oh bulan
enggan melayan diriku lagi
pabila
airmata membasahi pipi
dah lagu lagu di radio
seolah olah memerli aku
pabila
kau bersama yang lain
adakah perasaan benci ini
sebenarnya cinta
yang masih
bersemadi untukmu
dan sebenarnya ku mengharapkan
disebalik senyuman mu itu
kau juga
merindui aku
ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
mula menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain
pabila kau merenung matanya
ku rebah
jatuh ke bumi
disaat kau benar benar mahu pergi
seperti
ku bernafas dalam air
http://www.youtube.com/watch?v=1c0XtzI1BgY
Friday, March 27, 2009
Monday, March 2, 2009
Ip Man 2008
Kelmarin aku beli DVD bertajuk Ip Man, memang best sampai harini aku dah ulang tayang 6 kali. Movie ini dibuat berdasarkan sebahagian daripada episod awal kehidupan Sifu Ip Man (sebutannya Yip Man), iaitu orang pertama mengajar Wing Chun secara terbuka.
Apa yang menarik dalam cerita ini adalah seperti berikut:
1)Aksi pertarungan yg ditunjukkan adalah berdasarkan teknik wing chun sebenar yg begitu realistik & berkesan.
2)Perwatakan Ip Man itu sendiri yg begitu merendah diri & menghormati orang lain (esp. his wife).
Khabarnya nanti akan keluar movie Ip Man2, dimana beliau berhijrah ke Hong Kong, dan disitulah beliau membuka sekolah Wing Chun yang pertama (diantara murid beliau adalah Bruce Lee).
Subscribe to:
Posts (Atom)