oh bulan
enggan melayan diriku lagi
pabila
airmata membasahi pipi
dah lagu lagu di radio
seolah olah memerli aku
pabila
kau bersama yang lain
adakah perasaan benci ini
sebenarnya cinta
yang masih
bersemadi untukmu
dan sebenarnya ku mengharapkan
disebalik senyuman mu itu
kau juga
merindui aku
ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
mula menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain
pabila kau merenung matanya
ku rebah
jatuh ke bumi
disaat kau benar benar mahu pergi
seperti
ku bernafas dalam air
http://www.youtube.com/watch?v=1c0XtzI1BgY
Friday, March 27, 2009
Monday, March 2, 2009
Ip Man 2008

Kelmarin aku beli DVD bertajuk Ip Man, memang best sampai harini aku dah ulang tayang 6 kali. Movie ini dibuat berdasarkan sebahagian daripada episod awal kehidupan Sifu Ip Man (sebutannya Yip Man), iaitu orang pertama mengajar Wing Chun secara terbuka.
Apa yang menarik dalam cerita ini adalah seperti berikut:
1)Aksi pertarungan yg ditunjukkan adalah berdasarkan teknik wing chun sebenar yg begitu realistik & berkesan.
2)Perwatakan Ip Man itu sendiri yg begitu merendah diri & menghormati orang lain (esp. his wife).
Khabarnya nanti akan keluar movie Ip Man2, dimana beliau berhijrah ke Hong Kong, dan disitulah beliau membuka sekolah Wing Chun yang pertama (diantara murid beliau adalah Bruce Lee).
Sunday, February 1, 2009
Boikot Barangan Israel!
Bismillahirrahmanirrahim..
"Wahai kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Setiap ringgit yang kita bayarkan untuk sebotol Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger King dsb, tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan.
Menurut pendapat saya, setiap Muslim harus bertanggungjawab dalam hal yang mempengaruhi keluarga dan gaya hidup mereka. Lihatlah kepada orang-orang Amerika yang telah membatalkan (veto) resolusi PBB untuk mengutuk aksi tentera Israel di Palestin. Jika mereka itu adalah pemelihara perdamaian seperti yang mereka dakwa, apakah mungkin mereka melakukannya (membatalkan resolusi PBB)?
Wahai manusia, tidakkah anda berfikir? Tidakkah anda memiliki perasaan lagi? Tidakkah anda merasakan kepahitan negara-negara Arab dan Islam dalam hal ini? Darah yang paling murah adalah darah kita! Kita telah menjadi bahan percubaan bagi senjata-senjata dan peluru-peluru serta teknologi mereka. Persenjataan perang ini dibiayai oleh kita, dalam gaya hidup konsumerisme yang mereka paksakan ke atas kita.
Saya bertanya kepada anda semua, dengan nama Allah. Saya bertanya pada anda semua, atas nama ribuan orang yang mati di tangan pengganas-pengganas itu pada tahun 1948, 1967, 1973 di Qana, di Dir Yassin, di Bahr al-Bakar semenanjung Gaza dan di al-Quds. Saya bertanya kepada anda semua, atas nama orang yang mati syahid untuk kehormatan kita. Saya bertanya ke atas anda, atas nama seorang anak kecil bernama Muhammad al-Durrah, yang syahid dalam pelukan ayahnya ditembusi peluru-peluru, dari wang yang telah kita sumbangkan kepada mereka.
Apakah akan jadi kepada kita? Kita memiliki mata yang tidak dapat kita gunakan untuk melihat. Kita memiliki telinga, tetapi kita tidak gunakan untuk mendengar. Kita memiliki hati, tetapi tidak lagi dapat merasai. Mereka telah menjadikan kita sebagai pengguna-pengguna yang buta, yang rela membayar wang untuk membiayai senjata mereka, untuk mendukung aksi keganasan mereka di dunia Arab dan Islam.
Boikot mereka sekarang! Sekarang atau peluang ini tidak muncul lagi selamanya!
Dunia Arab dan Islam harus bersatu agar menjadi kuat. Kembali dan siapkan persenjataan kita. Kembalikanlah dan bangunkanlah ekonomi kita agar kita dapat menghancurkan mereka. Allahu Akbar!!"
- Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, 8 Oktober 2001 (Qatar)

Sunday, January 18, 2009
Tahniah buat PAS

Keputusan pilihanraya Kuala Terengganu malam tadi sekali lagi berpihak kepada pakatan rakyat selepas Permatang Pauh. Pada aku kemenangan PAS adalah atas dasar calon itu sendiri.Dari faktor gerak kerja kedua2 pihak sebenarnya telah bekerja sehabis baik.
Pekerja2 BN jelas semenjak permulaan kempen lagi telah cuba mendekati pengundi sedaya upaya... syabas buat mereka, tapi seperti yg kita ketahui calon itu sendiri memainkan faktor utama. Aku sendiri tidak faham, dalam gelombang tentangan rakyat terhadap pentadbiran paklah bersama tuannya (KJ la.. sape lagi), BN masih boleh memilih calon daripada golongan budak2 tingkat 4 ini sedangkan masih ramai calon lain boleh diketengahkan. Bagi Najib pula menang atau kalah di Kuala Terengganu tetap membawa kebaikan kepada beliau... kalau Wan Farid menang, orang akan melihat itu atas usaha beliau sejak awal lagi, bila Wan Farid kalah... pengaruh KJ akan semakin berkurangan menjelang Najib mengambil alih pentadbiran negara March nanti...
Anyway tahniah kepada pejuang2 PAS yang begitu persistence, mungkin kalian tidak sehebat Imam Samudra sehingga turun burung karomah ketika pemakaman beliau, tapi pada aku kalian tetap adalah pejuang Jihad.
Thursday, January 8, 2009
Ipoh Trip2

Aku sampai diIpoh tepat jam 11:45pg, terus aku kol Pn.Sharifah di VRI, tapi dia suruh aku jumpa dia petang sebab hari jumaat mereka start rehat kul 12:15
Aku pun singgah dulu Hospital Ipoh jumpa kawan2 lama,lepas tu pergi lunch kat tesco bersebelahan kinta city... banyak nostalgia kat Ipoh ni... teringat zaman sekolah kat semesti dulu 'fly' dari teluk intan sampai ipoh...
Lepas semayang Jumaat kat Masjid Sultan Azlan Shah, aku terus ke VRI siapkan kerja.
Pukul 5 aku chow terus... tak sabar nak sampai rumah nak jumpa anak2 (Adif & Aamal)
Tapi sampai satu part tu terkandas dekat 45minit sebab ada eksiden (sila lihat gambar diatas).
Tak silap aku lori ni dari Cameron... bawak buah
Ipoh Trip1
Jumaat lalu aku ke Ipoh, atas urusan di Veterinary Research Institute yg terletak di Jalan Sultan Azlan Shah. Hari pertama bekerja 2009 sudah kena out-station, tapi ok jugak, kalu masuk opis tentu aku termangu2 macam kucing kena jentik telinga...
Aku bertolak dari rumah pukul 8:30 pagi terus hantar wife dulu ke opis beliau di Kelana Jaya then terus keluar ke lebuhraya utara-selatan melalui tol kota damansara.
Dalam pukul 10 aku dah lepas bidor, masa tu aku bukak radio, keluarlah satu lagu nasyid yg aku tak ingat pun tajuknya(selalu dgr zaman sekolah dulu), tapi version ni dah dinyanyikan oleh Hijjaz. Lagunya macam ni
Rasulallah dalam mengenangmu
Kami susuri lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran
Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yg tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya
Tidak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar mulianya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau Rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kebenaran
Terukir namamu didalam Al-Quran
Rasulallah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingati mu
Dan kami cuba mengamal sunnah mu
Kami sanjung perjuanganmu
Walau kami dicaci dihina
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah & Rasul sebagai pembelaa
aku pun ikut menyanyikan lagu ni... selepas beberapa ketika tiba2 mata terasa basah, kemudian aku menangis tanpa dapat dikawal... Alhamdulillah, dalam bermacam kesilapan yg aku lakukan beberapa tahun ini, Allah(SWT) masih melembutkan hati ini...
Allah & Rasul sebagai pembela

Subscribe to:
Posts (Atom)