Tuesday, June 2, 2009

cekak...



Masa aku meronda2 di pakcik google semalam terjumpa lak picture ni. Dari teknik yg ditunjukkan maybe kelas kemahiran.... teringat masa aku memula belajar silat cekak nih, dalam taun 1998 di kolej mara, tamat pun di kolej mara. Then masuk UM takde cekak malaysia, terpaksalah jadi rider... tiap2 malam merentasi federal highway ke UiTM shah alam untuk ambil kelas kemahiran...then seterusnya sijil rendah.

buah favourite aku ada 4 :

(1)Kidung Kiri - buah ni pada aku boleh dipanggil buah kesian,maksudnya kita boleh sekadar mencederakan tangan lawan tanpa pukul habis, kalau tangan dah bengkok mesti dia dah tak boleh serang pastu. Buah ni kena ada kaedah A yang mantap... tapi sebenarnya boleh digabungkan dgn kaedah C.

(2)Buah Kuntau Jatuh - ini buah pantas, percaya tak yg ahli yg mahir dgn buah ini boleh menjatuhkan lawan dalam 1 saat sahaja.Berasal dari kaedah B, tapi boleh digunakan bersama kaedah A.

(3)Buah Hempok - ini buah yg paling aku suka & dah beberapa kali aku gunakan. Buah ini sebenarnya ada satu pemakan ringkas yg mana lawan yg memiliki ilmu kebal atau ahli bina badan pun boleh berbuih mulut kalau kena tapi boleh dimodified supaya sekadar mengundurkan lawan dengan kecederaan yg sgt minima. Selain itu buah ini mempunyai aplikasi yg berubah2 mengikut situasi & fizikal lawan, yg penting kaedah D kena kasi lepas dulu.

(4)Sendeng anak 1 - ini sebenarnya tidak termasuk dalam 21 buah silat cekak (diajar dalam peringkat umum), tapi aku dapati ia sangat efektif, lagipun ia tetap berasal drpd silat melayu yg asli.

Ok, nanti aku ulas lagi... kena tido, esok pagi aku ada presentation dekat IJN.

4 comments:

  1. wui..sapa nih??.. mesti satu kelas ni dulu...:)

    ReplyDelete
  2. salam dari anak murid ustaz ishak itam juga....

    ReplyDelete
  3. weh saiful... aku najib la, satu geng dgn rawang, ehsan, ardi, zali... yg selalu menumpang kat kelas korang dulu

    ReplyDelete
  4. salam semula, tak sangka cikgu bard pun murid ustaz ishak itam

    ReplyDelete