Tuesday, May 8, 2012

Petikan daripada Al-Hikam

Siapa yang tidak mendekati kepada Allah dengan halusnya kebaikan yang Dia berikan, maka ia akan diseret (supaya mendekat) dengan rantai cubaan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, May 5, 2012

Tanda2 Orang Munafik

Tujuan posting ini bukanlah utk menuding kepada sesiapa, tetapi adalah sebagai peringatan kpd diri sendiri.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, May 2, 2012

You Need Bersih 3.0 and Here's Why

Apa yang aku faham, mereka ada 8 tuntutan. Antaranya melibatkan membersihkan daftar pengundi hantu yang dibawa masuk untuk pilihan raya kali ke-13 ini.
Beribu-ribu khabarnya yang akan menolong Barisan Nasional menang.

Berhentikan Lynas. Stop Lynas. Lynas ni bahaya. Radiasi. Setakat kilang biasa sudah bagi kesan buruk kepada manusia dan alam sekitar, apatah lagi kilang berbahaya macam tu.

Oh ya, sila baca entri ini dengan fikiran terbuka, ok.

Berita dari Sinar Harian, menyebutkan dataran Merdeka 'meriah' dengan 300 orang penyokong Bersih, padahal ada 30000 orang. Aduh, nampak sangat akhbar tak telus melaporkan.
Pada masa tu, berpuluh-puluh ribu lagi sedang dalam perjalanan menuju Kuala Lumpur.

Aku tengok berita TV1 pula, ada yang duk cakap peniaga rugi. Kalau ikut logik, mana nak rugi sebab kan orang ramai, mesti la untung. Sape suruh tutup?
Apa yang lawaknya, ada pula peniaga tu siap pakai baju warna kuning yang aku yakin bukan baju rasmi kedainya, sebab nampak logo-logo. Dalam kata 'rugi' pun, sokong BERSIH ye? =)

Ramai orang sokong bersih sebenarnya. Kawan-kawan aku majoritinya sokong BERSIH. Kawan-kawan aku bukan setakat pelajar sekolah, pelajar universiti-diploma, ijazah, Master, PHD, pensyarah, pengarah, artis dan macam-macam lagi jawatan menyokong dan mahu turun ke BERSIH.
Alhamdulillah, ramai yang sudah membuka mata. Bukan setakat orang Melayu je, orang Cina pun sama.

Ini rakyat. Rakyat yang faham apa yang sedang dan bakal berlaku. Kerajaan jangan ingat rakyat bodoh. Jangan nak memperbodohkan rakyat la. *terngiang-ngiang lagu Basikal Tua, lirik kat "Aku orang biasa.."


TAK SOKONG

Mereka tak faham apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh golongan BERSIH.

Mereka hanya disogokkan dengan media arus perdana. Tak faham?

Kalau korang tak faham, tak perlulah nak cakap bukan-bukan. Ingat, apa yang dicakapkan itu membawa catatan baik atau tidak. Setiap yang tak baik, membawa ke neraka.

Korang tak faham, mereka berjuang untuk korang jugak. Untuk Malaysia yang lebih baik.

Korang cakap, kenapa nak join demonstrasi dan tunjuk perasaan, sedangkan ada yang lebih baik daripada ini? Ikut Parlimen ke, Mahkamah ke..

Sebabnya, Parlimen dan Mahkamah sudah tidak terima. Inilah jalan terakhir.


Pasal tempat kat Dataran tu?

Dataran Merdeka sebagai simbolik.

Diorang cakap, kenapa nak sokong Ambiga? 

Opps, Kita bukan sokong Ambiga tapi kita sokong 'Ulama'. Itu puar belit media. - ini Ustaz Azhar Idrus, Ustaz YouTube yang famous cakap. Korang nak lawan orang alim lagi warak bercakap?

 Ustaz Azhar Idrus juga pernah cakap, kalau korang nak layan rempit, muzik, layanlah. Tapi, masa membabitkan agama, kembalilah kepada Ulama.

Kita hidup bukannya lama. Sebab tu A. Samad Said, Sasterawan Negara pun turut sokong. Beliau berkata, dia tak nak mati sia-sia. Biarlah mati dengan jasa dikenang (ini aku yang kata)

*serius aku pun tak suka Anwar Ibrahim, tapi aku lebih tak suka Rosmah Temok, Lembu Ijat, Nazri Porshe & perompak2 yg lain..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, May 1, 2012

6 perkara yang dirahsiakan Allah kepada hambaNYA


1) Allah merahsiakan keredhaannya kepada hambanya yang taat agar hambanya itu tetap terus berbakti atau taat.

2) Allah merahsiakan turunnya Lailatul Qadar di bulan Ramadhan agar hambanya selalu berusaha untuk mencapainya dengan bersungguh-sungguh tanpa mengingat atau mengenal atau merasa bosan.

3) Allah merahsiakan wali – walinya atau hamba hambanya yang soleh kepada orang ramai agar mereka tidak dipuja – puja atau disembah-sembah disebabkan oleh kemuliaannya kerana wali – wali Allah itu tergolong orang yang mempunyai kelebihan ilmu.

4) Allah merahsiakan umur seseorang hamba agar ia selalu bersiap sedia untuk mati dan rajin beramal yang soleh

5) Allah merahsiakan tentang keutamaan salatul wusto atau sembahyang yang utama daripada solat solat yang lain agar hambanya itu tetap rajin dan berusaha mencapainya (Salatul Wusto)

6) Allah merahsiakan tentang siapa jodoh kita nantinya agar hambanya mencari jodoh yang terbaik untuknya
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, April 17, 2012

Penat..;(

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, April 15, 2012

________________________________
Image taken with Screen Grabber.
Download it free from BlackBerry App World : http://bit.ly/screengrabber_appworld
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, April 13, 2012

Test Screen Grabber App

________________________________
Image taken with Screen Grabber.
Download it free from BlackBerry App World : http://bit.ly/screengrabber_appworld