Wednesday, November 10, 2010
Peribahasa lama utk renungan
- Bagai mengepal pasir yang kering = Kesukaran menyatukan perbezaan pandangan tahu di angin turun naiknya, tahu tentang alamat tentang peristiwa yang bakal terjadi.
- Syak fasik, yakin salih; batulah yang jadi juadah = Yakin maksud tercapai.
- Ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencucuk dan duri yang akan mengait = Halangan dan rintangan dalam sesuatu usaha.
- Bulan terang paksa baik: payang ke laut, baluk pun ke laut juga = Dalam zaman kemakmuran semua orang berlumba-lumba mencari keuntungan.
- Sudah ada biduk, tetapi serempu pula = Berebut kuasa.
- Menuntut piutang lapuk = Melakukan sesuatu yang sia-sia.
- Itik bertaji = Sangat penakut tetapi sombong.
- Keris tersisip di dinding, pedang tajam dalam sarungnya = Perbuatan yang pandir.
- Biarlah luka di dada jangan luka di belakang = Biar alah kerana melawan jangan alah kerana melarikan diri.
- Peluru perak pemecah kubu yang kuat = Kerana duit semuanya dibongkarkan
- Sungguh kawat yang dibentuk, ikan ditebat yang diadang = Tipu muslihat yang tersembunyi demi mencari keuntungan diri.
- Perut tidak bertelinga = Nasihat yang tidak akan diturutkan
- Syarak yang mengata, adat yang memaksa = Syarak dan adat tidak dapat dipisahkan
- Pecahlah kapi, putuslah suai = Sesuatu yang tidak dapat dibaiki lagi (sejarah) dan menanggung malu teramat sangat
Saturday, October 30, 2010
Jangan Memandang Rendah Kepada Mereka
Uncle ada seorang kawan yang berniaga burger di Bagan Dalam. Itulah kerjayanya itulah mata pencariannya. Tiap malam di gerai bergerak itulah dia ber"station". Siang dia tak keja apa. Pendapatannya sebulan? Erm... korang rasa berapa?
Apa kata kalau kita buat matematik skit. Ok kita kira satu burger dia amik RM 2.00, kira ok lah tak yah komplikated sangat. Total burger yang dijual lak, kita anggarkan 80 biji. RM 2.00 x 80 =?
Korang kira la sendiri. Itu lum masuk hot dog, banjo, oblong dan segala kerabatnya lagi. Diorang kata, "ermm... burger memang la untung, tapi tengok orang yang jual air kat pasar malam tu, tak standard arr keja macam tu." Helo, at least dia mencari rezeki yang halal. Silap haribulan pendapatan dia sebulan lagi banyak dari kita yang makan gaji.
Segelas air yang dijual di pasar malam, harga standard RM 1.00, ni kira paling murah la korang akan dapat. Anggarkan yang beli kat pasar malam tu dalam 100 orang. Berapa ek? Tu baru semalam, esok lak kat pasar malam lain? Kalau dia sulam lak ngan nasi lemak sebungkus RM 1.20. Berapa ek?
Moral, jangan cepat memandang rendah akan keupayaan seseorang. Pernah dengar satu iklan kat radio tak? Iklan tu berbunyi macam ni:
Wanita: Anak lelaki saya suka menanam bunga...
Ramai Orang: (Ketawa)
Wanita: Anak lelaki saya suka tanam bunga orkid...
Ramai Orang: (Ketawa)
Wanita: Setiap tahun, dia mengeksport 2 Tan Orkid ke Jepun...
Ramai Orang: (Diam)
Wanita: (Ketawa)
Datang pula mamat ni kata "Eleh, tu kalau ada orang beli, kalau takde? Ada jaminan ka leh idup,". Jawapannya senang: Ko jamin ka ko keja makan gaji hidup ko akan senang. Kalau kena buang keja pasal ekonomi gawat? Bukan benda tak leh jadi. Samalah macam naik motor ngan naik kereta. Naik motor taraf keselamatan dia kureng skit dari kereta, tapi ko jamin ka naik kereta tak accident? Fikir secara rasional dan JANGAN MELATAH...
Tuesday, October 26, 2010
Melampaui guru
Kisah al-Junaid al-Baghdadi,
Tazkiratul Auliya, karya Fariduddin Attar.
Monday, October 25, 2010
HAKIKAT DIRI
Menjadi hamba Allah melampaui diri sendiri. Kerana pada saat yang sama,bererti ujud yang mengalami mati,namun juga hakikat yang mengandungi unsur abadi.
Hakikat Muhammad bukan Arab atau Parsi. Dia manusia,lebih tua dari Adam. Kita ini beraneka warna,sedangkan 'hamba Allah' tanpa warna dan aroma.Hamba Allah! Dia berawal namun tanpa akhir. Dimanakah pagi dan petang bagi nya?
Tiada seorang pun tahu rahsia 'hamba Allah'. Dia tidak lain adalah rahsia daripada 'tiada tuhan selain Allah'. Kalimat ini pedang,matanya ialah 'hamba Allah'. 'Hamba Allah' adalah 'mengapa' dan 'betapa' daripada semua penciptaan. 'Hamba Allah',rahsia tersembunyi dilubuk terdalam setiap ciptaan.
Kau tidak akan mengerti makna kalimat-kalimat itu jika tidak kau fahami ayat "bukankah kau yang meluncurkan anak panah"(AlQuran 8:17).
Saturday, October 23, 2010
Fikir2 dulu
1.Sebuah company pharmaceutical international, ditubuhkan sejak 1951. Website pun gempak, ada 35 cawangan diseluruh dunia. So far cuma ada seorang melayu level manager dlm company ni, kalu aku join jadilah aku org kedua.
2.Company bumiputra sepenuhnya, ditubuhkn 2004. Staff cuma 11 orang aje.Gaji yg dioffer pun x tinggi sgt (RM3500 termasuk allowance). Tapi ape yg aku nampak masih byk peluang utk expand, kalu kn caranya mungkin boleh jadi market leader dlm 5 thn lagi.
Kena fikir2 dulu
Kisah Main Dam
Malangnya, ada sesuatu yang tidak kena. Samat ni kuat sangat makan. Bapa mertuanya selalu merungut. Beras 20kg, tak sampai seminggu dah habis. Selalu tak macam ini. Sejak Samat duduk di rumahnya... cepat sangat barang-barang dapur habis. Samat betul-betul 'menghabiskan borehhh...'
Kebaikan Samat pula ialah, dia ni alim sikit. Tak pernah tinggal sembahyang. Malangnya bapa mertuanya tak pulak begitu... Waktu maghrib seronok depan tv tengok Naruto... lepas tu sambung tengok berita... lepas tu makan... lepas tu tidur.. esok bangun pukul 8... pergi kedai kopi... bersembang, sampai tengahari.
Balik makan, kemudian tidur... petang pergi kedai kopi lagi... main dam, berborak mengalahkan orang politik. Kerana sama-sama ada kekurangan ni lah yang menyebabkan si menantu tak berani menasihati bapa mertua, dan bapa mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan. Tetapi dia terus mencari idea... macam mana nak kenakan si Samat ni.. Bengang betul dia... dah lah tak kerja...melantak kuat pulak tu...
Suatu hari dia dapat idea... nak kenakan Samat.. "Samat, mari kita main dam haji..." katanya kepada Samat... "Boleh juga..." kata Samat tanpa mengesyaki sesuatu.
Bila sahaja bermain, dia sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh Samat.. Dia hulur, Samat makan, hulur lagi... Samat makan lagi... hulur lagi makan lagi, dan lagi... dan lagi...
"Eh ko ni Samat... kuat betul makan laa... agak-agak laa..." katanya tersenyum..
"Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni... mentang-mentang aku kuat makan.." fikirnya dalam hati... tapi tak apa...
Mereka bermain set kedua... bapa mertuanya hulur... dia tak makan... hulur lagi, tak makan juga... kena tangkap... tak macam set pertama... dia dah bijak sikit...
Bila tak makan, mestilah kena tangkap...(sesiapa tak tahu main dam haji tentu tak faham cerita ini...) kemudian bapa mertuanya dapat melangkah hingga ke haji...
Apa lagi....
"Ehh orang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji ke...?" perli Samat
Merah padam muka bapa mertuanya... dia nak perli anak menantunya, tetapi dia yang terkena....
Selepas dari itu, Samat tak lagi kuat makan dan bapa mertuanya dah jadi alim... tak tinggal sembahyang lagi... sekarang ni ada kat Mekah kerjakan umrah... Nak pergi haji belum sampai seru... katanya laa...
Full bar coverage
sekiranya coverage tak ada kan . Di dalam lif dan basement tempat parking
kereta merupakan antara kawasan 'pantang' bagi handphone (hp). Ini
kerana di tempat-tempat tersebut coverage hp amat rendah sehingga 1 bar dan
kadang-kadang tiada langsung!
Bayangkan sekiranya anda berada dalam situasi yang yang cemas dan amat
memerlukan pertolongan. Tetapi hp mahal anda itu tidak dapat melaksanakan
tugasnya dengan cemerlang. Tentu anda mempunyai sebab munasabah untuk
berasa kecewa dan menyesal bukan???
Ini satu informasi untuk anda dan sesiapa sahaja yang menggunakan hp 1G,
2G ataupun 3G. Dengan menggunakan wang kertas RM2 sahaja anda boleh
mendapatkan full bar untuk hp walaupun di mana sahaja anda berada.
Ini kerana wang kertas RM2 mempunyai satu elemen untuk 'boost up'
coverage hp anda. Mungkin anda berasa sedikit hairan. Tetapi percayalah ini
merupakan satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan!!!
Kaedah ini sesuai untuk semua pengguna 013, 016, 019, 012, 017 dan
sebagainya.
Caranya ( Perhatian sila baca dan ikuti langkah-langkah ini dengan teliti)
:
Langkah 1 : Off atau matikan hp anda.
Langkah 2 : Lipatkan wang kertas RM2 menjadi sama saiz dengan bateri hp
anda.
Kemudian selitkan duit yang telah dilipat tadi bersama bateri hp anda.
Langkah 3 : On atau hidupkankan semula hp. Periksa bar pada hp anda.
Semasa hp anda on, pastikan kod 'ID. 10T' tertera pada skrin hp anda.
Sekiranya kod 'ID. 10T' tertera di skrin, hp anda tidak akan mengalami
masalah coverage lagi!
*Sila ambil perhatian;
Sekiranya kod 'ID.10T' tidak tertera pada skrin, sila periksa sebuah
satelit yang besar di belakang wang kertas RM2 tersebut.
Pastikan sama ada satelit tersebut berfungsi dengan baik atau tidak.
Sekiranya masih tidak berjaya, sila ketuk-ketuk sikit hp anda dengan duit
RM2 tu sekali. Sila periksa samada tengkolok Agong jatuh ataupun tidak...
Kedudukan tengkolok yang tidak stabil mungkin penyebab mengapa kod
'ID.10T' tidak muncul di skrin hp anda.
Kalau masih tidak berjaya hentakkan hp di dahi anda 10 kali.
Mungkin kod 'ID.10T' dah bertukar menjadi 'IDIOT' ! Sape tahu
yer tak??
Jgn marah kalau dah terkena......
Nasib baik duit RM2 tak dicetak lagi. Kalau tidak, lagi ramai yg fikir
benda ni betul-betul...tapi cobaan......