Monday, October 25, 2010

HAKIKAT DIRI

Alam semesta tunduk dibawah kaki Muhammad. Meski pun begitu,ia menyebut dirinya 'hamba Allah'.
Menjadi hamba Allah melampaui diri sendiri. Kerana pada saat yang sama,bererti ujud yang mengalami mati,namun juga hakikat yang mengandungi unsur abadi.
Hakikat Muhammad bukan Arab atau Parsi. Dia manusia,lebih tua dari Adam. Kita ini beraneka warna,sedangkan 'hamba Allah' tanpa warna dan aroma.Hamba Allah! Dia berawal namun tanpa akhir. Dimanakah pagi dan petang bagi nya?
Tiada seorang pun tahu rahsia 'hamba Allah'. Dia tidak lain adalah rahsia daripada 'tiada tuhan selain Allah'. Kalimat ini pedang,matanya ialah 'hamba Allah'. 'Hamba Allah' adalah 'mengapa' dan 'betapa' daripada semua penciptaan. 'Hamba Allah',rahsia tersembunyi dilubuk terdalam setiap ciptaan.

Kau tidak akan mengerti makna kalimat-kalimat itu jika tidak kau fahami ayat "bukankah kau yang meluncurkan anak panah"(AlQuran 8:17).

No comments:

Post a Comment