Ada 2-3 perkara yang saya nak cerita pasal petua ni.
Pertama, kebanyakan sasaran lemah badan berada di garisan tengah badan iaitu mata, hidung, dagu, leher, solar plexus(ulu hati) dan kemaluan. Jadi, inilah sasaran yg kita cari dan pada masa yg sama inilah juga sasaran yg kita cuba lindungi pada badan kita. Macam mana nak capai dua2 ni sekaligus? Itulah guna Kota Piramid yg saya cerita sebelum ni. Anda kena pastikan tangan musuh itu itu berada di luar bahu anda dan anda pula maintain penguasaan dari dalam.
Kedua, kadang2 ada musuh juga guna Kota Piramid. Nak buat macam mana? Centerline bukan terhad kepada bermain dalam tapi juga menjajarkan (aligning) serangan/serangan balas kepada teras badan musuh. Bayangkan ada satu tali menengang dari ubun2 musuh sampai ke bawah. Itulah teras badan (bukan cerita core bahagian perut, itu cerita lain pulak. Kalau pasal teras kemuning, tanya Prof Ramli). Mensasarkan teras badan juga boleh dilakukan dari luar apabila musuh terleka atau musuh steady. Hasilnya seluruh kekuatan kita diterima oleh musuh, tak bocor ke mana2. Ini overlap dengan petua # 5 nanti.
Centerline juga boleh diguna untuk tendangan, kuncian dan gelut juga. Bila cerita pasal tendangan maknanya cara kita menendang biarlah dari centerline. Kalau bila angkat lutut untuk menendang, bahagian kemaluan terdedah dari arah depan, bukanlah tendangan itu dari centerline. Sepatutnya lutut itu melindungi bahagian kemaluan. Tendangan pun jadi pantas dan kuat. Terasa kuat tak semestinya kuat. Nanti di petua lain saya cerita.
Kuncian juga main centerline. Bila mengunci, tak boleh semata2 menggunakan kekuatan tangan sebab tangan musuh mungkin sama besar dengan betis kita, lagi kuat. Tapi bila kita merapatkan tangan musuh itu kepada centerline kita dalam mengunci, tangan musuh yg sebesar betis kita pun tak dapat mengatasi kekuatan seluruh badan kita. Kena baca petua2 lain lagi baru dapat faham.
Gelut pun begitu juga, Kalau tengok UFC, mesti orang tu nak tackle lawan dia pastu nak duduk atas perut lawan dia. Sebab di situ dia boleh merasa apa2 pergerakan yg lawan cuba buat dan senang nak buat apa2 teknik berikutnya. Kalau mereka lawan pakai baju, lagi jelas penggunaan centerline. Mereka tak paut tepi2 baju tapi mereka paut bahagian tengah baju. Ini lebih kepada tactile sensitivity, orang putih kata.
No comments:
Post a Comment