Virgin coconut oil atau senonin dengan nama Minyak Kelapa Dara oleh Masyarakat Melayu. Istilah dara merujuk kepada 2 perkara iaitu penghasilannya daripada kelapa yang masih belum tumbuh tunas pada matanya dan juga penghasilannya tidak menggunakan pemanasan api. Seperti yang kita maklum ada vitamin dan zat-zat tertentu akan menghurai dan seterusnya rosak pada tahap suhu yang tinggi. Jesturu itu ia mengandungi semua zat-zat dan mineral semulajadi yang terkandung di dalam kelapa.Oleh yang demikian wajarlah ia dinamakan dengan nama Minyak Kelapa dara.
Memandangkan ia kaya dengan zat-zat semulajadi, tidak keterlaluan ia mempunyai pelbagai khasiat antaranya;
Meningkat dan memperbaiki sistem pertahanan badan.
meningkat kadar metabolisme badan.
antivirus, bakteria, kulat dan parasit yang semula jadi.
anti oxida semula jadi.
meningkat fungsi kelenjar tiroid.
melindungi kesan sinaran ultra violet dalam cahaya matahari.
tidak meningkatkan kepekatan atau platelet darah.
meningkat penghadaman dan penyerapan khasiat makanan.
berupaya menurunkan berat badan.
meningkat pertumbuhan sel kulit, rambut dan badan manusia.
membekal sumber tenaga dengan cepat.
melembap dan melembutkan kulit.
mengurangkan kesan penuaan dan kedutan pada kulit.
mengurangkan kesan keracunan makanan.
membakar dan mengurangkan kolesterol dalam badan.
menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat.
mengurangkan risiko dan kesan penyakit jantung.
mengurangkan risiko dan kesan darah tinggi.
mengurangkan risiko dan kesan kencing manis.
mengurangkan risiko dan kesan demam.
mengurangkan risiko dan kesan batuk biasa.
mengurangkan risiko dan kesan batuk kering.
mengurangkan risiko dan kesan selesema dan resdung.
mengurangkan risiko dan kesan demam campak dan cacar air.
(Rujuk kepada http://juskismis.com/vco.htm)
Tanpa kepakaran dan suasana dan alatan yang bersih bebas daripada kuman kebarangkalian untuk berjaya adalah 50-50. Adalah lebih anda membelinya di kedai ataupun secara online dengan harga sekitar RM19.00 se botol. Namun sekiranya anda ingin mencubanya sila ikut langkah-langkah berikut;
Ambil sebiji kelapa yang masih belum mempunyai tunas pada matanya.
Semasa memecahkannya tadah airnya
Parut kelapa tersebut
Timbang air kelapa yang ditadah tadi dan juga timbang kelapa parut tersebut, Syarat utama dalam memproses minyak kelapa dara ialah jumlah air kelapa dan kelapa parut adalah sama kuantitinya. Oleh demikian samakan berat mengikut jumlah yang tersedikit antara air kelapa dan kelapa parut
Campurkan kedua-dua bahan tersebut dan perah santannya. Jangan sekali-kali menambah air lain.
Simpan santan di dalam bekas yang berbentuk silinder atau yang mempunyai permukaan atas yang terbuka luas dan tutup dengan kain bersih
Letakkan/peram dengan suhu semasa memadai tempat pemeraman tersebut hanya sekadar panas terik matahari tengah hari selama 21 hingga 24 jam (ideal dengan menggunakan kepanasan belakang peti sejuk.
Sekiranya berjaya ia akan membentuk 3 lapisan, minyak kelapa dara berada pada bahagian tengah di atas air. Selepas 24 jam tiada pembentukan 3 lapisan bererti ia tidak menjadi, buang sahaja.
Langkah seterusnya buang lapisan atas dengan sudu (kerana itulah anda perlu meletakan perahan santan tersebut di dalam bekas yang berbentuk silinder bagi memudahkan anda membuang lapisan ini.
Seterusnya ambil Minyak kelapa Dara pada bahagian tengah dan simpan.
Syukur anda telah berjaya melakukan minyak kelapa dara anda sendiri.(Kaedah ini adalah seperti mana saya pelajari daripada jabatan pertanian)
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment