Friday, January 7, 2011

AJIS

Kisah ni dikutip dari pengalaman seorang pemburu masa aku outstation kat kuantan dulu.Tempat dia tinggal ni memang dekat ngan kampung orang asli dan dia ni memang dah ramai kenalan kat situ.Ada banyak cerita aku nak kongsi ngan korang.itupun kalau sudi nak baca.Ini cerita pasal cara-cara orang asli berucap (dalam Islam kite panggil talkin ler) untuk si mati.Tapi diorang ni bukan beragama Islam.

Diorang gelarkan si mati tu AJIS walaupun tu bukan nama si mati semasa hidup.Bila mayat tu dah ditanam, salah seorang dari kaum diorang/tok batin pun start lah baca 'ucapan' macam imamlah.bunyinya camni :

"HAI AJISS.MATI JUGAK KO AJISS.SEKEJAP LAGI ADA ORANG BESAR MAU DATANG.(kalau kita, malaikat mungkar dan nakir) KALAU DIA TANYA,KO JAWAB YANG BAIK-BAIK SAJA.YANG JAHAT-JAHAT DIA TAK TAU.KALAU DIA PUKUL KO DARI KANAN.KO ELAK KE KIRI.KALAU DIA PUKUL DARI KIRI.KO ELAK KE KANAN.KALAU DIA HANTAM DARI DEPAN.KO ELAK KE BELAKANG.KALAU DIA HANTAM DARI BELAKANG.PANDAI-PANDAI KO LAH AJISSSSS."

Pastu komat kamitlah mulut pemberi 'ucapan' tu dan diorang pun beredar dari situ.Dari mula sampai habis 'ucapan' , kawan aku yang ikut diorang pi tanam mayat tu kena tahan gelak sampai merah padam muka dia.bila orang asli tu tanya ngape.kawan aku cakap. "sedih"

No comments:

Post a Comment