak dan bersepadu dalam satu proses. Seperti yang selalu saya tegaskan, mana dulu dan mana kemudiannya amat sukar dikesan melalui mata kepala. Perbezaannya adalah ketika. Saya selalu ulang-ulangkan kenyataan ini agar para pesilat dan Jurulatih khasnya, benar-benar memahami dan menghayati konsep itu. Pengulangan ayat-ayat tersebut samalah dengan apa yang diulang dengar pada saya dulu.

Tangan kiri pesilat mestilah menolak siku kanan pasangan, manakala tangan kanan akan memegang bahagian kaki kanan pasangan kita. Kaki kiri persilat yang mara ke depan akan memasak kaki kiri pasangan. Pasakan pada kaki pasangan kita tersebut adalah tersangat banyak faedahnya. Saya akan buat penjelasan dalam bahagian akhir tulisan ini.

Buah ini juga tidak ada pukulan pada pelajaran asas melainkan pada jatuhannya. Pukulan pada jatuhannya amat berbahaya di bahagian penyawa. Selalunya acah sahaja dengan satu pukulan yang genggam tangan. Tangan tidak dibuka. Nanti orang kata pukulan meraba. Mungkin enak juga rasanya pada geng yang suka membelakangkan badan.
Pernah berlaku, buah ini dipecahkan menjadi dua, gara-gara angka dua puluh satu. Buah Hempuk menjadi buah yang kedua puluh dan pecahannya menjadi buah dua puluh satu. Hal yang demikian kerana buah Kuntau Kiri Gantung dijadikan buah yang kesembilan. Bagi pecahan kedua Hempuk, jatuhannya adalah berbeza sekali. Kaedah D yang digunakan itu, disertai dengan perbuatan pesilat menolak dan menangkap siku kanan pasangannya. Ketika berlaku perbuatan menolak siku, tangan kanan akan mengenakan pukulan di bahagian rusuk pasangan. Proses seterusnya, pesilat akan membuat jatuhan seperti buah kuntau kiri. Nampaknya pelajaran pecahan itu tidak kekal lama. Akhirnya, pecahan kedua dimansuhkan. Semuanya gara-gara dua puluh satu.

Setelah itu diganti pula dengan senarai baru buah SC. Jelas menunjukkan bahawa prinsip mengekalkan angka dua puluh satu telah menjadi satu ketetapan. Maka dimasukkan buah Luncur dan Siku Potong. Saya kurang pasti tentang kemasukan buah-buah tersebut, hasil cadangan siapa dan sejak bila serta di zaman mana. Setahu saya ketika masih berada di pusat, perubahan buah tidak ada. Saya hanya ketahui adanya penambahan buah apabila datangnya pesilat luar meneruskan pelajaran Silat Cekak di Cawangan saya. Terperanjat juga. Tidak pernah berbincang, tiba-tiba telah ada. Mana punca kuasanya. Malas nak tanya. Tapi bila disebut istilah luncur maka tergambar perbuatan luncur di samudera luas. Ramai yang meluncur ketika berselerak duyung dan dugong.

Dalam tulisan ini saya tidak memasukkan perbincangan tentang kedua-dua buah baru tersebut. Buah Luncur dan buah Siku Potong. Hal itu kerana semasa saya belajar dulu, kami tidak diajar buah-buah berkenaan sebagai mata pelajaran asas dan jatuhan. Malah ada Jurulatih ketika itu yang berkata betapa buah Luncur telah diketepikan kerana kurang praktikal. Buah Siku Potong ada juga kepentingannya. Tapi dikatakan sebagai asas untuk pelajaran lading. Tidak sesuai dimasukkan dalam senarai buah jatuh. Sabar sahaja. Sampai masa maka buah Siku Potong akan diajar pada pesilat.

Saya sendiri pernah bertanya Ustaz tentang buah-buah yang telah diprosesnya hingga terkeluar daripada senarai pelajaran. Banyak yang saya faham. Ketika memimpin kelas latihan, terutamanya pada masa kelas kemahiran, baru disentuh buah-buah yang terkeluar buat pengetahuan. Buah Luncur dan buah Rasa, saya jadikan latihan kemahiran. Tarafnya sama dengan Gayung Petani iaitu menanti gerak lawan. Walau bagaimanapun gerak lawan pada Gayung Petani telah diaturkan. Tapi akhirnya ada pulak pecahanan yang dibuang. Namun begitu, tindak balas pada buah Luncur dan buah Rasa, ada sikit kebebasan. Pasangan bebas membuat gerakan. Perkara pentingnya ialah para pesilat berupaya mematikan gerak tindakan pasangannya berdasarkan asas buah-buah berkenaan. Ada fokas pelajaran.

Begitupun, semasa latihan buah-buah SC berdasarkan sukatan pelajaran, buah Luncur tetap diketepikan. Buah Luncur yang ada sekarang ini, fokasnya pun saya tak faham. Perbuatannya, setakat masuk memegang pasangan tanpa ada apa-apa riaksi gerak dari pasangan. Kalau begitu kaedahnya maka buah Luncur amat sesuai untuk mereka yang sedang bercinta. Rapat badan dan rapat muka. Tak payah buat apa-apa. Tapi tangan kanan elok juga dialihkan ke dada. Barulah nampak bahagia dan ada tujuannya. Potong pun tak guna. Sedap rasanya. Cadangan sahaja.

Dalam tulisan ini rasanya tak perlulah saya beri penekanan utama tentang buah-buah tersebut. Mungkin saya hanya akan sentuh ketika membincangkan buah-buah yang telah kita ketepikan termasuk buah Rasa dan buah Sengkak dalam satu tajuk yang khusus. Itupun masih terikat dengan kaedah IT.

Berbalik semula pada buah Hempuk. Ketika kaki kiri pesilat membuat jatuhan dengan mengenakan lutut pada pelipat, pasak yang dibuat jangan dibuka dengan sewenang-wenangnya. Biarkan pasak tersebut hingga kita membuat jatuhan. Perbuatan memasak kaki pasangan kita ada gunanya. Tidak mungkin kita diajar dengan begitu sahaja tanpa ditunjukkan gunanya. Saya sendiri akan menunjukkan tindak balas musuh apabila ditanya. Saya buktikan betapa pasakan tersebut sangat bermakna kerana pasakan itu akan memelihara kesejahteraan dan keselamatan kita semasa membuat buah Hampuk jika berhadapan dengan musuh.

Tapi ada juga antara Jurulatih yang telah lupa kaedah memasak. Maklumlah. Pasak memasak kerja orang jantan. Silat kita pun silat jantan. Penumbuk silat kita pun penumbuk jantan. Kalau hilang atau lemah sifat jantan, mana bisa buat pasakan. Hanya mampu buat himpitan. Tapi tidak ada kesudahan. Sedapnya kurang.

Ketika membuktikan kehebatan buah-buah SC, Jurulatih perlu mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas. Pembuktian tersebut perlulah secara praktikal. Seperti yang saya katakan terdahulu, gerak persilatan Melayu sangat suka mengereng atau menggelek. Ketika itulah mereka akan bertindak. Tindakan mereka adalah dari pelbagai sudut bagi maksud melepaskan diri. Buah Hempuk yang kita lakukan masih boleh diberi tindak balas oleh pesilat-pesilat yang lain. Saya pernah mengalaminya. Nasib baik kita ada perbuatan memasak kaki. Tindak balas lawan sangat mudah diatasi. Ketika itu tergambar betapa hebatnya Guru Utama Ustaz Hanafi. Pelajaran yang disusunnya ada tujuan dan bukannya dibuat sesuka hati. Gerak mencuba mereka itu, senang disekat. Jelas sekali betapa hebat pasak yang kita lakukan. Jangan diabaikan prinsip ini ketika membuat buah Hempuk. Itupun pada mereka yang mengerti.

Sekian setakat ini.

Friday, September 10, 2010

Botak Chin Di Layar Kaca

Masih ingat lagi pada penjenayah licik Botak Chin yang menggemparkan negara satu ketika dahulu? Bermula pada 28 Februari lalu Astro akan menyiarkan sebuah dokumentari berjudul, Sepandai-pandai Tupai Melompat di Astro Prima dan drama bersiri lapan episod, Tangkal Besi yang sama di Astro Citra bermula 3 Mac ini, setiap Rabu pukul 9 malam.

Kedua-dua dokumentari dan drama itu yang terletak di bawah projek berjudul Suatu Ketika... itu menceritakan semula detik di sebalik pelbagai usaha pihak berkuasa untuk menjejaki Huat (Botak Chin). Ia juga merupakan satu tanda penghargaan kepada pihak berkuasa yang berjaya menumpaskan penjenayah yang digeruni itu.

Tangkal Besi yang diterbitkan Red Communication Sdn. Bhd. yang diarahkan oleh Pengarah profilik,
Saw Teong Hin itu dibintangi oleh Muniff Isa sebagai Huat, Aaron Aziz (DSP Kamal), Vanida Imran
(Salina), Hasnul Rahmat (Dr. Muslim) dan ramai lagi. Menurut Pengarah Urusan Red Communication, Lina Tan, pihaknya mendapat kerjasama yang baik dari polis. "Polis banyak membantu terutamanya untuk pakaian seragam polis yang lama," katanya pada sidang media di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambah Lina, lokasi pengambaran Tangkal Besi dibuat di Perak dan Kuala Lumpur. "Lokasi yang kami pilih bukan berdasarkan tempat asal Botak Chin dahulu. Cuma jalan ceritanya sahaja yang mengikut jalan cerita sebenar," katanya. Sementara itu, dokumentari Sepandai-Pandai Tupai Melompat pula akan membawa penonton menyelusuri perjalanan hidup Botak Chin.

Penjenayah yang dikehendaki pada era 70-an itu telah melangkah ke dunia jenayah setelah memasuki sebuah kumpulan yang digelar Gang 360. Dalam dokumentari itu juga turut menceritakan bagaimana kehidupan Botak Chin setelah dibebaskan dan berkerja sebagai penjual sayur. Ikutilah dokumentari ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Botak Chin dan polis yang tidak pernah kenal erti putus asa dalam membanteras penjenayah.

Projek Suatu Ketika... merupakan sebuah kempen bersama di antara Astro Citra (Saluran 131) dan Astro Prima (Saluran 105) memaparkan cerita sejarah yang diberi sentuhan kreatif dan diterjemahkan ke dalam drama bersiri.

Monday, September 6, 2010

BUAH SELENDANG

sumber http://sepakminang.blogspot.com

Apabila kami diperkenalkan dengan buah Selendang, hati berasa semacam sahaja dengan istilah ’selendang’ tersebut. Selendang biasanya dikaitkan dengan sifat perempuan yang berwatak lemah lembut dalam sebarang tindakan. Kalau diertikan pada istilah bahasa, selendang membawa maksud kain panjang yang digunakan untuk menutup bahagian kepala iaitu leher atau bahu. Kalau dilihat pada hasil buah ini jelas dapat kita hubung kaitkan istilah selendang dengan pergerakan silat kita. Tangan pasangan kita sememangnya diletakkan atas bahu. Badan pasangan adalah berkeadaan rapat sesama mereka.

Ketika masuk dengan Kaedah A, proses awalnya sama seperti Kidung Kiri. Proses akhirnya sama dengan pecahan kedua Gayung Petani. Hal yang demikian adalah meliputi gerak tangan dan kaki. Melakukan buah ini memerlukan keberanian, keyakinan dan kebolehan diri tanpa ragu-ragu ketika kita gelek ke dalam. Penuntut yang ragu-ragu akan menampakkan elakan badan ketika membuat buah. Tugas Jurulatih ialah memberi teguran. Ulang penumbuk hingga penuntut itu mempunyai keyakinan.

Seperti Kidung Kiri, perhatikan juga gerak kaki. Kaki kanan tetap mantap pada posisi asal. Jika beralih tempat ketika melakukan buah, berhentikan tumbukan. Arah pesilat tersebut tumbuk semula. Biar berkali-kali. Namun begitu, saya percaya. Buah Kidung Kiri telah memantapkan pergerakan penuntut kita. Kalau masih kurang mantap, bermakna penuntut kita itu dalam golongan yang perlu diberi perhatian.

Kita akui bahawa, setiap buah itu ada penekanannya yang tersendiri. Mengambil Kaedah A pada buah selendang tidak memerlukan tetakan pada tangan pasangan. Gerak Kaedah A pun agak berlainan sikit. Tidak berhenti dekat dengan badan kita. Dalam proses pergerakan tangan kiri pesilat yang menepis, tangan kanan terus memegang pergelangan tangan. Apabila tangan pasangan diletakkan atas bahu, tangan kiri pesilat telah berada pada badan pasangan dengan cara tangan diluruskan. Semua pergerakan berlangsung dalam proses yang bersepadu dan berterusan. Tidak ada mana-mana gerak yang ’bermalam’. Semua pergerakan dalam proses yang dinyatakan di atas adalah merupakan gerak yang diberi penekanan utama. Kemudian barulah lihat gerak-gerak seterusnya seperti terkandung pada pelajaran kita.

Setelah kaki betul-betul berada di belakang pelipat, maka buatlah jatuhan. Badan pesilat adalah tetap berada dalam keadaan tegap dan tegak. Jangan bongkok. Tangan kiri pesilat yang mengunci pergerakan badan pasangan, tetap berada dalam keadaan lurus dan genggam tangan. Sejauh mana tangan kiri pesilat menekan ke belakang badan pasangannya. Semuanya terletak pada tindak balas atau riaksi pasangan. Lagi ke belakang maka lagi baik.

Ketika jatuhan, jangan biarkan kaki kanan pesilat kita beralih tempat. Di mana kaki memijak maka di situlah pesilat itu membuat jatuhan. Jatuhan Buah Selendang ini nampak mudah, akan tetapi memberi ruang pada pasangan untuk membuat tindakan. Oleh itu, ada masanya saya menumbuk pesilat untuk mereka buat buah Selendang. Ketika jatuhan, tangan kiri saya akan cuba bertindak meraba muka pesilat berkenaan. Jika tangan boleh sampai ke mukanya maka bermakna kuncian gerak badan tidak membawa erti. Perbaiki kuncian lagi dan lagi.

Satu lagi persoalan yang mungkin timbul ialah ketika tangan kanan pesilat meletakkan tangan pasangan atas bahu. Perbuatan meletakkan tangan di atas bahu memerlukan teknik yang betul. Tangan pasangan perlu berada dalam posisi sikunya di bawah. Hal yang demikian membolehkan kita menarik tangan tersebut ke bawah dan memberi rasa sakit padanya. Gerak kita yang sedemikian juga dapat menyekat pasangan daripada melilit leher kita sendiri.

Setelah jatuhan, pesilat akan diarah supaya tangan yang memegang tangan kanan pasangan membuat gerakan melurut bagi mendapatkan jari. Teknik membuka genggaman tangan pasangan juga kerap kali mendatangkan masalah kepada pesilat. Bantu mereka dengan teknik membuka genggaman yang betul.

Persoalan yang timbul ialah keperluan kita melurut tangan bagi mendapatkan jari pasangan ketika tangan diletak atas bahu. Perbuatan tersebut hanya terdapat pada buah Selendang, tidak terdapat pada buah yang bersamaan dengannya dalam konteks memegang pergelangan tangan ketika tangan pasangan berada di bahu. Bandingkan dengan buah Terlak. Pada hal buah Terlak juga memerlukan pegangan tangan ketika tangan pasangan berada di bahu kecuali pertunjukan menggunakan senjata. Mungkin ada alasan-alasannya kenapa buah Terlak tidak memegang ’hujung tangan’. Alasan terbaik adalah kerana sifat buah Selendang itu sendiri yang memerlukan pegang hujung tangan hingga mendapatkan jari pasangan. Nama pun Selendang. Jawapan mudah. Fikirlah sendiri.

Walau bagaimanapun, pada pemerhatian saya, buah Selendang ada bahayanya jika diambil sambil lewa. Kalaulah pasangan kita menjatuhkan lutut kirinya semasa pesilat membuat jatuhan maka buah Selendang kurang kemenjadiannya. Tetapi, dengan cara hujung tangan pasangan dapat dipegang, maka bolehlah kita jadikan hujung tangan itu umpama ’gear’ bagi mematikan gerak balas pasangan. Dalam kelas kemahiran akan dimahirkan gerak yang sedemikian.

Sekian setakat ini. Sambung lagi.