Seorang demi seorang para penumpang itu diperiksa. Akhirnya mereka membuat keputusan bahawa permata itu ada ditanganku. Berulangkali mereka menyeksa dan memperlakukanku dengan sekehendak hati mereka, tetapi aku tetap berdiam diri. Akhirnya aku tidak tertahan lagi lalu berdoa:
"Wahai Yang Maha Pencipta, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui!" Seketika itu juga beribu-ribu ekor ikan timbul ke atas permukaan air dan masing-masing membawa sebuah permata di mulutnya.
Aku mengambilnya sebiji dan memberikannya kepada saudagar itu. Menyaksikan keajaiban ini semua orang yang berada di atas kapal sedar dan meminta maaf padaku. Kerana peristiwa inilah aku digelar Zun Nun (manusia Ikan)
Kisah Rabiah, Sahl dan Abu Yazid kat blog aku dah baca? Aku suka cerita Abu yazid dengan aku...hehehe...http://payabesarpedas.blogspot.com/search/label/Abu%20Yazid
ReplyDelete