Cuba temukan kedua2 tangan anda di depan, siku sedikit bengkok dan mengarah ke bawah, genggam. Di kedudukan ini, anda dapat lihat segi tiga di depan anda dan orang lain dapat lihat segi tiga dari sisi kiri, kanan dan depan anda. Saya dah cuba upload gambar tapi tak dapat. Pandai2lah imagine.
So, apa manfaatnya kedudukan tangan begini?
1. Kalau siku mengadap ke luar, bila terima impak dari depan, siku tidak dapat sokongan dari badan dan akan terpeleot ke arah badan sendiri. Kalau siku ke bawah, impak dari depan akan pergi ke siku, pastu ke bahu, ke tulang belakang, ke pinggang, ke kaki (kaki berkuda-kuda seadanya) dan akhirnya ke lantai. Dari lantai itu, impak kembali naik ke atas melalui bahagian2 tubuh tadi. Ingat Newton's Third Law tadi. Jadi, kedudukan tangan ini disokong sepenuhnya oleh badan.
2. Sasaran yang terdedah pada badan kita juga berkurangan dan musuh juga akan pikir dua kali untuk mendekati kita kerana ia bermakna mendekatkan mukanya dengan penumbuk kita.
3. Kalau kedudukan tangan musuh sikunya keluar, mudahlah kita rempuh masuk dengan kedudukan tangan kita yang bersegi tiga kerana segitiga strukturnya lebih kukuh berbanding struktur heksagon tangan musuh.
4. Musuh kena serang dari luar iaitu ikut jalan jauh, kita serang ikut dalam iaitu jalan dekat. Kita yang sampai dulu.
No comments:
Post a Comment