Wednesday, January 5, 2011

Kisah Ustaz Hanafi -Sejarah siri 'try' yang pertama di Kuala Lumpur dengan Taiko

Dipetik dari blog tok garang.

Siri try pertama selepas tiba di Kuala Lumpur ialah dengan Pak Hashim Sendeng seorang pegawai penguatkuasa Majlis Bandaran Kuala Lumpur. Kejadian ini berlaku di dalam sebuah rumah papan di Lorong Raja Bot, Chow Kit Road (bangunan Ramly Mokhni sekarang).. yang mana
sahabat Ustaz Hanafi iaitu Hussin Muhammad atau lebih dikenali sebagai Pak Hussin Kelantan yang menjadi 'referee' dalam siri 'try' ini... dalam siri try ini masing-masing berjanji akan menyerang sebanyak 3 kali.. Pak Hashim hanya serang 2 kali jer... serangan pertama di ambil Ustaz Hanafi dengan Kaedah A tanpa di makan dengan hanya meletak tangan di pipi Pak Hashim.... serangan kedua pula telah di ambil Ustaz Hanafi dengan buah kilas belakang
sehingga Pak Hashim Sendeng telah terhempas ke lantai dan seterus Pak Hashim Sendeng menolak untuk serangan untuk kali ketiga dari Ustaz Hanafi.. tiba giliran Ustaz Hanafi... sekali 'SHOOT 'terus terangkat Pak Hashim beberapa kaki ke belakang sehingga berlanggar dengan dinding rumah. Pak Hashim 'declare' Silat Cekak sangat bagus dan menggalakkan anak buahnya mempelajari seni bela diri ini.. Anak buahnya yang pertama ialah Ramli Boyan... iaitu orang kanan Pak Hashim Sendeng...

No comments:

Post a Comment