Sunday, May 9, 2010

Review Ip Man 2 - Ini hanya pandangan peribadi



Akhirnya aku berpeluang menonton ip man 2, filem kedua tentang kehidupan sebenar ip man iaitu guru kpd bruce lee.

Donnie Yen membawakan watak
seorang pakar wing chun (sejenis beladiri seakan2 silat cekak) dengan baik sekali, bukan sahaja dlm pertarungan tapi juga dr gaya & karisma seorang guru beladiri. Sifat rendah diri & sabar tapi berani dan tegas dalam menyatakan sesuatu kebenaran.

Dari sudut yg lain cerita ini sarat dengan pengajaran tentang realiti kehidupan, disampaikan dengan begitu bersahaja. Juga diberi penekanan bahawa keluarga, persahabatan & kesetiaan adalah segala2nya.

Aksi pertarungan pula begitu realistik menggunakan teknik wing chun yg sebenar. Teknik tangkisan & pukulan wing chun diapply dgn sgt tepat & mantap (hingga aku terlupa Donnie Yen sebenarnya seorang pengamal MMA).

Daripada movie ini berikut yang dapat aku pelajari:

1) Lead by example – walaupun murid pertama beliau agak bermasaalah, ip man tetap tenang dan menggunakan penekanan secara halus dalam mendidik beliau. Dari sepuluh org guru, biasanya 2 atau 3 sahaja menggunakan kaedah pengajaran begini.

2) Patience & Bravely – bak kata2 Hamka ‘hilang keberanian hilanglah nilai seorang lelaki’. Aku pernah berjumpa ramai lelaki yang cakapnya berdegar2, tapi hati ropol2 , bila berhadapan situasi sebenar dia yg cabut dulu. Ip man disini bersikap low profile & sabar, tapi bila berhadapan dengan ujian & cabaran sebenar, beliau dengan penuh keberanian melaluinya… refer scene pergaduhan di fish market, sape yg berani datang sorang2

3) Ilmu tu Allah (SWT) akan bagi pada sesiapa yg dekehendakiNya – ape yang aku perasan setiap bangsa ada martial art yang pergerakan & applicationnya lebih kurang sama. Apa yg aku maksudkan disini persamaan wing chun dengan silat cekak. Sebenarnya di Jepun juga ada 3 martial art yang tekniknya lebih kurang sama dgn wing chun salah satu adalah ‘shorinji kempo’. Nasib baik semasa first ip man dulu general tu cuma tau guna karate.

Yang lain aku malas komen banyak2, korang tengok lah sendiri, penerimaan & kefahaman setiap individu adalah berbeza.

No comments:

Post a Comment