Sulaimi seorang tukang masak di sebuah restoran.
Majikannya Cikgu Mus, seorang penganggur yang
tidak mengenali bidang masak mengambil Sulaimi
menjadi tukang masak kerana Sulaimi susah
mendapat pekerjaan 5 tahun yang lalu.
Gaji dibayar tepat setiap bulan 28hb. Cikgu Mus
memberikan kepercayaan penuh pada Sulaimi
untuk menjaga dapur. Maklumlah Cikgu Mus dah
tua, beliau hanya sekali-kala datang ke restoran
sahaja.
Satu hari, Cikgu Mus ingin mengadakan satu
jamuan makan untuk 50 orang makan malam dan
memberitahu Sulaimi untuk memastikan segalanya
ok.
"Cikgu, kami dah ngadu sejak tahun lepas kami
tak cukup staff. Jadi sejak tahun lepas, kami dah
set, satu malam boleh buat untuk 30 orang
sahaja," kata Sulaimi.
"Cikgu tak tahu betapa penatnya saya, Ros dan
Syed setiap hari… banyak perkara yang kami kena
buat – beli barang, sediakan bahan dan kemudian
masak," tambah Sulaimi lagi.
Cikgu Mus yang tidak tahu apa-apa mengenai
memasak mempercayai kata-kata Sulaimi, bahawa
permintaan beliau untuk jamuan 50 orang susah
dilakukan.
"Mi, menu kita masih offer 5 masakan sahaja
kan?" tanya Cikgu Mus.
"4 sahaja, satu dah buang, sebab tak cukup staff…
masakan itu susah, dan kami sering tersilap, jadi
untuk elak kena marah pelanggan, kami buang
saja menu tersebut daripada menu utama…
selesai masalah," kata Sulaimi.
Cikgu Mus tidak beberapa puas hati dengan
jawapan Sulaimi lalu mencari satu tukang masak
untuk memantau keadaan di dapur restorannya.
Mizul datang melawat sebagai pelanggan ke
restoran Cikgu Mus untuk melihat karenah
Sulaimi dan geng dapurnya.
Mizul membuat order untuk 'Chicken Chop
Special' dan bertanya pada Sulaimi – "Berapa
lama untuk siap?" memandangkan tiada
pelanggan lain.
"30 minit," jawab Sulaimi.
"30 minit – bukan kah semua bahan dah disiap?
Cuma perlu grill sahaja," tanya Mizul…
Lepas itu Cikgu Mus datang ke restoran, duduk
tepi bersama Mizul untuk mendengar penjelasan
Sulaimi…
"Tidak… mula-mula kami kena asah pisau, lepas
itu potong ayam, lepas itu perap, lepas itu potong
sayur, lepas itu grill, lepas itu buat sos… sangat
banyak kerja…" jawab Sulaimi depan bosnya.
Mizul terus menerpa, "Dah apa kamu bertiga buat
masa petang? Bukanke semua ini perlu disediakan
untuk menanti pelanggan yang datang untuk
makan malam. Petang 1 jam, dengan kamu
bertiga dah sepatutnya siap semua ini … sekarang
tinggal grill saja…"
"Saya dah maklum banyak kali kami tak cukup
staff… tapi Cikgu tak dengar… dan kadangkala
kita dapat pelanggan macam ini yang tak
memahami keperitan kita kerja siang malam,"
rungut Sulaimi depan Cikgu Mus.
Mizul menyuruh Cikgu Mus pergi ke dapur
melihat keadaan Ros dan Syed sementara dia
berhujah dengan Sulaimi.
"Kamu berdua sahaja yang bekerja…" tanya
Cikgu Mus.
"Bukan. Ros sahaja. Tuan Sulaimi dan Syed sibuk
dengan perkara lain, saya sahaja yang urus dapur
ini," kata Ros.
"Ya ke? Dah berapa keadaan ini?" tanya Cikgu
Mus.
"Dah lama. Tuan Sulaimi kata dia kena pergi
promosi restoran, Syed pula kata dia sibuk nak
buat web untuk promote restoran. Jadi yang
masak hanya Ros seorang," terang Ros.
"Sulaimi kata tak cukup staff, malam hanya dapat
tampung 30 pelanggan saja, ini sebabnya? Dah
hanya boleh tampung 30 pelanggan, buat apa
perlu website dan perlu promosi, mengapa tak
fokus kerja yang dibayar gaji ini?" kata Cikgu
Mus.
"Sebab Cikgu Mus tak tahu bab memasak, jadi
Sulaimi mudah pusing sebab Cikgu Mus percaya.
Saya tak berani bersuara kerana takut kehilangan
kerja…" tambah Ros lagi.
Cikgu Mus kembali dengan hati tenang ke meja
Mizul dan Sulaimi.
"Mi, mulai hari ini Cikgu nak mula belajar masak.
Cikgu akan datang ke dapur tiap-tiap hari – lihat
Mi mengajar. Mi jom kita ke dapur masak Chicken
Chop untuk Abg Mizul," kata Cikgu Mus.
Sulaimi terketar-ketar – masuk aje ke dapur, dia
pula menyuruh Ros yang memasak Chicken Chop
Special…
"Mi masak. Cikgu nak belajar…" kata Cikgu Mus
dengan tegas.
"Ini bukan bidang tugas ketua dapur," jawab
Sulaimi. "Ros boleh buat."
"Mi, ingat tak masa dulu, Mi tak ada kerja, Cikgu
kesian sebab Mi anak saudara sahabat terbaik
Cikgu, jadi Cikgu buka restoran untuk Mi ada
kerja dan boleh sara keluarga. Cikgu tak pernah
minta apa-apa dari Mi. Yang Cikgu minta Mi balas
dengan keikhlasan dan kejujuran… itu sahaja
Cikgu minta…" kata Cikgu Mus.
"Maaf Cikgu. Saya dah tak pandai masak – dah
lama tak masak sebab saya sibuk buat kerja
dengan syarikat lain. Maafkan saya," jawab
Sulaimi.
"Cikgu tak marah. Tapi Mi kena tanya diri sendiri,
sumber gaji yang diterima sini halal tak? Gaji
buta halal tak? Ini anak isteri semua makan guna
gaji ini? Mi kena mohon maaf pada keluarga
kerana menyuapkan mereka dengan rezeki tak
halal dan mohon keampunan dari Allah. Cikgu dah
tua, tak marah, cuma harap Mi insaf. Kalau Mi tak
berminat kerja di sini, maklum Cikgu, sebab
Cikgu tak nak Mi makan rezeki tak halal yang
tidak perolehi daripada usaha Mi sendiri," kata
Cikgu Mus…
Dapat tak pengajaran kisah panjang ini?
Senyum
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment