Tuesday, January 29, 2013

Kelebihan Wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki
kerana sifat penyayang yang lebih kuat
daripada lelaki. Ketika ditanya kepada
Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda,
"Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa
orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
2. Apabila seseorang perempuan mengandung
janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah
para malaikat untuknya. Allah mencatatkan
baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan
dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit
hendak bersalin, maka Allah mencatatkan
baginya pahala orang yang berjihad pada jalan
Allah.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan
anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti
keadaan ibunya melahirkannya .
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka
bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada
susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan
memelihara anaknya yang sakit, maka Allah
memberinya pahala seperti memerdekakan 70
hamba dengan ikhlas untuk membela agama
Allah.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak
perempuannya, darjatnya seumpama orang
yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah
dan orang yang takutkan Allah akan
diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang
makanan dari rumah ke pasar) lalu diberikan
kepada keluarganya, maka pahalanya seperti
bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak
perempuan daripada anak lelaki. Maka,
barangsiapayang menyukakan anak perempuan
seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi
Ismail.
9. Setiap perempuan yang menolong suaminya
dalam urusan agama, maka Allah memasukkan
dia ke dalam syurga terlebih dahulu ke dalam
syurga daripada suaminya (10,000 tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu,
puasa di bulan Ramadhan, memelihara
kehormatannya serta taat kepada suaminya,
masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja
yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik
daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah r.a. berkata, "Aku bertanya kepada
Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya
terhadap wanita? Jawab Rasulullah,
"Suaminya." Aku bertanya lagi, "Siapa pula
yang berhak kepada lelaki? Jawab Rasulullah,
"Ibunya."
13. Apabila memanggil akan engkau
ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu
dahulu.
14. Waniya tang taat akan suaminya, semua
ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di
langit, matahari dan bulan semua beristighfar
baginya selama mana dia taat kepada suaminya
serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada
suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan
terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari
mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan
tidak dihisab.
16. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya
akan tinggal bersama aku (Nabi Muhammad
s.a.w.) di dalam syurga .
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak
perempuan atau tiga saudara perempuan atau
dua anak perempuan atau dua saudara
perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam
pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka
dengan penuh rasa takwa serta
bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang
diuji dengan sesuatu daripada anak-anak
perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada
mereka, maka mereka akan menjadi
penghalang baginya daripada api neraka.
Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah.
Wanitalah sebenarnya yang membuat
seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu
sebab mengapa Nabi Muhammad s.a.w.
meletakkan wanita setaraf dengan lelaki dan
tidak lebih rendah.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, January 28, 2013

Alkisah seorang kurang bermotivasi

Mohd Ahsan seorang yang kurang bermotivasi dalam melaksanakan kerja-kerjanya baik di mana-mana sahaja.

Ahsan ingin menyelesaikan masalah ini lalu berjumpu dengan Tok Guru Mat Ubas.

"Ustaz, ada banyak perkara yang saya ingin buat, tapi tak da motivasi untuk gerak," adu Ahsan.

"Nak buat, buat terus," jawab Mat Ubas.

"Tak faham. Saya tak ada motivasi nak buat, itulah masalahnya ustaz," jawab Ahsan.

"Ok. Ahsan jawab ini. Antara ayam dengan telur, siapa datang ke dunia ini dulu?" tanya Mat Ubas.

"Telur," jawab Ahsan.

"Dari mana telur datang?" jawab Mat Ubas. Melihat Ahsan tidak dapat bercakap apa-apa… Mat Ubas mula berceramah…

"Sebenarnya kita tidak tahu mana datangnya ayam yang melahirkan telur yang pertama? Dan kita mungkin tak akan tahu.

Tapi soalan seterusnya ialah motivasi. Apa datang dulu, motivasi atau tindakan?" tanya Mat Ubas.

"Motivasi dulu," jawab Ahsan.

"Tak boleh ke kita buat dulu, baru timbul momentum dan motivasi untuk buat lagi," Mat Ubas tanya kembali.

"Dan orang yang tunggu motivasi datang dulu, sealalunya akan gagal untuk menyelesaikan apa-apa. Sementara orang yang mengambil tindakan dulu sebelum menjana motivasi boleh melakukan lebih banyak perkara," terang Mat Ubas.

Ahsan semakin terpegun dengan kata-lata Mat Ubas dan tidak berkata apa-apa.

"Kita tak nyanyi sebab kita gembira, tapi kita gembira kerana kita bernyanyi," tambah Mat Abus.

Selepas mendengar penjelasan daripada Mat Abus, perangai Ahsan berubah dengan mengambil tindakan dulu terhadap semua perkara walaupun tiada motivasi

Pengajaran cerita ini ialah:

Kita harus bertindak sekarang apabila terasa itu betul dan bahawa ia adalah benar, dan percayalah motivasi akan datang selepas tindakan diambil.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, January 24, 2013

Biodata dan Sejarah Ringkas Nabi Muhammad S.A.W

BIODATA RASULULLAH S.A.W:
1. Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul
Muttalib bin Hashim
2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20
April 571M (dikenali sebagai tahun gajah;
sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah
yangmenyerang kota Mekah)
3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah
Al-Mukarramah
4. Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib
bin Hashim
5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul
Manaf
6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah
(digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa
Rasulullah SAW)
7. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba
perempuan Abu Lahab)
8. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-
Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah.
Suaminya bernama Abu Kabsyah)
SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W:
USIA 5 TAHUN
* Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW
yang dilakukan oleh dua malaikat untuk
mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.
USIA 6 TAHUN
* Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan
meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung
yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
* Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai
oleh datuknya 'Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
* Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal
dunia.
* Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya,
Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan
pada usia 12 tahun).
* Bersama bapa saudaranya, Abu Talib
bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
* Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita
Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah
bertemu ketua-ketua rombongan untuk
menceritakan tentang pengutusan seorang nabi
di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada
masa itu.
USIA 20 TAHUN
* Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu
Hisyam di dalam kitab 'Sirah' , jilid 1, halaman
184-187 menyatakan pada ketika itu usia
Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda
menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah
sahaja.
* Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul';
perjanjian damai untuk memberi pertolongan
kepada orang yang dizalimi di Mekah.
USIA 25 TAHUN
* Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan
perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid
Al-Asadiyah.
* Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah;
lelaki suruhan Khadijah..
* Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan
beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi
berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara
Khadijah) untuk meminang Khadijah yang
berusia 40 tahun ketika itu.
* Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah
sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
* Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan
dinding Ka'abah.
* Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh
pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
* Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk
meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan
sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung
perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
* Menerima wahyu di gua Hira' sebagai
perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir
zaman.
USIA 53 TAHUN
* Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan
ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
* Sampai ke Madinah pada tanggal 12
Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
* Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-
Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal
tahun 11H/ 8 Jun 632M.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W
1. Khadijah Binti Khuwailid
2. Saudah Binti Zam'ah
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu
Bakar)
4. Hafsah binti 'Umar (anak Saidina 'Umar bin
Al-Khattab)
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi
Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-
Masakin'; Ibu Orang Miskin)
ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra'
Nabi Muhammad s.a.w juga mendapatkan
julukan Abu al-Qasim yang bererti "bapak
Qasim", kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah
memiliki anak lelaki yang bernama Qasim iaitu
anak baginda bersama Khadijah, tetapi ia
meninggal dunia sebelum mencapai usia dewasa.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, January 2, 2013

Alkisah seorang pekerja….

Sulaimi seorang tukang masak di sebuah restoran.
Majikannya Cikgu Mus, seorang penganggur yang
tidak mengenali bidang masak mengambil Sulaimi
menjadi tukang masak kerana Sulaimi susah
mendapat pekerjaan 5 tahun yang lalu.
Gaji dibayar tepat setiap bulan 28hb. Cikgu Mus
memberikan kepercayaan penuh pada Sulaimi
untuk menjaga dapur. Maklumlah Cikgu Mus dah
tua, beliau hanya sekali-kala datang ke restoran
sahaja.
Satu hari, Cikgu Mus ingin mengadakan satu
jamuan makan untuk 50 orang makan malam dan
memberitahu Sulaimi untuk memastikan segalanya
ok.
"Cikgu, kami dah ngadu sejak tahun lepas kami
tak cukup staff. Jadi sejak tahun lepas, kami dah
set, satu malam boleh buat untuk 30 orang
sahaja," kata Sulaimi.
"Cikgu tak tahu betapa penatnya saya, Ros dan
Syed setiap hari… banyak perkara yang kami kena
buat – beli barang, sediakan bahan dan kemudian
masak," tambah Sulaimi lagi.
Cikgu Mus yang tidak tahu apa-apa mengenai
memasak mempercayai kata-kata Sulaimi, bahawa
permintaan beliau untuk jamuan 50 orang susah
dilakukan.
"Mi, menu kita masih offer 5 masakan sahaja
kan?" tanya Cikgu Mus.
"4 sahaja, satu dah buang, sebab tak cukup staff…
masakan itu susah, dan kami sering tersilap, jadi
untuk elak kena marah pelanggan, kami buang
saja menu tersebut daripada menu utama…
selesai masalah," kata Sulaimi.
Cikgu Mus tidak beberapa puas hati dengan
jawapan Sulaimi lalu mencari satu tukang masak
untuk memantau keadaan di dapur restorannya.
Mizul datang melawat sebagai pelanggan ke
restoran Cikgu Mus untuk melihat karenah
Sulaimi dan geng dapurnya.
Mizul membuat order untuk 'Chicken Chop
Special' dan bertanya pada Sulaimi – "Berapa
lama untuk siap?" memandangkan tiada
pelanggan lain.
"30 minit," jawab Sulaimi.
"30 minit – bukan kah semua bahan dah disiap?
Cuma perlu grill sahaja," tanya Mizul…
Lepas itu Cikgu Mus datang ke restoran, duduk
tepi bersama Mizul untuk mendengar penjelasan
Sulaimi…
"Tidak… mula-mula kami kena asah pisau, lepas
itu potong ayam, lepas itu perap, lepas itu potong
sayur, lepas itu grill, lepas itu buat sos… sangat
banyak kerja…" jawab Sulaimi depan bosnya.
Mizul terus menerpa, "Dah apa kamu bertiga buat
masa petang? Bukanke semua ini perlu disediakan
untuk menanti pelanggan yang datang untuk
makan malam. Petang 1 jam, dengan kamu
bertiga dah sepatutnya siap semua ini … sekarang
tinggal grill saja…"
"Saya dah maklum banyak kali kami tak cukup
staff… tapi Cikgu tak dengar… dan kadangkala
kita dapat pelanggan macam ini yang tak
memahami keperitan kita kerja siang malam,"
rungut Sulaimi depan Cikgu Mus.
Mizul menyuruh Cikgu Mus pergi ke dapur
melihat keadaan Ros dan Syed sementara dia
berhujah dengan Sulaimi.
"Kamu berdua sahaja yang bekerja…" tanya
Cikgu Mus.
"Bukan. Ros sahaja. Tuan Sulaimi dan Syed sibuk
dengan perkara lain, saya sahaja yang urus dapur
ini," kata Ros.
"Ya ke? Dah berapa keadaan ini?" tanya Cikgu
Mus.
"Dah lama. Tuan Sulaimi kata dia kena pergi
promosi restoran, Syed pula kata dia sibuk nak
buat web untuk promote restoran. Jadi yang
masak hanya Ros seorang," terang Ros.
"Sulaimi kata tak cukup staff, malam hanya dapat
tampung 30 pelanggan saja, ini sebabnya? Dah
hanya boleh tampung 30 pelanggan, buat apa
perlu website dan perlu promosi, mengapa tak
fokus kerja yang dibayar gaji ini?" kata Cikgu
Mus.
"Sebab Cikgu Mus tak tahu bab memasak, jadi
Sulaimi mudah pusing sebab Cikgu Mus percaya.
Saya tak berani bersuara kerana takut kehilangan
kerja…" tambah Ros lagi.
Cikgu Mus kembali dengan hati tenang ke meja
Mizul dan Sulaimi.
"Mi, mulai hari ini Cikgu nak mula belajar masak.
Cikgu akan datang ke dapur tiap-tiap hari – lihat
Mi mengajar. Mi jom kita ke dapur masak Chicken
Chop untuk Abg Mizul," kata Cikgu Mus.
Sulaimi terketar-ketar – masuk aje ke dapur, dia
pula menyuruh Ros yang memasak Chicken Chop
Special…
"Mi masak. Cikgu nak belajar…" kata Cikgu Mus
dengan tegas.
"Ini bukan bidang tugas ketua dapur," jawab
Sulaimi. "Ros boleh buat."
"Mi, ingat tak masa dulu, Mi tak ada kerja, Cikgu
kesian sebab Mi anak saudara sahabat terbaik
Cikgu, jadi Cikgu buka restoran untuk Mi ada
kerja dan boleh sara keluarga. Cikgu tak pernah
minta apa-apa dari Mi. Yang Cikgu minta Mi balas
dengan keikhlasan dan kejujuran… itu sahaja
Cikgu minta…" kata Cikgu Mus.
"Maaf Cikgu. Saya dah tak pandai masak – dah
lama tak masak sebab saya sibuk buat kerja
dengan syarikat lain. Maafkan saya," jawab
Sulaimi.
"Cikgu tak marah. Tapi Mi kena tanya diri sendiri,
sumber gaji yang diterima sini halal tak? Gaji
buta halal tak? Ini anak isteri semua makan guna
gaji ini? Mi kena mohon maaf pada keluarga
kerana menyuapkan mereka dengan rezeki tak
halal dan mohon keampunan dari Allah. Cikgu dah
tua, tak marah, cuma harap Mi insaf. Kalau Mi tak
berminat kerja di sini, maklum Cikgu, sebab
Cikgu tak nak Mi makan rezeki tak halal yang
tidak perolehi daripada usaha Mi sendiri," kata
Cikgu Mus…
Dapat tak pengajaran kisah panjang ini?
Senyum

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.