Tuesday, October 12, 2010
Pengenalan kepada kad perubatan
Kad perubatan adalah kad yang memberi kemudahan kepada anda untuk mendapatkan rawatan terbaik di hospital swasta secara cashless. Anda juga boleh menyimpan wang sendiri untuk perubatan dan kenapa perlu kad perubatan?
Jika anda simpan RM200 sebulan. Bila simpanan anda akan menjadi RM500,000? Anda perlukan 208 tahun!
Dengan medical card, anda simpan RM200 sebulan. Prudential akan bayar semua bi perubatan anda. Seperti yang saya katakan, anda menyimpan bukan membayar untuk kad perubatan.
Dengan simpanan RM200 sebulan bersama Prudential, anda kana mempunyai RM150K bersara nanti. Wang anda dilaburkan dengan keuntungan 9% setahun
Adakah wang anda akan berkurangan jika anda membuat tuntutan? Jawapannya TIDAK. Tidak kira berapa banyak anda tuntut RM1K, RM10K, RM50K, RM500K. Wang simpanan anda masih selamat dan tidak berkurangan.
Jika anda menyimpan secara sendiri tanpa Prudential, simpanan anda tidak selamat. Contohnya anda mempunyai RM30K. Bil perubatan RM50K. Anda keluarkan RM30K, dan masih perlukan RM20K.
Apa yang boleh lakukan adalah meminjam duit atau keluar KWSP jika layak.
Ini memberikan masalah kepada anda.
Kad Perubatan produk yang bagus?
YA! Anda mempunyai perlindungan perubatan, dan simpanan masa hadapan yang tidak akan berkurangan. Tidak perlu keluarka KWSP atau meminjam wang. Dengan kad perubatan Prudential anda mempunyai kewangan kukuh dan bahagia. Semua ini hanya RM100 sebulan.
Kenapa terlalu lewat apabila bersara nanti?
Premium (bayaran bulanan) akan mahal. Paling kurang RM500 sebulan.
Permohonan insurans anda akan ditolak kerana anda telah menghidap pelbagai jenis penyakit.
Anda mungkin bersara sebagai jutawan dari duit simpanan atau KWSP tetapi adalah lebih baik jika insurance membayar bill hospital anda dan duit simpanan anda tidak digunakan.
*Saya telah berjumpa dengan ramai rakyat Malaysia yang berumur 55 tahun ke atas yang berjumpa saya untuk memiliki insurans nyawa dan medical kad. Jika mereka sihat, tiada masalah. Tetapi jika mereka mempunyai penyakit seperti diabetes, permohonan mereka akan ditolak oleh Prudential. Mengapa mereka ingin memiliki medical kad? Kerana mereka sedang membayar sebanyak RM30K setahun untuk bil medikal mereka.
Saya bertanya, kenapa sebelum ini tidak ambil medikal kad? Mereka menjawab "Selama ini, klinikal, pembedahan dan hospital di bayar oleh syarikat saya bekerja. Rawatan diabetes saya RM70K semua dibayar oleh syarikat"
Tetapi apabila bersara, syarikat sudah tidak melindungi anda. Tetapi penyakit diabetes masih ada. Rawatan masih diperlukan. Sekarang anda mempunyai masalah besar.
Anda tahu berapa kos perubatan di hospital swasta?
1. H1N1 3 hari RM3400
2. Dialisis buah pingang RM130 per sesi (13 sesi diperlukan sebulan)
3. Pembedahan salur darah tersumbat (Kolestrol)- RM90K
4. Denggi 7 hari RM4100
Jika anda mempunyai medical kad dari Prudential. Semua di atas akan dibayar oleh Prudential dengan limit RM1.5 Juta seumur hidup.
Kenapa Prudential?
Prudential adalah syarikat insurans no. 1 di Malaysia. Prudential adalah syarikat gergasi dunia dari UK dan telah bertapak di Malaysia sejak 1924!
Kenapa Medical Kad Prudential ?
Perlindungan besar sehingga RM1.5 juta. Hanya tunjukkan medikal kad anda dan Prudential akan membayar bil anda
Tambahan anda akan menerima wang saku hospital sebanyak RM250 sehari. Jika 7 hari di hospital, maka anda akan menerima wang saku sebanyak RM1750. Wang ini dapat mengurangkan beban perbelanjaan harian semasa rawatan anda.
Pentingnya plan pendidikan anak
Siapa yang nak sediakan makanan, pakaian, kasih sayang dan pendidikan untuk mereka?
Takkan nak biarkan anak kita terbiar di badan2 kebajikan..
Untuk itu, kita kena sedar kepentingan Pelan Pendidikan Prudential, di mana melalui pelan ini, masa depan anak terjamin. Duit untuk pendidikan mereka dah tersedia. Kalau parents mengalami critical ilness pelan akan menjadi free. Begitu juga kalau ibu/bapa meninggal, pelan juga free. Maksudnya kita tak perlu lagi menyimpan setiap bulan, sebaliknya hanya tunggu tempoh matang untuk dikeluarkan bagi menampung yuran pendidikan.
Tanggungjawab anak ialah belajar. Tapi apa jadi kalau mereka cemerlang dan dapat offer masuk IPT, kita pula tak mampu nak membayar yuran pengajian mereka? Anak-anak dah menjalankan tugas mereka dengan baik, sebaliknya kita yang gagal menjalankan kewajipan kita.. Oleh itu, menyimpanlah dari sekarang. Hanya dengan menyimpan RM 80 sebulan, anda telah membuka satu akaun pendidikan beserta kad perubatan untuk anak anda. Fikir-fikirkanlah..
Najib Prudential
019-229 9647
najib.phileo@gmail.com
Monday, October 11, 2010
Satu lawan 8
Tok Garang IV tidak 'perfect'.. banyak dosa dengan diri sendiri dan manusia serta banyak dosa dengan tuhanA robbul alamin. Kalau anda hendak jadi manusia serba 'perfect', anda kena lantik diri anda jadi agent 007. DiA dunia ini hanya James Bond sajalah yang perfect..
Allahyarham Tok Garang Yusuf berentap, berbunuhan dah ratusan tahun dulu. Tok Garang IV hanya sekadar berentapA mematahkan tulang dan apa2 saja tulang yang dapat dicapai.
Jam 11.45 pagi (march 1982).. Masa tue Tok Garang IV masih lagi handsome dan muda. Tahun baru nie genaplah 51A tahun... banyak umur dah.. Tok Garang IV beli tiket di kaunter panggung rex.. Ramai manusia berpusu2 (ulatA tiket pun sibuk)... Tiba2 secara tidak sengaja Tok Garang IV berlaga bahu dengan CE.. maklum sajalah, movieA yang hendak di tayang adalah movie pasal kung-fu...
Itu CE menjerit sekuat hati.. "Oii melayu.. lu buta , talak nampak ka? Tok Garang IV membalas kata2 si CE..A
"sapa buta..?? lu la buta.. kalau lu nampak lu tepi, jalan laaa..." Seperti kilat Si CE ini telah bagi satuA 'side kick' dan hinggap di kepala Tok Garang IV. Cermin mata Tok Garang Iv terpelanting dan berderai...A
Walaupun mata Tok Garang IV kurang nampak (kelabu asap) tapi masih bernasib baik mata hati Tok Garang IVA terang (tuhan bagi nampak, DIA bagi pinjam sekejap).. lalu ternampaklah penyepak terbang dari Si CE ini.. TokA Garang Iv 'repeat' sendeng atas dan 'repeat' siku potong... dua das beb, Si CE terpelanting dan sujud takA mengadap kiblat..
Tok Garang Iv ingatkan seorang.. rupa2nya ada ramai CE.. datang seorang dan menjerit seperti saka puaka denganA memasang bunga kung-fu.. "WACAAAA......!!!". Orang ramai lari bertempeliaran..A
Serangan ke-2 iaitu penumbuk terkena dada Tok Garang IV. Tok Garang IV 'repeat' dengan kidong kiri dan pukulanA siku kanan singgah di pipi kanan Si CE ini dan seterusnya mematahkan tangan kanannya... Si CE ini telahA jatuh...
Serangan ke-3 & ke-4, Tok Garang IV pakai buah hujung dan melempang kedua2nya.. lalu jatuh terduduk..
Si CE yang ke-5 menyerang Tok Garang IV dengan pisau seperti yang anda2 lihat dalam adengan kung-fu... mataA pisau itu memcecah perut.. lalu kidong kiri telah di 'apply' dan 'spring' & hentak CE di pinggang denganA lutut.. pisau itu telah di rampas tetapi Si CE bernasib baik pisau itu telah terjatuh.. Kesannya pelipat SiA CE telah terkulai.. Kalau anda nak sambut kidong kiri, anda kena tahu saat dan ketika (toma'ninah).. Lebih2A lagi si penyerang adalah bersenjata... Jangan salah sambut nanti bocor tapak tangan..
Serangan CE yang ke-6, penyepaknya kena di sebelah kanan bahu Tok Garang IV. lalu di blok pakai siku sambilA tangan kanan melempang mukanya dan kaki Tok Garang IV menujah lutut kiri Si CE ini hingga patah kakinya..
Si penyerang yg ke-4 dan ke-5 tadi bangun dari pening.. sekali lagi bukak dia punya kung-fu.. Tok Garang IVA tambah lagi pelempang 'kredit' percuma..A
Setelah itu penyerang ke-7 dan ke-8 pula telah menumbuk muka... Tok Garang IV telah 'apply' kaedah B (tanganA kanan) dan secara serentak tangan kiri melempang belakang tengkuk (sambil menarik tengkuk).. seterusnya sikuA kanan sampai ke muka.. Si CE ini jatuh dengan sadis-nya..A penyerang ke-8 telah dihadiahkan buah kuntau jatuh dari serangan belakang... kesannya amat menyedihkan..A
Pertempuran ini mengambil masa 1/2 minit untuk T.K.O dan K.O...
Saturday, October 9, 2010
Kepada yg faham..
Letakkan mari di dalam tangguk,
Rimau tua tidak ada bergigi,
Cobalah coba hulurkan tengkuk.
Ambil biola mari digesek,
Gesek mari di tengah rumah,
Harimau diam jangan diusik,
Kalau menerkam buruk padahnya.
Anak Cina menocok atap,
Duduk menocok waktu pagi,
Bila harimau mulai menangkap,
Rambut tuan pun tak tinggal lagi.
Limau lelang di tepi lobang,
Petik benihnya di hujung dahan,
Harimau garang duduk menyangkong,
Kalau kau berani lalu di depan.
7 petak 7 penjuru,
bakar kemenyan disudut laman,
dengan petua maha guru,
harimau garang ku buat teman.
Thursday, October 7, 2010
Asal Usul DENMARK
Bapa mereka telah meninggal dunia semasa dalam perjalanan untuk pergi ke Benua Eropah beberapa tahun lepas. Jadi ibu merekalah yang menjadi pengurus bola sepak bagi anak-anaknya.
Pada satu hari mereka terdengar kabar angin mengatakan bahawa pertandingan bola sepak Benua Eropah akan berlangsung tidak lama lagi. Jadi pertandingan diadakan untuk memilih pasukan manakah yang akan mewakili negara tersebut.
Setelah berbincang dan mendapat kata sepakat, mereka bersetujulah untuk mencuba nasib. Maka berlatihlah mereka sekerap mungkin untuk mewakili negara tersebut.
Nak dijadikan cerita, sampailah mereka ke pertandingan akhir. Jika mereka menang, mereka akan mewakili negara itu. Seperti biasa, ibunya akan memastikan kesemua anaknya ada di situ dan dalam keadaan baik. Maka dipanggillah seorang demi seorang.
"Along.. ado tak?
"Den mak."
"Alang?"
"Den mak."
"Angah?"
"Den mak."
Kebetulan pada masa itu, urusetia pertandingan lalu dan terdengar mereka menyebut 'Den Mak' berkali-kali. Beliau yang tidak tahu langsung Bahasa Negeri Sembilan berminat benar dengan perkataan 'Den Mak' yang mereka sebutkan tadi lalu dipanggillah mereka dengan nama "Denmark". Setelah selesai perlawanan, pasukan "Denmark" menang dan mewakili negara itu. Memandangkan negara itu masih belum ada nama yang sesuai maka negara itu juga dinamakan "Denmark" sempena nama pasukan bola sepak yang berasal dari Negeri Sembilan itu.
Monday, October 4, 2010
DENGAN TENAGA KECIL MENGALAHKAN TENAGA BESAR
Teori Tangkisan
Melakukan gerak dalam tui shou harus memperhatikan lima pokok cara menangkis yang berhubungan satu sama lain. Hanya oleh ilmu pengetahuan dipisahkan untuk membedakan cara yang satu dengan cara yang lain.
1. Meminjam tenaga lawan atau menambah tenaga sendiri pada tenaga serangan lawan yang sejurus.
Maksudnya diusahakan agar jurusan tangkisan sama dengan arah serangan lawan. Bila bertentangan berarti mengeluarkan tenaga besar. Menurut mekanika, tenaga ditambah tenaga yang sejurus memberi hasil yang maksimum. Jadi, tenaga tangkisan yang kita keluarkan ditambah tenaga serangan lawan akan menghasikan akibat yang besar.
2. Mengubah jurusan serangan lawan
Maksudnya setiap serangan lawan yang diarahkan ke badan kita, hendaknya diubah jurusannya misalnya dengan mendorong lengan lawan sehingga pukulannya berubah arah ke luar badan kita.
3. Menangkis pada saat yang benar
Maksudnya semakin terlambat melakukan tangkisan, makin besar tenaga yang diperlukan, maka cara menangkis yang benar adalah pada saat yang belum terlambat. Sebelum lawan mengeluarkan tenaga telah kita tangkis, sehingga tangkisan kita menjadi ringan.
4. Sistem menempel
Maksudnya jika salah satu bagian tubuh kita menempel pada tubuh lawan, maka kita dapat merasakan gerakan yang akan dila-kukan lawan. Dengan demikian kita dapat lebih cepat menyesuaikan diri dan mengikuti jurusan serangan lawan.
5. Mengubah posisi sendiri
Maksudnya jika pihak lawan terlampau kuat, maka ketentuan kedua yakni mengubah jurusan serangan lawan tidak mungkin kita lakukan, maka jalan yang dapat kita tempuh ialah mengubah posisi sendiri sehingga jurusan serangan lawan tidak lagi mengarah ke badan kita. Hal ini dapat dilakukan dengan mengubah kuda-kuda yang satu ke kuda-kuda lain atau lebih banyak terjadi memindahkan letak kaki yang berada di depan ke belakang.
Teori Jarak
Setelah memahami cara menangkis, maka teori jarak harus dipelajari dengan seksama agar tangkisan menjadi lebih sempurna, mengingat setelah menangkis kita harus siap untuk melakukan serangan.
Jika kita terkena pukulan lawan, berarti jarak antara kita dan lawan ditinjau dari sudut yang menangkis adalah salah. Sebab jika kita mundur sedikit saja maka serangan tadi tidak akan mengenai sasaran. Teori ini mempelajari jarak yang ideal dalam menghadapi lawan, baik ketika dalam posisi berhenti maupun ketika bergerak pada setiap saat.
Jika menyerang maka kita harus memperkecil jarak dan jika menangkis maka kita harus memperbesar jarak.
Teori Sebab dan Akibat
Teori inipun penting diperhatikan sebelum kita melaksanakan tujuan dari tangkisan. Teori ini mempelajari akibat apa yang dapat timbul karena suatu sebab, sedangkan akibat ini akan timbul pada kedua belah pihak, baik pihak penyerang maupun pihak penangkis.
Jika akibat pada pihak penyerang dipandang pula sebagai sebab, maka akan mengakibatkan lagi dua akibat kepada pihak penyerang dan pihak penangkis. Demikian pula bila akibat pada penangkis tadi dipandang sebagai sebab, maka akan terdapat dua akibat juga pada penyerang dan pada penangkis.
Makin banyak kita berlatih, maka kita dapat memperkirakan apa yang akan dilakukan oleh pihak lawan apabila kita melakukan suatu serangan yang menjadi suatu sebab.
Sebelum melaksanakan tujuan tangkisan maka kita harus mempertimbangkan dahulu teori sebab dan akibat ini agar kita waspada terhadap gerakan lawan berikutnya.
Friday, October 1, 2010
Peribahasa Lama
- Bagai mengepal pasir yang kering = Kesukaran menyatukan perbezaan pandangan tahu di angin turun naiknya, tahu tentang alamat tentang peristiwa yang bakal terjadi.
- Syak fasik, yakin salih; batulah yang jadi juadah = Yakin maksud tercapai.
- Ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencucuk dan duri yang akan mengait = Halangan dan rintangan dalam sesuatu usaha.
- Bulan terang paksa baik: payang ke laut, baluk pun ke laut juga = Dalam zaman kemakmuran semua orang berlumba-lumba mencari keuntungan.
- Sudah ada biduk, tetapi serempu pula = Berebut kuasa.
- Menuntut piutang lapuk = Melakukan sesuatu yang sia-sia.
- Itik bertaji = Sangat penakut tetapi sombong.
- Keris tersisip di dinding, pedang tajam dalam sarungnya = Perbuatan yang pandir.
- Biarlah luka di dada jangan luka di belakang = Biar alah kerana melawan jangan alah kerana melarikan diri.
- Peluru perak pemecah kubu yang kuat = Kerana duit semuanya dibongkarkan
- Sungguh kawat yang dibentuk, ikan ditebat yang diadang = Tipu muslihat yang tersembunyi demi mencari keuntungan diri.
- Perut tidak bertelinga = Nasihat yang tidak akan diturutkan
- Syarak yang mengata, adat yang memaksa = Syarak dan adat tidak dapat dipisahkan
- Pecahlah kapi, putuslah suai = Sesuatu yang tidak dapat dibaiki lagi (sejarah) dan menanggung malu teramat sangat.