Thursday, October 11, 2012

Kisah di UiTM

Ada satu kisah yang berlaku di Kolej
Kediaman Jasmine, UiTM Kampus Puncak
Perdana.. yg saya nak kongsi bersama.
Lebih setahun lepas, adalah seorang pelajar
baru, orangnya rendang, agak kurus dan
kelihatan agak pucat juga asyik lepak disurau
selepas tamat MDS, entah mcmana teragaklah
pelajar ini disapa pak Imam kita. Bila ditanya
dah makan? Dia jawab "belum". "Kenapa tak
makan", sapa Pak Imam lagi..."Saya tak ada
duit Ustaz" jawab pelajar itu lagi. "Dah berapa
hari tak makan?" tanya Pak Imam yg inginkan
kepastian, " masuk hari ni dah 3 hari ustaz!".
"Astaghfirullahhhhhhhhhh....." hela Pak Imam
lantas menghulurkan sedikit wang zohor itu.
Selepas solat maghrib Ayah Aji (Tuan
Pengetua) diperkenalkan dengan pelajar
tersebut oleh Pak Imam dan Ustaz Azlan,
ketua warden kita.
Maka berceritalah pelajar tersebut tentang
latarbelakangnya, berasal dari suku Kadazan-
dusun, ibunya mati kerana meninggal semasa
beliau masih kecil dan bapanya yang bunuh
diri akibat kemurungan selepas itu sambil
menunjukkan surat serta bukti-bukti yang
ada. Beliau kemudiannya diambil dan
dibesarkan oleh bapa saudaranya yang telah
Islam seadanya. Selepas mendapat tawaran
UiTM, bapa saudara hanya mampu
mengadakan tambang kapalterbang
sahaja..."Hidup kau disana, aku serahkan
pada Allah, insyaAllah kau akan punya rezeki
jika Allah izinkan, pasti ada yg akan tolong!",
kata pakciknya itu sebelum beliau
meninggalkan Sabah.
Kami juga membantu serba sedikit wangsaku,
Ustaz Azlan membantu wang zakat dan Ayah
Aji merujuk beliau untuk mendapat Tabung
Kebajikan UiTM. Alhamdulillah kedua-duanya
beliau dapat, cukup untuk meringankan
bebannya. Selang beberapa minggu beliau
meminta izin untuk bekerja pada hujung
minggu dan ayah Aji telah izinkan....kami
agak jarang bertemu selepas itu dan cuma
berjumpa disurau sekali-sekala.
Apabila semester baru dibuka, beliau datang
berjumpa Ayah Aji. "Apa masalah kamu
nak?"tanya saya sambil bersalam tangan,
"Ndak ada Ayah Aji, saya nak tunjuk result
saya..." sambil menghulurkan sekeping
kertas. Sebak juga dada Ayah Aji bercampur
bangga bila melihat catatan keputusan
ANUGERAH DEKAN dia atas keputusan
peperiksaannya.
Sekarang pelajar itu berada di semester 3,
saban semester dibuka, beliau akan terus
berjumpa Ayah Aji pada hari pendaftaran
kolej untuk menunjukkan keputusan
peperiksaannya yg terus cemerlang itu...dan
sepanjang pengajiannya di sini, tak pernah
Ayah Aji terserempak dia melepak termasuk
di kedai-kedai makan, di gazebo, dia seolah
tak wujud!. Pernah Ayah Aji tanya padanya,
"Apa kamu selalu buat kerana jarang Ayah Aji
nampak?", jawabnya, "Kalau tak ada kelas
saya di library Ayah Aji, kalau ada assignment
saya di makmal komputer kerana saya tak ada
laptop, kalau tak ada apa-apa saya tidur, takut
ngantuk masa kelas nanti lagipun kalau tidur
saya tak rasa lapar". Beliau juga tak pernah
komplen atau mengadu apa-apa masalah
kecuali pada hujung semester nak minta
tinggal di kolej kerana tiada wang nak balik
Sabah.
Cuti semester lepas beliau dapat kerja di KFC
di Shah Alam. Badannya pun tambah berisi.
"Gemuk awak!", gurau Ayah Aji. "Hari-hari
dapat makan ayam Ayah Aji, mana tak
gemuk!, dulu sebulan sekali pun ndak pernah
saya dapat makan ayam!"...membuat Ayah Aji
selalu terfikir - "Dulu aku ingat aku susah,
rupanya ada orang lagi susah dari aku", ...dan
beliau mengajar Ayah Aji erti sabar, syukur,
berusaha dan tawakkal. "Aku janji satu hari
nanti aku akan kaya dan tolong orang macam
aku Ayah Aji!", katanya dengan muka serius
sambil menampakkan giginya yg kuning dan
berceragah itu. ""Aminnnn...", sambut Ayah
Aji.......

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, October 7, 2012

Cinta abadi sebenarnya milik siapa?

Berikut adalah lirik lagu Teman Pengganti nyanyian Black & Malique, ungkapan liriknya ada beberapa lapis pengertian, terpulanglah paham takat mana. Seni tidak memilih, tapi utk terpilih..

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama
Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka
Beberapa purnama dulu cinta bertakhta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah
Rahsia ini
Telah lama aku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Kuceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami
Setia mendengar, sentiasa hadiir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus kusingkap
Kusorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang kupuja
Kau terisitmewa tapi dia yang sempurna
Rahsia ini
Telah lama aku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Kuceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi
kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman susuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri
Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah kukemas, katil dah kurapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis tu nanti
Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dicatat depan casher mydin subang.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.