Thursday, June 24, 2010

Petikan dari Majalah Rampai

Difahamkan seni persilatan Tuah dan Jebat adalah berbeza dari segi langkah dan bunga, Tuah itu liut dan waspada namun langkah Jebat agak kasar dan binasa, walaupun kedua-duanya hebat.
Hanya terdapat satu persamaan dalam gerak silat mereka iaitu dari segi langkah kaki. Mereka banyak menggunakan hujung kaki untuk melangkah sehingga dikatakan tidak berpijak di bumi yang nyata sewaktu bersilat.
- majalah Rampai, Februari, 2001

P/S- pasal bergerak dgn hujung kaki tu, pada yg faham, baguslah..
ada cerita yg sy dapat secara lisan, silat yang digunakan Jebat, adalah 'Silat Tarah', sekarang dikenali sebagai Silat Lincah... silat Tuah pula... 'liut dan waspada'... juga dikenali 'Ibu Segala Silat' iaitu Silat Gayong.
Tapi ia ibu kepada semua silat melayu yg biasa2 sahaja... terdapat pula satu group silat lain yg boleh digelar 'Silat Yg Bukan Silat'.Dinamakan silat hanya kerana ia digunakan oleh kita bangsa melayu, tetapi teknik dan applikasi jauh berbeza daripada silat2 yg lain. Contoh2 silat ini adalah Kalimah, Cekak, Lian Padukan, Gayang 5 serta Sendeng (ada lagi yg lain, tapi aku x hingat).

No comments:

Post a Comment