Thursday, December 2, 2010

Kera di hutan disusukan…anak sendiri mati kelaparan…

Semalam aku saja la surfing kat youtube tuh…cari la video2 pasal silat…sekali ada satu video nih org brazil…taraf maestro (master/guru) silat….ada sekolah silat kat sana nun…satu aliran yg aku kenal….apa bezanya video ni berbanding video2 lain?….besar beb ertinya video nih kat aku….buatkan aku terpikir…apa yg di tunjuk kat video tuh kira peringkat yg perlu belajar lama sikit…persoalannya…dia orang brazil…berapa lama dia menuntut kat sini?…..peringkat yg dia tunjuk tuh aku tengok kat sini makan 3-4 tahun baru di ‘bagi’….”bukan tak mo bagi tapi hanya jauhari mengenal manikam”…kata para jurulatih la….tapi betul ke mcm tu?

Kami dulu nak dapat pun susah….tak adil la kalau org baru senang je dapat…

Barang mahal memang payah nak dapat…

Dia kadang2 kat rumah plan nak ajar A…tapi bila sampai kat gelanggang jadi B..

Sabar…sabar…sabar….

Tak boleh gelojoh…asas kena betul…baru jadi…

Naik muak aku dengar kata2 kat atas nih….hakikatnya memang kita kemut dengan bangsa sendiri….nak belajar hak sendiri pun jenuh nak dapat…macam2 alasan & kata2 hikmah keluar bila ditanya kenapa slow sgt pelajaran…org luar senang jer dapat…siap buat cari makan lagi kat sana….kalau berterusan macam nih…suatu hari nanti kita terpaksa mengemis ilmu bangsa sendiri dari orang asing!!!!

Bila belajar ‘hak ‘org, kita dituduh melayu yg lupa pada asal usul…tapi nak belajar ‘hak’ melayu kemut sangat…dgn orang melayu la kemut…org brazil tak per. “Bukan apa…takut bagi kat orang yg salah”…kata diorang…ehhh…org Brazil tuh ‘org yg betul’ la kiranya?….dia muslim kot….Aku yakin org2 silat ramai la yg akan menidakkan apa yg aku tulis nih…ada la bende nak nasihat kat aku nanti…bagi la apa alasan tuan2 nak bagi…tapi hakikatnya memang org kita kedekut ilmu dengan bangsa sendiri…ni pandangan peribadi jer…tak melibatkan org lain. Atau sebab orang brazil tuh bayor lebih?…duit ke masalahnya?…cakap la…bleh usahakan tuh…ke sebab ‘grand’ sikit kalau ada murid kat oversea?…

Apakah aku ni terlalu bersangka buruk dengan Guru2 & jurulatih2 silat?…ni semua perasaan aku jer kot…errr…tapi kawan aku si “T” tuh baru belajar 2 tahun ‘hak’ luar tapi dah masuk tahap berapa DAN dah black belt nyer…kawan aku si “A” lak lepas 2 tahun nih baru buleh ‘menari’ sikit2 kat kenduri kawin…itulah silat…sian…balik2 cakap pasal pengorbanan…buat demo tengah2 panas…makan nasik bungkus tepi longkang..katanya demi untuk mengembangkan warisan….

Muak sungguh!!!

KORANG BUKTIKAN AKU SALAH!!!

No comments:

Post a Comment