Saturday, February 25, 2012

Awalnya Pahit Akhirnya Manis

Secara umum, pada awalnya kebaikan itu
berat untuk dilakukan, tetapi akhirnya
penuh dengan kenikmatan. Orang yang
berbuat baik ibarat seorang pendaki
gunung terjal. ia tidak akan merasa tenang
sebelum sampai ke puncaknya.
Sedangkan keburukan awalnya manis dan
akhirnya berat. Orang yang melakukan
perbuatan buruk adalah ibarat seorang
yang jatuh dari puncak gunung atau atap
sebuah rumah. Ia baru akan merasa
kesakitan setelah mendarat di tanah.
Sumber : Habib AbduLlah bin Alwi Al
Haddad, Kitabul Hikam, Darul Hawi, cet 1,
1993, hal 15

Friday, February 24, 2012

Rumah

Hamzah Fansuri di dalam Makkah,
Mencari tuhan di Baitil Kaabah,
Di Barus ke Qudus terlalu payah,
Akhirnya dapat di dalam rumah.

7

Tanah tinggi batas sempadan,
Air bah musim tengkujuh,
Tujuh tahun jadi tauladan,
rahsia pukulan hari ketujuh.

Husnul Khatimah

Adab Supaya Dikurniai Husnul Khatimah

1. Sebaik-baik umur adalah umur yang
panjang dan penuh dengan amal
saleh. Dan seburuk-buruk umur
menurut Allah adalah yang panjang
umurnya tetapi diisi dengan dosa dan
maksiat kepada Allah.
2. Keadaan di akhir hayat seseorang
bergantung kepada amalan sehari-
hari. Oleh kerana itu, isilah hari-hari
kita dengan selalu meningkatkan iman
dan amal saleh.
3. Selain berusaha untuk selalu
meningkatkan ibadah fardhu dan
sunnat, maka perlu memperbanyak
amalan ihsan, iaitu amalan yang
memberi kebaikan kepada orang
ramai, baik berupa ajakan untuk
kembali kepada Allah (dakwah ilallaah)
, menyebarkan ilmu, menyebarkan
kasih sayang, menyebarkan amal
soleh, dan selalu tawa shaubil wa
tawaa shaubish-shabr.
4. Tidak meminta mati kacuali karena
telah terjadi fitnah yang mengancam
keselamatan diri dan agamanya.
5. Jangan sekali-kali berfikir untuk
mengakhiri hidup dengan jalan pintas
karena adanya tekanan hidup yang
berat. Orang yang mengakhiri
hidupnya dengan jalan pintas (bunuh
diri) tidak akan diterima amalnya dan
dipastikan dia akan masuk neraka.
6. Ajal adalah sebuah misteri, merupakan
rahasia Allah. Bisa datang secepat
kilat, tetapi bisa tidak datang-datang
walaupun telah dinanti-nantikan
setiap saat. Namun jika ajal telah
datang, tidak bisa ditunda atau
dimajukan walaupun sedetik.
7. Mendawamkan doa untuk dijadikan
orang yang husnul-khatimah pada
setiap akhir solat fardhu.
8. Selalu menumbuhkan perasaan khauf
dan raja'a (takut dan harap), iatu
takut akan tidak diampuninya dosa-
dosanya dan berharap bahwa Allah itu
Maha Rahman dan Rahim yang akan
selalu memberikan rahmat kepada
orang-orang yang dikehendakinya.
9. Ketika sudah ada tanda-tanda kan
dipanggil oleh Allah, perbanyaklah
membaca kalimat thayyibah, kerana
siapa yang ucapan terakhirnya adalah
Laa Ilaaha illallah orang itu dijamin
masuk syurga.
Tanda – tanda Husnul Khatimah :
Mengucapkan syahadat menjelang
kematiannya,
Meninggal dalam keadaan berkeringat di
dahi (keningnya),
Meninggal pada malam Jum'at atau
siangnya,
Mati syahid di medan jihad,
Mati sebagai tentara di jalan Allah,
Meninggal dengan sebab sakit tha'un
(pes/sampar),
Meninggal dengan sebab sakit perut,
Meninggal karena tenggelam,
Meninggal karena keruntuhan bangunan,
Seorang wanita yang meninggal di dalam
masa nifasnya yaitu meninggal kerana
melahirkan anaknya,
Meninggal dengan sebab terbakar,
Meninggal dengan sebab sakit dzatul
jambi (radang selaput dada),
Meninggal dengan sebab sakit paru-paru
(TBC),
Meninggal dalam rangka
mempertahankan harta yang akan
dirampas,
Meninggal dalam rangka
mempertahankan agama dan jiwa,
Mati sebagai murabith (pasukan yang
berjaga di daerah perbatasan) di dalam
perang di jalan Allah,
Meninggal di atas amalan shalih.
HUSNUL KHATIMAH
Husnul khatimah tidak dapat dilihat dari
amalan seharian kita.
Nabi Muhammad SAW memerintahkan kita
untuk tidak jemu dalam mengerjakan
perbuatan baik dan tidak menyombongkan
amal baik kita. Kerana itu, belum tentu
amal baik kita diterima. Untuk itu, kita mesti
memiliki dua sikap: sikap takut yang besar
pada Allah dan sikap yang membentuk
tekad untuk terus beramal sebaik mungkin.
Orang yang cerdas adalah orang yang
sudah memperhitungkan sendiri amal-amal
yang dilakukannya, sebelum Allah
memperhitungkan amal-amalnya itu di
akhirat kelak. Ia takut akan akibat dari
dosa-dosanya, sebelum dosa-dosanya itu
menjadi penyebab kehancurannya.
Tanda-tanda Husnul Khatimah
Ingatlah kematian. Demi Dzat yang nyawaku
berada dalam kekuasaan-Nya, kalau kamu
mengetahui apa yang aku ketahui, niscaya
kamu akan tertawa sedikit dan banyak
menangis.(Rasulullah SAW).
Sehalus-halus kehinaan di sisi Allah adalah
tercerabutnya kedekatan kita dengan-Nya.
Awalnya terlihat dari menurunnya kualitas
ibadah. Ilmu yang dapat membuatnya takut
kepada Allah tidak bertambah. Maksiat pun
mulai dilakukan. Kalau ibadah sudah
tercerabut satu persatu, maka inilah tanda
mulai tercerabutnya hidayah dari Allah.
Sahabat Hudzaifah berkata lirih, "Kekasih
datang dalam keadaan miskin. Tiadalah
beruntung siapa yang menyesali
kedatangannya. Ya Allah, jika Engkau tahu
bahwa kefakiran lebih aku sukai daripada
kaya, sakit lebih aku sukai daripada sehat,
dan kematian lebih aku sukai daripada
kehidupan, maka mudahkanlah bagiku
kematian sehingga aku menemui Mu.

15 Perkara yg sudah berlaku di Malaysia

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah
saw. Bersabda: " Apabila umat ku telah
membuat lima belas perkara, maka bala
pasti akan turun kepada mereka iaitu:
1)Apabila harta negara hanya beredar pada
orang-orang tertentu.
2)Apabila amanah dijadikan suatu sumber
keuntungan.
3)Zakat dijadikan hutang.
4)Suami memperturutkan kehendak isteri.
5)Anak derhaka terhadap ibunya,
6)Sedangkan ia berbaik-baik dengan
kawannya.
7)Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8)Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9)Yang menjadi ketua satu kaum adalah
orang yang terhina di antara mereka.
10)Seseorang dimuliakan kerana ditakuti
kejahatannya.
11)Khamar (arak) sudah diminum di merata
tempat.
12)Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum
lelaki).
13)Para artis-artis disanjung-sanjung.
14)Muzik banyak dimainkan.
15)Generasi akhir umat ini melaknat
(menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka
menanti angin merah atau gempa bumi atau
pun mereka akan diubah menjadi makhluk
lain".
[H.R Termizi]

Wednesday, February 22, 2012

Hijab Kekasih ( M Nasir)

Cukuplah mencintai Rasulallah sebagai bekalanku

Kenapa mesti kita mencintai Rasulullah? Pertamanya, kerana nabi terlalu cinta kepada kita. Apa bukti nabi sangat cinta pada kita? Bacalah sejarah, sebelum nabi wafat, antara perkataan akhir nabi ialah “ummati, ummati” (umatku, umatku) umat nabi itu kitalah.

Menurut satu riwayat lain, ketika nabi dibangkitkan di Padang Mahsyar kelak antara perkataan pertama nabi tanya kepada malaikat Jibril ialah “Di mana umatku?”

Nabi juga pernah menyatakan dalam satu hadis yang bermaksud:

“Bahagialah siapa yang melihat ku dan beriman padaku” kemudian nabi sebut tiga kali: “Bahagialah, bahagialah, bahagialah siapa yang tidak melihatku tapi beriman denganku.”

Orang yang tak lihat nabi tapi beriman pada nabi, antaranya kitalah, nabi puji kita tiga kali. Sebab kedua kenapa mesti mencintai nabi sebab cinta nabi tanda sempurnanya iman seseorang Muslim.

Maknanya kalau tak cinta nabi tak sempurnalah iman kita. Sabda nabi yang bermaksud:

“Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih disayangi daripada kamu menyayangi kedua ibu bapamu dan manusia seluruhnya.”

Saidina Umar pernah satu hari berkata pada nabi,

“Aku sayangi diriku, lepas tu baru aku sayang padamu, wahai Rasulullah. Nabi menjawab, cintailah aku lebih daripada cinta pada dirimu, barulah sempurna iman kamu.”

Ketiga, nabi sangat banyak jasa kepada kita, jasa nabi bukan sembarangan, bukan kecil, tak boleh ditebus dengan wang ringgit. Jasa nabi pada kita kerana memperkenalkan siapa Tuhan kita yang sebenar.

Nabi sanggup berkorban harta, isteri baginda jadi miskin, bergadai untuk membuat modal bagi menjalankan dakwah. Rasulullah berjuang mendidik pelapis agar ada penyambung generasi hingga Islam sampai ke dalam hati kita.

Itulah kenapa kita perlu sangat bersyukur merasai nikmat iman dan Islam kerana bapa saudara nabi sendiri, Abu Talib, walaupun nabi sudah melakukan dakwah tetapi masih tidak dapat terima Islam.

Jadi begitu mahalnya nilai Islam ini sebenarnya kepada kita semua. Kemudian, kita mesti cinta nabi sebab nabi makhluk Allah yang maksum, yang tidak ada salah apatah lagi cacat cela.

Rasulullah terpelihara daripada segala aib. Malahan baginda mendapat pula al-Quran sebagai mukjizat, sebagai panduan. Jelas sekali mencintai nabi bermakna kita mencintai seorang yang agung dan amat mulia.

Justeru cintailah nabi Muhammad kerana baginda membimbing kita kepada kebenaran, huraikan ayat al-Quran agar kita mudah memahaminya, nabi juga tak jemu-jemu memberi nasihat agar umatnya selamat dan berbahagia di dunia dan akhirat.

Akhir sekali kenali nabi dengan mempelajari sirah nya, memahami hadisnya dan cintailah nabi dengan mencintai apa yang dicintainya.

Nabi Muhammad patut diikuti dan disayangi sebab pada nabi ada segala-galanya.

Baginda paling cantik dan dialah yang paling hebat. Cuma kita saja tak tahu kerana tidak baca secara mendalam perjalanan sirah nabi dan jika baca pun sambil lalu saja.

Nabi Muhammad cemerlang dalam pelbagai dimensi. Cerita nabi lengkap daripada mula lahir, ketika kanak-kanak, remaja, dewasa sehingga tua dan wafat.

Kehebatannya cukup terserlah sejak dari kelahirannya, ketika kanak-kanak, remaja, dewasa sehingga baginda tua dan wafat. Daripada orang biasa, baginda mengasaskan kemudian mengembangkan agama yang terhebat di dunia.

Menyerang & Bertahan 1

Menyerang atau bertahan?

Pada pandangan paklang eloklah bertahan.

Kerana perbuatan potong/melapis seperti dalam latihan bukan mudah dilakukan dlm situasi sebenar.

X percaya?
Cuba suruh kawan buat kuntau kiri gantung full power.. cubalah potong.

Atau yg belajar Mat Kelang cuba dengan Belebat Dayung.. berbuih kat situ jugak nanti.

Melapis itu susah & perlu dilatih berulang2 kali.

Diulangi 'BERULANG2' kali.

Rosak besi kerana karat,
Rosak manusia kerana x cukup syarat.

Ini cerita kalau bergaduh dgn stranger yg kita x tahu permainannya bagaimana.Pada kapasiti sebagai pengamal beladiri yg biasa, kalu level guru, mantan guru atau raja buah pukul tu dah lain cerita.

*gambar diatas diatas adalah guru2 saya; Cikgu Panji Tengkorak & Cikgu Ganda Arum

At JPN

Pak Lang lihat penjawat awam yg baru/muda lebih mesra pelanggan & murah dgn senyuman. Cuma tinggal segelintir dr golongon lama(gajah putih) yg masih belum berubah.. syabas penjawat awam.

Mensyukuri Nikmat

A ade kat atas bangunan. B berada di tingkat
bawah. A nak panggil B, tapi B tak dengar. A
pun baling duit syiling ke B dengan harapan
B mendongak ke atas. Tapi B terus tunduk
amik duit syiling tu tanpa memandang ke
atas [ke arah A].
Bila A membaling batu ke bawah, lalu
mengenai si B, baru B dongak ke atas.
#Agak-agak kita dengan Allah macam tu ke?
Bila dibagi musibah baru nak pandang
Allah??
#Apabila diberi nikmat tak dikongsi sikit pun
dengan orang yang memerlukan
(bersyukurlah).